JADIKAN WANITA ITU WANITA SOLEHA~
kasih dan cinta ini memang benar anugerah ALLAH tetapi tetap menjadi pilihan kita untuk meletakkannya di mana.
andai kita telah punya suami, telah punya isteri tetapi kita tidak
kasih kepada suami kita, kepada isteri kita sebaliknya kasih kita kita
beri kepada suami o...rang atau kepada isteri orang, maka itu adalah kasih yang haram statusnya.
jika berkasih dengan suami orang yang sudah jelas akan mengambil kita
sebagai isteri seterusnya dia , mungkin dibolehkan tetapi itu, andai
jika kita itu bujangan tetapi bagaimana jika kita sebenarnya adalah
seorang isteri, apatah lagi jika telah punya anak? bukankah hukumnya
haram dan murka ALLAH sahaja yang kita akan dapat , bukannya cinta dan
kebahagiaan sejati..
saya kata begini, kerana ada banyak kes
yang datang pada saya, masalahnya adalah isteri orang bercinta dengan
lelaki lain, selalunya suami orang, atas alasan suaminya sekarang bukan
cinta sejati, tidak pandai membelai, kasar dan melayannya seperti hamba
abdi.
lalu, atas alasan penderitaan , batin dan zahir, maka dia
telah jatuh cinta dengan suami orang lain yang lebih pandai melayannya,
lebih romantik, prihatin, mengambil berat dan bagai,..
bila
telah bercinta haram ini, maka ketahuilah , syaitan lah sebenarnya core
penguat kasih, yang memasukkan rasa asyik masyhuk , rasa indah , rasa
tidak mampu melupakan , rasa tidak senang duduk andai tidak berjumpa
atau mendengar suara, dan bagai,..
mereka dibuai dengan
keindahan alam percintaan yang pada mereka inilah kebahagiaan hidup ,
walau hati tahu ia salah, tapi diri tiada kekuatan untuk memutuskan
hubungan.
maka, teruslah dalam kemungkaran ALLAH,.
kita lupa sabda rasulullah tercinta,
‘andai kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan lebih banyak menangis dari ketawa’…
kita lupa bahawa hidup ini hanya sementara.
kita lupa bahawa kita hanya mencari perbekalan di dunia yang fana ini buat hidup di dunia yang kekal abadi nanti,
kita lupa bahawa kita hanya hamba.
kita lupa bahawa setiap apa yang ada dalam hati kita akan dihisab ALLAH nantinya,
kita lupa walau sebesar zarahpun perbuatan kita , tetap akan ada pencatitnya,
kita lupa setiap zarahpun amalan kita, akan diberi balasan setimpal,
kita lupa akan azab seksa neraka,
kita lupa akan kepanasan api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
kita lupa bahawa penghuni neraka itu 2/3 nya adalah wanita,.. masyaallah,
kita ingat yang kita akan hidup lebih lama lagi,
kita ingat yang kita akan sempat bertaubat nantinya,
kita ingat yang dunia inilah segalanya.
kita ingat suami kita akan maafkan kita dengan mudah,
kita ingat ALLAH akan mengampunkan kita kerana sifat PengampunNYA itu besar,..
lalu kita teruslah dalam keadaan kita.
nak bertaubat?
mahu, tapi hati tak mampu melupakan kasih haram.
jadi bagaimana penyelesaiannya?
tetap kena berubah dan berhenti.
masih tak mampu?
kena minta bantuan orang yang boleh bantu.
begitu juga dengan orang sekeliling,… orang yang sedar perlu melakukan sesuatu.
tidak boleh orang yang tahu tetapi bersubahat mendiamkan sahaja.
dosa bersubahat tetap milik nya.
beritahu pada suaminya, beritahu pada orang yang mampu menasihatkannya,..
apatah lagi jika suaminya sendiri sedar akan kecurangan isteri, jika
tidak melakukan sesuatu, bimbang masuk dalam golongan suami yang dayus,
.. masyaallah,.. kerana suami yang dayus tidak akan mencium bau syurga
pun apatah lagi untuk memasukinya,..
bantulah merawat dirinya, minta bantuan rawatan dari orang yang boleh merawat, agar dia kembali ke jalan ALLAH.
ketahuilah betapa besarnya pahala orang yang membawa orang lain ke jalan ALLAH dengan ikhtiarnya.
namun, untuk ikhtiar mendapat kekuatan tidaklah boleh dilakukan sesuatu
itu kerana mahukan balasan baik dari ALLAH, sebaliknya ikhtiar yang
kita usahakan itu, kita lakukan hanya kerana keikhlasan kita kerana
ALLAH swt semata-mata jua. insyaallah.
‘peliharalah dirimu dan keluargamu dari azab neraka ALLAH’…
No comments:
Post a Comment