Sakit di dada kiri semakin mencengkam.Aira cuba
bertahan,tidak mahu dirinya menjadi perhatian mata-mata yang sedang rancak
berbual.Hampir sepuluh minit berlalu,sakit yang mengcengkam semakin beransur
hilang,alhamdullillah Ya Allah.
Dia keluar dari ruang rehat hospital swasta itu untuk menghirup
udara bila merasakan dadanya sesak.Mata sempat merakamkan susuk tubuh tinggi
lampai milik Dr Hafiz yang semakin menghampirinya.
Mohd Hafiz ,nama yang cukup besar dan disegani kerana
kepakarannya sebagai seorang pakar bedah jantung.Pernah juga Aira menyimpan
perasaan kepada Dr Hafiz,bahkan sehingga sekarang,Aira masih menyukai Hafiz dalam diam.Tapi sayang,lelaki berwajah
kacak itu telah dimiliki.Hafiz telahpun berkahwin dengan sepupunya
sendiri,Elyana.
Berkecai hati Aira bila melihat kebahagiaan yang terpamer di
wajah mereka berdua pada hari bahagia mereka setahun yang lalu.Tapi, apakan
daya, dia hanya mampu melihat.
Masih teringat bagaimana Hafiz membantunya ketika dibelasah
teruk oleh Elyana kerana menjatuhkan hadiah hari lahirnya hampir dua tahun yang
lalu. Lelaki itu dengan berani membela dirinya walaupun dijerkah dan ditengking
Elyana, sejak itulah Aira mula jatuh hati padanya.
Aira merupakan anak yatim piatu setelah ibu bapanya
meninggal sejak dia berumur sepuluh tahun lagi.Sejak itu,Aira dijaga oleh ibu
dan bapa Elyana.Walaupun layanan yang diberikan mereka kepadanya agak
dingin,Aira redha.Itu lebih dari cukup untuk dia terus hidup walaupun tidak
sesempurna rakan-rakannya yang lain.
Sebenarnya,Puan Dian sekeluarga tidak pernah menerima Aira dalam hidup
mereka,bila mengenangkan imbuhan yang akan diterima mereka sepanjang menjadi
penjaga Aira,disabarkan juga hati dan atas sebab itulah Aira sering menjadi
orang gaji di rumah sendiri.
“Aira,kat sini pun awak.”Hafiz berdiri betul-betul di
hadapan Aira dengan senyuman yang melekat di bibir.
“Hai Aira.”Sapa Hafiz mesra.
“Hai Dr.Kenapa datang cari saya?”
“Owh,malam ni,mama ada buat makan-makan sikit.Datang lah
rumah mama,lepas maghrib macam tu.”
“Erm,makan-makan?Ramai ke mak cik jemput orang?”Aira ingin
mendapatkan kepastian.
“Mama tak jemput oranglah.Family je.Datang tau,Elyana nak sangat
jumpa dengan awak.”Balas Hafiz.Bukan
main lagi Elyana beriya menyuruhnya supaya mengajak Aira datang sama pada malam
ini.
“Kalau saya tak datang boleh kan?Kalau tak ada saya pun okay
je majlis malam ni.”Perlahan Aira membalas.Bukan apa,dia agak tidak senang
dengan sepupunya Elyana.Elyana jelas menunjukkan rasa tidak senang dengan kehadirannya di rumah besar itu.
“Eh,jangan la macam tu.Mama dah pesan suruh awak datang
jugak malam ni.”Hafiz sedaya upaya memujuk Aira.
“Kalau macam tu,tengoklah malam karang.Insya-allah kalau tak
ada apa-apa saya datang lah.”
“Ha,kan senang.Datang tau malam ni?”Hafiz sedia untuk
berundur,masih banyak kerja yang belum langsai.
“Insya-Allah.”Aira jawab perlahan.Itu sudah memadai bagi Hafiz .
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Aira masuk ke dalam ruangan dapur melalui pintu belakang,beg
diletakkan di suatu sudut dan apron dicapai.Sedia untuk memulakan tugas.Bibik
yang sedang menyediakan satu hidangan di atas meja disapa.
Aira leka membuat kerja di dapur ketika Hafiz masuk ke
ruangan dapur. “Bibik,mama suruh cepat sik…”Terhenti ayatnya bila ternampak
susuk Aira yang sedang menghias makanan. “Eh, Aira,bila sampai?”
“Er,lama dah.Dr nak apa datang dapur ni?Mak cik nak apa?”
“Owh,erm,apa ya?Ha,mama suruh cepat sikit hidang.Elyana dah
lapar.”
“Sorry,dah nak siap dah ni.Nanti saya hidangkan.Dr nak
apa-apa lagi ke?”
“Nope,tu je.Aira,berapa kali saya nak bagitau,kita bukan
dekat hospital.Tak payah la panggil saya Dr.Hafiz pun cukup lah,nak saya
panggil awak nurse Aira?”Senyum diukirkan buat sepupu isterinya yang sedang
menunduk dan mengelengkan kepalanya.
“Great kalau macam tu.Saya pergi depan dululah.”Hafiz
berlalu meninggalkan Aira di dapur.
Makanan sudah terhidang,semua orang sudah berada di meja
makan kecuali Aira yang sibuk berulang-alik dari dapur ke meja makan mengambil segala macam barang yang disuruh
Elyana.
“El,dah la tu.Sian dekat Aira tu,you suruh dia ambik
macam-macam bukan you nak makan pun.”Hafiz menegur isterinya.
“Alah Hafiz,biarlah.Dia bukan ada kerja apa-apa pun.Makan
je,sedap lauk yang mama tempah malam ni.”Puan Dian membela anak perempuannya.
“Kan mama kan?Biarlah I,yang you nak bela sangat dia ni
kenapa?”Elyana menunjukkan muka tidak berpuas hati.
“Bukan I nak bela,tapi,what everlah you.Malas I nak gaduh
depan rezeki.Hah,Aira come here,join us.”Hafiz sempat mengajak Aira duduk
bersama apabila kelibat itu menghampiri dengan membawa meatball yang bersalut
cheese.
“Er,tak apalah.Saya dah makan sebelum datang sini
tadi.Lagipun,dapur tu tak berkemas lagi.”Teragak-agak Aira menjawab bila
ternampak mata Elyana dan Puan Dian yang menjegil kearahnya.Dia pun tak nak lah
duduk semeja dengan mereka.
“Lah,kenapa makan dulu?Kan dah cakap tadi malam ni ada
dinner?”Hafiz setia memandang Aira yang semakin gelisah dipanah mata isteri dan
ibu mertuanya.
“Hafiz,you ni kenapa?Biarlah dia,dah dia kenyang,you pulak
sibuk-sibuk nak ajak dia.Dah jom kita makan.Tak payah nak baik sangat.”Elyana
memotong ayat suaminya.
Hafiz kehilangan kata bila Aira sendiri berlalu ke dapur
tanpa perlu disuruh.Dah macam orang gaji pula gayanya.Mereka makan diiringi
dengan gelak tawa Elyana dan Puan Dian
yang bercerita ntah apa-apa.Bosan juga Hafiz mendengar,maklumlah,hal
perempuan.Sesekali mata menjeling ke arah dapur memerhatikan Aira yang mengusap
dada belah kirinya.Sakit ke?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Hafiz menghampiri Aira yang sedang memeriksa rekod kesihatan
di bilik Mawar. “I found you.”
“Kenapa doctor cari saya?”Aira bertanya pelik.
“Owh,bukan apa.Erm,saya nak mintak tolong sikit ni.Boleh
tak?”Dr Hafiz seperti serba salah untuk meminta pertolongan Aira.
“Tolong apa
doctor?Kalau boleh tolong,saya tolonglah.”
“Betul ni?”Aira angguk.
“Macam ni,petang karang saya kena pergi seminar dekat Paris,dalam
dua hari,tapi problemnya,Elyana tengah tak sihat sekarang ni.Kalau boleh balik
cepat saya balik lah.Dia demam panas plus ada asma,awak tau kan?Badan dia tengah
lemah.So,boleh awak tolong tengok-tengokkan dia esok and sepanjang saya tak ada
ni?”Hafiz perhatikan riak Aira.
“Kenapa saya?Bukan ada mak cik ke?”Mendongak Aira untuk
memandang Hafiz yang tinggi.
“Mama dengan papa mana ada dekat rumah.Lupa pulak saya nak
bagitau.So,boleh tak tolong saya?Bibik ada dekat rumah,tapi,awak kan nurse,tu
pun salah satu sebab saya mintak tolong awak.”
“Malam ni?Tapi,nak ke Elyana kalau saya yang jagakan
dia?”Elyana mana pernah suka kan dia selama ni,karang buatnya dia mengamuk?
