Thursday 28 March 2013

Ciri-ciri wanita yang baik

WANITA yang BAIK :

~> Solat fardhu cukup 5 waktu.
~> Menutup aurat dengan sempurna.
~> Pandai menjaga tuturkata daripada perkataan yang keji seperti mengumpat, cakap kasar, tinggi suara dsb.
~> Mempunyai sifat keibuan dan penyayang.
~> Boleh melahirkan ramai zuriat.
~> Mahar perkahwinan yang rendah.
~> Pandai menjaga adab pergaulan dan kehormatan diri.
~> Mempunyai sifat malu dan lemah lembut.
~> Pandai memasak.
~> Menghormati ibubapa.
~> Sentiasa berusaha menjadi solehah dari sehari ke sehari walaupun dia jenis biasa-biasa saja..❤

Sunday 24 March 2013

The magic of mathin life..

Keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 123456789876543 21

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNO PQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+ 18+11 = 98%

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21 +4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% =))

Hijrah

Hari ni nak update pasal hijrah.
Ok,hijrah itu baik,bagus.Dan sangat digalakkan dalam islam.Hijrah membawa maksud perubahan.Dan semestinya perubahan dari yang buruk kepada yang lebih baik.Hijrah terjadi apabila Allah campakkan hidayah ke dalam hati kita.Maka berubah lah kita.

Tapi yang tak baiknya,bila kita nak berhijrah,kita canang pulak kat semua orang yang kita ni nak hijrah,nak berubah.Tak betul tu,seelok-eloknya,kita senyap dulu.Make sure  yang kita betul-betul dah berazam nak berubah,LAKSANAKAN DULU,baru orang percaya kita nak berubah.Tak baik tau,cerita kat fb,cerita kat twitter,"aku nak berubah,tapi semua orang tak nak support"Bukan nya apa....taku-takut,niat asal kita tu,dah terpesong.Timbul pulak rasa RIAK.Tu yang bahaya.
Dan tak perlu la aku rasa pergi cakap kat semua orang yang kita ni kena sisih selalu sebab nak berhijrah.Lagi baik kalau kita tak diam dan tak cerita kat sesiapan apa yang jadi kat kita.Biar Allah je yang tahu apa yang kita rasa,lagi banyak pahala.Klau nak lagi best,bangun pagi-pagi,solat sunat.Lagi afdal.

Niat asal nya baik,tapi bila dah hari-hari update nak berubah,nak berubah.....berubah la.Tak payah nak update.Orang sisih awak,biarkan je.Itu baru nak berubah.Klau rasa kawan tu tak elok,melalaikan,tinggal kan saja.Baru hijarh namanya.BETULKAN NIAT,MUHASABAH BALIK.YOU WILL GET WHAT YOU DO!

Jangan nak hijrah semata-mata demi yang lain.Bagus,kalau ada yang nak guide,tapi berpadalah.Tak perlu mesra-mesra.Kalau yg nak guide kita tu betul niat dia,jgn kita pulak nanti yang lari niat.Hati-hati dengan syaitan.Takut tujuan asal berubah menjadi dosa pulak.

Bercakap mengikut situasi.Mencoret apa yang terbuku di hati.Salah silap harap dimaafi.

P/s:malam ni mengantuk.


Saturday 23 March 2013

Lauk pengantin...

tilapia disalut tepung sebelum digoreng n dimasak 3 rasa

sos ayam golek!

udang panjat

bahan untuk sos ikan 3 rasa
buah untuk digubah

ayam!!!sebelum di hias..togel:)

daging kicap
Lauk pengantin sempena majlis perekahwinan kakak sepupu saya!!!
Banyak juga yang dimasaknya....letih....hua hua hua...
Yang penting menjadi even it is for the first time!

Lauk2:
-Ikan 3 rasa
-Daging masak kicap
-Limpa berlada
-Udang panjat
-Puding
-Buah-buah






Dan akan bertukar cantik:

Sebelum lauk dihias...
Bahan2 yg dibuat untuk hiasan....huhu.(my aunt did this thing)




Tuesday 19 March 2013

Syarahan pulak!!!!

mula-mula bahas,lps tu syarahan pulak!
Nak marahkan sape?marahkan cikgu bm  la...ntah bilalapulak dydengar aku bercakap nya?
Tak pernah pon.....stakat bahas masuk jd M5...tu pon menulis teks untuk dyorg......

