Sunday 29 June 2014

Hari Sukan,Hari Guru...

Korang,pernah fikir tak,kalau korang punya  tahun last dekat sekolah,everything musst be gempak,so you can keep it as a sweet memory ever??
  
Pernah tak fikir?

Aku lama dah fikir,sayang,tahun last dekat sekolah,nothing yang boleh aku banggakan.....

Iyalah,kami batch  1997-batch trouble maker

Seluruh Malaysia mengalami  masalah yang sama-selalu kena marah dengan cikgu

Thun ni aku harapkan hari guru sangat gempak,but....what we  are expecting always not something that happen....Instead of 'gempak' event i was hoping for,all  i got was.........'the      bored event'

Everything dialkukan di saat-saat terakhir....Mana nak datang gempaknya kan??

Serupa la dengan hari sukan,the worst ever!!

Aku rasa aku bukan seorang senior sedangkan aku fivers yang sudah hampir 5 tahun di bahaman....

Mana taknya,

Aku dilayan seperti budak f1......

Yelah,betullah aku tak duduk asrama,tapi aku tak layak ke nak amik tahu asal rumah sukan aku senediri ke?

Macam tu...

Dahla tahun ni kena masuk perbarisan..

4 tahun aku berjaya lari dari perbarisan,tapi tahun ni.......maaf,terpaksa!

Masuk acara lontar peluru pun kalah....malu sungguh!!!!

No food,no gimmick,no guest runner....bosan!!!!

Tapi kalau nak cita sakit hati,memang aku sakit hati......takpelah,tahun last kan?Nak buat macam mana kalau orang nak qonquer semua?

Kita qomquer la pelajaran pulak,ye tak??

speak from my heart

-Akyel-

Makan!

Asalammualaikum.

Huh,speaking of food,i think,this country is really 'crazy'.....

Don't you think it's   kinda annoying when you switch onn the tv,and the first thing  that   you   will see.......

ARE A FOOD!!

Hello,we are fasting!

Why don't just show the religious program instead of food show....

This is Ramadhan,it's the month that we should increase our ibadah not our will to eat.....

Huh,just name the tv station,

Tell   me,

All of them show people how good the food is,how delicious the taste when you swallow it...

totally nonsense,you know...

that is why i describe this  country as WEIRD..

DON'T YOU THINK????

speaking from my heart...

                                                      -Akyel-

First Puasa 2014

Asalammualaikum!

Hari ni   first puasa.....

Akhirnya Ramadhan datang lagi,marhaban ya Ramadhan.

Kali ni punya Ramadhan aku rasa bakal letihkan sikit la,sebab  tahun ni aku kan  exam  year,so dijangkakan banyak kelas akan diadakan...

Tapi takpe,

Periksa makin dekat kot...'

Ni rasa stress bila  fikir,cikgu kata maybe trial 9@11 ogos....

Trial bukan 8?????

I take it as CRAZY!!!!!

Kami nak beraya jugak!!!!

Aku takut gila tau tak,sebab aku rasa dada aku ni kosong lagi.....tapi aku nak  glorious punya result!

Tell me how??

Hari ni letih sikit la,biasa la kan firsst puasa even pagi tadi aku sahur,

Sebelum ni,puasa sunat,tak sahur pun,takde la terasa pun letih dia....ujian Allah kot.

Tapi tahun ni,azam aku,aku nak puasa yang lebih berkualiti....

Berkualiti macam mana?

Aku target taknak buat benda-benda yang lagha,banyakkan buat solat sunat,tarawih cukup,banyak baca quran....

Seyes taun ni aku nak khatam quran!Bukanlah tak pernah khatam,tapi nak khatam dlm Ramadhan....

Excitednya nak berbuka nanti.Tapi Ijah takdelah,just five of us,luqman pun takde,ramadhan first luqman kat asrama.

Harap-harap azam aku tercapai.

Wish the best for me,Insya-Allah..



                                                           -Akyel-

Saturday 21 June 2014

Floria 2014

Assalammualaikum!

14/6/14-floria..


Saya datang  lagi!!!














Puas  hati gila kali ni....

Pergi dengan ijah,dua orang je..tapi perjalanan agak mencabar sebab banyak gila bilangan ujiannya..\

Dari sini nak ke temerloh we have to wait about two hours!!!!

Bas tak sampai-sampai....lepas tu  kena tunggu pulak bass nak ke KL...

Dah naik  bas ke Kl,ujian lagi,kena bersila...urgh,ujian!


Monday 9 June 2014

My Whizz Man









Abah,bagi lah saya nak belajar.Belajar abah,Aiman nak pergi Amman.”Puas dah Aiman pujuk abahnya,tapi langsung tidak mampu merubah sekeping hati milik Faruq.
“Man,belajar mana-mana pun boleh,tak payah la pergi Amman tu,abah risau la.”Faruq berdalih buat sekelian kalinya.
“Abah,Aiman dah besar,nak risau apa lagi?”Separuh merayu Aiman dibuatnya.
Uminya,Adibah,hanya memandang Aiman yang setia menempel di sisi abahnya.Tidak mahu masuk campur urusan mereka.Kalau Aiman berkeras sangat nak ke Amman,biarlah dia sendiri yang meminta kebenaran daripada abahnya.
“Abah risau lah,awak tu perempuan.Ingat senang-senang ke nak lepaskan pergi Amman tu?Siapa yang nak temankan Aiman nanti?”
Aiman menunduk.Betul lah jugak apa yang abah cakap tu.Dia tu perempuan,bukannya anak lelaki.Abah memang takkan senang-senang nak lepaskan dia pergi Amman kalau tak ada mahram,isy,lecehlah!
“Tapi  bah,Aiman nak pergi Amman.Nak jugak belajar macam Along kat Capetown.”Perlahan Aiman menyuarakan hasratnya.
“Aiman tahukan kenapa abah tak bagi pergi?Bukan saja-saja tau abah tak bagi pergi.Along tu lainlah,lelaki.”Umi pulak cuba menenangkan hati anak gadisnya yang mula gundah.
“Aiman perempuan,kawin je lah senang.”Abah pula mengemukakan cadangannya.Terus membuntang mata Aiman.
“Abah ni,Aiman baru 18 tahun.”Memuncung terus mulutnya.
“Muda-muda lah elok kawin Man.Membanyakkan umat Muhammad.Ni kalau kawin umur dah lewat,risiko tau tak kalau nak bersalin tu?”Abah memberi nasihat.Hisy,abah ni mula lah tu kalau dah cakap bab-bab  munakahat ni.
“Abah,18 tahun pun saya tak cukup lagi umur.Nanti orang cakap saya gatal pulak.”Dia mula duduk di atas sofa bersebelahan dengan Faruq.
“Ya Allah,yang sibuk nak dengar orang cakap tu buat apa?Mulut manusia ni Aiman,sampai bila-bila pun tak boleh tutup.Dari zaman Rasulullah lagi,ingat peristiwa Aishah difitnah?Angkara siapa?Angkara mulut,tak payah nak fikirkan apa orang nak kata.Kita kalau nak buat sesuatu,tak pernah nak fikir apa Allah kata,asyik fikir apa orang kata.Biarlah diorang cakap Aiman gatal,Aiman dapat yang pahala.”Panjang lebar Faruq berbicara.
“Alah,abah ni….kira tak boleh la ni study dekat Amman?”Sekali lagi Aiman cuba meraih kepastian Faruq setelah sekian kali meminta.
“Aiman….”Meleret suara Faruq.
“Okey.”Aiman mengangguk tanda memahami.Dia senyum segaris dan meminta diri untuk naik ke biliknya.
Sejurus pintu bilik ditutup,dia menebarkan pandangan ke seluruh pelosok bilik.Huh,nampak gayanya,tak merasa lah dia nak menjejak bumi Jordan kali ni.Nafas berat dihembuskan Aiman.Sayang nya,bukan senang nak pergi Amman.Agak-agak kalau aku pergi jugak,apa yang abah buat ek?Ish,takkan lah semata-mata nak belajar sampai sanggup belakangkan abah dengan  umi?
Hidup,hidup….