“Alah,awak tengok je dia tu.Biarkan je dia kalau dia nak
mengamuk.Boleh eh tolong saya?”Hafiz pandang muka Aira dengan buat muka habis
kesian dia buat,berharap agar Aira sudi membantunya.Bukan Hafiz tak tahu perangai Elyana yang suka
mengamuk tak kira tempat.
“Okay then.Malam nanti saya datang.”Aira memberi persetujuan.
“Yess,thank you.Nanti saya bagitau El,tolong tau?”Penuh dengan senyuman Hafiz
berlalu setelah mendapat persetujuan Aira.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Aira masuk kedalam rumah mewah itu setelah membersihkan diri
daripada hujan.Di luar sana,hujan sangat lebat,sehingga bajunya hampir basah
ketika dalam perjalanan ke sini.Dia memanjat tangga menuju ke bilik Elyana.Tapi
langkahnya terhenti di anak tangga terakhir.Bulat matanya melihat Elyana yang
tengah duduk di tengah-tengah hujan di balkoni.
“Lepaskanlah aku,biar aku duduk sini.Biar aku mati,dia
memang nak tengok aku mati,biar aku macam ni.Biar pergi mampus dengan dia.Ingat
aku tak boleh ke pergi Paris tu sendiri?Mama pun boleh la bawak aku!”Elyana
bertempik sendirian sambil bibik cuba membawanya ke dalam.
“El,apa kau buat ni?Kau kan sakit?Jom masuk!”Aira berlari
mendapatkan Elyana yang masih meroyan tengah-tengah hujan.
“Kau tak payah nak berlakon depan aku la!Pergi telefon
jantan tu,cakap dekat dia,aku tak hadap nak ikut dia kat Paris tu!Dia ingat aku
tak tau dia nak menggatal dengan perempuan lain?Duit berkepuk,tapi kedekut buat
apa?”Aira memegang erat pergelangan tangan Elyana,cuba menahan sepupunya dari
terus meronta.Jelas terasa badan Elyana yang panas membahang.
“Dah la tu El,kau sakit ni.Bibik,tolong ambikkan tuala.El
tengah sejuk ni.”Habis kuyup bajunya dikerjakan Elyana di tengah-tengah hujan
lebat begini.
“Lepas kan aku!Lepas aku!Hei perempuan,kau ni tak reti
bahasa ke?Pergi mam….”Terus Elyana rebah ketika sedang meronta-ronta.Aira
panic,kenapa Elyana pengsan?
“Bibik,bibik!Call ambulance!”Kuat Aira berteriak sambil cuba
mengangkat Elyana ke dalam bilik.Tubuh pucat itu dibaringkan di atas katil,dahi
Elyana didemah,panas!Nafas Elyana tercungap-cungap.Gadis ini menghidap asma!
“Aira,ambulancenya ngak bisa dihubung.Linenya ngak ada
Aira.Gi mana sih?”Cemas bibik berlari memberitahu Aira.Hah,ambulance tak
ada?Sudah lah rumah makciknya jauh
daripada rumah orang lain.Cuma ada satu jalan sahaja,berlari ke pos
pengawal yang jauhnya lebih kurang 500m dari sini.
“Bik,tolong tengokkan El.Biar saya pergi cari bantuan.Jangan
tinggal kan dia sengsorang,cuba telefon ambulance,mana tau ada line,tolong
tukarkan baju El sekali,lepas tu Bibik tolong sapu badan dia dengan air panas.Saya
pergi dulu ya bik?”Bergegas Aira berlari ke pos pengawal meredah hujan.Selaju
mungkin dia berlari,hingga terlupa keadaannya yang juga tidak berapa sihat.
Sakit di dada kirinya semakin lama semakin
terasa.Berdenyut-denyut mencengkam.Namun lariannya diteruskan.Elyana sedang
sakit di rumah,lupakan sakit ni sekejap Aira!Berbalam-balam bayangan pos
pengawal di hadapannya.
“Pak,pak cik.To,tolong saya.Elyana,sa,sakit de,dekat rumah.Tolong
dia.”Terus Aira rebah disitu bersama sakit di dada yang sudah tidak
tertahan.Mukanya pucat tidak berdarah.Mereka yang berada di situ cemas melihat
Aira yang terkulai.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Aira tersedar dari pengsan.Dia kini berada di atas
katil,mungkin di hospital.Aira cabut jarum di tangan dan wayar yang melekat di
hidung dan mulutnya.Elyana,apa jadi dengan Elyana?Sepatutnya Elyana yang berada
dia atas katil sekarang bukan dia!Sakit yang kembali datang di dada kirinya
tidak dipedulikan.
Tiba-tiba seorang nurse masuk ke dalam biliknya. “Cik,cik
tak boleh keluar lagi.”Cepat-cepat nurse itu mendapatkan Aira yang sudah pun
bersedia untuk menuruni katil.Waktu sedang menunjukkan pukul satu pagi.
“Elyana sakit dekat rumah.Let me go,macam mana kalau apa-apa
jadi dekat dia?”Aira berdegil.
“Cik tak stabil lagi,cik tengah lemah sekarang
ni!Dr,dr!”Aira masih berkeras.
“Lepaskan saya.Elyana yang kena duduk dekat sini,bukan
saya.Dia yang sakit,bukan saya.Lepaskan saya.”Aira meronta-ronta meskipun
badannya lemah.Dia seperti orang yang hilang akal sambil menjerit nama Elyana.
Seorang doctor masuk
bersama seorang nurse sambil membawa alatan-alatan.Aira rasa seperti
sesuatu menusuk ke dalam dagingnya.Mereka menyuntik sedative,dan semakin
lama,pandangan Aira semakin berbalam.Elyana………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Aira berlari menuju pintu bilik Elyana.Tergamam Aira bila
disajikan dengan pemandangan yang sangat menyayat hati.Hafiz sedang memeluk
tubuh kaku Elyana!Hafiz memandang Aira yang sedang terkaku di hadapan pintu
dengan air mata yang bercucuran di pipi.Terjelepuk Aira di muka pintu,tolong,tolong
jangan kata Elyana dah….mati!
“Apa yang kau buat ha?Susah sangat ke apa yang aku suruh kau
buat?Susah ke nak jaga Elyana?Sampai hati kau tinggalkan dia dalam dia keadaan
dia yang sakit!Apa yang kau fikir ha?”Tempik Hafiz kuat sambil memangku Elyana.
“Puas lah hati kau kan?Puas tengok Elyana mati?”Bergema
seluruh bilik dengan tengkingan Hafiz.
Menitis air mata Aira.El,Elyana dah mati?Aku yang bunuh
dia,salah aku dia mati.Aku yang bunuh dia!Dia menekup telinganya.
Hafiz letakkan badan Elyana ke atas lantai.Dia bangun dan
berjalan kearah Aira. “Kau tak payah nak menangis,ingat aku nak terpedaya.Kau
dah bunuh El!Kau memang jahat,kau tahu dia sakit,tapi kau tinggalkan dia
jugak.Manusia jenis apa kau ni?”Hafiz mencengkam pipi Aira dan memaksa gadis
comel itu memandangnya.
“Memang betul cakap El selama ni,yang kau tak pernah sukakan
dia,kau tak pernah suka tengok dia senang,kau suka rampas apa yang dia
ada,memang betul pun!Sebab tu la kau sengaja tinggalkan dia masa dia tengah
sakit kan?Sebab,kalau dia mati,boleh la kau dapat aku kan Aira?!Selama ni,aku
tak pernah nak percaya bila El cakap pasal kau suka aku.Kalau kau tak nak jaga
dia,kenapa kau tak cakap awal-awal?Kalau tak,Elyana masih hiduplah!Hati
binatang punya manusia!”Tempik Hafiz kuat di hadapan muka Aira yang sedang
tersedu-sedu menahan tangis.
Terkejut Aira dengan tengkingan Hafz yang tidak pernah dia
dengari selama ini.Bukan itu yang sebenarnya terjadi.Langsung Aira tak terfikir
untuk biarkan Elyana sakit,hanya Allah
yang tau apa yang sebenarnya terjadi.Mulutnya langsung tak mampu berbicara
membela dirinya.
“Apa lagi yang kau nak sekarang?Puas hati kau kan?Kau
berambus lah pembunuh!”Kasar Hafiz menghalau Aira.Badan yang masih berbalut
baju pesakit itu ditolak kasar.
Saat itu,baru Aira tersedar akan satu hakikat,dia bukan berseorang
pada malam itu,ada bibik yang menjadi saksi apa yang sebenar-benarnya
terjadi.Ya bibik,tapi dimana bibik?
