Friday 19 April 2013

Cikgu Wan pindah

Semalam,jumaat-19/4/2013

Cikgu Wan,JPK koko berpindah ke sekolah lain...gila terkejut masa kawan bagitau aku benda ni...tak ada khabar angin,tak ada langsung cerita pasl ni keluar,tup-tup,dah nak pindah hari ni.

So,cikgu pun buat announcement kat assembly pagi tu,cakap kitorang belajar pagi je,lepas rehat semua kena kumpul dekat dewan besar.Sedih-sedih jugak,tapi part tak belajar tu,hehe...

Hari semalam,kebetulan,hari kena submit report bio,pagi tu pj..masa banyak terluang,tapi kerja tak siap lagi...aku,Fasihah,Zaida dan Zahida pergi naik atas,gi bilik guru nak baca ayat hafazan PAI.Nervous kot nak baca kat ustazah walaupun dah cair dah kat mulut ni.
Kitorang lalu depan bilik ustaz Lan n Ibrahim.(Ustaz lan n ustaz ibrahim ustaz kitorang taun lepas) Zaida nak tasmik dengan ustaz dulu baru nak tasmik ngan ustazah.

Masuk je bilik guru,terus pergi kat ustazah.Fasihah yang cakap kitorang nak baca ayat hafazan.Ustazah dengar je.Mula-mula Zaida yang baca,hehe,kesian,tak lepas.....n then giliran aku pulak.

Aku pun baca je lah.First try gelabah sangat,tersalah.Aku cakap la,ustazah baik semula la..Utzh angguk.Aku baca la.Alhamdullillah..lepas.Ustazah senyum!!!!Yeye..

Turn Zahida pulak,sekat 2 kali,yang Zaida ngan Farihah ni,banyak sikit slacknye...aku tunggu je la...sampai ustazah nak pelepah ngan batang bulu ayam..haha..tak pasal-pasal aku pulak yang kena sekali sebab ustazah suruh aku tasmik Fasihah dulu sebelum baca kat dia.

"Ni tok guru yang nak kena pukul dulu ni.Dia baca elok,ajar anak murid salah."

"ustazah,saya dah etulkan bacaan dia tadi.Bukan salah saya.Tadi dah ok"

Ustazah senyum je...comel!

Dan kitorang lepas keluar dari bilik guru selepas hampir 40 minit bertapa dalam tu.Malu yang pasti sebab suara ustazah kuat.Cikgu senyum-senyum je tengok kitorang kena marah.

Lepas rehat tu,semua pegi dewan.Sambutan dia memang gempak la.Bab-bab  sambut menyambut ni bagai la kat sekolah aku.Cikgu Wan sangat terharu,aku boleh tengok dari air muka dia.

Bila turn cikgu wan nak berucap,dia mula-mula senyum,lepas tu bila dia bercakap,dia nangis,alalalala..kitorang yang kat bawah ni pun nak nangis jugak..sedih,terharu....dia cakap dia tak pernah rasa disambut macam tu.dia rasa sangat terharu dan dihargi.dia sayang sekolah ni,prinsip dia,dia takkan pernah mintak tuka,tapi ppd yang tukarkan dia.

sedih kot......lama-cikgu berucap,ada jugak selit-selit pesan agama..tak kisah pun,hari last dia kan?

majlis berakhir dengan kitorang berdiri tepi red carpet sambil lambai cikgu keluar dewan.Cikgu happy masa tu....tak pe,nanti jumpa lagi...

tapi yang tak puas hatinya,ade pulak jamuan,sedap pulak tu,cikgu je yang dapat makan..isy,b agi la murid sekali....:P

p/s:Kitorang sayang cikgu wan..walaupun sekejap dia kat sini,tapi dia sangat baik,dia macam dah la,a.

Wednesday 17 April 2013

Budak kelas yang nakal

Asalammualaikum....

Hari ni nak cerita pasal kenakalan pelaajr lelaki kelas 4 Biruni...

Mereka sangat anti dengan kelas Bi-x tau kenapa,dari form 2 sampai form 4 ni ha...

So,basically kalau tak suka tu,bagi lah apa-apa pun,memang takkan siap la kan kerja nya?

This is the point-Hari tu kelas bi,Teacher suruh grup lelaki untuk cari bahan-bahan untuk presentation.(Budak lelaki di kelas 4 biruni cuma ada 6 orang sahaja)

Teacher dah inform awal-awal.Tapi diorang still tak cari jugak.Alhamdulillah,mood teacher baik hari tu..kalau tak..oh no!

Teacher malas nak bising-bising,jadi,dia bagi je lah kitorang exercise paper suruh buat sementara tunggu budak lelaki.Tengok dari gaya budak laki tu,memang nekad ar,bunuh diri tak nak bercakap.

