Saturday 22 June 2013

Floria 2013

Haha,akhirnya,sampau ugak aku kat floria putraaya.Gila sakan la tangkap gambar,almaklumlah,bunga-bungans emua cantik!

Ni antara gambar-gambar aku!

Pergi dengan adik,k.long n akak itah.








Thursday 20 June 2013

Allah is the best planner.

Aku memang bercita-cita nak pergi pesta bunga floria yang kat putrajaya tu!Memang dah plan dari awal-awal nak pergi.

So,dah rancang la nak ponteng sekolah sehari,hari jumaat,that is mean,hari ni.Sebab cuma hari jumaat je yang subjek nya sikit dan tak berat.Bio,math mode,pai,n bm.Semuanya sikit je.

Sekali,mak teh telefon mak,cakap yang dia nak datang hari semalam-khamis,20/6/13-untuk amik atok.Mak tanya ateh,muat tak kalau aku,kak long and adam nak tumpang balik.Sekali cakap muat!

Dah terpaksa ponteng 2 hari.Ikutkan aku,aku taknak.2 hari tu....isy,dalam idup aku,cuma sekali je aku pernah ponteng,itu pun hari jumaat.Ni,haisy,rasa macam masuk mulut buaya,keluar mulut naga!

Kalau tak pergi ikut ateh,,aku kena naik bas sendiri hari jumaat,tapi nanti miss banyak subjek.Bayang kan 2 hari pun rasa macam hape dah lost dia.Tak paham betul aku dengan orang-orang yang boleh ponteng sampai berminggu-minggu tu!

Adoi,last sekali,lepas mintak Allah tolong,aku bangun tidur n yakin,aku pergi ikut ateh!Tapi ada lagi rasa menyesal.Aku cakap la kat diri sendiri:

"kau buat la keputusan.Wether kau pergi sekolah,tapi nanti kau yang menyesal sebab tak nak ikut,or kau pergi ikut ateh tapi nanti kau yang nyesal ponteng sekolah"

tak boleh ke,killer two birds with just one stone?

aku tanya pendapat kawan aku,wani.Dia tanya aku,kenapa aku nak sangat pergi tengok bunga tu?

Aku jawab la,aku bukan nak tengok bungan tu sangat,aku just nak jalan-jalan.Aku nak ponteng sehari je,sekali,plan dah berubah.Dia cakap,ikut aku la.Dia tak reti nak bagi pendapat.Tapi zaida pulak kata,tak pe lah.Aku jarang cuti.Nanti diorang tolong  cover aku.Ok,i keep her word!

We just plan,but Allah is the best planner!

Aku jalan ni,bawak adik aku yang last.Mohd Adam Idham.Kesian dekat dia.Aku ada 5 beradik.Aku ngan yang adik n kakak aku yang lain ni dah selalu dah jalan-jalan,ikut rombongan sekolah n luar.Cuti-cuti gi turun kl or putrajaya,tapi adam ni,mak aku langsung tak bagi,maklumlah anak bongsu.

Duduk je lah kat rumah tu,jadi anak mak.Aku cakap la kat mak,aku nak bawak budak ni sekali,mulanya mak tak bagi,tapi bila pujuk,last-last bagi gak.Haha,apa lagi suka la budak tu!Dia pun ponteng la 2 hari jugak.

Punya la semangat nak berjalan,sampai pukul 7 dah siap pakai baju lawa-lawa n pakai backpack.Adoi,tak nak naik umah.Exited terlebih!

So,kitorang travel lah ke putrajaya semalam.

Aku percaya mesti ada sebab sebalik semua ni.

Thursday 13 June 2013

Bad Boy-Big Bang....Really love it!


Big Bang Bad Boy English Translation Lyrics
I was too harsh that night
I didn't know you would really leave
The words, "I'm sorry", is too difficult for us that we take it to the end
Because I'm ill-tempered
We fight over stupid things numerous times a day
You take off crying, I look around and think,
'She'll come back tomorrow. She'll def call me first in the morning'

*Baby, I can't, I'm so bad that I want to be good to you but it's hard
Everyday and night I'm so mean cuz I'mso real so I'm sorry (but I can't change)

**Me, whom you love, Sorry I'm a bad boy
Yes, just leave me, good bye, you're a good girl
The more time passes, the more you get to know me, only disappointments will remain but
Baby don't leave me, I know you still love me
Why, yes, I'll tell you the truth, I need you
My lay lay lay lay lady
My lay lay lay lay lady

You're different from normal boys, it's so hard
You're still so sensitive like a girl
Next to you, who is always smiling next tome, I'm still too young
With the excuse that I'm busy, I postpone our date
Because I'm sorry, because I'm frustrated, I turn my head
The bride in my dreams is just a friend now
Upset over the breakup, we are silent

*Repeat

**Repeat

Don't say a thing


I act tough but I'm not inside
Don't abandon me
You know that there's no one who will understand me like you, baby
Oh you, comeback to me ye ye ye

**Repeat

Me, whom you love, Sorry I'm a bad boy
Sorry I'm a bad boy, Sorry I'ma bad boy
Yes, just leave me, good bye, you're a good girl
You're a good girl, you're a good girl (X2)

Kim Jong Kook,love you!

 
 
Wa....tengah dengar I fm..haha,x penah-penah dengar radio cina,sekali sebab kim jong kook punya pasal,sanggup aku!

Bestnya la suara dia,....calm down je,tak macam kat dalam running man...

Dia datang malaysia,waa.....kan best sangat-sangat kalau aku boleh jumpa dia...aku dah lama minat dia,mase dia blom popular kat dalam running man lagi....

Hesy,tengok orang sambut dia kat airport tadi,wooo,jeles sangat-sangat!

Sekarang dia tengah cakap kat radio....wooo,bestnya!!!!!!


Wednesday 12 June 2013

Cinta.....baik atau buruk?


Asalammualaikum n hye!Kali ni punya tajuk macam klise sikit,saje,macam best pulak nak bercerita pasal ni.

Kalau nak bercakap pasal cinta ni memang takkan ada kesudahan la,macam-macam takrifan ada,Lain orang,lain maksudnya.

Tapi,bukannya nak cerita pasal maksud,tapi nak cerita effect cinta ni....Baik atau buruk?

Okay,kalau kita gunakan betul-betul cinta ni untuk sesuatu yang baik,insya-allah baiklah pengakhirannya,tapi kalau gunakan untuk sesuatu yang buruk?Haha,fikirlah sendiri,takkan itu pun tak tau,dah besar..

Macam kita sekarang ni kan remaja,yang tengah kononnya mencari identiti,mestilah nak bercintakan?So,kadang kala tak semestinya apa yang kita nak tu akan dapat,,,,same like love,sometimes,you just love that person....

But it is not bring a means that you are love by them too right?But,when you are in love,there's nothing more left than her or his name,right?

Ada 2 je kesannya,baik atau buruk.Samaada dia akan kecewa tahap gaban n then kononnya kuciwa la sangat sampai tak sayang nyawa,atau buat sesuatu yang sangat baik.

Tapi dengan cara ini,sesetengah orang akan buat sesuatu untuk buatkan si dia nampak who you are right now...macam mana?

Dengan cara ubah diri sendiri.

  • Jadi lebih baik kalau kita sedar yang kita tak setanding dengan dia.
  • Belajar bersungguh-sungguh kalau kita tak hebat dalam akedemik macam si dia supaya kita boleh belajar di tempat yang sama macam dia.
  • berhijrah kalau tau yang dia mungkin tak suka dengan cara kita sekarang
  • Cuba perbaiki diri,nilai balik diri,apa yang sebenarnya dia suka dan tak suka yang membuatkan kita tak terpilih untuk jadi 'bayang' dia..
kalau kita dah suka,sedaya upaya kita akan buat apa sahaja yang kita nak kan?kalau kita suka dia,dan ikhlas,insya-allah Allah lorongkan.... tapi jangan pulak lalai sangat,nanti jadi salah pulak.macam kita ni dulunya jahat,sosial,tjatuh cinta pulak dengan ustaz-ustazah,ha,kenalah hijrah...so,kita pun nekad nak hijrah..kan benda baik tu?ingat senang ke nak buat?ingat boleh ke buat kalau takde keinginna yang menebal?

tapi,ada jugak jenis manusia yang otak tak berapa center yang kuciwa sangap orang tak balas cinta dia,sampai nak bunuh-bunuh diri,nak menyusahkan diri....just dump him or her la kalau they not suit with you,apa susah?

nak ingatkan la,especially perempuan,i want to tell you something....jangan la nak suka-suka lelaki lebih-lebih sangat sebelum dapat kepastian,bukan apa,nanti siapa yang akan merana?siapa?kita jugakkan?dah tu,kita dah suka dia amcam nak mati,sekali dia dah ada oranag lain..macam mana?siapa yang kecewa?dah tu nanti,kita pulak yang kononnya sakit hati,cinta tak berbalas.Lagi satu,slah dari sisi agama,tak elok sim pan perasaan kat orang yang bukan ajnabi ni selagi tak sah....
 

tu satu,ni satu hal,kalau dah balas cinta tu,sampai dah tak ingat dunia...semua benda kononnya ada dia,ada dia di mana-mana,tak boleh hidup walaupun sesaat tanpa dia...apakah?bukan orang tu yang bagi kau udara nak hidup pun..Allah yang bagi...ni tak,sampai siang malam nak bermesej,call,nak lepaskan rindu,makcik,pakcik,haram lah....tak payah la,bazir je banyak nanti tau tak?

kan banyak benda boleh buat denga  duit tu kan?

tulah,cinta ni boleh vice versa...macam -macam boleh jadi kalau orang dah jatuh cinta,yang baik jadi jahat,jahat jadi baik,maruah terkoyak,hidup makin buruk atau makin baik,terpulanglah kepada siapa dan bagaimana dia mengemudi cintanya.
samaada cinta yang berlandaskan nafsu atau cinta berlandaskan syariaat...tapi sangat sweet kalau cinta yang berlandaskan syariaat ni....tak kira lah daj tua atau muda,tapi perjalanan kiah mereka sangat romantik walaupun tiada kata-kata cinta macam pasangan moden yang cinta kononnya setengah nyawa,tapi bila datang bab syariat,hermm... :{

fikirlah sendiri kawan-kawan....kita ada akal,kita ada otak,kita bukan binatang,yang mana baik kita mik jadi iktibar,yang buruk kita jauh-jauhkan...menulis cuma untuk menegur...
nilah contoh nya kata-kata cinta yang menggambarkan cinta

Monday 10 June 2013

Naruto...

Erm....Tajuk kali ni naruto....Seorang perempuan yang minat kan anime...this is me,i love anime so badly,especially naruto!

Tapi,adakah sangat pelik bagi seorang gadis minat dekat anime?

Memang dah tertulis yang anime ni khas untuk lelaki?

Ramai yang bertanya,dan pelik sebab aku suka anime...tak salah pun kan kalau nak berjiwa kanak-kanak ni...seronok apa?

Haha..saje je nak luahkan perasaan....tak pelik pun..aku suka naruto sebab cerita dia best selain aku suka tengok naruto tu yang so,so,handsome...

But,i don't like hinata at all....erm,dia tu macam penyibuk..masa yang episod naruto berlawan ngan pain tu,tak rasa yang dia tu just penghalang je ke?Konon nak selamatkan naruto,tak pasal-pasal menyusahkan je...terover pulak.

Dalam naruto,macam-macam kisah ada.Yang paling obvious sekali,kisah persahabatan antara 3 sahabat.

Uzumaki naruto,haruno sakura,uchiha sasuke

Mereka banyak mengajar erti persahabatan yang sebenar,

"Orang yang tak menghargai kawan lebih teruk dari sampah!"
                 -HATAKE KAKASHI-

cerita ni banyak mengajar bersabar menghadapi segala cabaran,dalam menyelesaikan misi...memang banyak pengajaran yang boleh dapat...bukan tengok saja-saja...

naruto tu comel,dia akan nekad ada kalau sesuatu yang dia nak....

naruto tu ada kehidupan yang sangat sedih masa dia kecik,tapi dia ajar aku dan semua view untuk terus bertahan n terus bertahan walaupun apa-apa yang orang buat kat dia..he just want some attention from people,he just want to be love by someone....kehidupan dia sepi,dan dia berusaha untuk buat orang nampak who he is now...

even mak auah dia dah tak ada dan dia langsung tak tahu siapa parents dia,dia x pernah merungut,dan apa yang akan dia buat adalah termenung sebab rindukan diorang...

tengok naruto ni sangat mrembuai hati,sebab dia kan cuba hiburkan orang lain dan korbankan diri dia demi orang lain..that is why i love naruto...buka suka-suka tengok.....