……………………………………………………………………..
“Abah kena transfer ke Jordan,dekat university Al-Bayt,abah transfer lagi dua bulan.Tapi bulan depan abah dah kena fly.”
Suara abah macam terngiang-ngiang di telinga Aiman.
“Al Bayt bah?Jordan?”Faruq angguk. “Aiman macam mana?”
“Aiman stay la kat sini.Abah dengan umi transfer sana.Kan baru dapat  tawaran masuk UIA?”
Bayangkan apa yang dia rasa masa abah cakap semua tu.Lepas 4 bulan dia menolak tawaran ke Amman,abah cakap dia kena transfer ke Jordan?Dan dia tidak dibenarkan mengikut mereka dan harus tinggal di Malaysia berseorangan?
“Umi,takkan lah saya nak tinggal sorang-sorang?Aiman takutlah.”
“Tak,takkanlah kami nak tinggal Aiman kat sini.”Umi berkata penuh makna.
“Dah tu umi?Nak hantar mana pulak?Granny kan dekat Texas?”Aiman mempersoalkan keputusan uminya.
“Tak hantar kat mana-mana.”
Erk,dah tu? “Umi….abah…”Aiman meleretkan suaranya.
“Abah risau sebenarnya nak tinggalkan Aiman dekat sini sorang-sorang.Sama jugak kalau Aiman pergi Amman,tak ada mahram.Ingat tak apa yang abah cakap hari tu?”
“Kawin?”Angguk.
……………………………………………………………………
“Asalammualaikum.”Suara lelaki memberi salam kepada Aiman.Di sebalik pagar,tubuh lelaki itu semakin mendekat.
“Waalaikummusalam.”Aiman menjawab.
“Eh,Aiman,ada tak Mak Ngah cakap dengan awak?”Hadi menyoal.
“Cakap apa?”Berkerut muka Aiman tanda tidak mengerti.Memang lah hari-hari dia cakap dengan umi.
“Er,cakap pasal kita?”Serius Hadi di seberang sana.
“Owh,ada.”Malas Aiman membalas.Aktiviti menyiram pokok bunga kembali Aiman sambung.
“Aiman,sini lah.Saya nak cakap sekejap.”Hadi memanggil Aiman yang semakin menjauh.
“Apa Abang Hadi?”Aiman mendekati sempadan pagar.
“Aiman betul ke serius?Saya nak tanya ni,hal nikah kawin ni jangan buat main.Saya tak nak nanti belakang hari,macam-macam hal timbul,awak larilah,tak setujulah,macam-macam lah lagi.”Muka Hadi miserable semacam je pada penglihatan Aiman.
“Erm,saya serius lah Abang Hadi.”Tak ada maknanya dia nak buat macam tu,dia masih ingat maruah umi dengan abahlah.
“Betul ni?”
“Ye,Aiman dah istikharah dah.Lagi?”Aiman jongketkan keningnya.
“Bak tangan.”Hadi meminta.
“Tangan,nak buat apa?”Terus tangannya disembunyikan.Takkan lah Abang Hadi nak pegang?Gila ke?
“Hulur je lah.”Takut-takut Aiman hulurkan tangannya. “Nah,ikat benang ni kat jari manis kiri.”
Pelik lah Abang Hadi ni. Aiman ambil benang yang dihulur Hadi dan diikatkan ke tangannya. “Dah siap.”
Hadi keluarkan sebentuk cincin dan masukkan ke benang yang terikat di jari Aiman.Cincin itu melurut memasuki jari manis gadis itu.Dia tersenyum. “Aiman,jadi isteri saya?”
Aiman yang sedang terkedu,bertambah kaku.Abang Hadi dia ke kat seberang pagar ni?
“Aiman?”
“Apa?”
“Yes or not?”Masih serius muka Hadi.Biar betul dia ni?Macam nak marah pun iya.
“Aaa….erm,er..”Aiman tidak tahu reaksi bagaimana yang harus di berikan.Setuju?Malulah.Cincin yang sedia tersarung di jarinya dilurutkan semula dan cepat-cepat benang yang tadinya terikat dileraikan semula.Lari je lah!
“Aiman,I’m asking you ni!”
“Tanya abah dengan umi.”Cepat-cepat tubuhnya menyelinap masuk ke rumah dan menghilang dari pandangan Hadi.
Tanya abah dengan umi?Maksudnya setuju lah?Alhamdulillah…

……………………………………………………………………………………………………………………………….

“Abah,umi,tak pergi tak boleh ke?”Aiman cuba meminta ketika  abah dan uminya sudah bersiap sedia untuk ke balai berlepas.
Faruq yang ketika itu sedang menunduk untuk mengambil begnya terhenti.Terus wajah anak perempuan bongsunya dipandang. “Aiman,jangan lah macam ni,abah nak pergi dah ni.Risau lah abah tengok macam ni.”
“Nak ikut…..Aiman tak nak tinggal sengsorang.”Suaranya sudah serak tanda mahu menangis.
“Mana pulak tinggal sengsorang?Tu,Abang Hadi kan ada.”Umi menunjuk Hadi yang memandang gelagat tidak keruan Aiman.
“Mana sama dengan umi…..nak ikut,abah Aiman nak ikut.”Aiman sudah menangis.Air mata mula jatuh ke pipinya.
“Sian dia Hadi,umur muda dah kena tinggal dengan mak ayah.”Amnah,ibu kepada Hadi menyuarakan isi hatinya.
“Tulah,tak puas lagi bermanja.Dari kecik duduk asrama,dah habis sekolah mak ayah pulak yang kena pergi oversea.Tengoklah tu,sedih sangat.”Hadi memandang Aiman yang sudah teresak-esak saat umi dan abahnya ingin melangkah ke pintu balai berlepas.
“Dah,dah.Jangan nak nangis macam ni Aiman,malu orang tengok lah.Bukannya tak jumpa dah,nanti hujung tahun abah dengan umi balik lah.Belajar elok-elok eh,jangan buat benda yang bukan-bukan.Dengar apa yang ibu cakap,taat dekat Abang Hadi tu.Dengar tak abah cakap ni?”Faruq menepuk-nepuk bahu Aiman yang menangis di bahunya.Dia mencium pipi dan dahi anaknya sebelum melepaskan anaknya kepada uminya pula.
Aiman angguk.Setelah  puas memeluk abah,dia pergi pula kepada uminya. “Umi……”Dalam tangis dia mengongoi.
“Aiman,Aiman,apa ni…sudah lah.Umi nak pergi ni risau lah tengok macam ni.Sudah,jangan menangis.Belajar baik-baik,ingat jangan tinggal solat,quran jangan lupa baca,taat dekat Abang Hadi,jangan buat benda bukan-bukan.Sayang anak umi ni,paanjang umur,Insya –Allah jumpa lagi.”Usai berkata-kata,Aiman didakap erat.Sedikit tersenyum melihat gelagat Aiman,dalam diam sedih juga ingin meninggalkan Aiman di sini.
Sebelum mereka masuk ke balai berlepas,mereka berpamitan dengan sanak saudara dan rakan-rakan yang turut menghantar mereka pada hari itu.
“Hadi,abah mintak tolong dengan Hadi jagakan anak abah dengan umi.Aiman ni mungkin banyak silapnya,tolonglah ajar dia apa yang dia tak tahu.Ni je lah satu-satunya anak perempuan abah,abah serahkan dia dekat Hadi.Terserahlah Hadi nak buat apa dengan Aiman lepas ni.”Hadi mengangguk saat Faruq berkata begitu sebelum mereka berlepas.
“Akak tengok-tengok kanlah Aiman ye,risau pulak Angah nak tinggalkan dia dekat sini.Tengoklah tu,tak habis lagi menangis macam budak.Kalau dia buat salah,tegurlah dia.Ajar-ajarlah mana yang patut.Saya pergi dulu ya?”Kata Adibah sebelum mereka berangkat kepada ibu Hadi,Amnah.
………………………………………………………………………………………………………………………………
“Aiman?Bangun,dah sampai ni.”Perlahan bahu Aiman ditepuk.
“Ha?Dah sampai?”Termanggu-manggu Aiman seketika.Tak sedar langsung dia sepanjang perjalanan balik ke rumah nya,maklumlah letih menangis.
“Jom turun cepat.Hari dah hujan ni.”Hadi menunjuk langit yang mula menurunkan rintik-rintik hujan.
Cepat-cepat Aiman ingin keluar dari kereta tanpa menyedari kakinya kebas.Bedebuk! “Allah,sakitnya.”
Hadi yang tidak sempat berbuat apa-apa,terpana seketika sebelum menolong Aiman yang sudah pun terbaring di atas rumput. “Ya Allah,kenapa ni?”
“Kaki kebas la….aduh!”
“La,kenapa tak tunggu dulu baru keluar?”Hadi cuba meluruskan kaki isterinya.
“Mana la saya tahu kaki ni kebas,aduh,sakit!Jangan pegang.”Menjerit kuat Aiman bila kakinya diluruskan oleh Hadi.
“Ni terseliuh la ni,pegang pun sakit.Boleh bangun tak?”Berkerut sedikit dahinya memikirkan telatah isterinya yang seorang ini.Hujan yang mulanya hanya rintik,kini sudah bertukar semakin kasar sedangkan Aiman masih terduduk di atas rumput.
Aiman menggeleng.Nak bangun apanya kalau sakit macam ni gaya?Titis hujan mula membasahi bajunya.
“Dah,jom bangun,saya papah masuk dalam,nanti suruh ibu urutkan.”
Papah?Segannya.Nak tak nak,tangannya dihulurkan juga dan Hadi menyambutnya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Aiman duduk di atas katil sementara menunggu suaminya pulang dari masjid.Melihat lelaki itu di hadapannya membuatkan dia masih tidak mempercayai bahawa Hadi itu suaminya.
Muhammad Hadi,dua pupunya.Beza umur antara mereka hanya 5 tahun.Sudah berjiran hampir 15 tahun tetapi jarang berjumpa kerana Aiman sudah dihantar ke madrasah semenjak umurnya 9 tahun.Menjejak 13 tahun,dia dapat pula tawaran ke Darul Quran.Hadi pula bersekolah di Mahad Muhammadi di Kelantan sebelum dia diterbangkan ke Yaman ketika berusia 16 tahun untuk mempelajari agama.Memang ada sangat la masa nak berjumpa sementelah cuti mereka yang berbeza-beza.
Cumanya,dia masih ingat ketika dia kecil-kecil,Hadi itulah yang menjadi tutor belajarnya.Ketika dia darjah satu,Hadi sudah pun masuk darjah lima.Ingat lagi dia bila Hadi cakap,
“Awak belajar lah rajin-rajin supaya jadi orang cerdik,jadi orang yang berilmu.Bila cerdik,ramai orang suka,boleh jadi macam isteri Nabi,Aishah.”
Disebabkan ayat Hadilah,dia bersungguh-sungguh sangat nak belajar selain nak banggakan umi dengan abah.
“Hah,berangan apa?”
“Mana ada apa.”
“Yeke?Macam jauh je termenung tu.Share ah.”Lelaki itu sudah duduk di sebelahnya sambil membuka Ipadnya.
“Tak,teringat masa kecik-kecik dulu je,zaman kita belajar depan rumah.”
“Owh.”
Owh je?Tadi dia yang beriya-iya tanya.Mulut dicemikkan.
“Apa cemik-cemik mulut tu?”Hadi terpandangkan perbuatan Aiman.
“Tak ada apalah.”Sibuk betullah dia ni.Tiba-tiba Hadi tunjukkan skrin Ipadnya.Hadi seperti menyembunyikan senyumnya.
“Ingat tak kertas ni?”Aiman tengok betul-betul.Mata warna biru?Eh,ni bukan ke….
“Apa ni Abang Hadi!Jahat lah.”Terus mukanya ditekupkan ke bantal.
“Saya tunjuk je,ingat dah lupa dah.”Senyum masih tidak luput dari bibirnya.Skrin itu masih ditatap,rindu kenangan kanak-kanaknya.
Gila lupa?Abang Hadi simpan lagi rupanya kertas tu.Agak-agak malunya sudah beransur hilaang,barulah bantal ditolak tepi. “Simpan lagi eh kertas ni?”
“Tak la simpan,dah hilang tahun lepas masa kemas bilik.Tapi sempat la tangkap gambar.Ni.”Sekali lagi skrin itu ditayangkan di depan Aiman.Mukanya kembali memerah.
“Abang Hadi,tadikan saya tengok dekat tv,orang tu buat surat lepas tu dia bagi dekat pakwe dia.Lepastu saya jumpa pulak dekat kedai buku,majalah yang tajuk dia ciri-ciri orang kita suka.”Sambil bercakap,tangannya ligat menulis angka-angka di atas kertas.
“Surat apa?Rumah awak kan mana ada tv,tengok dekat mana?”Dipandang seketika wajah yang comel itu.
“Bukan dekat rumah,tapi kat pasaraya,kan kat situ ada tv.”Aiman masih tidak menjawab soalan Hadi.
“Yelah,tapi surat apa?”
“List characteristic orang yang dia suka.”Jujur Aiman menjawab.
“Owh.”Terus dia menyambung kerjanya semula.Apa-apa je lah Aiman ni.Mereka terus senyap sehinggalah Aiman memecahkan suasana.
“Nah.”Aiman hulurkan sekeping kertas.
“Apa ni?”Keningnya berkerut.
“Bacalah lah.”
-Aiman nak kawin dengan orang macam abah,baik.
-Nanti,suami Aiman mesti handsome,mata dia warna biru
-Hebat,ikut Raasulullah.
-Solat mesti cukup.
-Tak nak garang,sama macam abah.Nanti dia selalu marah Aiman.
-Nanti dia mesti buat banyak ibadat supaya boleh masuk syurga,lepas tu dia ajak saya sekali.
“Aiman?”Tak tahu Hadi ingin membuat reaksi yang bagaimana.Budak kecik nilah.
“Saya nak zauj saya macam tu lah.”Senyum Aiman ukirkan kepada Abang Hadinya.