Dan mereka senganja menimbulkan sentimen perkauman bila teacher start bandingkan kitorang dengan farabi..Urgh!Geram...

Teacher:Ha,who between all of u want to present?

Boys:Senyap....

Teacher:Hai,nekad betul ye?Ada apa dalam mulut tu.I won't allow anybody of u to go aout from this room     untill u talk and i hear your voice.

Boys:Still senyap.

Teacher:Awak ingat saya main-main ye?(Kelas Bi last sekali.Azan untuk zuhur tengah dilaungkan)Pergi amik wudhu'.Biar terang sikit hati awak tu.Solat sekali dekat sini.

Budak laki pun laju je keluar,sebelum keluar,macam-macam aksi diorang buat kat blakang teacher menunjukkan protest..Haha...yang budak perempuan,tahan gelak.

Diorang masukk la balik kat dalam bilik,tapi senyap-senyap.Nasib masuk,kalau ikutkan selalu,mau diorang lari...Pastu diorang berbaris blakang teacher buat 3 saf,pastu angkat takbir,konon nak solat kat situ..Hahaha

Teacher langsung tak poearasan kot...

teacher:Ha,gi amik tikar tu.Solat terus.Jnagan ingat saya main-main bila saya kata tak bagi awak balik.

Salah seorang dari diorang amik tikar tu.Tapi sempat lagi buat gaya main gitar,menyanyi kat blakang teacher.Hei!!!

Punya sengaja buat bendul,bentang tikar depan budak pompuan,nak angkat takbir..hehe...lawak.

Teacher:Hei sayang oi,jangan la cerdik sangat.Suruh solat,tapi buka depan girls ni.Apa ke bndul sangat nya..

Terburai gelak semua orang.Diorang gi la kat blakang.Solat jemaah.Kat depan bincang soalan,kaum adam soalt jemaah kat blakang.Sabar je lah...

Monday 15 April 2013

Ya Allah bantu aku...

Ya Allah...tak mampu dah rasanya...tolonglah Ya Allah..

Banyak nya kerja...tak putus-putus,macam beranak pulak kerja-kerja ni

Apa yang aku nak buat?Belajar dah kurang paham,bukan salah aku,dah cuba celikkan kan mata,cuba niat dengan sebaik-baiknya,cuba tampar muka bila mengantuk,everything i had done just to make sure i am listen what my teacher teach me at the front...

Urgh,T_T....

Hati gelap sangat kot?Bnayak sangat dosa buat dengan parents,dengan cikgu....banyak tengok maksiat,lalai....maybe...

Setiapa hari macam ni,tau-tau bertambah lagi...Macam mana nak score?

Komputer ni pun satu,aku rasa,lagi senang komputer ni tak ada dari ada,sebab bila dia ada,i can't focus on my Homework.Should i say bye to this gadjet?

Fizik!!!Siapa yang cipta fizik ni sebenarnya?Sebab apa?Dia ingat semua orang cerdik macam dia ke sampai nak blajar fizik ni?(Kata-kata orang yang tak boleh terima kenyataan,maafkan lah diri yang menulis ni)

Sob,sob,mom,help me....banyak kali dah aku kata kat diri sendiri bila rasa lost dengan fizik,i can do it.Ni semua baru permulaan.Klau orang lain boleh buat,why not me?I have a brain,i have 24 hour to do what i want to do,i have teacher,i have school,i have everything,kenapa still tak boleh nak berjaya lagi?

Yeah,alasan,seribu alasan kan kalau kita dah malas..tapi yang selalu aku mintak...

Jangan kurniakan aku rasa putus asa,rasa kecewa,jadikan ia sebagai ujian yang menguatkan aku untuk terus berada di atas bumi ni sbgi khalifah yang memakmurkan bumi...

Haha..still stress...


Saturday 13 April 2013

Jumpa Sheikh Muszhafar semalam...

Exited gila dapat jumpa dia semalam..huhu...selama ni tengok dekat tv je..sekali,he is in front of my eyes!

I am not the one who are extra exited....it is my friend..tak hairan la,dia tu fanatic sesangat dah dengan SM tu..

Tapi,tak la exited pasal tu je,exited jugak sebab:KAMI TAK ADA KELAS SEPANJANG HARI!

Haha..peduli ape kalau orang cakap malas belajar,dah stress dah belajar ni..dengan tak paham nye..huh..

Hope Allah opened my heart to get what i have learnt..shih..

So,i told my sister about this,what i get?Nothing...she just said:Dah tu?Ape masalahnya?...So so annoying ok!

Back to the story,wow..dy sangat handsome bila face 2 face....tapi sekejap je datang..maybe he has a work?HUSNUL ZHON!