Thursday 6 June 2013

Kata Imam Ghazali

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

 
Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

 

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka. 
 

Tuesday 4 June 2013

My Love Suck!








Sarah jalan laju,langsung tak memandang kiri dan kanan lagi.Tak kira,kalau lambat ni,mati kena bambu!Langsung tak perasan ada orang yang berjalan depan dia.Apa yang dia tau dia kena  cepat,telefon dibelek.

Akif berjalan sambil mata setia di skrin teleefon.Haisy,asal la diorang ni?Kata nak keluar.Aku dah sampai,cancel pulak!Masuk je lah.

Masing-masing sibuk dengan telefon di tangan sebelum.Boom!

“Aduh,sakitnya.”Sarah mengaduh perlahan setelah punggungnya terhetak kuat di atas lantai.

“Gila mana pulak yang langgar aku ni?”Akif merungut sambil menggosok pinggulnya.

“Phone aku!”Akif menjerit kuat melihat telefon yang sudah berkecai.Iphone 5 aku!Limited edition tu wei….

Bila mendengar lelaki di  hadapannya menjerit begitu,terus Sarah mencari telefonnya,Galaxy s4. 

“Fuh,alhamdullillah kau selamat.”Senyum gembira diukir tanpa menyedari pandangan sinis memerhatikan riaknya.

“Happy nampak?Untunglah handphone orang tu elok lagi ada nyawa,dah tu,phone aku ni,jangan kata nyawa,badan pun hancur bersepai!Sapa nak ganti?”Masih lagi dengan posisi duduk Akif menempelak gadis di hadapannya.Sakit hati bila tengok senyuman yang seperti mengejeknya.

“Awak la ganti.Bukan saya yang buat bersepai pun.Asalammualaikum!”Cepat-cepat Sarah bangun dari duduk.Aduh,lambat lah kau macam ni,matilah!Langkah diatur kembali menuju ke bahagian dalam bangunan hotel 5 bintang itu.Meninggalkan Akif yang masih lagi terduduk.

“Hoi,banyak cantik.Kau ingat ni handphone chokia ke?Mahal ni woi!Aku tak kira,kau ganti balik.Waalaikummussalam…”Akif melaung kuat kepada Sarah.Sakit la jugak hati bila Sarah melambai tangan dari belakang.Muka diangkat,baru lah dia sedar,berpuluh mata sedang menyaksikan apa yang sedang terjadi.Aduh!Malunya….

Cepat-cepat komponen-komponen telefon dikutip.Berlari Akif masuk ke dalam hotel.Hesy!

Sarah bergegas menuju ke ruangan yang menempatkan seluruh ahli keluarganya.Dewan Lavender yang sedikit bising,tiba-tiba senyap bila Sarah menapak masuk.Semua mata tertancap padanya.Oh my god!

“Sorry,sorry.Teruskan apa yang terhenti,sambung,jangan berhenti.Tak ada apa-apa.”Sarah tersengih sumbang sambil menunduk-nunduk kan kepalanya tanda hormat dan maaf kepada sanak saudara sambil berjalan melalui mereka.Mereka menggeleng sambil tersenyum,kenal sangat dengan anak dara yang seorang ini.

Sarah jalan mengundur dan terlanggar seseorang. “Oh my mom come hit my head!”Sarah melatah.

“Mom hit my head ye?”Mendengar suara itu,perlahan-lahan Sarah pusing kan badan.Dush,macam ada penumbuk terkena dekat mukanya.Senyum cuba diukir walaupun langsung tak terukir di bibir. “Hye mom,dad,brothers?”Empat pasang mata memerhatikannya tajam.

“Go change your cloth now.”Puan Sri Maira mengarah Sarah dengan muka yang ketat.

“O,ok.”Mencicit Sarah lari ke bilik untuk menukar baju.Baik lari sebelum kena tazkirah.Hari ini adalah hari keluarga Tuan haji Idris.Semua keluarga yang menetap di dalam dan luar negara sudah pun tiba di hotel ini semalam.Memang setiap tahun,seluruh ahli keluarga Idris diwajibkan menghadiri hari keluarga pada tarikh yang  sudah ditetapkan setiap tahun,iaitu,9/12,hari lahir Tuan Haji Idris.Wajib dikosongkan segala aktiviti pada tarikh itu!Protokol keluarga Tuan Haji Idris.Mengeluh Sarah dibuatnya.

Cuma dia sahaja yang lewat hadir.Ini semua gara-gara dirinya sendiri.Siapa suruh tak nak ikut keluarganya datang ke sini semalam,konon nak datang sendiri.Saja ditipu umi,kononnya sakit perut,nanti pergi awal tak dapat nak join family gathering.Sebab nak habiskan baca novel.Bukan tak boleh nak baca kat sini,tapi langsung tak boleh focus,padat dengan activity.Lagipun novel tu terlalu best untuk ditangguhkan.Sekarang,tengoklah,datang lambat,ingat plan nak datang awal sikit,sekali terlajak tidur.

Baju T-shirt labuh kini bertukar kepada jubah ungu muda yang sarat dengan manik,sulaman dan batu-batu yang sangat mahal.Hai,berat nyalah baju ni,rasa macam pakai batu!Selendang juga sarat dengan sulaman Sarah lilitkan di kepalanya ringkas.Kasut hush puppies disarung sama rona.Ok,I am ready now!

Dengan penuh keyakinan,Sarah berjalan keluar dari bilik dan berjalan menuju ke lif.Lama dia memandang lif,hai,lambatnya lah.Korang buat apa dalam lift tu?Sarah mengeluh kecil,apa pilihan yang aku ada?Tangga!

“Benci betul la,atok aku punya lift tu sikit punya lawa dah,besar,nak tidur,nak buat rumah,nak duduk pun boleh,alik-alik kena naik tangga.Ni nak kena cakap…”Omelan Sarah terhenti bila ternampak kaki seseorang di hadapannya.Kepala diangkat.

Akif tergamam.Ni bukannya  minah tadi ke?Kenapa dia cantik sangat?Cepat-cepat dia tersedar. “Ha,ha kau!Amboi,beast dah bertukar jadi beauty…erm not bad.”Akif tepuk mulut sendiri,isy,bukannya aku nak cakap macam ni tadi.

Berkerut dahi Sarah.Apa masalah dia ni?Tiba-tiba je nak kritik aku. “What ever.Ikutlah awak nak kata apa,beast ke,beauty ke.Saya nak cepat.Asalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.Hoi,tunggu,phone aku macam mana?Kau jangan nak lari!”Akif jerit kuat.Dia mengejar langkah Sarah.

“Apa awak ni?Saya nak cepat la.Bila pulak saya lari,phone tu ganti sendiri la.Bukan saya yang jatuhkan pun.”Setelah empat tingkat tangga dituruni,akhirnya Sarah sampai juga di hadapan pintu Dewan Lavender.

“Banyak cantik kau,walaupun muka kau memang cantik.Kau yang langgar aku dulu,baik kau ganti,kalau tak….aku ada lawyer.”Akif mengekori Sarah tanpa mengetahui kemana gadis itu ingin tuju.

“Dah tu,awak ingat saya tak ada lawyer lah?”Berpusing Sarah menghadap lelaki itu.Mengjongkit keningnya.Sarah pelik dengan lelaki di hadapannya.

“Mana aku tau.Itu kau punya hal la.Ganti jugak!”

“Dah la tu!What ever is it,do you want to follow me wherever I go?”Sarah menjeling lelaki psyco itu.

“Memang,aku nak ikut kau selagi kau tak ganti phone aku.”Yakin je Akif bercakap,sebenarnya takut juga terdetik di hati.Mana dia nak pergi ni?Dengan baju yang cantik macam ni,jangan-jangan mistress tak?Tapi takkan la mistress pakai tudung?Hisy,husnuz zhon Akif….

“Lantak awak lah.I’m going.”Pintu dibuka,berpuluh-puluh mata memandang.Tiba-tiba kedengaran segenap dewan suara pengacara majlis aka sepupunya.

“Mengumumkan,ketibaan Tuan Puteri tak jadi,Nur Sarah Irdina.”Serentak bergema Dewan Lavender dengan tepukan gemuruh seisi dewan dan nyanyian happy birthday.Sarah tersenyum segan.Sebenarnya,hari lahirnya,sama tarikh dengan hari lahir Tuan Haji Idris,membuatkan setiap tahun,Nur Sarah Irdina menjadi Puteri pada hari lahirnya.

“Happy birthday to you,happy birthday to you,happy birthday to Sarah and atok,happy birthday to you.”
Akif yang berdiri di belakang gadis yang baru sahaja dikenalinya,tercengang-cengang bila dihadiahkan 
pemandangan majlis yang gilang gemilang yang selalu juga dia lihat,tapi,ntah,pelik dirasakannya.Boleh dikatakan seisi dewan memakai dress dan baju berwarna ungu,tetapi semuanya ‘bertutup’.Sesuai dengan tema dewan yang berwarna ungu sempena namanya,Dewan Lavender.

Sarah melangkah masuk dengan senyuman yang lebar,langsung tak sedar Akif mengikuti langkahnya.Dia berjalan di atas karpet merah,sedikit pelik melihat sepupu dan ibu saudara yang menunjukkan muka pelik.Kenapa pulak ni?

“Mom.”Sarah peluk tubuh ibunya erat.Puan Sri Maira membalas.

“Happy birthday sayang.Kenapa lambat?Atok dah bising tau tak, tengok cucu dia tak ada kat tepi dia.Ni siapa?”Puan Sri Maira tunjuk Akif.

“Siapa?”Sarah pusing dan nampak Akif.What?Apa dia buat  dekat sini?Apa aku nak jawab ni….erm,erm,ha! “Ni.owh,ni bellboy je.Tadi adik sesat.Tunjuk jalan je.Nampak baju dia,kan dekat sama dengan pekerja yang lain.”

Kurang hajar kau perempuan.Bellboy kau panggil aku?Kau tak nampak ke baju ni jenama apa?Buatan Itali ok!Aku beli kat couture house lagi!Memang nak kena,jaga kau.Handphone aku tak ganti lagi!

“Asalammualaikum puan.Ehem,sebenarnya saya ni boyfriend Sarah.Mintak maaf kalau puan marah.Kami sebenarnya dah lama bercinta,saya pun lama dah nak jumpa dengan puan,tapi Sarah yang tak bagi.So,saya ambil kesempatan ni untuk jumpa puan pada hari lahir dia.”Satu nafas Akif bercakap.Dia pun sebenarnya tak tahu apa yang dia cakap,tak sempat fikir,ayat tu dah keluar dulu.

“Watch out your mouth!What are you trying to say ha?”What?Gila,yes,lelaki ni memang gila!Pucat muka Sarah.Puan Sri Maira,Tan Sri Aidil,Sufqi,Syuqri memandang tajam mukanya.Sarah ternampak kelibat atok yang makin menghampiri.Aduh!

“Hey,I’m telling them the truth.It is wrong?”Selamba Akif membalas.Hehe,baru ada kelas.Setakat jadi bellboy,herm,apa klas?

“Really bring me crazy!”Atok semakin menghampiri.Argh!!!! “Mi,yah,dik,abang,what this guy have said just now,it is totally nonsense okay?Jangan percaya.Hey you,come this way!”Sarah tarik tangan Akif laju keluar dari dewan ikut pintu belakang.Tak mahu sesiapa melihat dan mendengar apa yang bakal terjadi.

Atok sudah sampai di tempat Puan Sri Maira.Mana cucunya? “Mai,mana Sarah tadi?Bukan Ayah nampak dia kat sini ke?Kenapa semua muka macam ni?”