“Patut la Pak Ngah tak bagi korang tengok tv kan?Baru tengok dekat pasaraya pun dah pandai buat list ntah apa-apa,kalau ada tv sendiri?Haha,terlebih-lebih la imagination awak.”Hadi mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Masa tu mana fikir elok-elok.Budak lagi kan?”Aiman cuba cover.Konon,padahal teruja tengok orang act romantic lebih sikit.
“Yelah Nur Aiman,sayangnya saya ni bukan jejaka bermata biru.Tak study ke malam ni?”Prihatin Hadi terhadap isterinya.
“Erm,aa…..”Teragak-agak Aiman ingin memberitahu perkara sebenar.
“Kenapa?”Keningnya dijongkitkan.Selalu lepas isya’ atau maghrib mesti hafal surah,malam ni tak nampak pulak.Kadang-kadang Hadi duduk juga sekali dengan Aiman,recall apa yang dia hafal.
“Saya periodlah.”
“Owh.Tak sucilah ni?”Selamba lelaki itu menuturkannya.
“Apa Abang Hadi ni?”Memerah seketika muka Aiman.Terms dia….
“Lah,kita cakap yang betul,betullah kan?”Sengih segaris terukir di bibirnya.Nak marah pulak dia ni..
“Dah,jom turun.Lapar lah.”Aiman bangun daripada duduknya.
“Apa kena mengena turun bawah dengan lapar?”Hadi ni kadang-kadang kalau datang lurus dia,macam inilah.
Abang Hadi memang bendul. “Dah tu nak suruh makan kayu dalam bilik ni bagi kenyang ke Abang Hadi?Turunlah bawah,pergi dapur makan…….saya dah masak lauk.”
“Owh.Okay.”Terus lelaki itu berjalan keluar dari bilik tanpa menunggu Aiman.Termanggu-manggu Aiman dibuatnya bila melihat tindakan suaminya.
Hello?Kita ni apa?Tunggul ke Abang Hadi?Sabar je lah dia ni.

………………………………………………………………………………………………..

“Hello,ya saya Hadi bercakap.Kenapa ya?”Hadi mengkerutkan dahinya.Tiba-tiba sahaja ada satu panggilan masuk ketika dia sedang mengajar.
“Ha,ya,isteri saya.Hah?Iya ke encik?”Ah sudah,apa pulak Aiman ni buat.
“Okay,tunggu,nanti saya datang.Ya,Insya-allah.”Setelah telefon dimatikan,bergegas Hadi berkemas. “Students,sorry ya?Saya ada emergency,minta maaf sangat,next time kita ganti kelas.Asalammualaikum.”
Cepat-cepat Hadi memandu ke tempat yang dimaksudkan oleh orang yang menelefonnya.Aiman,apa awak buat ni?
Melilau matanya sebaik sahaja dia tiba di bank mencari kelibat Aiman.Apabila sudah terlihat,laju sahaja kakinya melangkah ke situ. “Aiman?”
Aiman memandang ke arah orang yang memanggilnya. “Abang Hadi….”Lekas dia bangun dan berdiri dengan muka yang sememeh ingin menangis.
“Kenapa ni?Dah,jangan nangis.”Hadi cuba menenangkan Aiman yang mula ingin menitiskan air matanya.Air mata Aiman dilap dengan sapu tangannya.
“Encik,isteri encik ni terpaksa kami tahan sebab auntie ni cakap yang dia cuba nak tengok nombor akaun auntie ni.Lepas tu auntie ni cakap yang isteri encik ni mencurigakan sebab asyik pandang dia.”Seorang pegawai bank menerangkan kepada Hadi.
“Ya loh,ini awak punya isteri tak habis-habis intai sama saya punya akaun la,sampai saya punya nombor akaun pun dia mau tengok,sama juga macam dia asik pandang saya loh.Ini orang macam mahu itu hack saya punya akaun lah.Tak pun dia mau curi duit saya.”
“Mana ada,saya cuma nak tengok je.”Aiman cuba membela dirinya.
“Lu mau buat apa loh kalau tengok itu saya punya akaun?”Pantas auntie cina itu membalas.
“Abang,saya tak salah,tolonglah.”Lengan baju Hadi ditarik-tariknya.Aiman berasa sangat takut ketika itu.
“Aiman,stop,istigfar banyak-banyak,duduk dulu.Biar saya settle dulu.”Aiman didudukkan dia atas kerusi sedikit jauh daripada mereka.
Aiman hanya menurut,dia pandang Abang Hadinya yang sedang bercakap dengan auntie cina itu dan dua orang pegawai bank dan seorang polis bantuan.Agak lama juga dia menunggu hingga tertidur.Dia Cuma tersedar apabila Hadi mengejutnya.
“Aiman,bangun,tidur pulak dia.Jom balik.”Bahu isterinya digoyang perlahan.
“Balik?Dah siap ke?”Terpisat-pisat matanya.
“Dah,jom.”Hadi menarik tangan Aiman supaya mengikutinya bila Aiman masih lagi termanggu-manggu kebingungan.
Semasa di dalam kereta,Hadi langsung tidak bersuara membuatkan Aiman mula kecut perut. “Abang Hadi…..”Mendayu.
“Erm..”Juga mendayu.
“Asif.”
“Kenapa pulak?”Dengan muka kosong dia pandang Aiman.
“Saya tak salah.”Dia nak Abang Hadi tahu yang dia tak salah.
“Dah tu kenapa mintak maaf?”
“Sebab menyusahkan Abang Hadi.”
Mendengar ayat Aiman membuatkan Hadi ingin tergelak besar.Sungguh la isterinya ini masih tidak matang.Mukanya sengaja diseriuskan. “Saya tak nak cakap hal ni sekarang,nanti balik rumah kita settle.”
Oookaayy….tapi…. “Abang Hadi?”
“Erm.”
“Abang Hadi ada cakap dekat umi dengan abah tak?”Matilah dia kalau umi dengan abah tau,memang habis kena syarah.
Haha,ini sungguh-sungguh Hadi ingin gelak.Dia langsung tak terfikir pasal abah dan umi mertuanya. “Kenapa kalau saya dah bagi tahu umi dengan abah?”
Alah,cakap je lah. “ Habis lah nanti kena marah.”Perlahan sahaja suara Aiman.
“Okay.”Hadi tenang memandu tanpa menoleh langsung ke arah Aiman.
Apa yang okaynya?Okay kena marah?Itu yang dia cakap okay?Sungguh la Aiman maih tak faham dengan Abang Hadinya ini walaupun boleh kata hampir sebulan mereka berkahwin.Malas nak cakap lebih-lebih,matanya dipejamkan.