Alahamdullillah,ALLAH mudahkan urusan...
Tiba-tiba je utzh dtg  n kate...:

"Eh zulaika,awak masuk syarahan agama eh?"
(Aku buuat mukapelik...takkan la nak straight forward kate,syx nak!Mati aku kena!)
Aku pon kate..."utzh,syarahan kena hafal kan?"

"Eh,mesti la..."

So dr situ pon dah tunjukkan aku setuju...Hadoi-hadoi.....
Dah seminggu utzh ckp,aku x cari pon teks lagi....biarlah,asyik tangguh je..ha kau...last minute br gelabah..tjk pon x dapat lagi!!

Haila....bila kita nak guna x  jumpa..macam  ape je aku mencari kertas yg ade tajuktu...alik-alik  ade daloama file..itu pon br jumpe....

Ha..gile  ptg br nak tanding,2o miniit sblm tu br nak sipakan teks.....
Memang x kan siapala....


Allah  permudahkanurusan aku....herm...ada  pulak hamba Allah nak tolong...Insa ygmulia itu ialah cikgu sejarah aku...cikgu suhaida.....baik gile...

Haisy..rupe2 nya teks aku tu x cukup hujah..mana la tau yg kena ada 6 hujah...aku buat je 3...lantak lah

Bila undi,dpt no.3...gementar!!!!!

Alhamdullillah...lps  juga.....:)!
Aku bace je teks tu x angkat2 kepala....biarkan apa org  nak kate!

:p

Yg aku tau,utzh  memang dah ada  org untuk menang pertandingan tu...herm..x  kisah  pon....

Yg penting,aku dah  uisaha...

Usaha tangga kejayaan..mencuba itu lg baik drlangsung x buat apa2..at least ad pengalaman kan?

Sunday 17 March 2013

Rindu...Dan :(

Seriously..rindu sangat-sangat!
Rase macam  nak nangis je..bila jumpa balik ijah semalam,hua..rasa nak nangis!Diorang semua dapat  jumpa bestfriend masing-masing semalam...Where is my friend?Semua tak dapat datang..kecewa gile...:(...aishah,nana,jijoh....tu la,waktu ade x nak kawan leklok..dah hilang,baru nak   over!

Hari-hari teringat kat  korang!Sikit-sikit terkenangkan kenangan mase korang ade.Apa yang korang akan kate bila somethings happened.I am really miss it!

What can i do?Nothing...just keep smile...

My friend,alhamdullillah...nak berubah kpd lbh  baik...i pray the best for her...
Bercerita pasal nakberubah ni,admin rasa marah lajugak kpd typical malay minded....


Look..kalau awak x nak  berubah kpd yg lbh baik,jgn nak kondem org sana-sini ok...at least org tu nak  berubabh..biarla dy nak berubah demi cinta ke,nak ada keinginansendiri ke..yg penting...she realized her fault!

Perlu ke ungkit sejarah silam..everyone have a history right?

Sesetengah pihak rasa dy tu dah cukup   bgs,so dy blh la kutuk   orang seuka hati......no,it is  not like   that.....
"Alah..pakai handsock,tp x pakai  stokin,tudung still pendek,"

Whhat is this?

At least dy nak berubah....sikit2 la dulu..takkan   nak trus drastik?Klu tukar semuasekali,tp lps  2 minggu,3 minggu hilang gitu je dressing tu....x guna  jugak...so....muahasabah dr kita........:)


"DON'T EVER JUDGE PEOPLE BY THEIR  APPEARANcE...YOU NEVER KNOW WHAT IS HAPPENING...."


"Orang yang melihat masalah sebagai ujian Allah, tidak mudah mengeluh, terima kenyataan dengan hati terbuka dan cuba sehabis boleh untuk senyum bila hatinya menangis."