Puan Sri Maira dan yang lain seperti baru tersedar.Haisy,takkan nak cerita,mau kena bambu anak dara dia yang sorang tu karang.Dah la Tuan Haji Idris tu tegas bab-bab macam ni. “Tak ada apa-apa lah yah.Ada Sarah tadi,dia pergi tandas sekejap.”

“Happy birthday atok.Moga panjang umur,bertambah rezeki,dirahmati Allah.”Sufqi dan Syuqri cuba mengalihkan tumpuan atok mereka.Tangan atok dicapai dan dicium penuh hormat.

“Terima kasih.Amin.”Terlakar riak bahagia dan gembira di wajah Tuan Haji Idris.Apa lagi yang dia inginkan di dunia ini pada hari tuanya selain ada cucu dan anak-anak yang menyayanginya.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sementara di luar dewan,Sarah memandang tajam muka Akif yang selamba senyum kepadanya seperti tiada apa-apa yang berlaku.Hisy,aku rasa macam nak sepak orang!

“Muhd Akif Ariel.”

“Apa?”

“Akif,nama aku Akif.”Ntah kenapa Akif rasa perlu dia bagi tahu namanya kepada Sarah.Senang nak marah kot?

“Awak ingat saya peduli ke dengan nama awak?”

Hei perempuan nilah,mencabar betul! “Hei,nama aku ni sedap ok.Berapa ramai orang yang dah cakap nama aku ni sedap dan menarik,kau apa tau?”

“Lantak lah awak,orang yang cakap tu,keliru agaknya tengok awak ni,bising sangat.Kenapa cakap awak ni bf saya?”Sarah memulakan serangan.

“Saja.Macam best je,dah kau kata aku ni bellboy bagus sangat lah?”Akif merenung mata Sarah.Auw,cantik lah mata kakak….

“Yang awak ikut saya masuk hall tadi kenapa?”Sarah juga membalas renungan Akif.

“Dah kau yang suruh kan?Ingat balik apa yang kau cakap tadi!Do you want to follow me wherever I go?Huh,nyanyuk rupanya.”Akif memalingkan muka.

Mulut lelaki ni kan?Sikit je lagi wangi dari longkang! “Gila,awak ni memang gila tau tak?Psyco je lebih.Tak reti ke  beza antara orang ajak atau perli?”

“Oh yeah.Look at my face deeply Miss Sarah Irdina.Look deeply.”Akif mendekatkan mukanyake arah muka Sarah.

Dah kenapa pulak la lelaki ni?Confuse identity ke apa?Sarah pandangkan juga muka Akif. “Ha,ada apa dekat muka awak?”

“Ada rupa aku kisah tak?Tak ada kan?”Akif buat muka paling comel yang dia boleh buat.Sengaja nak sakitkan hati Sarah.

Ada yang mati ni kang!Sarah gelak sinis. “Hak,hak,hak.Lawaknya…….”Sengaja diperli.

“Lawak ke?Aku tau.”

Ya Allah,planet mana lelaki ni datang?Asal mulut dia ni pakej macam ni?Memang kalau cakap tu,mintak penampar selalu.

“Ganti balik Iphone aku!”Tiba-tiba Akif meminta selepas beberapa saat suasana senyap.

“Yelah,yelah,saya ganti.”Sarah dah malas nak banyak cerita.Karang,cerita apa pulak yang dia ni buat.

“Bak number phone kau.”Akif meminta.

“Buat apa pulak?”

“Apa jaminan kau nak ganti kalau kita tak jumpa dah lepas ni?Kau cakap?Orang mintak tu bagi jelah.Banyak pulak bunyinya.”Akif bersungut.Dia pandang muka Sarah yang mula cemberut. Tak nak bagi 
lah tu…

Sarah mulanya tak nak bagi,tapi bila ingat yang phone Akif ni dah bersepai tadi,kat mana lagi dia nak catat kan number dia kan?Hehe… “019-2678965.”Laju Sarah menyebut angka-angka itu.Mesti dia tak dapat,wek,wek.Senyum mula diukir.

“019-2678965?Betul ni number kau?Bukan number sape-sape kau bagi?Dah lah guna celcom,saja la tu nak cekik duit aku.”Akif pandang sinis muka Sarah yang bertukar kelat.Huh,apa,kau ingat aku ni tak boleh hafal ke?Sebut laju-laju konon.Sorry,I am Akif!

Di,dia ingat?Isy. “Betul lah.Ingat saya ni apa?I will keep my promise ,don’t worry.”

“Erm,nampak meyakinkan lah muka kau…tapi,still can’t let you just like that.Ha!”Akif nampak seorang pekerja melintas di hadapan mereka.Dia menggamit pekerja itu supaya menghampirinya.

“Dik,pinjam phone jap boleh tak?”Pekerja itu mengeluarkan telefonnya dari dalam seluar.Akif dail angka-angka yang dingatinya.Lagu Bad boys dari  Kumpulan Bigbang kedengaran dari dalam clutch yang dipegang Sarah.Senyum tersungging di bibir.Telefon dipulangkan kembali kepada tuannya.

“Okay,I trust you.Bye!Tapi ingat,kalau kau tak cash kan janji kau tu,I’ll always stay by your side like a ghost.”Akif berbisik di telinga Sarah sebelum meninggalkan Sarah yang termanggu,manggu dan hilang di sebalik pintu keluar.

“Siapa manusia tu yang sebenarnya?Hantu ke manusia?Lain benar je gayanya..I wonder.”Sarah menggeleng perlahan,nafas berat dilepaskan.Langsung tak menyangka pada hari lahirnya yang ke 24 akan berjumpa lelaki yang senget!Dia membetulkan baju dan selendang.Setelah berpuas hati,Sarah mula mengorak langkah untuk memasuki Dewan Lavender semula. “Today is your day,don’t spoil it.Calm down.”

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Hai,lamanya lah.Benda lah dibuat kat dalam tu?”Akif ketuk-ketuk stereng kereta.Bosan menunggu adik lelakinya yang bershopping sakan.Orang baru habis SPM la katakan.Masalahnya sekarang,mengalahkan perempuan!

Dia menebarkan matanya melihat sekeliling kawasan pusat membeli belah Alamanda Putrajaya.Tiba-tiba ternampak kelibat seseorang yang seperti dia kenal.Aik,tu bukan….aha!I found you.
Sarah menaiki teksi di hadapannya.Letihnya nya lah berjalan-jalan sepanjang hari.Sarah tak perasan teksi yang dinaikinya diekori oleh sebuah kereta yang lain.

Teksi mula memasuki kawasan perumahan elit di Sri Hartamas.Teksi berhenti di hadapan sebuah rumah yang sangat besar dan luas,jauh dari rumah-rumah yang lain.Agak terpencil kerana diselindungi oleh pokok-pokok hijau yang besar.

Akif setia mengekori teksi itu.Wow,boleh tahan jugak lah loadnya perempuan ni.Siapa ye dia ni?Aku macam pernah nampak je muka mak dia tu.Isy,kat mana ek?Sarah sudah turun dari teksi.Akif perhatikan saja,tiba-tiba muncul idea di kepalanya.

Sarah pegang dua beg baju yang dibelinya.Pagar besar di hadapannya dipandang.Ada orang ke tak kat rumah ni ye?Tiba-tiba Bad boy berbunyi dari dalam beg sandangnya.Sapa pulak ni?
-
Hoi !Mana phone aq?Kate nk ganti?Ko jgn tipu aq!Siap ko!
Dr jejake handsome semalaya,Akif.

Habis sahaja baca mesej dari Akif,terus terlepas beg baju yang dipegangnya.Apa mamat ni nak lagi?Ingat dah dua minggu lupa dah!Ha,apa aku nak buat ni?Lantak lah dia,bukan dia tau rumah aku pun.Dah la yang kes hari tu,diorang tak abis lagi curiga dengan aku.Puas la jugak Sarah nak menjawabnya.

-Aq x kire,ko da janji!X bek mungkir janji ni weh.Siap ko eh..aku tau rumah ko kat ane!

Satu lagi mesej masuk.Melompat-lompat Sara di depan pintu pagar rumahnya!Betul ke?Ke dia tipu je?Aaaaaa….jangan la.Menggelupur Sarah sambil memandang skrin telefon.Dibacanya berulang kali.

Akif terbahak-bahak di dalam kereta memerhatikan Sarah yang menggelupur,comel je.Amboi kak,kau nak buat break dance ke apa?Tau pun takut.Pintu kereta dibuka.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Kau ni kena ulat bulu ke apa?”Akif menyapa dari belakang.

Sarah yang tengah sibuk terliuk lentok terus kejung badan.Suara tu…kepala di pusing perlahan ingin tahu pemilik suara itu.Oh My God!!!Terduduk Sarah sebab terlampau terkejut. “Ma,ma,macam mana?”

“La,gagap rupanya kau ni?Pucat nampak.Macam mana apa?Aku tau rumah kau?Lupa apa yang aku cakap kat kau hari tu?”Soalan berbalas soalan juga.Tapi tak sangka pulak yang budak ni sampai terduduk.

“Awak nak apa?”Sarah tanya sambil bangun dari duduk.Baju ditepuk menghilangkan habuk yang melekat.

“Ai,betul-betul lupa ke sengaja buat-buat lupa?Aku rasa,kau buat-buat lupa la.”Bercekak pinggang Akif di hadapan Sarah.

“Mana ada saya lupa.Ingat lah.Dah awak tak call,tak mesej,nak ganti macam mananya?Cuba cakap?Saya mana ada number awak.”Sarah cuba bagi alasan.

“Betul jugak.Pandai jugak kau ni eh.Tak pe,tak pe.Aku dah pun beli phone baru,nak tunggu kau,erm,tak merasa la aku,mau bercucu la uban aku nanti.”Akif senyum dekat Sarah,walaupun nadanya tidak menyakitkan hati,tapi ayat dia masih menyakitkan telinga.

“Habis tu?That’s mean,saya tak payah la ganti?Selamat duit aku!”Bersinar-sinar mata Sarah bila dengar ayat Akif.

“Amboi,amboi,amboi kak.Suka nya kau.Say’s who?”

“Say you.”

“Kau ni memang ada masalah dengan bahasa la.Aku dah beli phone,tapi bukannya bermaksud dah settle okay.Kau kena keluar dengan aku sampai harga phone tu habis dibayar.Selagi harga dia tak habis,selagi tulah kau kena keluar dengan aku.Deal?”Spontan idea tu meluncur dari otaknya.Bernas jugak kan?

“Ha?Tak nak lah.”Cadangan apa tu?Pelik je Sarah dengar.Tak beranilah dia,bukannya dia kenal sape Akif tu.

“Tak nak tak pe.Tapi,jangan lah marah kalau aku jumpa…uu..mii…kau..”Akif tarik senyum nakal.Seronok jugak ugut orang ni rupanya.

“How dare you!Jangan sekali-kali cakap apa-apa dengan umi or my family,yang hari tu pun tak selesai lagi,awak berani la buat perangai Akif.Siap awak,you are really dead meat if you do something like that!Fine,saya akan ikut apa je yang awak nak,tapi ingat,jangan nak libatkan umi saya.So,berapa harga phone awak tu?”Keras amaran dari Sarah.Hei,ridiculous la mamat ni.

Telefon di saku Akif berbunyi,tertera di skrin nama adiknya.Lupa pulak tadi dia main tinggalkan je Addin dekat Alamanda.Herm,memuncung lah budak tu kang.

“Wow,takutnya,hoooo.Ok,no umi,no family,okay?Deal.Harga tu,tak la mahal,tiga ribu je.So,kita punya date bernilai tiga ribu.Sepanjang kita keluar,semua perbelanjaan minyak,makan,minum,barang-barang yang aku nak,you will pay for me until  it reach three thousand.Faham,kalau dah faham,date kita start esok,pukul 10,I’ll fetch you here.Bawak duit banyak sikit ya kakak…..”Usai berkata-kata,Akif berjalan ke keretanya.

“Dasar kedekut!”Sarah jerit kuat.

“Ada aku kisah ke?”

Kereta mewah jenama Ferrari F12belinetta pergi meninggalkan Sarah.

“Dia memang gila kan?”

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

“Sarah,nak pergi mana tu?”Tegur Sufqi bila nampak Sarah menuruni tangga siap bertudung,T-shirt besar dan mengenakan skirt hitam labuh.Macam nak keluar je gayanya.