………………………………………………………………………………………………………………..

“Aiman,baru seminggu umi tak ada,dah pulak ini yang jadi.Kenapa boleh jadi macam tu?Bla,bla,bla.”Aiman cuma tadah telinga saat suara uminya mencecah gegendang telinganya.Itu belum masuk abahnya lagi.Tak sangka sungguh Abang Hadi betul-betul call umi dengan abah,geram betul.
“Dah bermotivasi dah?”Hadi duduk di sebelahnya sambil membawa sepinggan buah-buahan dengan satu jag air masak.Dia hulurkan buah itu kepada Aiman.
Sungguh menyakitkan hati! “Dah,sangat bermotivasi,terima kasih kerana tolong telefonkan pensyarah yang paling bertauliah untuk saya ya Encik Muhammad Hadi!Syukran.”Buah dikunyah dengan kasar.
“Afuan,afuan.Hehe,umi dengan abah kata apa?”Hadi tersengih memandang Aiman yang mencuka.Alolo,comelnya.
“Ha,cakap pasal ni,apa yang Abang Hadi cakap dengan diorang?Kenapa diorang marah sangat,lepas tu siap cakap saya nak mencuri lagi.”
“Bila pulak saya cakap yang awak nak mencuri ni?Umi dengan abah salah dengar la tu,saya cakap awak kena tuduh nak mencuri.Tu je.”Sepotong buah masuk ke dalam mulutnya.
“Abah tak habis-habis ingatkan Aiman hukum mencuri tau tak.Lepas tu umi pulak tak habis-habis suruh ajak Abang Hadi pergi bank,ajar saya macam mana nak guna ATM.”
Lepas ni pergi ajak Abang Hadi tu pergi bank,ajar sikit macam mana nak guna ATM,teruk betul Aiman ni…..la,bla,bla”
Bila dengar ayat last Aiman tu,terus Hadi tergelak sampai hampir tersembur buah dalam mulutnya.Haha,lawak,lawak.
Aiman pandang je orang dekat sebelah dia ni,lawak ke bang?Sungguh la menyakitkan hati! “Dah la gelaknya Abang Hadi,hilang apa yang awak ingat nanti.”
“Okay,okay.Asif,tapi betul ke umi cakap macam tu?”Mulutnya ditutup menahan ketawa dari terhambur.
“Ye,umi cakap macam tu.”
“Macam mana lah awak tak tahu guna ATM?Orang sekarang kalau buta IT sekali pun,ATM tu,macam ni!”Hadi petik jarinya.
“Encik Muhammad Hadi,fahamilah satu perkara bahawa saya tidak pernah menggunakan ATM…..harap maklum.”Malas nak layan Abang Hadi,lagi kena bahan ada lah.
“Tak pernah guna ATM?Duduk ceruk mana?”Dahinya dikerutkan.
“Ceruk dunia nu jauh dekat Azerbaijan.”
“Seriously la Aiman tak pernah guna ATM?”Wah,berjaya sungguh abah mertuanya menjauhkan anak-anaknya daripada teknologi.
Aiman gelengkan kepala. “Nak tipu buat apa.Aiman mana pernah guna ATM,duit semuanya abah bagi.Abah pun tak bagi saya keluarkan duit kalau saya try mintak.”
Hadi telan air liurnya.Hebat,hebat sungguh bapa mertuanya.Memang otak budak ni suci betul!

…………………………………………………………………………………………………………………………….

Hadi terus memandang Aiman yang tidak berhenti-henti ke hulu dan ke hilir.Orang patut nya tidur dah sekarang ni. “Aiman,tak nak tidur ke?”
“Tak boleh tidurlah Abang Hadi.Takut.”Jelas kerisauan terpancar di wajahnya.
Hadi menggamit Aiman supaya rapat di sebelahnya.Aiman menurut.Muka Aiman dipandang,rambut itu diusapnya lembut. “Kenapa takut?”
“Takutlah,Aiman mana ada kawan,mana tahu sesat ke,UIA tukan besar.”Aiman menjelaskan kerisauan nya.
“Innalah ha makna Aiman.”Rambut Aiman terus dibelai.
“Tau.”
“Dah tu?”
“Ntah,takut je.”
Lama Hadi merenung isterinya lantas mebuatkan dia tersenyum.Bahu isterinya dipeluk,automatis Aiman melentokkan kepalanya ke bahu Hadi. “Awak dah besar Aiman.You’ve grow up.”
“Abang pun dah besar.”
“Naam.Awak bukan lagi Aiman yang kecik and comel macam dulu-dulu.”
“Abang Hadi pun bukan Abang Hadi yang tembam macam dulu-dulu jugak.”Aiman mencari mata Hadi dan ternyata Hadi juga membuat perkara yang sama.
“Alhamdulillah,thank to Allah,praise Him.Saya pun tak tahu bila awak dah besar macam ni.Masa terlalu cepat kan?”Aiman mengangguk.
“Abang,saya takut……”
“Takut apa Aiman?”
“Esok,bila saya dah mula belajar,tanggungjawab saya dah bertambah.Saya takut tak boleh balance….”
“Tak payah fikir la pasal balance tak balance.Kamu berlajar bukan buat maksiat,kalau Aiman keluar rumah buat benda tak senonoh yelah saya nak marah.Tanggungjawab tu takkan pernah habis Aiman,selagi kita hidup.”
 Aiman menarik nafas dan melepaskannya.Entah la,dia takut sangat yang dia tidak akan dapat menjadi isteri yang baik bila dah mula belajar ni.Buat malu je kalau ada pelajaran,tapi tak jaga kebajikan suami.Tapi ada lagi satu benda yang mengganggu dirinya.
“Abang…..”
“Herm..”
“Macam mana nanti kalau saya terjatuh hati dekat orang lain?”
Terkedu sekejap Hadi dibuatnya.Betul jugak kan? “Insya-Allah tak,Allah will guide you.Bila Aiman rasa tak kena,cepat-cepat ingatkan Allah,istigfar.”Hadi cuba juga menenangkan hatinya.
“Aiman,kalau abang mintak satu benda boleh tak?”
“Apa?Insya-Allah,kalau saya boleh bagi,saya bagi.”Hadi bangun dan pergi menuju ke almari pakaian.Dia mengeluarkan beg plastic dan menghulurkannya kepada Aiman.
“Apa ni?”
“Bukalah.”Hadi sabar menunggu sambil memerhati reaksi Aiman.
“Abang?”Kain berwarna hitam itu ditunjukkan kepada Hadi meminta kepastian.
“Saya tak paksa Aiman,kalau tak nak saya tak kisah pun,apa yang awak pakai sekarang pun dah okay.”Hadi senyum segaris.Ye ke tak kisah Hadi?
 “Tapi kenapa?”
“Entah,bila tengok ramai orang pandang Aiman siang tadi,rasa erm,entah.”Bahunya dijongkitkan. cepat-cepat matanya dikalihkan ke tempat lain,malu.Yelah,cemburu jugak bila tengok ramai orang tertoleh-toleh dekat isterinya ini ketika mereka pergi menguruskan pendaftaran Aiman di UIA siang tadi.
Terjungkit senyuman segaris di bibir Aiman.Kain hitam itu di letakkan ke mukanya menutupi hidung dan mulutnya.Owh,Abang Hadi jealous rupanya….baru tahu. “Erm,Abang Hadi…..”Bahu Hadi dicuitnya.
“Ya..”
“Kalau nak fikir dulu?”Mukanya sengaja dibuat comel.
Hadi seperti tersentak,kalau tangguh maksudnya makin ramai la yang tengok Aiman? “Er,ookaayy je.”
“Betul ni?”Aiman mendongak memandang Hadi.
“Iya,okay je.”
“Sayang Abang Hadi.”Terus tubuh Hadi dipeluk kemas.Sayang ketat-ketat.
“Amboi,terus sayang?”Tetapi pelukan itu dibalas juga.
Aiman cuma senyum begitu juga dengan Hadi. “Dah,tidur,esok nak bangun pagi.Baca doa dulu sebelum tidur.”Aiman anggukkan kepalanya.Mata Aiman sudah mula terpejam.
“Sayang awak lillah hi taala.uhibbuki Fillah Aiman.”Kata-kata itu dilafaskan sebelum dia sendiri melelapkan matanya.