“Dr,dr,saya tak salah,bibik ada sekali malam tu.Dia tau apa
yang sebenarnya jadi,kalau dr tak percaya,tanyalah bibik.”Dengan pantas Aira
cuba membela dirinya.Tangan Hafiz di pipinya di paut,cuba meminta simpati.
Segaris senyuman paling sinis Hafiz hadiahkan kepada Aira.
“Bibik?Sekarang kau nak pakai bibik untuk tutup salah kau la?Macam tu taktik
kau?Hei,pergi mampus la.Ingat aku nak percaya?”
“Dr percayalah cakap saya,bibik ada malam tu.”
Hafiz langsung tak mampu melihat wajah tak bersalah yang
dipamerkan Aira,macam ada belati yang menusuk hatinya bila mengenangkan betapa
tegarnya Aira meninggalkan Elyana berseorangan.Mati-matian dia menyangka Aira
itu gadis yang baik-baik.Rupanya…huh!
“Betul dr,saya tak tipu,langsung tak berniat saya nak
tinggalkan Elyana sendiri.Malam tu,Elyana yang duduk de..”Belum sempat Aira
menghabiskan ayatnya,pipinya dicengkam kuat.
“Apa?Kau nak reka cerita apa pulak?Elyana duduk kat mana?Nak
cakap dia duduk dekat hujan?Kau nak cakap dia sengaja duduk tengah hujan
padahal dia tau yang dia sakit?Macam tu?What the hell are you talking about!”
Sejurus tengkingan itu,Hafiz seperti dirasuk sesuatu.Aira
diseret menuju ke pintu utama tanpa belas kasihan walaupun Aira merayu-rayu
minta dilepaskan kerana kesakitan diheret.
Setelah sampai dihadapan pintu utama,Aira ditolak kasar
sehingga gadis itu jatuh tersungkur menyembah bumi.Hafiz agak terkejut juga
apabila melihat Aira yang jatuh tersungkur begitu,terbit belas kasihan dalam
hatinya.Bila mengenangkan apa yang gadis itu telah lakukan,cepat-cepat rasa itu
diusir.
Menangis Aira di dalam hati dan di luar kerana diperlakukan
sebegitu rupa.Belum sempat dia bangun dari jatuhnya,tiba-tiba pipinya ditampar
kuat oleh seseorang.Sakit!Puan Dian menamparnya dan menarik tudung yang dipakai
Aira sehingga terbangun dari duduk dan mendorongnya kembali ke tanah.
“Kau memang sial!Dari kecik aku bela kau,dah besar,kau bunuh
pulak anak aku?Kalau aku tau lah,dari dulu aku dah letak kau tepi jalan.Buang
masa je aku bela kau selama ni!Mak dengan anak sama je,menyusahkan!”Puan Dian
memukul-mukul Aira dan dia hanya redha menerima segala makian yang dilemparkan
oleh ibu saudaranya itu.
Bukan salah aku,aku tak salah,tolong lah faham.Kenapa semua
orang tak nak percayakan aku?Aira merintih hiba setelah dia terkulai di halaman
rumah dan ditinggalkan bersendirian.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Aira memberanikan diri menjejakkan kaki ke tanah perkuburan
walaupun dia tau,dia mungkin menerima cacian daripada orang di
sekeliling.Langkah diatur menuju ke sekumpulan orang yang sedang menangis
meratapi pemergian sang jenazah.Anak matanya sempat merakamkan wajah Hafiz yang
sendu,matanya kelam.
“Kau nak apa datang sini?Nak bersorak tengok kubur El?”Kasar
Hafiz menjerkah.
“Sa,saya nak melawat.”Takut-takut Aira menjawab.Kepala
ditundukkan.
“Kau nak buat apa melawat?Dia dah mati lah,kau yang bunuh
anak aku!”Puan Dian pula menjerkahnya.Aira ditolak sehingga jatuh ke tanah.
“Mak cik,saya nak bacakan yaasin untuk Elyana.”Aira
mendongak.
“Dah,kau tak payah nak tunjuk baik pulak kat sini.Ingat aku
nak percaya?Ingat kitorang nak terpedaya dengan muka konon baik kau tu?”Hafiz
mengherdik kuat sehingga bergema satu tanah perkuburan itu.
“Dah la Aira,kau balik je lah,sebelum aku buat apa-apa
tindakan dekat kau.Kira untung kau still kat sini,ikut hati aku,mau meringkuk
dah kau dalam penjara tau tak?Nasib Hafiz ni tahan.Aku tak nak pembunuh anak aku
bacakan yaasin untuk dia,tak perlu.”Puan Dian menambah.
“Mak cik,saya tak salah.Biar saya terangkan.”
“Kau nak terang kan apa lagi?Yang kau sengaja biarkan Elyana
sakit kat rumah,lepas tu kau senang-senang keluar,enjoy?Macam tu
Aira?”Meruap-ruap dadanya bila melihat wajah Aira yang padanya sengaja dibuat
sedih.
“Bukan macam tu,saya tak salah.”
“Dah la mama,jom kita balik.Tak guna cakap dengan orang
macam dia ni.Sampai mati pun,mana ada orang nak ngaku salah.”Mereka berlalu
meninggalkan Aira yang mula tersedu sendirian.El,kenapa kau buat aku macam
ni?Apa salah aku dekat kau?Tolonglah cakap bukan aku yang bunuh kau…..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
3 tahun berlalu….
Walaupun sudah 3 tahun berlalu,tapi peristiwa itu masih kekal
di ingatannya.Peritnya masih terasa.Betapa pahitnya rasa bila dituduh sebagai
seorang pembunuh,perempuan yang mengejar hak orang lain dan berbagai-bagai
cemuhan yang dia terima sepanjang 3 tahun ini berlalu.
Kisahnya tidak habis begitu sahaja setelah Elyana pergi,Puan
Dian membakar kesemua barang-barang
kesayangannya yang masih bersisa di biliknya di rumah mereka,tidak cukup
dengan itu,dia telah menyebabkan Aira dibuang kerja melalui orang dalam.Rumahnya
disepahkan,begnya hampir diragut,semua itu angkara Puan Dian.
Mujurlah Aira mempunyai rekod yang cemerlang sepanjang
kariernya sebagai seorang jururawat dan menerima pelbagai anugerah ,menyebabkan
dia mudah diterima kembali di sebuah hospital swasta.
Hari ini,dia telah ditugaskan untuk melakukan kerja amal
yang dianjurkan oleh hospital tempatnya bekerja dan diikuti juga dengan
penyertaan beberapa buah hospital yang lain.Aira pergi ke bahagian belakang
bilik untuk mengambil peralatan yang diperlukan untuk rawatan luka.Tiba-tiba
satu kelibat yang sangat dia kenali muncul di depan mata membuatkan Aira
terkaku dan tergamam.
Hafiz juga terkejut bila terserempak dengan Aira begitu.Kelu
untuk berbicara.Apa perempuan ni buat kat sini?Dia ikut aku ke?Ke,dia join
event hari ni?
Aira cepat-cepat mengambil barang yang diperlukan dan ingin
berlalu dari situ.Tetapi kata-kata Hafiz berjaya mengkakukan kakinya dari terus
berganjak.
“Owh,sekarang ni,kau nak buat-buat tak kenal aku lah?Hebat
lakonan kau kan.Macam tak ada apa-apa jadi selama ni.Tiga tahun ni,berjaya
buatkan kau bahagia tak?”Hafiz sengaja menuturkan ayat begitu,ingin menyakiti
Aira.
Aira pejamkan matanya.Bagaimana harus dia jelaskan yang dia
tidak bersalah,dan bagaimana harus dia terangkan pada mereka betapa terseksanya
dia selama tiga tahun ini dengan cacian dari saudara mara dan juga sakit yang
tidak pernah surut di dada?Bagaimana Ya Allah…..
Aira berpaling. “Dr Hafiz,saya mintak maaf kalau tiga tahun
ni,saya dah buat hidup dr dan mak cik sekeluarga menderita .Tapi,saya tak salah
malam tu.Saya bukan tinggalkan sengaja Elyana,sa..”
“Kalau tak sengaja,apa lagi?Let me ask you something nurse
Aira,kalau mintak maaf boleh hidupkan orang balik ye?Ha?”Hafiz merapati Aira.
“Tolong lah dengar penjelasan saya dulu.”
“Nak jelaskan apa lagi?”
“Apa yang sebenar-benarnya terjadi malam tu.”Mata Aira sudah
berkaca apabila terus-terusan diherdik begitu.
“Dah lah Aira.Ingat aku nak percaya ke?Hentikanlah air mata
kau tu,aku tak kesian pun.Aku benci kau!”