“Nak keluar dengan kawan jap.Abang tolong inform umi tau.”Sarah hulur tangan untuk bersalam dengan abangnya,Sufqi.

“Ni,balik pukul berapa?Ada duit tak nak keluar ni?”Sufqi tanya sambil menggenggam tangan Sarah.

“Tak tahu lagi la bang.Duit?Nak bagi ke kalau tak de?”Sarah sengaja buat muka kesian,mana la tau dapat kan?Tapi selalunya kaalau dengan abang ni dapat selalu duit poket.

“Pergi ambik kat wallet abang kat atas.Ambik la berapa yang Sarah nak.Jangan habis kan duit kat dalam tu sudah.”Habis je Sufqi cakap,mencicit Sarah berlari panjat tangga cari wallet abangnya.

“Thanks abang,Sarah ambik tiga ratus je.Gi dulu tau.”Sarah cium pipi Sufqi sebelum keluar dari rumah.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Pin,pin!Bunyi hon kuat menyapa telinga Sarah.Terkocoh-kocoh dia menyarungkan kasut ke kaki.Jam ditelek,tepat pukul sepuluh.Cepat-cepat password ditekan pada pad kekunci untuk membuka pintu pagar.

Akif di dalam kereta tak habis-habis menekan hon.Sengaja nak provoke.Mana lah perempuan ni?Amnesia ke apa,jangan kau buat-buat lupa sudah,siap kau!Lega sekejap Akif rasa bila nampak Sarah keluar dari pintu pagar besar.Wow,cantik jugak rupanya minah ni…ayu je aku tengok.

Sarah  perlahankan langkahnya menghampiri kereta mewah itu,walaupun hon berbunyi bertalu-talu.Alah,biarlah dia nak tekan hon tu sampai patah tangan sekalipun,bukan ada orang dengar.Kawasan rumah dia jauh dari rumah orang lain,jarak rumah dia pun jauh dari pintu pagar utama.Boleh jogging lagi.

“Oi,kau tak boleh cepat sikit ke?Kura-kura pun gelak tengok kau tau tak?”Akif keluarkan kepala dari tingkap.

“Apa?Tak dengarlah.Kuat sikit boleh tak?”Sarah buat-buat pekak,muka sengaja diblurkan semata-mata ingin menyakitkan hati Akif.

“Baik kau cepat,aku turun karang,jangan bising kalau kau duduk atas bahu aku ni.”Akif ugut dengan mata yang bersinar galak,jahat!

Cepat-cepat Sarah lari anak ke kereta Akif.Tak berani dia,buatnya dia buat betul,huh. “Bukak la pintu ni?Nak suruh saya panjat pintu ni ke?”Sarah tanya bila pintu berkunci.

Akif tarik senyum nakal tengok Sarah yang kelam-kabut berlari anak.Tau takut. “Eh,boleh jugak.Ha,naik la ikut situ.Kunci pintu belah situ rosak la.Sorry ye mak cik.”Tiba-tiba mood nak menyakat datang.Kereta nya sengaja dibiarkan tidak berbumbung.

“Gila la.Tipu,bukak la.Kalau tak nak,saya masuk dalam balik.”Sarah mengugut.

“Gi la masuk,rasanya ada number telefon Tan Sri Aidil dengan Puan Sri Maira dalam ni.Mana ye?”Akif 
 buat-buat cari contact dalam phone dia.Dan,nampaknya dia berjaya bila Sarah menjerit kuat.
Argh!!!!Gila,aku tak pernah jumpa mamat yang psyco macam kau ni tau tak?Bukak,bukak pintu ni.”Sarah ketuk pintu kereta Akif kuat.

“Tak nak.Kan aku kata,panjat la pintu tu,bukan tinggi sangat pun.”Akif masih lagi mahu menduga kesabaran Sarah.

Sarah langsung tiada piilihan.Mamat ni memangg gila,no doubt,ikutkan hati yang membara ni,mau sebijik penumbuk dapat.Kain diangkat sedikit tinggi.Nasib pakai inner kat dalam,bersedia nak panjat pintu,baru sahaja sebelah kaki naik di atas pintu,tiba-tiba pintu dibuka dan ditolak dari dalam.Sarah yang berada dalam keadaan yang tidak seimbang terhuyung-hayang sebelum terduduk di atas tanah.Sarah dengar suara Akif yang tertahan-tahan gelak.Sakit!Sakit sangat hati dia rasa ketika ini.Tanpa sedar air mata menuruni pipi,bukan kerana sakit di badan,tapi kerana sakit di hati.

Akif seronok melihat Sarah yang terduduk,tapi bila tengok Sarah yang langsung tak berkutik di atas tanah,dia menjengukkan kepalanya.Aik,kenapa?Sakit sangat ke?Perlahan-lahan,pintu kereta dibuka.Dia kini berada di sebelah Sarah,tangan gatal sahaja mencuit bahu Sarah yang berlapik dengan baju.

“Oi,oi,kau kenapa?Sakit sangat ke?Oi,kau boleh bangun ke tak ni?”Bahu Sarah ditunjal-tunjal perlahan sambil mengcangkung.

Sarah angkat muka yang basah dengan air mata.Tangan Akif ditepis kuat,dia bangun dari duduk dan duduk di dalam kereta.Seriously,dia sangat sakit hati,baik dia diam sebelum apa-apa jadi dekat Akif.
Akif terkedu tengok air mata yang meleleh di pipi Sarah.Teruk sangat ke aku buat tadi?Akif masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari kawasan perumahan mewah itu.Sekali-sekala,orang di sebelahnya dijeling.Langsung tak bercakap.Marah sangat ke?

Mereka terus senyap sehingga kereta berhenti di Alamanda.Akif jeling lagi muka Sarah yang berkerut memandang pintu masuk Alamanda. ‘Buat apa pergi sini?Tak ada tempat lain ke apa nak pergi kat dalam Malaysia ni?Hisy,dia ni kan.’Getus Sarah di dalam hati.

Mereka berjalan beriringan menuju ke arah panggung wayang.Akif telek muka Sarah,haisy,masam nya.Tiket wayang sudah dibeli,masih ada lagi sejam sebelum cerita bermula.

“Oi,aku lapar,aku nak makan ayam.Aku nak pergi KFC.”Pendek ayat dari Akif.Terus menonong berjalan 
 kearah escalator.

Sarah cuma mengikut,malas nak banyak bunyi.

Akif makan ayam goreng.Sedap,tapi bila angkat muka tengok Sarah yang nak tak nak je makan,terus patah selera dia.Hei,pantang betul aku masam depan makanan ni!Ayam diletakkan di dalam pinggan.

“Wei,kau apahal ha?Depan rezeki pun nak masam,mak kau tak ajar ke depan rezeki kena bersyukur,senyum bila dapat rezeki?Tak paham betul aku dengan orang macam kau ni,kalau pasal tadi tu,sorry la.Aku bukan sengaja pun.Nak gurau pun tak boleh,sensitive sangat orang perempuan ni.Memang tak boleh masuk jiwa.Cuba jadi macam orang lelaki ni,sporting je,buat la apa-apa nak buat,layan kan je,serious tak faham.”Panjang lebar Akif bersyarah.Dalam banyak-banyak ayat dia tadi,satu je yang sedap telinga dengar,itupun nada tu nampak sangat tak ikhlas nya.
Sarah pandang muka Akif kecik besar,kecik besar je sekarang ni. “Apa awak cakap,gurau?Ha,yelah banyak lah gurau macam tu.Serious lawak,ha ha ha.Lawak kan?Gelak la,apehal tak gelak pulak?”Sarkastik je nada suara Sarah.

Kelat muka Akif bila disindir begitu. “Aku tak sengaja la,bukan sengaja.Kan dah mintak maaf,kau nak apa lagi?Dah aku suka sakat kau,nak buat macam mana kan?Kau tu pun satu,jangan la mudah sangat bagi aku sakat kau.Baru lah aku boleh jadi baik,ni tak,muka kau tu,sikit je lagi nak macam adik sepupu aku umur 4 tahun.Muka kononnya innocent.Faham tak?”Akif sambung semula menggigit ayam.

Kita pulak yang salah?Banyak cantik? “Dah awak nak salahkan saya pulak ke?And then suka-suki hati awak je nak nak kutuk-kutuk muka saya pulak.Mintak maaf apanya kalau macam tu,budak kecik yang tak ada akal pun pandai tolak kalau orang pujuk dia kasar-kasar macam ni.”

Akif dekatkan mukanya ke arah Sarah. “So,sekarang ni kau nak aku pujuk kau macam mana?Macam mak selalu pujuk anak dia ke?Nak aku peluk,cium kepala,pipi,hidung,and bi…”Terus pipi Akif dicucuk menggunakan garfu yang ada di atas meja.Puas hati.

“Cakap tu elok-elok sikit.Jangan nak bukan-bukan,berani la buat macam tu,ni nampak penumbuk ni,karang sia-sia je hidup atas muka bumi.”Keras suara Sarah.

“Kau tak reti sakit ke?Kau tak nampak ke benda tu tajam,kalau terbenam kat pipi aku ni,kau nak ganti macam mana?Sakit tau tak?Kalau apa-apa jadi,siap kau,aku panggil lawyer aku.”Akif menggosok-gosok pipi dia.

Sarah mencebik meluat bila dengar ayat Akif.Sikit-sikit lawyer,typical anak orang kaya betul! “Pergi la panggil,panggil.Saya nak jumpa,biar saya yang cakap hal yang sebenar,tak payah la nak ada perjanjian macam ni bagai.Dah la berat sebelah,main ugut-ugut pulak.Ni kalau pergi court,saya cerita hal  sebenar,free-free saya yang menang tau tak?Hal macam ni tak nak pulak guna lawyer?Panggil singkat akal marah tapi inilah gayanya.”Panjang lebar Sarah menghentam.

“Ka,kau baik sikit cakap eh.Mana kau tahu kalau pergi court kau boleh menang?Lawyer aku terror.”Laju Akif membidas.Mulut perempuan ni pun boleh tahan jugak rupanya.Erm,serasi,bagus-bagus!

“Tak payah lah cakap pergi court,kalau suruh orang biasa judge pun,diorang tau la siapa yang salah,siapa yang betul.Tak payah pakai lawyer bagai.”Sarah suap kentang putar ke dalam mulut,yummy sedap.

“Memang lah,kau yang salah,phone aku rosak sebab kau yang langgar.Cepat sikit makan,movie dah nak start.”Akif pandang muka Sarah yang mencebik,comel!

Memang mamat ni tak faham konsep rupanya.Poyo je lebih,dah terang,tak payah nak suluh dah,dia yang salah.Bukannnya phone dia tu aku yang campak,jatuh sendiri,dekat tangan dia phone tu terbarai.So,nak salahkan aku lagi?Sarah menjeling Akif yang menjegilkan matanya.Tak takut la!

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Hari ni,date dia yang ke lima.Masih ada balance lagi RM 1000.Sengaja Akif jimatkan perbelanjaan,macam best pulak keluar dengan Sarah.Kalau ikutkan dia punya perbelanjaan,tiga ribu tu,lima minit dah habis dah.Setiap kali keluar,mesti berlawan mulut dengan Sarah.Suka betul dia tengok Sarah yang kegeraman.Dia kini berada di hadapan rumah agam milik keluaraga Tan Sri Aidil.Mana minah ni?

Sarah terkocoh-kocoh menyarungkan kasut.Dia tahu yang dia lambat,bukan apa,Tuan Haji Idris ada bertandang ke rumahnya pada hari semalam dan bermalam sekali.Puas jugak lah Sarah meyakinkan atoknya untuk membenarkan dia keluar.Siap atok nak tengok lagi dengan siapa dia keluar,sayang sangat dengan cucu dia ni.Berlari-lari anak dia ke kereta Akif.Whoa,hari ni dia bawak Audi Sport pulak.Dia ni memang suka kereta dua pintu je ke apa?

“Asal kau lambat?Kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke selain nak tunggu kau?”Sampai-sampai saja Sarah,terus dia sembur.Tercungap-cungap lagi gadis itu.