…………………………………………………………………………………………………………………….
Percayalah cakap ustazah,bila kita sayangkan seseorang,cintakan seseorang hanya kerana Allah,mengharapkan redha Allah,insya-allah ia akan jadi ibadat.Tak salah kalau kita nak cintakan pasangan kita kalau yang dah berkahwin tu,janji jangan cinta suami orang pulak…cuba kita amalkan setiap hari ucap dekat suami kita,abang,sayang ke,darling ke,saya cintakan abang,saya sayangkan abang kerana Allah.Bagi suami,saya sayangkan awak,honey ke,kerana Allah.Insya-allah kita akan dapat rasa,Allah bagi kebahagiaan,Allah bagi keharmonian dalam rumah tangga kita.Allah turunkan kasih sayang dia…memang terasa sangat lainnya,orang kata apa?Makin berbunga-bunga rasa cinta tu.Cubalah amalkan.”

Macam tu ke?Aiman pandang muka suaminya yang tenang memandu.Lekas-lekas earphone di telinga di cabut.Entah macam mana topic ini boleh keluar pula bila dia rasa serba salah ingin meninggalkan suaminya.Raut itu dipandang lagi.
“Kenapa?”
“Nothing.”Pandangan kembali diluruskan.Hadi mengangguk.
“Abang,apa pendapat abang pasal cinta?”
“Cinta?Kenapa pulak ni?”
“Tak,saja nak tahu.Ada orang cakap cinta tu indah lah,menyeronokkan lah,abang pernah bercinta tak?”
“Pernah.”Hadi menjeling isterinya.
Biar betul Abang Hadi ni?Ustaz dia tak marah ke?Dalam diam,bertamu rasa kecewa di dalam hati Aiman,that is mean,aku bukanlah yang pertama untuk Abang Hadi lah ni? “Owh,yeke.Okay then.”
Hadi sedar raut wajah isterinya mula berubah. “Tak nak tau ke dengan siapa?”
Buat apa nak tau?Buat sakit hati je tau!Tapi dia jawab jelah jugak untuk jaga hati Abang Hadi. “Dengan siapa?”
“Awak kenal kot.” Hadi sengaja hendak berteka-teki.
Siapa pulak ni?Tak pernah dengar pun Ateh Ita cerita dekat umi pasal Abang Hadi ada skandal….. “Saya kenal?Biar betul?”
“Awak kenal lah Aiman.Cuba ingat balik betul-betul.”Sekilas wajah Aiman yang dilindungi kain hitam sehingga menampakkan matanya sahaja itu dipandang.Tidak sangka pula Aiman akan menuruti kehendaknya itu secepat ini.Terkejut lah jugak bila pagi tadi tengok Aiman yang sudah bersiap,sungguh cantik pada pandangannya.
“Abang Hadi,okay tak?”
“Apa yang okay?”Ketika itu dia masih belum berpaling.
“Tengoklah ni.”Hadi cuba dipusingkan,Aiman inginkan pandangan Hadi terlebih dahulu sebelum dia melangkah ke luar rumah.
“Tengok apa lag….subhanallah!”Terkeluar juga perkataan itu di bibir Hadi saat melihat Aiman yang siap berniqab.Hadi rasa Aiman yang berniqab ini lebih cantik dari Aiman yang tidak berniqab.Habis tu,takkan nak suruh dia pakai burqah pulak Hadi?Melampau!
“Okay?”
“Ha….ha ya,okay.Tapi,bukan kata nak fikir ke?”
“Gurau je lah,abang suruh,saya ikut.Bukan Abang Hadi suruh buat maksiat kan?”Di sebalik kain hitam itu,Hadi tahu Aiman sedang tersenyum.
Hadi yang tadinya terkedu kini perlahan-lahan boleh menerima keadaan isterinya.Terharu dengan jawapan Aiman.Allah,lembutnya hati isterinya ini.Dia mulai tersenyum,perlahan-lahan Hadi mendekati Aiman.Badan itu ditarik ke dalam pelukannya. “Syukran.”


“Ntah lah,tak ingat.”Aiman malas nak panjangkan bicara,nanti rosak mood dia. “Abang Hadi,nanti selalu-selalulah datang tengok Aiman eh?”
“Alah,seminggu je,macam tak biasa duduk asrama.”Hadi mengejek Aiman.Aiman duduk asrama seminggu pun sebab orientasi,lepas tu duduk  dekat rumah sebab dalam borang pendaftaran tu sudah dinyatakan statusnya sebagai isteri orang.
“Alah,datang je lah,jenguk saya…..”Abang Hadi ni memang la hopeless!
“Okay,insya-allah.” Tu je?Aiman monolog sendiri.Letih la dapat orang macam gini!

…………………………………………………………………………………………………………………………………..
Ya Allah penatnya minggu orientasi ni,asyik kena buli je.Tunggu lah aku jadi senior pulak,siap korang!Belum apa-apa Aiman sudah berfikiran begitu.Air dibawa di sebalik kain hitam di mukanya,haus.Apa agaknya Abang Hadi tengah buat eh?
Tiba-tiba teringat masa hari suaminya itu menghantarnya ke sini.
“Belajar elok-elok eh.Jangan buat hal,saya tak ada nak tolong awak.”Itu pesan Hadi buat isterinya.
“Herm,tapi mana belajar lagi,baru minggu orientasi.”Jawab Aiman.
“Lah,orientasi pun belajar jugak kan?”Beg-beg Aiman dibawa keluar dari bonet kereta.Bukan main lagi banyaknya,kalah nak duduk setahun,padahal seminggu je kot!
“Yelah,nanti jenguk saya tak?”Aiman pandang dengan penuh mengharap.
“Tak tahulah lagi,takut busy la.Kalau abang sempat,abang pergi la eh?”Hadi cuba memujuk,tidak mahu mengecewakan isterinya yang sudah berura-ura seperti ingin menangis.
“Okay.”Perlahan sahaja suara Aiman.
Hadi memandang Aiman sepintas lalu.Beg-beg isterinya di bawa sehingga ke pintu pagar asrama.Tidak mahu melayan emosi Aiman yang entah apa-apa. “Okay,we are here.”Beg diletakkan.
“Abang,Aiman takut……”macam mana ni?Alah,dah lah sorang pun dia tak kenal!Aiman ni bukan jenis yang mudah mesra dengan orang.
“Dah,dah tak payah takut.Ingat Allah banyak-banyak.”Hadi menepuk-nepuk belakang bahu Aiman.
“Macam mana ni?”Tangan Hadi digoyang-goyang.Sungguh dia benar-benar takut,dapat Hadi rasakan betapa sejuknya tangan Aiman.
“Masuk karang,buat macam biasa,tegur kawan-kawan.Jangan buat sombong,kalau orang senyum,Aiman senyum balik.Ingat tak?”Aiman angguk,tapi mana nampak pun kalau dia senyum balik? Lalu dia sambung lagi. “Dah,pergi masuk cepat,kejap lagi dah nak mula program kan?Abang boleh hantar sampai sini je,malam karang insya-Allah saya call,jangan lupa call umi dengan abah nanti.Nanti jangan lupa baca quran,jangan buat yang bukan-bukan.Jaga Hati tu,jaga mata,jaga iman.Niat dulu sebelum buat apa-apa lillah hi taala.”Hadi senyum je tengok isterinya yang semakin menggelabah itu.Isterinya baru 18 tahun……
Tangan Aiman hulur ingin bersalam.Hadi sambut dan pipi serta dahi isterinya dicium.Lantas tubuh Aiman dipeluk. “Abang,I love you lillah hi taala.”Aiman berkata semasa tubuh nya dipeluk Hadi.
Zupp!!Terasa aliran eletrik mengalir dalam badan mereka berdua saat mendengarkan ayat itu.Tanpa sedar hati Hadi berbunga-bunga.
Blush sekejap pipi Aiman bila mengingatkan hari itu.Betullah ustazah cakap,semakin hari semakin dia sayang akan Abang Hadinya itu.Start dari hari  itu,bila Hadi menelefon,pasti Aiman akan menuturkannya.Mula-mula Hadi segan juga untuk membalas,tetapi setelah hampir empat hari hanya Aiman yang mengucapkan,tiba-tiba Hadi pula membalas,tapi tidaklah romantic pun.
“Herm,okay.”
Memang terkedu sungguh-sungguh la Aiman dibuatnya.Tak sabar nak tunggu esok,sabar,sehari je lagi Aiman.
………………………………………………………………………………………………………………
“Jom shopping.”Ajak Hadi.
“Bila?”
“Sekarang lah,bila lagi yang freenya?”Hadi sudah bersiap.
Aiman yang ketika itu hanya berseluar kotak-kotak dan berbaju t-shirt mengerutkan dahinya. “Sekarang?”
“Saya Aiman,sekarang.Bulan depan kan dah nak puasa,kita beli lah baju awal-awal,nanti takde lah kelang kabut sangat sementara ada masa ni.”
“Alah,saya tak siap lagi ni….”
“Tak siap,pergi lah bersiap sekarang.”Hadi menyuruh.
“Lama lah Abang Hadi,baju tak gosok,tudung tak gosok,stoking tak cari,semua tak cari lagi ni,macam mana?”Tulah kamu Aiman,bukan main lagi seronok tengok muka ustaz Don!
“Pergi jelah naik atas tu,dah membebel kat sini pun bukannya boleh sedia semua benda tu.”Hadi tolak Aiman ke tangga,banyak pula tanya mak cik ni.
Aiman turutkan juga.Pening kepala dia memikirkan macam mana nak bersiap dengan masa yang sekejap.Hadi tu bukannya suka sangat tunggu lama-lama. “Macam mana ni?Pakai je la apa yang ad…..”
Sejurus pintu bilik ditutup,Aiman dah ternampak sepasang jubah hitam dan tudung hitam terbentang di atas katil.
“Wah,abang Hadi dah readykan lah semua baju dengan tudung…..”Aiman berlari ke tangga,dan menempik dari atas. “Abang Hadi,terima kasih ya atas baju dan tudungnya!”Tiba-tiba terasa macam nak speaking indon.
Hadi mendongak ke tangga bila dengar suara Aiman.Dia cuma tersenyum,nak tunggu kamu bersiap memang lah lama Aiman,baik saya siapkan untuk kamu…