“Bagi peluang untuk saya ceritakan apa yang sebenarnya
terjadi,saya tak bersalah.Bukan salah saya Elyana pergi.”
“Sudahlah.Malas aku dengar alasan kau tu,mana ada orang yang
nak mengaku salah kan?”
Air mata yang menitik dikesat.Nafas ditarik dan badannya
dipusingkan untuk melangkah pergi.Biarlah Hafiz nak kata apa pun,yang tau kisah
sebenar pada malam itu cuma dia,bibik dan Allah sahaja.
“Aira,ingat,kau takkan terlepas,tuhan tu maha adil,kau ingat
dengan cara ni kau akan dapat aku,kau silap.Aku takkan jatuh cinta dengan kau
sampai mati,sebab kau pembunuh!”
Aira terus melangkah dengan hati yang berkecai mendengar
ayat Hafiz.Kuatkan aku Allah…
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Hafiz memandang tingkap kosong.Sekosong hatinya saat
ini.Selepas Elyana pergi,dia tidak lagi menetap bersama mertuanya.Dia kini
tinggal di sebuah kondo miliknya yang dibeli sebelum berkahwin dengan
Elyana.Bingkai gambar yang menempatkan gambarnya dan Elyana ketika berbulan
madu dipandang kosong.
Perkahwinannya bersama Elyana baru mencecah setahun,tetapi
rumah tangga mereka sering goyah.Hafiz banyak bersabar dengan perangai
isterinya yang panas baran dan kuat memberontak jika apa yang dihajatinya tidak
ditunaikan.
Sungguh Hafiz sayangkan Elyana pada awal
perkahwinannya,tapi,semakin lama,semakin tawar .Semua ini gara-gara pada setiap
pertelingkahan mereka,Elyana pasti menuduh Hafiz menyukai Aira.Hafiz mula
mengenali Aira beberapa bulan sebelum dia menjadi tunangan Elyana.Ketika itu
dia menghadiri parti hari jadi Elyana di
rumah Puan Dian,Hafiz sangat bersimpati pada nasib Aira yang disangkakan
pembantu rumah pada ketika itu kerana dipukul sesuka hati oleh Elyana kerana
menjatuhkan hadiah dari rakannya.
Aira gadis yang baik,tapi,Hafiz tidak menyangka yang dia
tergamak membiarkan Elyana terlantar sakit seorang diri di rumah.Mana mungkin
iserinya itu mandi hujan sedangkan dia tau dirinya sakit.Mengarut.
Tapi,ntah mengapa,rasa simpati sering terbit di dasar
hatinya bila terpandangkan wajah sendu Aira.Wajah Aira bagaikan dia benar-benar
tidak bersalah….betul ke Aira tak salah?Tapi,malam tu,dia yang kena jaga
El,tapi dia lari,dia sengaja tinggalkan El…..argh!
Aira……Hafiz mengeluh.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Aira cuba bangun tapi dada kirinya terlampau sakit.Seperti
sesuatu menusuk jantungnya.Ya Allah,bantulah aku,aku tak kuat…sakit
sangat.Berpeluh-peluh dahinya menahan sakit.Sakit yang pada mulanya tidak
berapa sakit,tiba-tiba berkali ganda sakit apa bila dia cuba bangun.Terus Aira terbaring kaku di atas
katil.Air mata mengalir kerana tak mampu menahan pedih di dada.
Mama,ayah…adik sakit.Tolong adik,tak ade sapa-sapa nak
sayang adik…tolong lah datang jumpa adik…Aira menangis pilu bila mengenangkan
dia hanya bersendirian menghadapi sakitnya.
Aira mempunyai masalah jantung sejak dari umurnya 11 tahun
lagi.Selama ini,Aira cuba bertahan dengan hanya memakan ubat penahan sakit yang
diambil dari farmasi di hospital.Sakit yang dihadapi tidak seorang pun yang
tau.
Dr telah lama mencadangkan agar dia menjalani
pembedahan,tetapi memandangkan kosnya yang tinggi membuatkan Aira berfikir
banyak kali.Segala wang tinggalan ibu bapanya dipegang oleh Puan Dian.Mana
mungkin Puan Dian akan membenarkan dia mengeluarkan wang hanya kerana sakit.
Aira bergelut menahan sakit yang mencengkam di dada sehingga
dia tertidur.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Cahaya matahari dari tingkap yang terbuka luas mengejutkan
Aira dari lena.Hampir sehari dia tidak bangun dari katil kerana menahan
sakit.Pagi ini,dia cuba untuk bangun,Alhamdulillah…sakitnya agak berkurangan
sedikit berbanding semalam.
Hari ini adalah hari sabtu.Aira tidak bekerja pada hari itu
dan dia sudah mempunyai jadual untuk dilaksanakan.Appoinment bersama Dr
Yassin,dr yang sekian lama merawatnya sejak dari kecil lagi.Sejak dia pandai
berdikari.
“Aira,condition jantung awak dalam keadaan bahaya.Bila awak
nak buat operation?Bahaya,awak tau kan?”
Aira angguk.
“Tolonglah Aira,kita tak boleh tangguhkan dah.Macam hari
semalam awak cakap,tak boleh bangun,it is serious thing Aira!Awak
berkemungkinan mati,please love yourself.”
Aira cuma mampu menunduk.Uncle,kalau saya hidup pun,takkan
ada orang nak sayang saya…I’m alone in this world,remember?Saya pembunuh….Aira
kesat air mata yang mula bertakung.
“Uncle,boleh tunggu saya dapat gaji bulan ni boleh tak?Saya
rasa cukup untuk operation.”
Dr Yassin menggeleng. “We can’t wait.Anything will
happen.Bukan ke Dr Hafiz tu suami arwah sepupu awak?He is very talented
person,dia lebih pakar dari saya.Why not awak cuba mintak tolong dia ke?Bayaran
tu,family awak?”
Bukan semudah tu uncle.Dia takkan tolong saya,ntah-ntah dia
nak saya mati.Lagi suka kalau tau saya sakit,dan saya dah pun dapat balasan
saya sebagai seorang pembunuh isteri dia…
Aira senyum dan menggeleng perlahan. “Tak pe uncle,insya-allah,saya
akan bertahan.Bulan depan saya janji ,we will do it.”
“Bulan depan terlalu lama Aira.Uncle takut apa-apa jadi
dekat Aira.Tapi,kalau ini keputusan awak,satu je uncle nak pesan,jangan buat
sesuatu yang boleh memudaratkan awak,macam berlari atau angkat benda-benda
berat.Okay?”
Aira angguk perlahan.Insya-allah uncle.
Aira berjalan keluar dari perkarangan hospital.Dia berniat
untuk singgah ke hospital tempat
temannya bekerja pula untuk mengambil sesuatu.
Aira ternamapak bas yang bakal dinaikinya telah bergerak
lantas dengan sekuat tenaga dia mengejar.Kalau dia terlepas yang ini,dia harus
menunggu hampir sejam untuk bas yang seterusnya,langsuung dia terlupa akan
nasihat Dr Yassin sebentar tadi.Sakit di dada mula mencengkam,lupakan dulu,yang
penting kejar bas.
Akhirnya berjaya juga Aira menaiki bas itu.Tercungap-cungap
dia dibuatnya dan kali ini sakit nya semakin menusuk ke segenap tubuh.Matanya
mula berbalam-balam dan tubuhnya mula menjadi sejuk.Tahan Aira,tahan.Bas sudah
menghampiri kawasan IJN.
Ya Allah,kuatkan aku,sakitnya Ya Allah.Tanpa dapat ditahan,tubuh Aira terkulai dia atas
lantai bas,mencemaskan semua penumpang yang berada di dalam bas.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“Dr,ada emergency case.”Panggilan daripada nurse yang
bertugas mengganggu konsentrasi Hafiz
yang memantau prestasi pesakitnya.Bergegas Hafiz menuju ke wad kecemasan.
Bacaan tekanan darah pada mesin dibaca.Maklumat-maklumat
lain dibaca dan rawatan-rawatan kecemasan dilakukan ke atas tubuh wanita itu.
“Nurse,sedia untuk operation!”
Mereka bergegas menyorong gadis itu ke bilik pembedahan dan
menyediakan alatan untuk pembedahan.
Hafiz bertungkus lumus cuba menyelamatkan gadis itu.Kondisi
jantungnya sangat parah.Jika terlambat sedikit sahaja melakukan pembedahan,pasti
ada nyawa yang tidak dapat diselamatkan.
Hafiz keluar dari bilik pembedahan setelah hampir tiga jam
pembedahan berlangsung.Dahinya yang berpeluh disapu perlahan.Hafiz pergi ke
bahagian pendaftaran untuk mengetahui maklumat pesakit yang baru dibedahnya
sebentar tadi.