“Sorry,atok saya ada kat dalam tu.Tu yang lambat sikit.Hari ni nak pergi mana pulak,tolonglah Akif,beli something yang mahal.Kalau setiap kali keluar just beli makanan je,bila nak habis hutang saya?”Sarah  merungut sambil membuka pintu dan duduk di dalam kereta mewah itu.

“Eh,suka hati aku la nak beli apa-apa pun.Kau bayar je lah.Banyak pulak bunyinya,dah buat salah,nak banyak bunyi pulak.”Akif mengomel kuat.“Hari ni aku nak pergi office.”

“Hah office?Dah tu,yang ajak saya buat apa?Pergi la sorang,bukan saya boleh buat apa pun.Karang terpacak sengsorang macam orang bodoh,satu sen pun duit tak keluar kalau duduk kat office awak tu.Kalau gitu,seratus kali keluar pun tak habis-habis hutang lagi tau?Orang nak bayar cash,dia tak nak,orang nak beli benda yang mahal dia tak nak,awak nak apa sebenarnya?”Panjang lebar Sarah membebel.

“Hei,kau senyap,kau senyap sebelum aku yang senyapkan mulut kau tu.Asik nak berkicau je,macam orang tua,pot pet,pot pet!Ikut jelah.Aku adahal sikit dekat sana,kau bawak jelah duit.Tau la aku macam mana nanti.”Akif jeling Sarah tajam.

“Tak kira,kali ni,habiskan semua hutang saya.Tak larat la,setiap minggu kena keluar dengan awak.Umi saya dah tanya tau tak,kenapa asik keluar je hujung minggu,saya nak jawab apa?”Sarah memasang seat belt.Kereta mula memecut,habislah tudung aku.

“Alah,soalan kacang macam tu pun tak reti nak goreng ke?Kalau baik sangat kau cerita je lah hal yang sebenar,mana la tau,dapat aku merasa jadi ahli keluarga Tan Sri Aidil ye tak?”Akif tarik sengih.Membayangkan pula apa yang dia perkatakan tadi,eh best jugak weh!

“In your dream la.Hisy,kereta ni tak reti nak tutup ke bumbung dia?Habis tudung rosak tau tak kena tiup angin.Orang susah payah bela awning,naik kereta dia,habis hancur.Dah la payah nak bela,dia senang la,usik-usik je rambut tu.Apa la gunanya orang cipta roof tu kalau nak simpan je.Agak ya kalau awek seksi tu,pergh,memang wayang lah,kenyang lelaki pandang!”Sarah mengomel perahan,tetapi masih didengari Akif.Minah ni memang banyak bunyi kan?Mulut dia kalau tak tutup sekejap,memang tak sah.

“Apa in your dream?Kau mana tau siapa jodoh kau?Ntah-ntah memang aku ke?Kau tau,tau?Tak tau kan?”Sakit pulak hati pulak Akif rasa bila dengar ayat Sarah.Biarlah dia nak acakap apa pun kan?Yang kau beriya nak sakit hati kenapa?

“Memang la tak tahu,itu kuasa Allah.Tapi,tak nak lah dengan awak,ergh,seksa!”Selamba Sarah mengutuk Akif,siap dengan mimic muka lagi.

“Apahal pulak?Eh,aku ni sikit punya baik apa?Rupa tu,uisy,tak payah cakap la,memang ada.Harta insya-allah,setakat nak pasang 4 tu lebih dari mampu,agama,alhamdullillah,boleh la jugak,aku dulu masa sekolah menengah tiga tahun amik bahasa arab tau tak?”Dengan bangganya Akif menjual diri sendiri.

“Tapi..mulut tu wangi sikit dari bunga tahi ayam je,tak guna jugak..”Sarah kuatkan suaranya,biar Akif dengar apa yang dia cakap,dia memandang ke arah jalan.

“Amboi-amboi mak cik!Kau ni sedar ke tak?Crazy ke gila?Mulut aku kau kata busuk?Aku setiap kali lepas makan aku guna Listerine untuk kumur eh.Lima kali sehari aku gosok gigi,sedap kau je kata mulut aku busuk!Ni nampak double mint ni?”Akif bengang,dia keluarkan double mint dari dashboard kereta.Ada ke patut dia kata macam tu?Tak patut,tak patut.

Alahai mamat ni salah faham pulak.Tiba-tiba datang dia punya bendul. “Ikut awak lah Akif.Orang cakap lain,awak faham lain.”Malas Sarah nak bertekak,kalau dilayan lawan mulut dengan Akif ni,memang tak ada sudahnya.Kita yang sakit hati nanti.Sesekali muka kacak ittu dipandang.Memang Akif punyai muka yang sangat kacak,dengan kulit cerah,rambut yang sedikit keperangan,mata yang berwarna coklat cair,hidung yang sedikit mancung dan bibir yang sangat menawan berwarna pink,dilengkapi lesung pipt di pipi sebelah kanannya,wow,fantastic cipataan Allah yang satu ini,subhanallah….

Tipu lah kalau Sarah langsung tak tercuit kalau dah setiap minggu keluar dengan mamat ni,ditambah lagi dengan bertekak tak kira tempat.Serba sedikit,ada lah jugak rasa berbunga bila dapat berjalan beriringan dengan Akif dan mendapat perhatian ramai.Makin lama,makin seronok pula bila dapat berjumpa dengan Akif,tapi Sarah tau,tak mungkin Akifa kan suka kan dia.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Mereka senyap seketika sehingga kereta memasuki kawasan industry yang menempatkan sebuah kilang yang sangat besar,beberapa bangunan yang agak mewah pada pandangan Sarah.Ariel Chocolate Factory,Sarah membaca papan tanda.Tidak jauh dari kilang,ada sebuah bangunan sederhana besar yang bertulis Ariel Chocolate House.Bangunan itu juga kelihatan mewah dengan binaannya hampir 50% daripada kaca dan kayu yang mahal dan berkualiti tinggi.Terserlah suasana di dalam banggunan itu yang sangan eksklusif dekorasinya.Tidak jauh dari Chocolate house,sebuah lagi bangunan yang sangat unik reka bentuknya membuatkan Sarah kagum.Bangunan itu bertemakan warna coklat cair dan krim,seni binanya sangat unik kerana bangunan itu jika diamati,menyerupai satu bar coklat gergasi,sangat ekslusif!Whoa…magnificient!

Akif berhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu masuk bangunan yang sangat gah itu.Dia memerhatikan Sarah yang kagum dengan senibina bangunan Ariel Corporation Sdn Bhd.Dia tahu yang Sarah pelik mengapa dia dibawa ke tempat ini.

“Dah turun,kita dah sampai.”Akif memecahkan lamunan Sarah.

“Weh,ini bukan ke jenama coklat antarabangsa ke?Ariel?Kalau kat Malaysia ni,Ariel tu ada kat hotel-hotel five stars je kan?”Sarah cuba memproses apa yang dihidangkan matanya.

“Ye lah tu.”Pendek Akif membalas.

“Dah tu apasal awak ada kat sini pulak?Kalau kawasan industry ni,bukan ke orang yang tertentu je boleh masuk?”Sarah masih lagi dengan persoalan yang masih belum terjawab.

“Kan aku kata aku nak pergi office aku,office aku kat dalam bangunan ni lah.Sebab tu kita boleh masuk,kalau aku kata kau lembap kau marah!”

“Mana ada orang kerja hari sabtu?Dah tu siap parking kat sini lagi.Ala-ala bos besar gitu,nampak plat tu,CEO!.Lain lah kalau awak ni CEO Ariel ni.Eh jap,nama penuh awak apa?”Sarah baru tersedar sesuatu.

“Dah apa kena mengena dengan nama aku pulak?”Akif tahu Sarah mula dapat meneka apa yang sebenarnya berlaku.Biar lah minah ni nak teka apa pun.Akif berjalan menuju ke lift.

Sarah cuma mengikut sahaja langkah Akif yang ntah kemana dibawa.Tapi,serious cantik gila-gila decoration building ni.Dah la system ala-ala dekat Korea gitu,ada gate di depan setiap department untuk punch card,siapa lambat,langsung tak terlepas. “Cakap lah nama awak apa?”

“Kau ni kan,selagi tak dapat apa yang kau nak memang kau takkan puas kan?Mohd Akif Ariel Tan Sri Farid.”Muka bosan Akif buat.Apa-apa aja lah minah ni…

Tekedu Sarah,international chocolate brand tu dia punya?Semua bangunan ni dia yang punya?Kawasan industry mewah ni pun dia yang punya?Harta yang melimpah ruah ni dia punya?Kereta tak cukup pintu tu semua dia punya?Bukan mak bapak punya harta!!Oh my god!

Akif masih berjalan,tetapi menoleh ke belakang apabila terasa dia berjalan berseorangan.Mana pulak minah ni pergi?Sarah tercegat dengan muka terkejut di belakangnya,Akif berjalan ke arah Sarah.Sarah seperti sangat terkejut.Sekali tolak,terus gadis itu terjatuh.Uisy,dia ni kenapa?

Sarah langsung tak perasan yang dia sudah terduduk dia atas lantai.Sungguh dia terkejut.Dia mendongak,memandang muka Akif yang cemas.

“Oi,kau ni memang ada masalah ke?Yang kau terkejut sangat kenapa?”

“Betul brand ni awak yang punya?”Akif angguk.

“Waaa!!!!!!Boleh la saya dapat coklat free kan?”Terus Sarah bangun dari duduk.Bersinar-sinar muka dia.

“Crazy brat.Dah la,lantak kau lah.Aku banyak lagi kerja.Ikut kaulah nak pergi mana,nak merayau ke,nak mengorat pak guard ke,nak ikut aku ke,tapi aku tau,aku turun karang kau dah ada kat foyer.”Akif melambai tangan sambil berjalan.Senyum ditarik,this girl is really something.

Berlari-lari anak Sarah mengejar langkah Akif.Lajunya jalan. “Tunggu la.Saya ikut awak lah,takut nak merayau,besar kot building ni,karang sesat,hisy,tak jumpa jalan balik,naya je.Mana la tau building ni berhantu,ala-ala tuan dia jugak.”Sarah tekup mulutnya cepat-cepat bila Akif pandang dia.Ops,sorry…..

“Kau cakap apa?”Akif macam dengar sesuatu dari mulut Sarah.Yang pasti,apa yang dia cakap tu tak berapa sedap didengar.

“Eh,tak ada apa-apa.Awak salah dengar lah tu.”Cepat-cepat Sarah jalan saing dengan Akif.Senyum paling comel dia hadiahkan kepada Akif.

Akif terkedu melihat wajah comel Sarah.Owh my god!Comelnya nya dia,sejak bila dia jadi comel ni?Hari tu tengok,comot lagi.Isy,tak boleh jadi ni,tergoda aku dibuatnya….Akif menggeleng-geleng.

Mereka melangkah ke sebuah bilik.Sarah tengok sahaja Akif menekan password dan pintu terbuka secara automatik.Sebaik sahaja melangkah ke dalamnya,sekali lagi Sarah tergamam.Damn beautiful!Bilik yang bertemakan warna chocolate brown dan white cream serta aksesori-aksesori yang melambangkan coklat menghiasi ruang bilik ini.Ada sebuah meja besar terletak di hadapan cermin besar yang lutsinar,terletak diatasnya glass yang  berukir.Mohd Akif Ariel CEO ARIEL Sdn Bhd,Sarah membaca.

Akif ambil satu beg di atas kerusinya.Beg itu berisi lap top,ada beberapa fail yang harusdisemak untuk sebuah perjanjian penting antara syarikatnya dan sebuah syarikat yang mengedarkan produknya di negara Korea.Semalam,sebelum pulang ke rumah,Akif lupa untuk mengambilnya,itu yang kena datang hari ni..alik-alik kena bawak minah ni pulak.

“Dah,jom balik.”Akif sangkut beg ke bahu.

“Ala,takkan nak balik dah.Belanja lah saya coklat.Dah la coklat awak tu mahal tau tak?Nasib sedap,jual kat hotel-hotel je pulak tu.Cuba kurang kan sikit harga.”Sarah merungut.