………………………………………………………………………………………………………….
Mereka sedang berjalan di kaki lima kedai-kedai sekitar Jalan TAR.Banyak jugak barang yang mereka berdua beli,alang-alang dah keluar shopping beli semua benda yang ada depan mata.
Hadi ikutkan sahaja kerenah Aiman yang seronok sangat gayanya membeli-belah,maklumlah orang tak pernah ke public.
“Aiman,saya nak cari kain pelikat baru lah,jom pergi kedai sana kejap.”Hadi tunjuk sebuah kedai yang menjual kain pelikat.
Aiman anggukkan kepalanya. “Kenapa dengan kain pelikat abang?”
“Taklah,saja nak beli yang baru…ni ada kain batik kat sebelah ni,Aiman tak nak?”Hadi hulur sehelai batik berwarna pink.
Bulat mata Aiman.Me?Kain batik? “Abang jangan buat lawak.”Malas-malas Aiman menjawab.
“Alah,kenapanya?Ala-ala wanita melayu terakhir gitu…”Hadi mengusik Aiman.Sepanjang perkahwinan mereka memang langsung dia tidak pernah melihat Aiman memakai kain batik.
“Akhir apanya?Tu,tu nampak tak?Bersepah lagi wanita melayu Abang Hadi.Tak nak lah saya,tak reti.”
Hadi tersengih.Dah agak dah…. “Sebab tu saya cakap ala-ala.Hisy,tak nak tak apa.Jimat duit saya.”
Huh,kedekut!Aiman jelirkan lidahnya tapi terkena kain hitam di mukanya.Allah….lupa!
“Dah,jom kita keluar,tak daya ramai sangat orang dalam ni.”Hadi tarik tangan Aiman supaya mengekorinya.
“Abang…..jom pergi situ,haus lah.”Hadi turutkan.Sedang dalam perjalanan ke kedai minuman,tiba-tiba seorang perempuan melayu yang sangat seksi lah pada pandangan Aiman melintas depan mereka.
Aiman yang pandang pun rasa sangat malu,hoh,aku duduk berdua dengan laki aku pun tak berani nak pakai macam tu.Mereka berdua terhenti berjalan.
Hadi telan air liurnya,astagfirullah…..tiba-tiba tangannya digoncang Aiman.Mata cantik itu dipandang. “Abang tengok apa tu?”
“Tengok awak lah…hisy,kenapa dia pakai macam tu?Nauzubillah.”Hadi sedang cover.
“Jangan nak pandang lebih-lebih ya,jaga mata,jaga hati.Nanti lupa apa yang awak ingat.”Aiman beri amaran.
Gulp!Lembut,tapi berbisa!Tiba-tiba terasa ingin menyampaikan sesuatu kepada Aiman. “Aiman tahu tak kenapa golongan seperti ini boleh berpakaian macam tu?”
Aiman angguk. “Banyak sebab,mungkin mereka tak tahu tentang hukum ataupun golongan ni memang sengaja abandone hukum.”
“Betullah tu,tapi sekarang ni bukan masalah tak tahu,tapi tak mahu.Tipulah kata tak tahu,sebab info tu ada kat mana-mana sahaja,tinggal kita je nak apply it or……”Hadi jongket bahu. “Manusia hari ni semakin lupa dekat Allah,alasan tak nak tutup aurat,sebabnya tak dapat hidayah,tak dapat petunjuk,sedangkan Allah dah seru tutup aurat tu seribu empat ratus tahun yang lepas lagi dah.Kalau tutup aurat pun,bertudung,tak sempurna.Itupun salah jugak,tapi tu yang banyak terjadi dalam masyarakat kita hari ni.”
“Aurat pada mereka hanya sekadar pakai tudung,sedangkan aurat itu bukan lah maksudnya bertudung,tapi menyeluruh.Dari segi maruah,dare segi tingkah laku.”Aiman pula tambah.
“Pandai pun isteri saya ni.”Hadi puji Aiman dan dia tahu Aiman sedang tersengih di sebalik kain hitam itu tandan suka.
“Nauzubillah.Harap-harap anak kita nanti janganlah jadi macam ni,takut lah saya tengok masyarakat hari.Kalah eropah.”
Hadi sengih bila dengar part anak.Wah…Aiman bercakap soal anak? “Alah,baju dengan tudung Aiman kan semuanya besar-besar,nantilah bagilah kat diorang sikit kalau tak cukup kain.”
Aiman pandang Hadi dengan sengihan yang terlindung. “Boleh,boleh,nanti Abang Hadi belanja lah saya tudung-tudung baru pulak eh?”
…………………………………………………………………………………………………………….
“Hisy,tenang. Aiman,tenang……”Buku itu dibaca semula,sepatah haram tak masuk dalam kepala.Yang dia tahu sejak tadi nama Malaysia dalam BM atau BI adalah Malaysia.Apakah?Setakat itu,matilah kena marah dengan madame nanti!
Baca baik semula….the federation shall be known ,in Malay and in English ,by the name of Malaysia.The states of federation shall be Johore,Kedah,Kelantan….bla,bla,bla…subject to clause(4),the territories of each of the states mentioned in clause(2) bla,bla,bla…..the territory of the state of Selangor shall exclude the Federal Territory of Kuala Lumpur established under the Constituition (Amendment) bla,bla,bla…..
“Argh!” Aiman jerit perlahan.Buku bertajuk Federal Constitution itu diletak tepi.Kepalanya didongakkan dan diletakkan di atas sofa.Muka Hadi dipandang kosong.
Hadi jongkitkan kening.Kitab Ihya’ Ulumuddin diletakkan dan dagunya ditopang untuk memandang Aiman yang duduk di celah kakinya di atas lantai. “Kenapa?”
“Abang……………”
“Hurm?”
“Tak masuk………..”
“Masuk mana?Bola tak masuk gol?”Hadi cuba berlelucon tetapi tidak mendapat sambutan.Okay,tak kena tempat.
“Abang Hadi……macam mana ni?Hari Isnin ni dah masuk kelas.Buku ni tak katam lagi.”Kepalanya masih didongakkan.
“Apa yang susah sangat?Buku kecik je kot.Baca je kan?Tengok saya punya buku,lagi tebal,bahasa arab lagi.Dari tadi saya tengok,asik membebel je.Baca doa ke tak?”Hadi cubit pipi isterinya.
“Bacalah doa.Amboi,bukan main lagi dia…..bila pulak kita membebelnya?Kita membaca okay.”Buka biru tadi diambil semula.Cakap dengan Abang Hadi langsung tak membantu.
“Meh buku ni,Abang Hadi awak ni tolong bacakan.Dengar elok-elok.Supreme Law of Federation.This constitution is the supreme law of the federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this constitution shall,to the extent of the inconsistency,be void….eh?”Hadi garu kepalanya.Jujur dia cakap,langsung dia tak faham istilah-istilah undang-undang ni.Nak-nak pulak dalam Bahasa inggeris.Dia dulu ambik kesusasteraan arab,bukan literature.
“Amacam?Baca je kan…?Habiskanlah buku kecik ni.”Aiman tayang sengih,tulah,lain kali jangan kutuk-kutuk saya.
“Okay,minta maaf.Ia bukan hanya sekadar buku biru kecil.”Hadi sengih menutup kesalahannya.
“Apology accepted!”
………………………………………………………………………………………………………………..
Kira punya kira,hari ni dah genap setahun usia perkahwinan Aiman dengan Hadi.Mereka tetap dengan rutin harian mereka,Aiman yang sibuk dengan kelasnya,dan juga Hadi yang sibuk dengan pengajarannya.
“Abang,esok pagi Aiman ada kelas Bell.”
“Okay.Aiman,sini kejap.”Hadi menggamit Aiman supaya mendekatinya.
Aiman duduk di sebelah suaminya.Lengan suaminya itu dipeluk tanda menzahirkan sayangnya. “Kenapa?”
“Kenapa lately ni,saya tengok Aiman macam pelik je.Ceritalah…..stress belajar ke?”Hadi bertanya,muka Aiman yang mulanya tersenyum seperti tersentak.
“Er,tak adalah.Saya okay,Alhamdulillah.”Aiman cuba mengelak.Pelukan di lengan itu semakin dikejapkan.
“Yeke?Selalu Aiman cerita ke dekat saya apa yang jadi dekat kelas,ni lately ni senyap je.Exam lambat lagi kan?”Kepala itu diusap.
Aiman menggeleng. “Nothing lah abang Hadi.Don’t worry.Aiman okay.Abang Hadi kata saya,saya tengok abang pun senyap je,tak ada pun nak cerita pasal students abang,stress jugak?”
Kali ini giliran Hadi tersentak. “Takde lah.Abang okay je.”
Kemudian kedua-duanya hanya senyap.Aiman tenang dipeluk Hadi tetapi fikirannya menerawang entah ke mana mengingatkan hal yang terjadi kepadanya kebelakangna ini.
Asalammualaikum,minta maaf sekiranya surat ini menganggu awak.Saya cuma nak berkenalan dengan awak je.Lama dah saya perhatikan awak,saya harap awak tak marah.Saya berminat nak kawan dengan awak walaupun saya rasa saya tak layak untuk awak.Awak gadis yang baik-baik,saya ni pulak lelaki yang jahat.Jujur saya cakap,saya sukakan awak,mungkin too early saya kata macam ni,even kita tak pernah face to face kan?Saya just nak bagi tahu awak ni je.Saya harap awak tak marah.Terima kasih sudi baca.
Lebih kurang begitulah isi surat yang diterima Aiman lebih tiga minggu yang lalu,dan itu bukanlah surat yang pertama dan terakhir,malah selepas itu berderet-deret pula surat yang diterimanya.Tidak termasuk lagi dengan hadiah-hadiah dan juga kiriman bunga.Ya Allah,habis tahan dah dia ni berahsia dengan Hadi.Hendak beritahu takut bercampur segan ada dalam hati.
Fikiran Hadi juga menerawang jauh teringatkan masalahnya.Bagaimana dia mahu memberitahu Aiman tentang hal yang satu ini?
Hadi,pak cik berkenan lah dengan Hadi ni.Boleh tak pak cik pinang Hadi untuk anak pak cik?”
Seorang lelaki pertengahan abad meminta Hadi agar mengahwini anaknya yang baru pulang ke tanah air.Puas dia menjelaskan yang dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri yang baik,tetapi senang sahaja pak cik tua itu menjawab,