“Nurse,ada details patient yang baru masuk tadi?”
“Tak ada Dr,patient tadi datang dengan seorang pemandu
bas.Dia jatuh pengsan masa dalam bas,lepas tu dia terus hantar dekat sini.”
“Macam tu ke?Tak pe lah.Kalau ada apa-apa nanti,inform saya
ye,saya nak cuba contact hospital lama patient ni,sebab saya rasa dia mesti ada
buat appointment dekat mana-mana hospital.”
Tiba-tiba seorang lagi nurse datang.
“Dr,tadi saya jumpa details patient yang baru masuk.Ni dia
punya IC.”
Hafiz ambil kad pengenalan yang dihulurkan kepadanya.Naim
Aira Bt Imran! Aira?Dia sakit ke selama ni?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Hafiz melangkah masuk ke dalam wad menempatkan Aira.Sudah sepuluh hari Aira koma
tidak sedarkan diri,hampir tujuh hari Aira ditempatkan di ICU.Setiap hari Hafiz
datang memantau keadaan Aira,gadis itu masih tidak sedarkan diri.Dia ada
menghubungi hospital lama Aira mendapatkan rawatan.Teringat perjumpaannya dengan
Dr.Yassin,dr yang merawat Aira sebelum ini.
“Hafiz,macam mana keadaan Aira?”Dr Yassin bertanyakan
keadaan Aira sejurus melihat wajah muda Hafiz.
“Dia okay uncle,stabil,tapi sekarang dekat ICU lagi.Her
heart really something uncle.”
“Uncle tau.Baru beberapa hari uncle jumpa dia.Uncle dah
cakap jangan buat sesuatu yang boleh merbahayakan dia.”Dr Yassin menggeleng
perlahan.Aira anak gadis arwah Imran dan Husna yang merupakan rakan
baiknya.Sejak kecil dia sudah merawat Aira.
“Aira kejar bas,sebab tu dia jadi macam tu.Saya datang ni
nak mintak rekod dia.”
“Owh,lupa pulak uncle.Kejap.”Dr Yassin bangun dan mengambil
sebuah fail di atas mejanya dan menyerahkan kepada Hafiz.
Hafiz membaca sepintas lalu rekod Aira.Dahinya berkerut
membuatkan Dr Yassin bertanya.
“Kenapa Hafiz?”
“Uncle,Aira ada masuk ward ke 3 tahun lepas?”
“Owh,ada.Masa tu malam.Sama macam hari ni.Ambulance
masuk,ada orang jumpa dia pengsan dekat pos pengawal.Diorang cakap Aira berlari
dalam hujan,sebut nama siapa ya,Ella,Elmi,ha,Elyana!Lepas tu,bila dia sedar
tengah malam pun,dia macam kejar sesuatu sampai terpaksa suntik ubat
penenang.Masa tu,nurse tu ceritakan dekat uncle,dia jerit nama Elyana.Dia tak
habis-habis cakap Elyana yang kena masuk hospital,bukannya dia.”
Berubah air muka Hafiz,seperti ada batu yang menghempap
bahunya.Takkanlah…..
“And then,that morning,masa uncle sampai dekat hospital tu
lepas dapat call,Aira dah hilang.Rupa-rupanya dia lari balik rumah.Hari tu la
hari kematian Elyana kan?”
Hafiz mengangguk lemah.Apa yang aku dah buat ni?Bila
terkenangkan perbualannya bersama Dr Yassin,Hafiz benar-benar rasa bersalah
terhadap Aira.
Aira,saya mintak maaf,saya tak tahu.Seperti terlayar kembali
perbuatannya kepada Aira tiga tahun lalu.Sedang hanyut dibuai
perasaan,tiba-tiba matanya menangkap pergerakan pada tangan Aira.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Aira cuba membuka matanya perlahan-lahan.Cahaya yang terang
membuatkan matanya perit.Terasa kawasan sekelilingnya putih.Dimana dia
berada?Bukan ke sebelum ni dia menaiki bas?Siapa yang bawa dia ke sini?Aira
cuba untuk bangun,tetapi sakit yang teramat bekas jahitan di dada kirinya
membuatkan dia kembali terbaring.
“Aira don’t move.”Suara itu berjaya membuatkan Aira
berpaling.Tergamam bila melihat Hafiz yang tersenyum di sebelahnya.Ke,kenapa
dia ada dekat sini?Kenapa dia senyum dekat aku?Bukan dia marah dekat aku?
“Jangan banyak bergerak,luka awak still tak okay lagi.Just
baring je,kalau nak apa-apa,nurse ada.”Hafiz bersuara juga walaupun pada
hakikatnya,mukanya sudah tebal berinci untuk menghadapi AIra.
“Air.”Sepatah kata dari Aira menarik perhatian Hafiz. “Saya
haus.” Haus di tekaknya tidak tertahan,seperti baru berlari beribu batu
rasanya.
Segera Hafiz mencurahkan air ke dalam cawan dan membantu
Aira minum.Aira ketepikan rasa segan
yang bertamu demi rasa haus yang harus dilunaskan.
“Aira,saya dah call mama,kasi tau pasal awak.Bilik dan cost
rawatan awak,jangan risau.Saya dah uruskan.”
Aira angguk.
Hafiz hilang punca bila melihat Aira juga senyap.Keadaan
Aira baik-baik sahaja,tiada apa-apa komplikasi yang berlaku.Habis,apa lagi yang
boleh dia buat?Hafiz berura-ura untuk keluar.
“Dr,awak ke yang operate saya?”Aira berpaling,langsung tidak
memandang Hafiz ketika bertanya.
“A’ah.”
“Kenapa awak operate jugak?Kenapa tak biarkan saya
mati?Bukan ke saya pembunuh?”Terkedu
Hafiz bila disoal begitu.Aira masih lagi berpaling,wajahnya diselindung di
sebalik rambutnya yang panjang mengurai,rambut yang pertama kali dia lihat
selepas Aira di masukkan ke wad.
“Sebab Allah masih sayangkan awak.Dia gerakkaan hati saya
untuk selamatkan awak.Sebab,masih ada penjelasan yang awak masih belum dibuat
dan masih ada orang yang sayangkan awak.”Terus Hafiz melangkah pergi
meninggalkan Aira dan air mata yang bergenang.
Kenapa Hafiz?Kenapa buat saya macam ni?Sebelum ni,awak benci
saya,kenapa sekarang ni awak layan saya baik-baik?Apa yang awak cuba buat?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Hafiz setia menemani Aira melakukan terapi.Saban hari dia
melawat Aira dan membawa buah tangan untuk gadis itu.Aira hanya memandang dan
bercakap bila ditanya.Sangat pasif.Pada suatu petang,Hafiz membawa Aira berjalan di taman untuk
menghirup udara petang.Aira mengikut tanpa mahu membantah.
Hafiz berperang rasa,seperti ada pertempuran di dalam
hatinya.
Aira didudukkan dia atas sebuah bangku.Lama mereka terdiam
sebelum suasana dipecahkan dengan suara Aira.
“Kenapa awak layan saya macam ni?Bukan awak benci saya?Apa
yang awak nak sebenarnya Dr?”
“Tak boleh ke doctor layan patient dia baik-baik?”
“Jangan main-main.”
“Nope,saya tak main-main.”Lama mereka terdiam.
“Aira,saya dah tahu perkara yang sebenar,apa sebenarnya jadi
tiga tahun lepas.”
“Bagus lah.”Sepatah kata dari Aira menembahkaan beban di
hati Hafiz.Aira please say something.Marah lah saya….
“Saya nak minta maaf.”
Aira bangun dari duduk,dia tidak bersedia untuk berbicara
mengenai hal ini.Terbayang-bayang apa yang dihadapinya selama ini.
“Aira,wait,I know,you have the right to hate me,but
please,say something!”Hafiz menahan Aira dari terus melangkah.
“Saya tak ready nak cakap apa-apa pasal benda ni Dr.”Aira
terus melangkah pergi dengan air mata yang menuruni pipi.
Patutlah dia baik…….
‘I love listening to
lies when I know the truth’
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Puan Dian datang untuk berjumpa Aira sehari selepas
peristiwa itu untuk meminta maaf.Aira mengagak,pasti Hafiz yang memberitahu
mengenai hal itu kepada Puan Dian.Aira hanya membatu,tidak tahu bagaimana harus
dia bereaksi.Bukan mudah untuk memaafkan begitu sahaja.Lama,dia dituduh atas
kesalahan yang langsung dia tidak pernah lakukan.