“Ya Allah,kau bangun kan dia sekarang.Dia masih tak sedar dari mimpi. Oi Sarah,sekarang ni,siapa yang kena belanja siapa?Kau ke aku?Banyak cantik,nak,beli la sendiri.Ok la harga tu,kau ingat nak buat coklat tu guna apa?Ingredients dia berkualiti ok!Semuanya import,kalau jual kat kedai biasa,kau ingat ada ke orang nak beli?Mampu ke aku tanya kau?Mampu beli satu bar coklat yang 400 gram dengan harga sepuluh ringgit?Mampu?”

Sarah mencebik.Betul jugak apa yang Akif cakap tu,alangkan dia pun bercatu duit sebab nak beli satu bar yang besar tu.Terpaksa mintak duit kat umi dengan abang,nak harapkan duit dia,sorry lah. “Yelah,saya beli sendiri.Jom pergi Chocolate house.”Sarah berjalan keluar dari bilik mewah itu dengan senyuman.Tak sabar nya nak makan Ariel,sedap!

Minah ni,ikut dia je nak cakap apa.Hei,nasib kau perempuan,kalau lelaki lah,lama dah aku debik,aku peluk-peluk.Nasib kau comel,haisy hati,kenapa kau macam ni?Dia tu kawan je lah,jangan lebih-lebih.Tapi dia comel.Ada suatu suara berbisik.Alah,comel je,bukannya apa pun.Satu lagi suara berbisik.Tapi dia tu sengal,selalu buat aku bengang.Ada pula yang menjawab,kau pun sengal.Lagi sengal dari dia,sesuai la tu. 

“Tuan CEO,cepat la sikit!”Suara dari Sarah memecahkan lamunan Akif.

“Hei perempuan,tunggu la aku,tak meyempat.”

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


“Aku nak yang tu,yang tu,dengan yang tu.Amik tiga setiap satu.”Akif memerintah Sarah.
Sarah terbeliak mata.Semua ni sekali?Mamat ni betul ke tak?Penuh dah satu bakul ni dengan coklat.Dia 
ingat aku ni banyak sangat ke duit?Ada lah dalam 30 bar coklat pelbagai jenis dan saiz,tak termasuk lagi yang chocolate ball.Dia ni sengaja nak kenakan aku ke apa? “Oi,agak-agaklah.Awak ni sengaja je kan?Tak nampak ke ni dah penuh?Memang banyak pun kan duit saya nak bayar semua ni?”

“Ambik je lah kalau aku suruh tu,cuba jangan banyak cakap.Bising la kau ni.Ha yang ni sekali.”Akif letakkan satu pek besar snek coklat ke dalam bakul. “Dah,jom bayar.”

“Semua sekali harganya RM 934.20 sen.”Sebesar mungkin Sarah besarkan matanya.Coklat sebakul sampai dekat seribu?Mak ai!

“Ha,bayarlah.”

Terketar-ketar tangan Sarah nak keluarkan duit dari purse.“Kejap.”

“Hesy,bak sini lah.”Akif rampas purse dari tangan Sarah.

Mereka beriringan ke kereta.Coklat diletakkan di seat belakang.Akif duduk,bersedia untuk memandu. “Dah kau kenapa tak masuk pulak?Nak tunggu putera kayangan bukak kan pintu?”

“Ni,tak nampak ke,dah pintu ni berkunci,nak masuk apanya?Serabut betul lah dia ni.”

“Apa lah masalahnya,kau p…”

“Apa?Nak suruh saya panjat lagi pintu ni?”

“Aha,good!Bagus lah kalau kau faham,ha dipersilakan.”

Sarah sudah tak terkata,speechless.Nampak gaya mamat tak siap ni,memang nekad dia nak suruh aku panjat.Sudahnya,kaki diangkat juga.Nasib hari ni pakai seluar slack.

Tangan Akif mula la nak buat jahat,baru je dia nak tolak pintu,Sarah ketuk tangan dia dulu. “Woi,sakitlah.”

“Tau sakit?Dah tu kalau awak tolak pintu tu,ingat tak sakit lah kalau saya jatuh?”Sarah tunjal bahu Akif kuat.

“Dah la kau ni.Nak gurau pun tak boleh.Menyampah!”

“Gurau tak gurau,gurau apanya kalau dah macam tu gayanya?Main kasar,tak pernah lagi saya jumpa orang gurau fesyen alien macam awak ni tau?”

“Apa-apa je lah.Tak sporting.”
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Nah.”Akif hulur beg berisi coklat kepada Sarah.

“Hah?”Sarah tercengang.

“Ambik la ni.”Akif suakan coklat itu lebih dekat kepada Sarah.

“Hah?”

“Hah,hah.Kau pekak ke,bisu,or buta?Payah sangat ke nak ambik kalau orang nak bagi tu?”

“Eh,ni awak punya.”

“Dah aku nak bagi kau,ambik je lah.”Muka bosan Akif buat,sengaja dipalingkan ke kiri.Malu nak 
menghadap Sarah.Eh yang kau beriya nak malu ni kenapa?Bagi coklat je,tapi kalau lelaki bagi coklat kat perempuan tu kan tanda…….

“Semua ni?”Sarah cuba dapatkan kepastian.

“Kau memang banyak soal kan?Tak nak sudah.Asalammualaikum.”Button start terus ditekan.

“Eh,nak-nak.Bak sini!”Terus dipeluk beg  yang berisi coklat itu.Senyum paling ikhlas Sarah hadiahkan kepada Akif,bukan lagi senyum sinis seperti selalu.

Terpaku Akif pandang muka Sarah yang tengah tersenyum.Kenapa budak ni comel sesangat?Bila masa dia jadi comel ni?

“Saya masuk dululah.Terima kasih.”Sarah berura untuk melangkah pergi bila Akif memanggilnya.

“Oit mak cik!”Akif melaung nama Sarah.
Sarah berpaling,dia ni kan,berapa banyak nama yang dia nak bagi kat aku? “Ha apa?”

“Coklat tu harganya mahal.Aku dah bagi kat kau,maknanya,kau still ada hutang dengan aku.Kau jangan hilang ingatan pulak.See you next week ye sayang?”Nakal senyuman yang tercoret di bibir Akif.Kereta memecut laju meninggalkan Sarah termanggu-manggu sendirian.Tiba-tiba mesej masuk.


Ko x yah nak tekejut sgt r m.cik!klu suka kate ske,aq x mrh r..ske lg adlh,mkn coklat tu,tp jgn slhkan aq klu next week ko da x de gg!:P-syg awk…

One word,crazy!

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..


Sarah duduk di atas bangku di taman KLCC sementara menunggu Akif yang ntah kemana perginya.Bigbang menyanyi dari dalam beg sandangnya.Cepat-cepat diangkat panggilan itu.

“Helo,siapa ni?”

“Helo,Ini Cik Nur Sarah Irdina ke?”

“Ye saya,ada apa ya?”Sarah memandang sekeliing.

“Saya Zaidi dari syarikat guaman Zaidi & Co.Saya peguam kepada Encik Akif.Menurut anak guaman saya,Cik Sarah ada melakukan kesalahan kan?”

Sarah terkejut.Peguam?Hal apa pulak,ke hal hari tu?Bukan ke hal ni dah settle ke?Kenapa ada peguam pulak? “Apa saya buat?Setahu saya hal ni dah settle.Dah tak ada masalah dah.Saya sendiri yang deal dengan Akif,kenapa pulak main lawyer ni?”

“Itu bukan hal saya.Anak guaman saya telah pun menfailkan kes ini untuk dibawa ke mahkamah.Menurut Encik Akif,awak melanggar dia sehingga telefonnya jatuh dan berkecai.Selepas itu,awak dengan tak bersalahnya lari dan tak mahu bertanggungjawab,betul?”Suara itu menghentamnya lagi.Tapi macam familiar sesangat la suara ni.

“Eh,kenapa sampai nak bawak mahkamah pulak?Kan saya dah cakap,hal ni dah settle.Saya sendiri yang deal dengan dia.Saya dah pun bayar hutang dia,mana ada saya lari dari tanggungjawab.”Sarah rasa macam nak menangis.

“Apa-apa pun alasan awak,itu tak penting.Sekarang ni,awak diperintahkan untuk ke mahkamah untuk perbicaraan.Mungkin esok surat akan sampai ke rumah.”

“Encik ni kenapa?Saya dah cakap kan,saya dah settle kan hal ni dengan Akif sendiri.Dia yang dah setuju untuk deal sendiri dengan saya tanpa libatkan mana-mana pihak.”Serak suara Sarah.Air mata dah bercucuran di mata,sumpah dia cemas dan takut.Kalau umi dapat tahu hal ini,mesti teruk dia kena marah.Sampai hati Akif buat dia macam ni.

“Saya tak tahu la Cik Sarah,saya buat ini semua adalah atas arahan anak guaman saya,Encik Akif.Cik tanya lah sendiri kepada Encik Akif.”

“Tapi saya dah settle!Boleh tak jangan libatkan mahkamah,saya sendiri nanti jumpa dengan Akif.”Kali ni,Sarah benar-benar menangis.

“Cik Sarah,jangan menangis Cik Sarah.Cuba Cik Sarah ceritakan  apa yang sebenarnya berlaku.Mana boleh tau saya boleh tolong ke?”

“Saya jalan je dekat hotel,ada reunion,lepas tu Akif langgar saya,memang la handphone tu  berkecai.Tapi benda tu ada kat tangan dia.So,technically bukan salah saya lah.Kenapa pulak saya yang nak kena bertanggunggjawab?Lepas tu,Akif datang mintak ganti rugi,even saya tak salah,saya ganti rugi jugak.So,benda ni patut nya dah selesai dah.”Dengan sedu-sedu Sarah menceritakan hal yang sebenar.

“Cik Sarah,bertenang.Jangan menangis.”

“Macam mana saya tak menangis?Sampai bawak mahkamah,ingat ini benda kecik ke?”Sarah tak pedulikan lagi pandangan yang dilemparkan kepadanya oleh orang yang lalu lalang memerhatikan dirinya tersedu sendiri.

“Ya,saya tahu Cik Sarah,benda ni hal besar.Sila datang ke pejabat saya esok ya?Kita bincang baik-baik.”
“Ada apa lagi?”

 “Encik datang la dulu,kita discuss baik-baik.”

“Office?Kat mana?”Air mata masih setia mengalir di pipi.

“Dekat konti Hotfm.”

“Ni sapa?”Sedikit terjerit suara Sarah.

“Saya Faizal Ismail dari Hotfm.Cik Sarah Irdina,awak terkena panggilan hangit.”

Terkedu Sarah seketika.Air mata makin lebat di pipi. “Jahat nya,kenapa buat saya macam ni?Siap main-main
mahkamah lagi!Siapa hantu yang buat ni?”

“Mohd Akif Ariel yang suruh kami buatkan.Jangan marah dia ya.”

“Dah la….menyampah.Hotfm memang jahat!”Kata-katanya disambut dengan tawa dari pihak sebelah sana.Ntah kenapa air mata yang tadi sudah berhenti,kini mengalir kembali bila terpandangkan Akif yang seronok mentertawakannya di satu sudut tidak jauh daripadanya.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Hahahahahahahaha.Comel la muka kakak.Menangis makin comel rupanya.”Akif sibuk dengan gelaknya.Memerah muka.

Hati sarah macam nak meletup bila tengok Akif begitu.Dia punya lah risau,dia ingat benda ni main-main ke?Mahkamah,kalau family dia tau nak buat macam mana?Nak bergurau pun agak-agaklah.Ini memang sangat melampau,bayangkan ada orang telefon kata kita ada buat salah,sampai kena pergi court.Huh,siapa 
tak cuak?

“Seronok gelakkan orang?”Sarah tanya dengan suara yang serak kerana baru lepas menangis.

“Hahaha.Seronok.Best giler!”

“Awak ingat ini benda kecik ke?”Sakitnyalah jiwa mamat ni!

“A’ah.Alah,gurau-gurau je.”Akif langsung tak sedar yang Sarah sudah dilanda marah.

“Banyak la awak punya gurau?You call all of this as a joke?It was funny right?Ha ha ha.Really funny.Gelak lah lagi,kenapa tak sambung,putus dah urat gelak ke?Sambung lah lagi.”Sejurus habis Sarah berkata begitu,dia berpusing untuk melangkah pergi.Sakit sangat hati dia rasa.