“Alah,lelaki kan boleh kahwin empat?Ikut sunnah…”
Ewah-ewah,suka hati dia je?Kalau nak ikut sunnah,isteri pertama pergi cari jandalah,bukannya anak dara! Bab itu je tahu nak ikut sunnah,bab yang lain tu?Ikut sendiri….Hadi sayangkan Aiman walaupun dia jarang sekali melafazkannya.Yeke jarang?Bukan tak pernah ke Hadi?
“Abang Hadi…..”
“Ye saya….”
“Abang sayang saya tak?”
Hadi tersentak. “Kenapa?”
“Taklah,Aiman tertanya-tanya je.”Wajah redup Hadi dipandang,di bibirnya tercoret senyuman buat suaminya.
“Awak rasa?”
“Saya rasa saya tau jawapannya.”
“Apa?”
“Aiman tau abang sayangkan Aiman,even abang tak pernah pun cakap.Kalau tekaan saya betul lah.Betul tak?”Mata mereka bertentangan.Aiman serius.
Lama-lama Hadi tersenyum kecil dan menjadi tawa halus. “Apa yang buat Aiman fikir macam tu?”Aiman dibawa ke dalam pelukan.Tangannya disilangkan dan diletakkan di atas bahu Aiman.Suka dia berbuat begitu,memanjakan isterinya seolah segala-gala masalah hilang berterbangan.
“Mungkin abang tak pernah cakap,tapi tak semestinya a word means everything kan?Sayang kadang-kadang tak payah diucap,cukup dengan perbuatan.Abang tak pernah cakap abang sayangkan Aiman,tapi bila abang peluk Aiman macam ni,bila abang treat Aiman macam ni,it is enough for me to know that your love really for me.”Aiman luahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.
Kamu memang seorang yang bijak Aiman…..Ya Allah beruntungnya aku dapat isteri begini. “Aiman,pernah dengar tak kata-kata seorang lelaki adalah pelindung kepada wanita?”
Aiman angguk. “Sebenarnya seorang wanita adalah pelindung,bayi yang berada dalam kandungan dilindungi oleh ibunya dan seorang suami dilindungi oleh isterinya.Isteri yang baik akan melindungi suaminya daripada melakukan perkara-perkara yang tak baik,dia melindungi suaminya dari kejatuhan,dari kesedihan,dia melindungi suaminya ketika suaminya jatuh.Dan awak,seorang isteri yang baik,you change my life.”
“Asif kalau awak terasa,I’m no good like others man,for me love is not something that you should say,but something that you should express.But,bila awak dah tanya ni,ya,abang memang sayang kan awak,sayang sangat,insya-allah fillah.
.Dia tidak akan ragu-ragu lagi dengan kasih sayang suaminya ini.
…………………………………………………………………………………………………………………………
“Umi,apa yang patut saya buat?”
“Hadi tahu tak hal ni?”
“Tak,saya tak bagi tahu dia pun.Saya takut,segan pun ya jugak,nampak sangat saya tak pandai jaga maruah suami.”Aiman rasa seperti ingin menangis bila siang tadi lelaki yang selama ini hanya mengirimkan surat itu melamarnya di hadapan khalayak ramai.Langsung tak reti bahasa!Bukannya tak diberitahu Aiman itu sudah berkahwin,Aiman hanya menipu sebagai alasan hendak melarikan diri,katanya.Huh,sengal!
“Lah,kenapa tak bagi tahu dia?Tak baik tau membelakangkan suami,awak dah ada suami Aiman.Jangan lupa tu.Sedih dia dengar nanti.”Itu dari abah.
“Aiman segan,Aiman takut.”
“Sebab tulah abah kata kena bagi tahu Hadi.Aiman bagi tahu kami kat sini pun bukannya umi dengan abah boleh tolong awak dekat sana.Aiman ada Hadi je tau tak dekat sana,ke nak bagi tau ibu?”Laju-laju Aiman menggeleng,alangkan dengan Hadi pun dia segan,inkan pula dengan ibu mertuanya.Apa pula kata dia nanti.
“Betul abah cakap tu Aiman.Aiman tak bagi tahu ke budak tu Aiman dah kawin?”Umi pula bertanya.
“Dah la umi,takkan lah Aiman tak bagi tahu.Dia cakap Aiman tipu,saya cuma bagi alasan nak mengelak dare dia,dia cakap ramai orang bagi lasan macam tu.Dah tu saya nak buat macam mana ni?”
“Pulak dah.Hai,macam-macam lah orang zaman sekarang,isteri orang pun sanggup dipinangnya.”Abah bercakap perlahan.
“Kalau macam tu lah ceritanya,lepas ni terus bagi tahu Hadi,jangan tanguh-tangguhkan lagi dah.Bawak Hadi jumpa dengan budak tu,cakap elok-elok,baru dia percaya kot.Sebab tu umi kata bagi tahu Hadi,awak degil,nak malu apanya?Bukan awak yang menggatal dengan dia kan?”Umi pulak memebebel di talian.
Aiman angguk.
………………………………………………………………………………………………………..
“Abang,nah.”Aiman hulurkan enam pucuk surat kepada Hadi dengan satu kotak sederhana besar diletakkan di sisi suaminya ketika mereka sedang bersiap-siap hendak tidur.
“Apa ni?”Berkerut kening Hadi.
“Bacalah.”Hadi membaca satu-satu surat itu,lagi berkerut keningnya.Aiman sudah merah mukanya,bantal dibuat tutup muka.
“Nah.”Surat-surat itu dihulur semula kepada Aiman.Kotak dibuka,satu-satu barang itu dipandang.Kad-kad yang tersangkut di setiap hadiah dibaca.
“Kenapa baru sekarang bagi tahu?Saya tunggu je selama ni,mana tahu Aiman nak cerita,tapi awak senyap  je.”
“Abang Hadi tahu?”Hadi angguk.
“Saya tahu awak ada masalah,tapi saya tak tahu masalah apa.Saya tak nak kacau awak,so saya senyap jelah,abang rasa awak akan cerita juga dekat abang nanti.Tapi siang tadi,saya pergi fakulti awak,ingat nak jemput,tapi tak sangka ternampak sesuatu.”
“Asif abang,asif.”Sungguh Aiman tidak tahu mahu disorok ke mana mukanya yang satu ini,malu!
“Kenapa nak minta maaf pulak.Bukannya awak yang salah.Dia yang minat awak,nak buat macam mana,isteri saya ni kuat sangat magnetnya!”Hadi menegakkan muka isterinya yang sedari tadi menunduk.
“Saya malu…”Perlahan suaranya menjawab.Air matanya sudah berlinang.Walaupun Hadi tak marah,tapi entah kenapa,Aimn rasa malu sangat sekarang ni,nak-nak pulak Hadi ternampak apa yang terjadi siang tadi.
“Kenapa nak malu?Aiman,kalau bercakap cuba pandang saya…..Allah,sayang..,kenapa menangis ni?”
Hendak tak hendak,Hadi dipandang juga. “Saya malu,malu sangat-sangat.Abang dengarkan apa yang dia cakap siang tadi?”
Hadi angguk.
Cukuplah tipu saya Aiman,saya tetap tak percaya yang awak dah berkahwin.Awak baru 19 tahun.Tak guna kalau awak berpurdah,tutup aurat sempurna mana pun kalau menipu Aiman.Jangan jadi munafik,takkan itu pun awak tak tahu?’
Sepanjang perjalanan menuju ke kereta,banyak juga suara sumbang yang menuduhnya bukan-bukan.Ada satu orang tu,Aiman dengar,dia cakap Aiman ni pakai purdah semata-mata sebab nak menunjuk je yang muka dia cantik sangat,sampai nak bertutup,lepas tu bajek bagus sebab reject Amin yang handsome tu.
Sungguhlah selepas ini Aiman nak pakai burqah pulak pergi kelas.
“Dahlah,awak tak salah,saya percaya isteri saya ni,biarkan apa orang nak kata yang penting Allah tahu,nak tahu tak,masa Aisyah difitnah oleh seorang yahudi dulu pun,dia tabah walaupun dia terlampau sedih dengan apa yang orang sekeliling cakap dekat dia nak-nak pulak Rasulullah macam tak percaya dengan Aisyah,tapi Aisyah kata dia percayakan Allah.Dia tak kisah pun orang nak kata apa,dan Allah pegang janjinya,siapa yang yakin dengan Allah,Allah redha dengannya.Dan turunlah ayat yang bersihkan nama Aisyah.So,awak kenalah tabah.”
He is really like abah…….. “Abang Hadi..you sound like abah.”
Hadi gelak,comel! “Alah,kan list untuk zauj awak tu mesti baik macam abah,so here I am.Abah junior.”
“Terima kasih.”
“Sama-sama.Awak tahu tak,kalau Aiman ada rahsia,saya pun ada.”
“Apa dia?”
“Sebenarnya kan,ada sorang pak cik ni,tak habis-habis mintak saya kawin dengan anak dia.”
Apa? “Hah?Abang setuju ke?”
“Sabar Aiman.Tiap kali saya jumpa dekat masjid,mesti dia tanya jawapan saya.Tapi saya cakap,saya tak nak.Saya dah ada isteri.Pakcik tu cakap,saya boleh poligami.”
“Hah?Setuju ke tidak?”Lagi kuat Aiman terjerit.
“Isy,slow la sikit.Terkejut lah.Lepas tu saya cakap,saya memang tak nak.Cukuplah isteri saya yang satu ni.Saya takut tak boleh adil,awak four in one dah,tak payahlah nak pasang lebih-lebih.Nanti kalau saya kawin dengan anak pak cik,saya takut anak pak cik sakit hati,jujur saya cakap,saya memang tak boleh nak adil.Lepas tu pak cik tu terus senyap.”
Lega sekejap Aiman rasa. “Lama dah ke?”
“Dalam tiga minggu macam tu la.”
“Cantik ke anak pak cik tu?”
“Entah,mana abang tahu,tak pernah jumpa pun.”
“Terima kasih lagi sekali sebab tak madukan saya.”Hadi tergelak dengan ayat Aiman.Kali ini sungguh-sungguh dia gelak.
“Haha,apa la Aiman ni….”
………………………………………………………………………………………………………………
Sejak dari  hari itu,lelaki yang bernama Amin itu langsung tidak pernah mencarinya lagi.Surat-surat juga langsung Aiman tidak pernah dapat dah.Dia kini bahagia menjalankan hidupnya seperti biasa.
Hadi pula,terus juga begitu.Sweet dengan caranya tersendiri.
“Nah.”