Dan kini,sebulan selepas dia keluar dari hospital,sekali
lagi Aira dikejutkan dengan berita Puan Dian menerima pinangan seseorang
buatnya.Dan pinangan itu dari Hafiz!
Tiga bulan lagi,dia bakal bernikah dengan Hafiz.Pada mulanya
Aira agak marah,tapi tiada siapa yang pernah pedulikan perasaannya.Puas dia
merayu pada Puan Dian agar membatalkan pertunangannya,tapi langsung tidak
dihiraukan.Aira hanya pasrah,kelibat Hafiz langsung tidak kelihatan membuatkan
Aira hanya berserah kepada Allah.
Hafiz sebenarnya langsung tak terfikir yang dia bakal
melakukan sejauh ini.Ntah macam mana dia boleh suarakan pada Puan Dian,dia
hanya cakap tanpa berfikir dan dia rasakan itu satu keputusan yang betul.Rasa
bersalah yang tak mampu ditanggung mendorong dia meakukan perkara begitu.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Aira sudah selamat menjadi isteri kepada Hafiz,dan mereka
sudah sepuluh hari menjadi pasangan suami isteri.Sepanjang perkahwinan yang
singkat itu,Aira hanya mendiamkan diri bila bersama dengan Hafiz.Sepatah
ditanya,sepatah dijawab walaupun beribu persoalan bermain di dalam benaknya.
Hari ini,Hafiz ingin membawa Aira ke kondonya.Aira melangkah
masuk ke dalam kediaman mewah itu.Hafiz memerhatikan reaksi Aira,kosong!
“Aira,suka tak?”Aira angguk.
“Jom,saya tunjukkan bilik kita.”Hafiz menarik tangan
Aira.Aira membiarkan.
“Ni bilik kita,rumah ni ada tiga bilik,ni master
bedroom.Aira buat la apa yang Aira nak buat kat rumah ni,saya tak kisah.”Aira
angguk lagi.
Hafiz mengeluh dengan reaksi Aira.Dia lagi rela kalau Aira
memakinya dari terus senyap begini,sekurang-kurangnya dia tau isi hati gadis
itu,sedih,marah,katakan saja.Aira didudukkan di atas katil.
“Aira,please say something.Saya lagi rela kalau awak nak
marah,maki saya.Buat lah apa pun dekat saya,but please say something.Saya tak
rela kalau awak senyap macam ni.”Hafiz melutut di hadapan Aira sambil tangan
mengenggam erat jari Aira.
Aira menggeleng.Tak nak,biarlah dia begitu.Siapa yang faham
apa yang dia rasa selama ni,termasuklah Hafiz.Betapa sakitnya bila penjelasan
tidak ingin didengari.
“Saya mintak maaf
kalau dulu saya tuduh awak macam-macam.Saya tau saya salah,saya tak layak pun
nak pegang tangan awak sekarang ni,tapi Aira,saya merayu,tolonglah,cakap
sesuatu.”Terasa air menitik di atas tangannya.Aira menangis.
“Aira,please,jangan menangis macam ni,cakap lah apa yang
awak nak cakap…saya tau selama ni saya banyak buat awak sakit hati,saya banyak
buat salah….saya tau Aira,saya tau banyak yang awak nak luahkan….just say
it,please,I beg you.”Air mata Hafiz langsung tak dapat ditahan daripada
bergenang di tubir matanya.Hancur egonya sebagai seorang lelaki yang sangat
dibanggakan selama ini.
“Apa yang awak nak saya cakap?Selama ni bila saya nak cakap
perkara yang sebenar,ada awak nak dengar?Semua kata saya pembunuh,kata saya
yang sebabkan El mati,semua nak salahkan
saya.Masa tu,ada awak mintak saya cakap macam sekarang,ada awak tanya saya apa
yang jadi malam tu?Ada tak?”Air mata Aira sudah laju menuruni pipi.
Kata-kata Aira keluar perlahan,tidak bernada berjaya
membuatkan Hafiz terkedu. Hafiz menggeleng perlahan.Saya tau saya salah.
“Aira,I’m sorry.”
“Pernah tak awak tanya saya,apa yang jadi?Pernah tak awak
dengar apa yang saya nak terangkan malam tu?Sakit awak tau tak?Saya langsung tak
terniat nak biarkan El malam tu sendiri.Awak tau ke,malam tu dia sendiri yang
duduk dekat hujan,sambil jerit nama awak,sebab awak tak nak bawak dia pergi
Paris,salah saya ke dia sendiri yang duduk tengah hujan? Macam mana saya takut
bila tengok El tercungap-cungap,dengan hujan nya,dengan tak ada line.Pernah tak
awak fikir?Saya sakit malam tu,bila saya sedar,saya dah ada dekat hospital.Tapi
sapa yang nak dengar cakap saya?Siapa yang nak faham apa yang saya rasa?”
Aira kesat air matanya.Dia ingin meluahkan segala-galanya
hari ini.
Hafiz tak dapat menahan sebak di dada melihat Aira yang
diselubungi sendu.
“Awak tau ke apa yang saya rasa bila tengok El terkulai dah
tak bernyawa macam tu?Ye,memang saya pernah sukakan awak masa El marah saya
dulu,tapi,awak ingat saya tergamak ke biarkan dia sakit macam tu?Pernah tak
awak rasa terhina bila kena seret dan kena hina depan orang ramai?Saya tau,saya
bukan sesiapa…..saya tau takde orang nak sayang saya.Saya tak layak pun
hidup,saya patut mati je,lama dah,sejak dari dulu lagi.Patutnya saya ikut je mama dengan ayah…lama dah..”
“Aira,jangan cakap macam tu.Saya sayang awak.Semua ni salah
saya.Awak masih hidup sebab masih ada orang perlukan awak,saya perlukan awak
Aira.”
“Kenapa?Kenapa baru sekarang?Betul ke awak sayang saya?Ke
rasa bersalah je?Awak dengar saya nak cakap,jangan sebab kan awak tahu cerita
sebenar,awak ubah pendirian awak.Awak sendiri yang cakap sebelum ni,yang awak
tak kan sukakan saya sebab saya pembunuh kan?Kenapa tiba-tiba ini pulak yang
awak cakap dekat saya?Hafiz,tolong lah jangan mainkan perasaan saya……”
“Aira…..jangan cakap macam tu,saya ikhlas,langsung tak
terniat nak permainkan awak.Saya dah sukakan awak sejak dari dulu,tapi masa tu
saya ada Elyana.Malam tu,saya terlampau sedih bila tengok El dah tak
bernyawa.Please,forgive me.”
“Kenapa awak cakap macam ni?Apa yang awak nak sebenarnya?Nak
balas dendam?Saya tak salah Hafiz…”
“No Aira,jangan cakap macam tu.I’m really sorry,for
everything,even single thing that I did to you before.Please…”
“I don’t know.Saya tak tahu.Saya keliru.Kenapa awak buat
saya macam ni?”Aira mengongoi di dada
Hafiz.Hafiz yang dibelengu rasa bersalah menarik Aira ke dalam pelukannya.Menitis
air mata lelakinya menginsafi perbuatan diri yang sesuka hati perlakukan Aira
tiga tahun yang lalu.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“ I WROTE YOUR
NAME IN THE SKY AND WIND BLEW IT AWAY. I WROTE YOUR
NAME IN THE SAND BUT THE WAVE WASHED IT,LASTLY I WROTE YOUR NAME IN MY
HEART AND FOREVER IT WILL STAY.”
Aira baca nota yang ditinggalkan Hafiz di atas meja.Dia
tersenyum sendiri bila mengenangkan perangai Hafiz yang langsung dia tidak
ketahui selama ini.Romantik!Setiap hari Hafiz meninggalkan nota yang bertulis
kata-kata indah di atas meja untuk tatapan Aira setiap pagi.Hafiz seorang suami
yang sangat baik pada perkiraan Aira,sentiasa menghiburkannya dan sabar melayan
kerenahnya walaupun sering tidak bersahut.
Perasaan Aira yang sudah terkubur dahulu,seperti disiram
baja,bertunas semula dengan setiap perlakuan Hafiz yang menyentuh hatinya.Rasa
perit yang bertamu suatu ketika dulu seperti hilang begitu sahaja.Adakah ini
penangan cinta?
Setiap hari,Hafiz tak lepas dari melafazkan kata maaf setiap
kali selepas solat dan ketika lelaki itu teringat untuk melafazkannya dan Aira
hanya membeku.Tidak tahu ingin memberika reaksi yang bagaimana.
Yang pasti,Aira tidaklah sampai membenci Hafiz sehingga
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.Pakai dan makan minum
suaminya masih dijaga sementelah Hafiz tidak membenarkan Aira bekerja kerana
kesihatannya yang kurang memuaskan.Cuma tiada komunikasi antara mereka berdua.