Akif tergamam.Aih,buat panggilan hangit pun marah?Perempuan ni memang pelik. “Hoi,tunggulah aku!”Akif kejar langkah Sarah dan sambar tangan Sarah.

“Hei,apa pegang-pegang ni?”

Akif lepaskan tangan Sarah.Ops,sorry! “Kau ni kenapa?Nak bergurau lebih-lebih pun tak boleh,cuba kentalkan jiwa sikit!”

“Shut up!Kental apa bendanya sampai mainkan orang macam ni?This is serious matter.Tak faham betul dengan orang macam awak ni,everything is a joke to you,everything!”Sedikit tinggi nada suara Sarah.

“Fine,sorry.Aku yang salah,tak concern.”Simple dan ringkas.

“Yelah,hari ni cakap macam tu..nanti dua tiga hari nanti buat lagi kan Akif?”Sarah menempelak lagi.

“Mak cik,kan aku dah kata sorry tadi?Apa lagi yang kau tak puas hati,kau cakap?”

“Dah la,cakap dengan awak ni,menyakitkan hati je tau tak?Lagi saya cakap,makin mendidih je kat dalam 
ni,takut ada yang makan penampar karang.Jom balik.”

Akif speechless.Ikut kan jelah minah ni,wind blow je kerjanya.Bendera jepun kot?Akif fikir nakal.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Akak,ni ada surat.”Syuqri jerit panggil kakaknya.

Sarah mengambil surat daripada adiknya.Untuk aku?Siapa pulak yang hantar? Dia duduk dia atas katil di dalam bilik.Sampul dibuka dan dia mula membaca.


To:Mak Cik Sarah Irdina
      Beralamat
      Rumah Tan Sri Aidil                                                                                                            
                                                                                                                               Date:3 JUNE 2013
Title:Oit Makcik!Tak payah nak ngajuk lama-lama sangat la,buruk tau?

                1.Aku selaku CEO Ariel Chocolate Sdn Bhd,mintak sangat-sangat kau berhenti lah dari merajuk tu,bukan sweet pun,tak payah lah kau dengar cakap kat facebook yang perempuan kalau merajuk ni sweet.Aku sebagai lelaki ni,terus terang cakap,itu bukan sweet,tapi gedik!
                2.Berapa lama kau nak merajuk?Kau tau tak berapa sen duit aku habis sebab hantar mesej kat kau,tapi satu mesej pun kau tak balas.Hutang aku kau tak habis bayar lagi,ha,tu kau jangan lupa mak cik.Hutang nyawa dibalas nyawa,hutang duit dibayar kasih.Ok,aku tau aku merapu.
                3.Lagi satu,kalau kau rasa yang kau nak merajuk lama-lama sangat,kau tahu la apa akibatnya.Kau tunggu je lah.Tak sampai 3 hari kau mesti menangis.Just see and wait.Tapi aku tak sure la menangis untuk happy or sedih.Merajuk lah lama-lama.
                4.Hujung minggu ni aku malas lah nak keluar.Aku ada kerja.Dah,tak payah nak happy sangat,tak keluar tak bermakna kau boleh lepas.Aku nak kau buat or hantar kek coklat kat office aku hari isnin ni.Ingat,10/6/2013.Kau lupa siap kau.Never forgive you.
                5.Dah-dah la tu merajuk.Kau bukan comel pun nak merajuk lama-lama.Aku tau,kau mesti cakap aku ni sweet kan?Hantar surat,ala-ala mat romeo.Aku tau,tak yah cakap,nanti aku malu.~.` Mesti kau sengih-sengih atas katil,and the cakap,wow,sweetnya Akif Ariel ni,kenapa baru sekarang aku sedar?Tak pe,aku faham,orang memang akan lambat perasan kalau yang sweet-sweet ni.Tak pe,tak pe.Tak marah.
                6.Dah la,jangan lupa kek aku.Cuba la merajuk lama-lama,ingat apa aku kata tu?Try if you wanna know.Asalamualaikum.

Written by:
Jejaka idaman semalaya,
Akif Ariel.


Tersengih sengih Sarah membaca surat dari Akif.Apa la mimpi mamat ni?Poyo je lebih,ayat bukan untuk pujuk,tapi menyakitkan hati lagi adalah.Memang sengaja dia malas mak layan mesej dari Akif.Alah,Akif ni over je lebih,dalam masa tiga hari dia mogok ni,adalah dalam tiga mesej je yang dia Akif hantar.Bukan tiga puluh pun!Nak kek ye,ok,nanti saya hantar!

Berbunga-bunga hati Sarah,macam ada musim bunga je kat dalam hati ni.

“Umi,Sarah nak kawin!”Sarah jerit kuat sambil tersenyum mememluk bantal.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..


Akif menanti Sarah di hadapan pintu pagar besar.Rindu pula rasanya bila hampir dua minggu tidak bersua muka.Adeh,segannya nak jumpa Sarah lepas dia hantar surat hari tu.Ntah hantu apa yang merasuk dia suruh hantar dekat Sarah.Laju je dia taip dan hantar kerumah Tan Sri Aidil.Dah sekarang ni,macam mana nak hadap Sarah?Malu,malu.Tapi dia suka,yakin sangat yang Sarah akan berhenti merajuk.Buktinya,Sarah terus mesej dia selepas membaca surat itu.Kek pun ada dia ats mejanya pada hari isnin itu.

Akif sebenarnya malu nak mengaku yang sebenarnya dia dah jatuh sayang dekat Sarah.Tak tahu la macam mana perasaan tu datang,tup-tup,asik teringatkan Sarah je kerjanya.Memang tak boleh jadi,sengaja dia cuba tak jumpa Sarah minggu lepas,macam orang gila!Semua benda nampak muka Sarah,sudahnya,dia renung handphonenya yang ada muka Sarah.Akif curi-curi tangkap gambar Sarah masa mereka keluar bersama,dalam tak sedar,adalah juga dalam lima puluh keping gambar yang Akif simpan.

Dup dap dup dap.Berdegup jantung Akif tengok Sarah yang semakin menghampiri keretanya.Hari ini gadis itu manis berselendang labuh berwarna kelabu dikenakan dengan blous panjang kelaabu dan skirt hitam.Cantiknya dia.

“Asalammualaikum.”Sarah menyapa.

Tiba-tiba pipi Akif blush.Dah kenapa kau ni pipi?Tiba-tiba merah,malu aku je. 

“Erm,waalaikummussalam.”Akif buat-buat tak nampak Sarah. “Hah,masuklah,apa lagi?”
Sarah buat muka geram  buat kesekian kalinya. “Akif Ariel,are you nuts?Tak nampak saya pakai skirt ni?Bukak la kunci pintu ni,takkan nak suruh panjat lagi kot?”

“Ha?Ye,ye,aku lupa.Kejap.”Button unlocked ditekan.

Sarah duduk di sebelah Akif.Lain macam pulak mereka berdua rasa.Tak selesa,terasa macam orang asing.Padahal sebelum ni okay je.Adakah disebabkan perasaan masing-masing yang mula berubah dari partner gaduh ke partner cinta?

Sesekali pandangan mata bertembung.Cepat-cepat mata dilarikan.Blush pipi Akif dan Sarah.Argh,awkward nya!Macam mana ni?Kalau aku bagi tahu,apa agaknya reaksi dia?Kedua-dua mereka berfikiran sama.

Sepanjang perjalanan mereka cuma senyap.Cuma lagu radio sahaja buat peneman telinga.Tiba-tiba One Direction memenuhi ruang kereta.

Under the lights tonight,
You turned around,and you stole my heart
With just one look,when I saw your face
I fell in love
It took a minute girl to steal my heart tonight
With just one look,yeah,
I waited for a girl like you

Allah,lagu ini pun,time ini lah dia nak keluar.Akif berdecit di dalam hati.Sarah terasa berbunga dalam hati bila mendengar bait-bait lagu itu.Kan best kalau jadi reality?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Mereka tiba di Pavilion.Langkah diatur menuju ke kedai yang menjual aksesori.Sarah tertarik dengan keychain yang berukir cantik berserta diamond dengan tulisan Bigbang.Cantik.

“Kau nak yang tu ke?Ambil la.Aku belanja.”

“Eh,tak nak la.Saja je tengok.”Sarah berdalih.Sepatutnya dia yang kena belanja Akif,ini dah terbalik pulak.

“Dik,bungkuskan yang ni satu.”Akif suakan keychain itu kepada jurujual.Tergamam Sarah dibuatnya.

“Akif,saya tak nak lah.Tak ayah la susah-susah.”Sarah cuba menghalang.

“Kau ni,aku nak bagi tu ambik,jangan tolak rezeki,don’t your mom told this?”Akif angkat kening sinis.

“Memang la dia kasi tau.Isy,tak payah la.”

“Bising,nah.”Akif hulurkan plastic berisi keychain kepada Sarah.“Ambik lah.”Akif suakan juga kepada Sarah bila tengok gadis itu teragak-agak ingin menerimanya.Alahai kau ni,malu-malu pulak,amuk je lah.Kau tak tahu ke muka kau bila malu-malu sangat comel?

Sarah terima jugak plastic itu.Mereka terus berjalan-jalan sehinggalah tiba-tiba seorang perempuan datang dan menampar pipi Sarah kuat.Terkedu Sarah dan Akif.Sudahlah di tengah-tengah orang ramai.Semua mata memerhatikan mereka.

“Hey Hana!What the hell are you doing ha?What are you trying to do?”Akif menolak tubuh Hana kuat,cuba melindungi Sarah yang masih lagi terkejut.

“You ask me what I am doing right now,ha?Asking yourself first,what are you doing with this girl?How dare you!”Melengking suara Hana.

“What?It is not a fault to hang out with this girl.We are not doing bad thing,do you see us kissing ha?Do you see us hug each other?Don’t you?So,get out of my way,you are such trouble maker!”Pedas ayat dari Akif menerpa ke telinga Sarah.Wow!

“How could you do this to me,Ariel?How could you.I love you,I said I love you.Why?”Sedih suara Hana.

“What is wrong with you Hana?Must be something trouble in your brain until you forgot what I am told you.I am not love you!Should I say,I wanna a good girl to be my partner?Stop this nonsense Hana,everyone 
watching us!Such a shame thing.”

“Ini mesti sebab kau kan betina?Kau memang tak guna!”Meluru Hana kearah Sarah yang terpaku menonton drama free.Pipi Sarah ditampar kuat,langsung Sarah tak membalas kerana sangat terkejut.Akif pula yang cemas.

“Perempuan gila,apa kau buat ni ha?Tak paham bahasa ke?Aku tak suka kau la bodoh!Payah sangat kan,aku dah cakap elok-elok,kau tak nak dengar.Yang kau pandai-pandai usik dia ni kenapa?Memang ada masalah dengan otak kau,baik kau pergi sebelum tangan aku pulak yang naik kat muka kau.Blah kau perempuan.”Jerit Akif kepada Hana,langsung tak peduli orang ramai yang menonton.Berlari Hana sambil menangis,lantak kaulah perempuan.

“Sarah,kau…”Bila Akif pusing,Sarah sudah menghilang.Mana dia pergi?Merata Akif mencari Sarah di dalam bangunan besar itu.Mana dia pergi,Ya Allah,mesti dia sakit.Akif masuk Watson,sedikit ubat sapu dibeli.Dia pasti pipi Sarah membengkak,sebab dia sendiri nampak,memangkuat tamparan yang Hana hadiahkan.

Puas pusing-pusing,sudahnya Akif masuk ke kawasan Boling.Melilau matanya mencari kelibat Sarah,mana lah tau ada.Memang tepat,Sarah tengah duduk di satu meja membelakanginya sambil mengesat air mata.Menangis!Peritnya lah Akif rasa,gadis itu menangis kerananya.

Sarah mengesat air mata yang tak henti-henti mengalir,air mata malu,terharu dan sakit.Malu kerana dimalukan di khalayak ramai,terharu kerana Akif sanggup membelanya,dan sakit kerana ditampar berulang kali.Tiba-tiba losyen dihulurkan kepadanya.Kepala didongakkan.Akif!