Jadi wanita solehah

JADIKAN WANITA ITU WANITA SOLEHA~

kasih dan cinta ini memang benar anugerah ALLAH tetapi tetap menjadi pilihan kita untuk meletakkannya di mana.

andai kita telah punya suami, telah punya isteri tetapi kita tidak kasih kepada suami kita, kepada isteri kita sebaliknya kasih kita kita beri kepada suami o...rang atau kepada isteri orang, maka itu adalah kasih yang haram statusnya.

jika berkasih dengan suami orang yang sudah jelas akan mengambil kita sebagai isteri seterusnya dia , mungkin dibolehkan tetapi itu, andai jika kita itu bujangan tetapi bagaimana jika kita sebenarnya adalah seorang isteri, apatah lagi jika telah punya anak? bukankah hukumnya haram dan murka ALLAH sahaja yang kita akan dapat , bukannya cinta dan kebahagiaan sejati..

saya kata begini, kerana ada banyak kes yang datang pada saya, masalahnya adalah isteri orang bercinta dengan lelaki lain, selalunya suami orang, atas alasan suaminya sekarang bukan cinta sejati, tidak pandai membelai, kasar dan melayannya seperti hamba abdi.

lalu, atas alasan penderitaan , batin dan zahir, maka dia telah jatuh cinta dengan suami orang lain yang lebih pandai melayannya, lebih romantik, prihatin, mengambil berat dan bagai,..

bila telah bercinta haram ini, maka ketahuilah , syaitan lah sebenarnya core penguat kasih, yang memasukkan rasa asyik masyhuk , rasa indah , rasa tidak mampu melupakan , rasa tidak senang duduk andai tidak berjumpa atau mendengar suara, dan bagai,..

mereka dibuai dengan keindahan alam percintaan yang pada mereka inilah kebahagiaan hidup , walau hati tahu ia salah, tapi diri tiada kekuatan untuk memutuskan hubungan.

maka, teruslah dalam kemungkaran ALLAH,.



kita lupa sabda rasulullah tercinta,

‘andai kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan lebih banyak menangis dari ketawa’…

kita lupa bahawa hidup ini hanya sementara.

kita lupa bahawa kita hanya mencari perbekalan di dunia yang fana ini buat hidup di dunia yang kekal abadi nanti,

kita lupa bahawa kita hanya hamba.

kita lupa bahawa setiap apa yang ada dalam hati kita akan dihisab ALLAH nantinya,

kita lupa walau sebesar zarahpun perbuatan kita , tetap akan ada pencatitnya,

kita lupa setiap zarahpun amalan kita, akan diberi balasan setimpal,

kita lupa akan azab seksa neraka,

kita lupa akan kepanasan api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,

kita lupa bahawa penghuni neraka itu 2/3 nya adalah wanita,.. masyaallah,

kita ingat yang kita akan hidup lebih lama lagi,

kita ingat yang kita akan sempat bertaubat nantinya,

kita ingat yang dunia inilah segalanya.

kita ingat suami kita akan maafkan kita dengan mudah,

kita ingat ALLAH akan mengampunkan kita kerana sifat PengampunNYA itu besar,..

lalu kita teruslah dalam keadaan kita.

nak bertaubat?

mahu, tapi hati tak mampu melupakan kasih haram.

jadi bagaimana penyelesaiannya?

tetap kena berubah dan berhenti.

masih tak mampu?

kena minta bantuan orang yang boleh bantu.

begitu juga dengan orang sekeliling,… orang yang sedar perlu melakukan sesuatu.

tidak boleh orang yang tahu tetapi bersubahat mendiamkan sahaja.

dosa bersubahat tetap milik nya.

beritahu pada suaminya, beritahu pada orang yang mampu menasihatkannya,..

apatah lagi jika suaminya sendiri sedar akan kecurangan isteri, jika tidak melakukan sesuatu, bimbang masuk dalam golongan suami yang dayus, .. masyaallah,.. kerana suami yang dayus tidak akan mencium bau syurga pun apatah lagi untuk memasukinya,..

bantulah merawat dirinya, minta bantuan rawatan dari orang yang boleh merawat, agar dia kembali ke jalan ALLAH.

ketahuilah betapa besarnya pahala orang yang membawa orang lain ke jalan ALLAH dengan ikhtiarnya.

namun, untuk ikhtiar mendapat kekuatan tidaklah boleh dilakukan sesuatu itu kerana mahukan balasan baik dari ALLAH, sebaliknya ikhtiar yang kita usahakan itu, kita lakukan hanya kerana keikhlasan kita kerana ALLAH swt semata-mata jua. insyaallah.