Interesting gila tengok video kat angkasa...semua terapung-apung.Kalau bumi macam tu?Haha..semua bende kena pegang,kalau tak?Terbang la:P

Dalam gembira tak belajar,still have homework that must be done!So frustrating!Can i just quit from school?No,of course no!I still have a dream.Tapi,rasa macam ergh,tak blh diungkap kata-kata tu....:(

So,lupakan homework untuk sekejap,balik rumah sambung ok!

Masa SM datang,ada jugak orang buat pameran tentang dy pergi ke outer space tu..so ade la sorang abnag ni tlg informer...adoi...

Haha..ni lawak:

abang:"Dik,what do you want to know?"

saya :(geleng) "nak tengok-tengok je." (pandang sarung tangan yang SM pakai.

abang:That was the gloves that Dr pakai masa nak turun ke bumi.You can look at it,ada lagi kesan terbakar kat situ.And it is original,yang sebenar.

saya::"owh,ok."

Tapi kawan saya kat sebelah cakap macam ni, "dah dia mula dah cakap Bi dia tu.Menyampah nye.Nak cakap,cakap la fully Bi,annoying nye."Depan depan pulak tu...Jadi saya tepuk tangan dia..

"Hesy,senyap je la.Biar la dia."

Lepas tu abng tu persoalkan pulak lencana sekolah kitorang...aha,ni tak boleh terima..ade ke kate lencana macam ultraman?

Again,my friend have a small argue at there.

"Tula bang,tak tahu.Ni orang yang berseni je yang paham.Ni nampak ni,semua ni ade maksud yang tersirat."

"Thats why i said it is art.And bla,bla,bla."(Tak ingat sebab dy orang cakap laju-laju.)

My friend wanna be a doctor,but,seeing her,i think,she have to change her ambition from doctor to a lawyer....haha...

p/s:zaida if you read this,i hope you will :) and please,don't :x at me!

Thursday 4 April 2013

Kualiti Hidup

 Kualiti hidup.Tu topik yang saya nak ceritakan pada hari ni.Kualiti hidup ni,perkara yang nampak macam simple,tapi,kualiti hidup ni la yang menentukan kita ni seorang yang bagaimana.Bagaimana nak tahu yang hidup kita ni berkualiti tinggi atau rendah?

Kalau kita lakukan segala perbuatan yang baik-baik,dan tinggalkan perkara yang buruk,itu kita panggil berkualiti tinggi.

Tapi,bila asyik nak langgar peraturan,ikut kepala sendiri,rasa diri segalanya....kualiti kita macam mana?Sendiri pun boleh tau macam mana kan?

Macam ayat kat atas tu,



"Be a good person,but don't try to prove it!"

Boleh jadi baik,tapi jangan cuba nak buktikan.Sangat terpuji kalau kita nak jadi a good person,tapi tolonglah......jangan nak buktikan.Macam mana buktikan tu?Dengan cara asyik kata kita lah yang baik,apa yang kita dah buat,mengungkit bila buat sesuatu kebaikan atas orang lain...Tak payah!

Kalau kita betul-betul ikhlas,tak payah berkata-kata,tanpa lisan.orang sendiri akan nampak apa yang kita dah buat selama ni,orang sendiri kan sedar kebaikan kita terhadap orang lain.NAK PUJIAN?senang-senang je dapat pujian kalau kita ikhlas.Ini,kalu kita CUBA BUKTIKAN dengan cara-cara yang diatas tadi,apa yang kita dapat?Mula-mula,yes,maybe orang suka,tapi bila lama-lama?Kita kan jadi penyebab orang dapat dosa dengan mengata kita.

Dimana kualiti hidup kita sekarang.Bukan setakat itu sahaja.Kulaiti hidup yang tinggi juga dapat dicapai dengan banyak cara.Bila kita taat dengan segala arahan dari tuhan dan agama juga merupakan salah cara nak jadikan hidup kita ni berkualiti.Asyik nak langgar hukum,bangga diri,megah dengan harta yang kita ada,canang sana sini kebaikan,kata diri ni dah cukup sempurna,lepas tu nak dapat hidup yang berkualiti?

Never !!!

Ingat tu!

 kualiti hidup yang tinggi hanya boleh dicapai bila kita dekat dengan pencipta,jaga hubungan kita dengan orang lain,jaga hati kita daripada sesuatu yang boleh merosakkan hati dan juga sentiasa hidup dengan memaafkan orang lain.Tak guna kalau hidup kita nia syik nak berdendam,sebba berdendam tu boleh rosakkan hati.







 

 

p/s: saya tulis entry ni pon untuk diri saya jugak.Kita bukanlah orang yang sempurna.