“Mana kau pergi?Puas aku cari kau!Telefon tak berangkat,kau ingat aku ni tak ada kerja nak mengukur Pavi ni ke?”Kepala Sarah ditekeh perlahan.

“Sorry.”

“Nah,sapu kat pipit tu,dah merah dah,ke nak aku yang sapukan?Boleh je.”Akif masih setia di sisi Sarah.Menunggu Sarah menyapu losyen itu di pipinya.

“Thank you Akif.”Ikhlas Sarah mengucapkannya.

“Naa.Pleasure to me.Sorry eh?Tak pasal-pasal pipi kau yang jadi mangsa crazy bastard tu.”Akif usap-usap kepala Sarah yang berbalut selendang.Buat pertama kalinya,tiada nada sinis antara mereka.

“It is okay.Jangan la main kepala.Habis la tudung saya.”Sarah cuba menepis tangan Akif.

“Alah usik sikit pun marah.Dah okay dah sikit ?”Akif duduk berhadapan dengan Sarah.

“Herm,okay dah.Kenapa awak defend saya tadi?Tak malu ke?”Polos renungan dari Sarah menerjah muka Akif.

Maybe it is the right time to tell her.I decide! “Nak tau sebab apa?” Sarah angguk.Nafas dihembuskan.“Because I love you.”


Sarah terkedu.Akif senyum,dan mengangguk,cuba meyakinkan Sarah.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


“Aku terima nikahnya Nur Sarah Irdina Bt Mohd Aidil dengan mas kawin seratus ribu tunai beserta senaskah Al-Quran,tunai.”

Hanya selafas daripada Akif telah mengubah status Sarah dari anak dara kepada isteri orang.Mereka kini sah bergelar suami isteri.Air mata bercucuran tanda kegembiraan dan kesedihan bergabung menjadi satu.

Masih teringat perbualan mereka 2 bulan yang lalu.

“Because I love you.”

“Don’t mess with me Akif,I’m not in my mood right now.Stop the joke.”

“Siapa kata aku bergurau?Sapa kata?”

“Takkan lah…”

“Ye memang aku dah jatuh cinta dengan kau,dah tu kau nak buat apa?Aku defend kau tadi sebab aku tak nak tengok kau tercegat kena malukan depan orang ramai.Aku tak sanggup tengok orang yangaku sayang jadi macam tadi,aku rela malu dari kau yang kena malu.Tu pipi kau tu,kenapa kau biarkan dia tampar kau ha?Tak reti nak melawan?Kau tak nampak ke apa aku cuba buat untuk kau?Ini semua salah kau,kau yang buat aku macam ni,satu keje pun aku tak boleh buat sebab asik ingatkan kau tau tak?Semua salah kau,kau selalu buat aku marah lepas tu boleh la kau tunjuk muka comel kau masa kau marah kan?Sengaja nak goda aku?Kau tau tak,kau jelah perempuan yang tahan dengan mulut aku,sebab tu lah aku jatuh cinta dengan kau!”Memang merah habis pipi Akif selepas panjang lebar meluahkan perasaan.

“Akif……”Sarah tak mampu berbicara.Mereka Cuma senyap sepanjang perjalanan pulang.
Baru sahaja Sarah ingin melangkah masuk ke dalam pintu pagar,Akif menjerit kepadanya.

“Aku tak kira,kau dah baut aku macam ni,kau kena bertanggungjawab.Hari esok parents aku datang rumah kau,kalu kau reject,aku call lawyer aku.Kali ni betul-betul masuk court kalau kau reject.”

Sarah sembunyi senyum.Cuma tangan sahaja membuat isyarat peace tanpa berpaling,tetapi sudah cukup membuatkan Akif tersenyum sepanjang jalan.

Dan sekarang Akif berada di hadapannya di dalam bilik pengantin yang dihias indah.Ketar kaki Sarah.

“Mak cik,sini jap.”Akif menggamit.Haisy dia ni,dah kawin pun nak panggil aku mak cik k?Tak romantic langsung!

Perlahan langkah diatur,takut. “Duduk sini.”Akif tepuk tilam di sebelahnya.

“Okay.”Sarah duduk.

“Sekarang aku nak tanya,kau suka aku ke tak?”Direct,langsung tak bertapis.Blush sekejap pipi Sarah.

“Su,suka.”Ya Allah,malunya!Tangan Sarah Akif genggam.Sejuk.Hehe,takut ye sayang abang ni?

“Betul ni?”Akif menunduk,cuba mencari muka isterinya.Isteri?Haisy,sedap beno bunyinya.

“Betul lah.”

“Okay,abang tak sempat lagi nak ucap thanks pasal kek hari tu.Sedap,I finished all of that by my self.”

Buntang mata Sarah,sebji besar chocolate moist tu di balun sorang?Gila!Jap,jap..apa dia kata 
tadi,abang?Auw!

“Tau tak,hari isnin tu sebenarnya my birthday.Sengaja je abang malas nak bagi tahu,malu.”
Sarah amgguk.Owh,like that. “Malu,sejak bila tau malu ni?”

“Eh,abang ni pemalu orang nya tau.Cuma tak zahir kan je.”Sarah mencebik dan disambut dengan gelak nakal dari Akif.Comelnya bila dia gelak,babyface.Patutlah selama ni dia tak pernah gelak.Melting….

“Apa-apa jelah,payah cakap dengan orang perasan ni,ha,yang pasal surat tu,let me ask you while I’m still remember,apa maksudnya yang saya akan menangis kalau tak berhenti merajuk dalam masa tiga hari?Awak nak buat apa?”

Senyum nakal Akif tarik.Hehe. “Yang tu?Abang dah nekad najk hantar rombongan meminang je terus,senang cerita,tapi sebab awak lah,merajuk habis cepat sangat,tu yang melepas tu,kena tampar berdas baru lepas.Hahahahahha.”Seronok nya dia gelakkan kita.

“Dah dia yang suruh berhenti merajuk.Macam-macam la.”Akif berhenti gelak,tapi senyuman masih tersungging di bibir.

“Sarah,you know what?”

“What?”

“I love chocolate badly.”

“I know.”

“ But,I love you damn badly.”

“Me too.”

“Naa.I am absolutely,definitely,positively,unquestionably,no string attached,beyond any doubt,unconditionally,in love with you.”

Berair mata Sarah denga ayat romatik Akif.Sweet!

“Sweet,am i?I know.”

“Akif!”

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

6 tahun kemudian….

“Mama!Tengok abang tu!”Zarif menjerit kuat.Terkejut Sarah dibuatnya.Dia sedang memotong sayur ketika anak keduanya,Zarif menangis kuat memeluk pinggangnya.Hesy,gaduh lagi la ni.

“Kenapa ni adik?”Sarah tinggalkan sayur dan mendapatkan Zarif yang sudah pun berumur 3 tahun.

“Abang tu.Dia buat adik.Mama,tengoklah abang tu!”Membentak-bentak Zarif marah bila Arif tersenyum senang di pintu dapur.Sarah membulatkan mata.

“Abang,apa abang buat kat adik ni?Korang,dah-dah la tu gaduh.Mama nak masak la.Karang papa balik.”

“Mana ada abang buat apa pun mama.Adik tu yang manja.Abang pinjam dia punya Ipad je.”Arif yang juga anak pertamanya yang sudah pun berumur 5 tahun senyum seperti dia langsung tak bersalah.Sarah mengeluh.Hai anak-anak aku ni.

“Kenapa abang amik adik punya?Kan masing-masing ada.Abang punya kan ada?”Sarah tanya lagi.

“Ala,nak pinjam pun tak boleh.Adik tu boleh je pinjam abang punya.”Arif memuncung.Alahai terasa pulak anak teruna sorang ni.

“Pulak dah.Meh sini abang.”Sarah menggamit Arif supaya mendekatinya.Zarif sudah pun berhenti menangis. 

“Bukannya mama tak bagi pinjam,boleh.Tapi mama tak suka  lah kalau abang dengan adik gaduh selalu.Hari-hari gaduh,abang kenalah mengalah selalu,abangkan abang,adik pun satu,janganlah cengengeng sangat.Sikit-sikit nangis.Tak handsome lah.”Sarah cuba memujuk kedua-dua anak terunanya.

“Adik handsome.Mana ada adik nangis.Ni tipu je.”Terus Zarif kesat air matanya.Tersenyum-senyum Sarah dibuatnya bila tengok Zarif begitu.Macam-macam kerenah anak aku ni.

Sarah dengar bunyi kereta seperti memasuki perkarangan ruahnya.Pasti suaminya sudah pulang.Jam sudahpun menunjukkan angka 6.

“Dah-dah.Pergi main kat depan.Mama nak masak.Papa dah balik.”Arif dan Zarif berpandangan.

“Papa!”Berkejaran mereka ke pintu.Begitulah rutin seharian mereka.Bergaduh-gaduh manja sambil menunggu kepulangan papa tersayang.

Akif tersenyum senang bila kakinya dipaut Arif dan Zarif erat. “Asalammualaikum.Hei,bagi la papa masuk dulu adik,abang.Nak jalan pun tak boleh.”Akif mengusap-ngusap kepala mereka berdua.Hilang penatnya bila pulang dari kerja.

“Papa,ada chocolate tak?”Zarif bertanya sambil kepala mendongak memandang Akif.

“Alah…I am sorry.”

“Papa…ada ke tak?”Serentak Zarif dan Arif bertanya.

“Patutlah tunggu.Tak ada.Papa tak beli.Lupa la adik.”Terus memuncung muka Zarif dan Arif.Terlepas terus pelukan di kaki.Berlari kedua beradik itu menaiki tangga.Merajuk.Papa selalu lupa!

“Aik,lepas dah.Kemain lagi korang,tak dapat coklat terus lepas papa.Gitu lah gayanya.Tak pe,korang tak nak peluk papa,mama ada.”Akif berbisik nakal.Bukannya dia lupa,ada coklat yang diminta mereka.Sengaja mahu menyakat.Beg diletakkan di atas sofa.Dia berjalan ke dapur.

Sarah ralit memasukkan bahan-bahan ke dalam kuali ketika pinggangnya dipeluk dari belakang.Terasa lehernya dikucup lembut.

“Hisy,apa ni peluk orang.Tak mandi lagi,busuk lah.”Sarah jentik kuat hidung Akif sebaik sahaja dia pusing.

“Sakitlah Sarah.Abang peluk je.Abang dengan adik dah peluk abang,Sarah je tak peluk lagi.Abang lah yang tolong pelukkan sendiri.”Akif cium pula hidung Sarah.

“Hah,dah,jangan nak kacau Sarah.Pergi naik atas dulu,mandi,solat,lepas tu kita makan.”

“Kedekutlah Sarah ni.Takpelah,abang reda,papa suruh abang dengan adik je lah cium peluk papa.”Muka sehabis kesian Akif buat.

“Eleh,pergilah.Macam diorang nak.Papa tak belikan diorang coklat kan?”Sarah senyum mengejek.Akif tarik senyum nakal.

“Says who?”

“Say you.”

“Look here.”Akif tunjukkan poketnya yang penuh dengan 4 bar Ariel hazelnut.Sarah menggeleng kepala.Haila,dari bujang,sampai la dah anak dua.Tak abis-abis kuat nyakatnya.

“Dah tu yang tipu anak awak tu kenapa?”

“Saja ja,nak tengok sayang tak kat papa dia.Herm,nampaknya mengecewakan.Luluh hati papa ni bila anak-anak sayang sebab coklat je.Mama pulak sayang bila wangi je.Berkecai hati ni,tak boleh dibaiki lagi.”Sarah gelak sahaja dengan ayat Akif.Drama nak mampus!

Sarah tampar perlahan pipi Akif. “Dah-dah la tu dramanya abang.Pergi naik atas mandi,solat,lepas tu turun makan.”

“Yelah.Tengok,sudah jelas lagi nyata.Biarlah saya undur diri dulu.Tunggulah kemunculan tuan putera yang handsome dan wangi selepas ni kerana terkena air ajaib!”Akif sempat mencuri cium bibir Sarah sebelum 
berlari memanjat tangga.

Sarah menggeleng melihat keletah suaminya.Macam mana lah dia boleh sangkut dengan bapak budak yang tak siap ni?

 ~everything you need will come to you at the perfect time~