Kertas kecil itu berjaya membuatkan AIman tersenyum di sebalik purdahnya. “What for?”
Satu lagi kertas kecil dihulurkan.



“Ingat Aiman,hidup kitta hanyalah persinggahan,segala-galanya hanyaah pinjaman.Saya juga pinjaman dari Allah untuk awak.Awak adalah pinjaman Allah untuk saya.Jika takdir kita tak panjang,ingat bahawa Allah itu ada,dia sentiasa ada.Dia pinjam dan dia ambil semula supaya dia nak kita ingat dia,dan bila saat tu datang……..”
Kertas kecil diletakkan atas tangan Aiman.



Dan lelaki itu dipeluk tanda menghargai apa yang dia lakukan.Disaat dia hilang,Hadi selalu mengingatkan dia bahawa Allah itu ada buat hambanya.Disaat dia gembira,Hadi selalu kata,Allah beri kamu gembira kerana dia tahu kamu sudah letih menderita,jadi bersyukurlah dengan nikmat yang diberi.Allah sentiasa sayangkan hambanya…
Ada hikmahnya mengapa Allah takdirkan abah tidak mengizinkan dia ke Jordan dan mengahwinkan dia dengan Hadi,kerana Allah tahu yang terbaik buat hambanya,Allah tarik kesempatan ke negara orang,dan Allah kurniakan dia kesempatan menjadi seorang isteri.
……………………………………………………………………………………………………………….
“Kenapa abang nak jumpa saya?”
“Sebab awak lamar isteri saya.”
“Siapa isteri abang?”
“Aiman,dia isteri saya.”Tenang.
“Ja,jadi betullah Aiman tu dah berkahwin?”
Hadi angguk. “Kalau tak percaya,tengok ni.”Hadi keluarkan kad kahwinnya.
“Saya minta maaf bang…saya tak tahu,saya ingat dia menipu.”
“Aiman takkan tipu,kenapa dia nak tipu awak?”
“Sebab dia tak nak kawan dengan saya.Sumpah saya tak tahu yang dia dah kawin,she is too young.”
“Tak pelah,lepas ni jangan kacau dia dah.Saya minta baik-baik,saya harap lepas ni awak jauhkan diri dari dia.”I don’t want my Aiman sad anymore.Ayat itu hanya disambung dalam hati.
Bila lelaki itu semakin menghilang,Hadi pandang kasutnya sendiri.Bibirnya mengukir senyuman,
“Pak Ngah nak nikahkan Aiman dengan Hadi sebelum dia fly ke Jordan.”
“Hadi setuju.”
“Tak nak fikir dulu ke?Jangan dibuat main-main soal kawin ni Hadi,anak dara orang,bukan anak kucing tau.”
“Hadi setuju.”
“Betul?”
“Betul.”
Kenapa saya mudah setuju untuk menikahi awak Aiman?Sebab waktu dulu,awak pernah tunjukkan saya list zauj idaman awak,dan tanpa saya sedar,sedikit demi sedikit saya mula cuba untuk menjadi seperti idaman awak…….
Senyum diukir lagi…..


                               -Marriage is one of the road to the jannah,if you apply it well-

Akyelrahim.
12.39 am
8/6/2013