“Assalamualaikum.”Hafiz memberi salam.
Aira lekas menuju ke pintu utama untuk menyambut suaminya
yang baru pulang dari hospital.
“Aira,awak sihat hari ni?Tak sakit kat dada?”Hafiz sangat
risaukan kesihatan isterinya.Walaupun hampir empat bulan selepas pembedahan,dia
masih risaukan kesihatan Aira.Kelihatan Aira hanya mengangguk seperti
biasa,langsung tidak bersuara.Hafiz mengeluh di dalam hatinya,sampai bila Aira
tidak ingin bersuara dengannya?
“Alhamdulillah.Aira,nanti,lepas makan kita bincang sikit
ye?”Hafiz meminta sejurus sampai di hadapan pintu bilik mereka.
Hafiz usap rambut Aira persis anak kecil.Dia sangat suka
membelai Aira begitu,perbuatan yang dia tidak dapat lakukan sewaktu menjadi
suami Elyana kerana bekas isterinya itu sentiasa ingin dilayan seperti seorang
wanita yang matang dalam serba serbi,langsung tidak dapat bermanja.Tetapi,bila
dengan Aira,Hafiz bebas bermanja,Aira tidak menolak,hanya menuruti sahaja apa
yang Hafiz ingin lakukan.
Aira berkerut dahi.Apa agaknya Hafiz ingin bincangkan?Tapi
dia langsung tidak bersuara menzahirkan persoalan di benaknya.
Selepas makan,Hafiz menunggu Aira yang mengemas dapur.Dia
menunggu sehinggalah Aira berdiri di sisinya.Dia memimpin Aira ke ruang tamu
dan didudukkan Aira di atas ribanya.Hafiz tahu Aira segan,lihat sajalah pipinya
yang mula memerah.Tapi,Aira langsung tak membantah,hanya menurut tanpa mahu
meningkah.
“Aira,love someone not because he give you what you need,but
because he give feelings that you never thought you needed.”Hafiz membisikkan
ayat itu betul-betul di telinga Aira.Hafiz perhatikan pipi Aira yang merona
sebelum dia menyambung lagi. “And…No person has the right to condemn you on how
you repair your heart because no one knows how much you hurting……including me.I
know I have no right to ask you more than this,because I don’t know what you
feels inside your heart,I beg you just one thing honey,please,please,please,talk
to me.”
Menitis air mata Aira saat Hafiz menuturkan ayat itu.Air
mata yang turun dikesat pantas,tidak mahu Hafiz melihatnya.Tapi,perbuatan Hafiz
yang menepuk-nepuk lengannya lembut persis arwah ibunya yang sering memujuk
Aira begitu ketika sedih,membuatkan air mata semakin lebat menitis.
“Jangan buat saya macam ni.”Akhirnya Aira bersuara juga.
“Kenapa?”
“Saya tak suka.”
“Kenapa tak suka?”Aira menggeleng tanda tidak tahu.
“I don’t know.”
“Sebab awak tak boleh maafkan saya lagi kan?”Aira diam
membisu.Hafiz mengeluh perlahan. “Naim Aira,tell me,just tell me,what should I
do to make you forgive me?”
“Saya dah maafkan awak.”Pendek tapi cukup membuatan Hafiz
gembira tak terkata hingga badan isterinya dipeluk kemas.
“Dah tu,kenapa awak tak nak cakap dengan saya?”
Aira teragak-agak untuk menjawab. “Saya dah maafkan awak
lama dah,tapi bukan mudah untuk saya lupakan semuanya Hafiz.Awak pun tahu
kan?Saya tak salahkan awak,sebab kalau saya kat tempat awak pun mungkin saya
akan benda yang sama.Ye lah,kalau saya marah awak pun,saya tak dapat apa
pun…dosa je yang bertambah.Tapi,untuk bercakap dengan awak macam sebelum
ni,memang saya tak ada kekuatan lagi.”
Hafiz setia mendengar apa yang keluar dari bibir
isterinya.Macam tu….. “Tak pe Aira,saya tak kisah.Terima kasih sebab maafkan
saya.I don’t know how to pay you….but I can promise you one thing,I will love
you like you did.”Merona lagi pipi Aira.
“Aira,satu je yang saya nak tau sekarang ni,apa perasaan
awak dekat saya sekarang?Awak still sukakan saya macam dulu ke?”Aira sudah
didudukkan dia atas sofa dan lututnya dijatuhkan betul-betul menghadap wajah
Aira.
Aira menunduk segan. “Saya memang sukakan awak sejak dari
dulu.Awak orang pertama yang cuba bela saya.Tapi,saya tau masa tu memang saya
takkan dapat apa yang saya nak,awakkan dah ada El.Takkanlah awak akan pandang
saya kan?”Aira angkat mukanya dan senyum segaris.
“Let someone love you just as you are,as flawed as you might
be,as unattractive as you might feel,as unaccomlicplished as you might think
you are,let someone love you just as you are,and let that someone be you Aira.”Hafiz sambung lagi.
“Listen what I want to tell you.Selama ni,betul awak nampak
saya bahagia dengan El,okay,memang betul saya bahagia…tapi sekejap sangat.Lepas
sebulan kitorang kawin,El mula marah-marah dekat saya sebab dia kata dia nampak
saya pandang awak.Memang betul saya pandang awak sebab saya nampak awak pucat
sangat,macam tak bermaya sebab tak henti-henti mengemas,I saw you wiped your
chest.Tapi,lepas tu,bila setiap kali kitorang bergaduh,El selalu kaitkan nama
awak.El cemburukan awak Aira…Satu hari,El pernah cakap kat saya,yang awak
sukakan saya,saya tak percaya.Takkanlah awak nak jatuh hati dengan saya kan?Dan
masa hari yang saya selamatkan awak tu,saya sebenarnya dah mula sukakan
awak,tapi masa tu,saya dah ada El,mustahil untuk saya pergi kat awak.You know
El very well.”
Hafiz ambik nafas sebentar sebelum menyambung cerita.
“Sebenarnya,perkara ni cuma saya dan El je yang tahu,saya tak pernah cerita
dekat orang lain selain awak.Saya dah decide,sebulan sebelum arwah El pergi
lagi,saya nak bercerai.”Terbuka luas mata Aira mendengar bicara suaminya.
“Ya,saya memang nak bercerai,I can’t stand to live with her anymore,setiap hari
kitorang bergaduh untuk sesuatu yang tak pentig pun..tapi,El ugut nak bunuh
diri kalau saya nak bercerai jugak.Herm,dan saya terus bertahan sebagai suami
dia sampai lah hari yang saya mintak awak tolong jagakan dia tu.Sebenarnya,El
memang nak ikut saya,tapi saya tak bagi sebab saya pergi bukan lama.Saya dah
janji nak bawak dia kemudian,tapi dia mengamuk.I really have no idea that she
would do stupid things like that.”Sambil bercerita,tangan Hafiz mengenggam erat
tangan Aira.
“Dan,bodohnya saya pagi tu mengamuk bila tengok El terbaring
kaku atas katil dengan baju yang lembap.Saya langsung lupakan bibik,bukan awak
sorang je yang ada malam tu.Rupa-rupanya,bibik lari balik sebab takut tengok El
yang dah tak bernyawa sebab sesak
nafas.Stupid,am i?”Hafiz senyum beserta air mata.Aira menggeleng tanda tidak bersetuju
dengan kata-kata suaminya.
“Kita sama-sama ada cerita masing-masing.”
“Malam ni,saya ceritakan segalanya dekat awak,saya tak nak
ada salah faham berlaku selepas ni,whenever you feel something that you wanna
ask me,just come,insya-Allah,I will be there for you.”Hafiz senyum buat
isterinya.
“Saya minta maaf sebab selama kita kawin ni,saya banyak buat
awak kecik hati.”
“Tak,sikit pun tak saya amik hati Aira.Kita tak
sempurna,saya buat salah,dan awak buat salah.Kalau saya yang buat salah,correct
me,kalau awak yang buat salah saya tegur,boleh?”
“Boleh.”Aira terharu dengan layanan yang diberikan suaminya.
“Dah,jangan nak terharu kat sini,simpan air mata tu untuk
sesuatu yang lagi berharga.Saya tak nak tegok pipi awak ni ada air mata,buruk,macam
ada asid yang hakis pipi tu tau tak?”Hafiz kucup pipi isterinya lembut sebagai
tanda memujuk dam membawa Aira ke dalam pelukannya.Terima kasih Allah,sebab
kurniakan Aira sebagai isteri aku,kau permudahkan urusan ku…..