‘peliharalah dirimu dan keluargamu dari azab neraka ALLAH’…

Petua Murah Rezeki

Petua Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan a...khirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

10 persediaan lelaki sebelum bernikah

10 persediaan penting bagi lelaki sebelum bernikah

1. Memiliki aqidah yang sahih

Firman Allah SWT : “Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik dengan wanita-wanita mukmin sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba lelaki yang mukmin itu adalah lebih baik dari orang lelaki yang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak kamu ke syurga dan keampunan dengan izin-Nya.” (Al-Baqarah : 221)

2. Mempunyai tujuan dan perancangan hidup

Daripada Amirul Mukminin, Umar bin Khattab ra yang berkata : Aku mendengar rasulullah salallahu alaihi wasalam bersabda : “Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat dan setiap amalan itu dibalas menurut apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya maka hijrahnya itu ialah kepada Allah dan rasul-Nya dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk tujuan dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dinikahinya maka hijrahnya itu ialah kepada apa yang diniatkan olehnya.” (hadith riwayat Muslim)

3.Mempunyai asas kekuatan jiwa dan kawalan diri

Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa rasulullah SAW pernah bersabda :

لا ضرر ولا ضرار

“Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).” (hadis hasan riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi)

4. Mampu membaca kitab Allah dan sunnah rasul-Nya

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (At-Tahrim : 6)

5. Mengetahui tentang halal dan haram dan cara beribadah (fardhu
ain)

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka". (Al-A'raf : 157)

6. Mempunyai kesihatan yang baik

Kesihatan yang baik ialah merupakan perintah agama dan menjadi salah satu sifat dan kelebihan kepada orang yang beriman. Islam amat mementingkan penjagaan makan, kesihatan diri seperti kebersihan dan kecergasan badan. Ini boleh dilihat di dalam sebuah hadith yang menyebut sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)

7. Mempunyai pengetahuan tentang seks dan mampu
melakukannya dengan betul

Dari ‘Ummul Mu’minin ‘Aisyah ra berkata: Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya.” (Riwayat tirmidzi)

8. Mempunyai pekerjaan dan pendapatan serta tempat tinggal

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu tinggal menurut kemampuan kamu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.” (At-Talaq : 6)

9. Memiliki kekuatan untuk menjaga dan melindungi keselamatan
isteri dan keluarga

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

10. Memiliki kemahiran asas dalam hidup

Antara kemahiran asas yang penting ialah kemahiran komunikasi dan kemahiran mendidik isteri dan anak-anak dengan berkesan atau kemahiran memujuk para isteri dan anak-anak apabila berlakunya masalah dan pergaduhan. Komunikasi boleh memberi kesan yang besar kepada perkahwinan jika tidak dijaga dengan baik dan diabaikan. Kemahiran bertukang dan berkebun pula boleh memberikan manfaat kepada pendapatan, manakala kemahiran seperti pengetahuan tentang kesihatan dan perubatan boleh membantu keluarga apabila berlakunya kecemasan dan kemalangan.

petikan by : Ustaz Emran

Monday 4 March 2013

masuk bahas!!

TAK PERNAH MIMPI PON  NAK JOIN     TEAM BAHAS!
niat    tu ada dah selama ni,tapi,x terjangkau   je.... hari  ni,Allah   bg peluang   untuk  dapatkan better  result untuk  tahun ni....
yg x bestnya kena extend exam!
5 paper pulaktu..ingat  lawan   hari    ni kalah..tup-tup menang!!
:'(~~~~~
wawaaaaaaaa!!!parah kena ganti!dahtu     nak gagau  mana  masa untukganti    blk  pekse?dah la    masa satu    paper tu  gila    panjang...


erm..x  sabar nak tunggu esk!br tau  otak   ni berfungsi jugak saat yg genting...alhamdulillah..berkat nikmatAllah yg memberi  keizinan  untuk  semua ni jadi.

Sunday 3 March 2013

busy life!

lama  x update  entry......life sekarang banyakdah berubah....learn how to manage time   properly.......ujian  dtg bertimpa,mule2 rasa putus asa,tp bila ingatkan itu semua ujian,tenang balik....the lord alwaysknow the bestfor us    ............tak    rugi klu  istigfarbnyk2....:)