Wednesday 29 July 2015

Raya 2015!

Asalammualaikum....


Kali ni nak bercerita tentang raya...haha,raya tahun ni sangat kelakar dan fun la jugak.Sebab tahun ni adalah tahun pertama beraya sebagai seorang pelajar and puasa jauh dari rumah...

Selalunya aku duduk je rumah tunggu adik-adik balik,kali ni,mak je yang tunggu kami semua balik.Paling tak seronok bila boleh balik dari asrama hari rabu,tupun petang sebab kolej sangat ketat peraturannya.

Balik rumah,k.long ngan akak dah sampai dulu.Gila awal.Luqman dengan Ijah still tak sampai lagi.Waa...rindu gila kat diorang.

Bukan apa,tahun ni baru 2 kali kot jumpa budak berdua tu,itupun sekejap-sekejap je...

Bila diorang dah sampai...kitorang pun apa lagi,bukak meja bulat la..Sibuk bercerita,melingkar bersama,menonton movie...bonding time la katakan...

Esoknya,bangun pagi dah kena kemas rumah.Pergh!!!Rumah tak payah cakap la,bersepah habis.

Aku faham la,mak busy menjahit.Tengok je la bila setiap kali aku call...

"Mak masak apa hari ni?"

"Tak masak pun,makan masjid je dengan adik.."

Dan ayat itu berterusan sehingga ke habis puasa...

Bukak peti,kau cakap lauk apa je yang tak ada dalam peti tu.Berkurun beb wa kata lu!Hahahaha...

Memang kemas la...Tak habis kemas,bersiap pulak nak ke TF,beli barang untuk raya.Apa pun tak ada dalam peti.

Banyak gila barang yang kak long dengan akak beli.Aku tukang sorong.Troli jangan katalah..memang tak muat ler barang...nak termuntah dah barang dari troli tu...







Cerita tak habis sampai situ je tau...

Balik tu sambung pulak tolong hidupkan kayu api untuk masak ketupat,jerang air,masak rendang...


Ya Allah....aku rasa macam bak berbuka je tahu tak...Panas sangat bercampur dengan letih...

Alhamdulillah...aku bertahan sampai akhirnya...Kita kan kuat..


Malam tu,memang,aku terlentang,tak mampu dah...gila penat.

Esoknya?Hari raya.....baju ijah,luqman tak siap.Mak tak sempat buat,tapi still ada baju spare.Tak apalah..janji ada baju..Raa bukannya mesti ada baju baru,Ianya sunat je,bukannya wajib pun.Masyarakat sekarang selalu salah faham...

Benda yang simple selalu buatkan ianya nampak rumit.Padahal raya jugak tanpa baju baru...

So,pagi raya,bila nak pakai baju,lepas siapa kemas rumah apa semua,nak la pakai baju,sekali butang dengan cangkuk mak lupa letak...


Kerja jahit menjahit pun bermula..

Selepas tu kami pun beraya.Tak da lah raya mana.Nak pergi rumah mak ngah nor,diorang satu family nak pergi kubur,turun bukit nak beraya umah wan alang...