YOU DON’T NEED SOMEONE TO COMPLETE U BUT
U NEED SOMEONE TO ACCEPT U COMPLETELY.
………………………………………………………………………………………………………………………………………
Aira sedang memasak
di dapur bila tekaknya tiba-tiba memual.Cepat-cepat dia menuju ke singki di
dalam bilik air untuk memuntahkan isi perutnya,tetapi yang keluar hanyalah
lendiran sahaja.Tiba-tiba ada tangan yang mengusap belakangnya,pasti
Hafiz.Apabila sudah selesai,Aira mengangkat mukanya dan bersandar pada
dinding.Perit tekak!
“Awak okay tak ni?”Hafiz bertanya risau.Tiba-tiba pula Aira
muntah begini.
“Erm,perit tekak.Ayam dalam kuali!”Bergegas Aira ingi ke
dapur bila terkenangkan masakannya,tapi cepat-cepat ditahan Hafiz.
“Dah,saya dah angkatkan masuk dalam pinggan.Awak
kenapa?Masuk angin ke?”
“Tak,mana ada,kan kita makan sama-sama pagi tadi?”
“Dah tu?”Aira menggeleng tanda tidak tahu membuatkan Hafiz berfikir.Tiba-tiba
sesuatu melintas di fikirannya.
“Period awak datang tak?”
“Tak,lewat tiga minggu.”
“Give me your hand Mrs Hafiz.Right hand.”Hafiz meminta.Aira
yang pelik Cuma menghulurkan kepada Hafiz.Kenapa?
Hafiz memeriksa denyutan nadi Aira,berlari dia mencari
pregnancy test di dalam kotak first aid kit,cepat-cepat disuruh Aira untuk
mencubanya.Tidak lama kemudian,terukir riak gembira di wajahnya selepas Aira
keluar dari bilik air dan menghulurkan alat itu kepadanya.Tidak semena-mena
Hafiz memeluk Aira erat.
“Alhamdullillah.We gonna be a parent!”Aira terkelu,tak mampu
berkata-kata.Dia jadi ibu?Ya Allah,terima kasih atas nikmat yang kau
beri.Akibat terlampau terkejut,Aira lembik di dalam pangkuan suaminya sehingga
tidak mampu menampung badanya sendiri.
“Hey,kenapa ni?”
“Sa,saya terkejut
sangat.”
“Awak tak suka ke nak ada anak?”
“Bukan macam tu,saya happy,terkejut je.Tapi,bukan awak ke
yang tak suka ada anak?”Takut-takut Aira bertanya.
“Siapa cakap dekat awak ni?”Terkejut Hafiz dibuatnya.
“Erm,dulu,El pernah cakap dekat saya,yang saya tak mungkin
dapatkan awak sebab awak bencikan budak-budak,tapi saya pulak sukakan
budak-budak.Dia cakap lagi,awak benci budak sebab bising,dan awak benci orang
yang sukakan budak jugak.”
Terus Hafiz dongakkan wajah itu menghadap mukanya.
“Aira,Aira look at me.Saya tak pernah cakap macam tu.Elyana tipu awak.Saya
sukakan budak-budak,tapi El yang bencikan budak-budak.Selama ni pun,saya memang
nak anak,tapi El yang tak nak sebab takut badan dia tak cantik lepas
bersalin.Awak lupakan apa yang awak pernah dengar selama ni,okay?”
“Okay,I’m sorry.Tapi….”Terus mendung kembali wajah comel
itu.
“Tapi apa Aira?”
“Boleh ke saya mengandung lepas operation hari tu?”Hafiz
tersenyum lebar selepas mengetahui apa yang dirisaukan isteri tercinta.
“Hey Mrs Hafiz,please don’t worry.Insya-allah,tak ada
apa-apa jadi.It will not harm you or our baby.Awak nak mengandung sampai
berpuluh pun taka pa sayang.”Bahu dan kepala Aira diusap lembut seperti memujuk
anak kecil saja bagi menghilangkan kebimbangan Aira.Hafizmenunduk memandang
wajah Aira yang mendongak memandangnya meminta kepastian.
“Ye sayang,insya-allah takkan ada apa-apa.Hey,I’m your
doctor,remember?”
Tersenyum malu Aira bila ditegur suaminya begitu.Syukurlah
atas segala yang Allah berikan padanya.Langsung dia tidak menyangka yang dia
akan berkahwin dengan Hafiz saat terpandangkan wajah kacak itu enam tahun
dahulu.Wajah inilah yang begitu berani membelanya di hadapan Elyana.Dan
kini,dia bahagia menjadi isteri kepada insan bergelar Hafiz.Dialah orang yang
diutuskan Allah untuk menyelamatkannya saat jantungnya tidak bisa berdenyut.He
operate my heart!
6 tahun yang lepas
“El,what are you
doing?”
“Fiz,you ketepi,biar I
ajar perempuan ni…sesuka hati je nak jahannamkan barang orang!Kalau tak dapat
pun,tak payah la nak jahanamkan barang aku!Desperate sangat hidup tu,kan
Aira?”Kuat tengkingaan dari Elyana membuatkan Aira terkejut.
“Sudah lah tu,dia
jatuhkan je,mana ada apa-apa yang pecah,tengok ni.”Hafiz tunjukkan barang itu
kepada Elyana.
“I tak kira,jatuh je
konon,memang la tak pecah,kalau pecah?Kau tau la nasib kau.”Sebelum pergi
meninggalkan Hafiz dan Aira sendirian,sempat Elyana menarik tudung Aira kasar dan
menendang kaki Aira kuat.
“Elyana!”Malangnya
Elyana langsung tidak berpaling.
“Encik,saya okay.Encik
pergi la depan.”Perlahan suara gadis itu membuatkan Hafiz berpaling.
“Betul awak okay?”Aira
angguk.
“Tapi,pipi awak macam
lebam.”
“Tak,saya okay.Terima kasih
tolong saya.”
“Er,sama-sama.Tapi,betul
ni awak okay?”Aira angguk.
“Nama awak Aira
kan?”Ntah kenapa Hafiz jadi busy body tiba-tiba bila bertemu dengan gadis ini.
“Ye saya.”
“Aira,dengarlah cakap
saya.Sekali-sekala,kita kena jugak melawan,jangan asyik ikut je kata
orang.Nanti senang-senang je orang nak pijak awak tau tak?One more thing,saya
suka lah orang macam awak ni,baik je saya tengok,sweet sangat,hehe.Bye!Jumpa
lagi..”Hafiz terkejut dengan ayatnya sendiri.Sudahnya dia Cuma berlalu begitu
sahaja meninggalkan Aira sendirian di ruangan dapur.
Hafiz meninggalkan
Aira dengan beribu persoalan yang belum terjawab.Siapa lelaki itu,kenapa dia
cakap macam tu?Pelik…
“Awak tau tak kenapa kita lambat dapat macam ni Hafiz?”
“Tak,kenapa?”
Aira hulurkan sekeping kertas kecil kepada Hafiz.
“MY
PRINCE IS NOT COMING WITH A WHITE HORSE
BUT ON THE TURTLE, THAT’S WHY IT TAKES SO LONG BEFORE WE’RE TOGETHER”
Hafiz senyum bahagia menatap kertas kecil itu,yup,saya
datang naik turtle!Dia hulurkan pula sekeping kertas kepada Aira.
Girl I’m see in your
eyes disappointment,
Because I’m foolish
one that you annoyed
With your heart,I tore
it apart,
And girl what a messed
I made upon your innocent,
No one in the world
deserved this,
But here I am asking
you for one more change,
Can we fall,one more
time,
Stop the tape,and
rewind,
And if you walk away I know I fade,
Cause there is nobody
else,
It gotta be you,
Only you,it gots to be
you,only you…
Now, girl, I hear it
in your voice and how it trembles
When you speak to me I
don’t resemble who I was
You’ve almost had
enough
And your actions speak
louder than your words
And you’re about to
break from all you’ve heard
But don’t be scared, I
ain’t going nowhere
[Zayn]
I’ll be here by your side
No more fears, no more crying
But if you walk away
I know I’ll fade
'Cause there is nobody
else
It’s gotta be you
Only you
It’s got to be you
Only you
“DON’T FIND LOVE.LET LOVE FIND U. THAT’S
WHY IT’S CALLED ‘FALLING IN LOVE’
BECAUSE U DOESN’T FORCE YOURSELF TO FALL. U JUST FALL.”
-AKYEL RAHIM-
- 5 SYAWAL 1434 H/12 OGOS 2013-
1.24
AM.
-adaptasi dari karya grafik jepun dan novel English kepada cerpen melayu-