10 persediaan lelaki sebelum bernikah
10 persediaan penting bagi lelaki sebelum bernikah
1. Memiliki aqidah yang sahih
Firman Allah SWT : “Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik
dengan wanita-wanita mukmin sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba
lelaki yang mukmin itu adalah lebih baik dari orang lelaki yang musyrik,
walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah
mengajak kamu ke syurga dan keampunan dengan izin-Nya.” (Al-Baqarah :
221)
2. Mempunyai tujuan dan perancangan hidup
Daripada Amirul Mukminin, Umar bin Khattab ra yang berkata : Aku
mendengar rasulullah salallahu alaihi wasalam bersabda : “Sesungguhnya
setiap amal itu dengan niat dan setiap amalan itu dibalas menurut apa
yang ia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya
maka hijrahnya itu ialah kepada Allah dan rasul-Nya dan barangsiapa yang
hijrahnya itu untuk tujuan dunia yang akan diperolehinya atau kerana
perempuan yang hendak dinikahinya maka hijrahnya itu ialah kepada apa
yang diniatkan olehnya.” (hadith riwayat Muslim)
3.Mempunyai asas kekuatan jiwa dan kawalan diri
Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa rasulullah SAW pernah bersabda :
لا ضرر ولا ضرار
“Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang
kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).” (hadis hasan riwayat
Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi)
4. Mampu membaca kitab Allah dan sunnah rasul-Nya
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya
adalah manusia dan batu.” (At-Tahrim : 6)
5. Mengetahui tentang halal dan haram dan cara beribadah (fardhu
ain)
Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Yang menyuruh mereka mengerjakan
yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan
menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka
segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan
belenggu-belenggu yang ada pada mereka". (Al-A'raf : 157)
6. Mempunyai kesihatan yang baik
Kesihatan yang baik ialah merupakan perintah agama dan menjadi salah
satu sifat dan kelebihan kepada orang yang beriman. Islam amat
mementingkan penjagaan makan, kesihatan diri seperti kebersihan dan
kecergasan badan. Ini boleh dilihat di dalam sebuah hadith yang menyebut
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Orang mukmin yang kuat adalah
lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah."
(Hadis Riwayat Muslim)
7. Mempunyai pengetahuan tentang seks dan mampu
melakukannya dengan betul
Dari ‘Ummul Mu’minin ‘Aisyah ra berkata: Rasulullah
Salallahualaihiwassalam bersabda : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang
paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik
terhadap keluarganya.” (Riwayat tirmidzi)
8. Mempunyai pekerjaan dan pendapatan serta tempat tinggal
Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Tempatkanlah mereka (para isteri)
di mana kamu tinggal menurut kemampuan kamu dan janganlah kamu
menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.” (At-Talaq : 6)
9. Memiliki kekuatan untuk menjaga dan melindungi keselamatan
isteri dan keluarga
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang terbunuh kerana
membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan
sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang
lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana
mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan
sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada
diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.” (Hadith riwayat Abu Daud
dan Tirmidzi)
10. Memiliki kemahiran asas dalam hidup
Antara kemahiran asas yang penting ialah kemahiran komunikasi dan
kemahiran mendidik isteri dan anak-anak dengan berkesan atau kemahiran
memujuk para isteri dan anak-anak apabila berlakunya masalah dan
pergaduhan. Komunikasi boleh memberi kesan yang besar kepada perkahwinan
jika tidak dijaga dengan baik dan diabaikan. Kemahiran bertukang dan
berkebun pula boleh memberikan manfaat kepada pendapatan, manakala
kemahiran seperti pengetahuan tentang kesihatan dan perubatan boleh
membantu keluarga apabila berlakunya kecemasan dan kemalangan.
petikan by : Ustaz Emran
No comments:
Post a Comment