Monday 30 December 2013

New year.

Asalammualaikum!

Woah,lama jugak la aku tak type-type kat sini kan?

hari ni dah 31 december and tomorrow is 2014!Ya Allah cepatnya lah masa berlalu,aku rasa macam baru semalam je aku masuk form one,dah nak masuk f5 pulak!!!

hurm,lusa dah start sekolah balik,BACK TO SCHOOL BABY!!!

Back to school la sangat.......!!!!!!

Sekolah?Berbundle-bundle keje sekolah aku tak siap lagi,essay,nota,math,bla,bla,bla!!

SPM is around the corner je korang tau!!!

Dah la adik-adik aku semuanya dah masuk asrama,ijah balik pekan,and luqmaan dapat SMK Seri Tualang(musuh ketat sekolah aku)

Tinggal lah aku kat rumah ni dengan adam n kaklong.AKu pun nanti kena masuk asrama jugak tahun depan.

Tak nak!!!!!

Tapi nak buat macam mana kan?Nak peksa wei,aku kalau duduk rumah ni,urm,memang hancus la jawabnya.Dulu PMR dapat 7 pun aku rasa kira nasib ah,SPM ni aku tak rasa luck jugak macaam hari tu kalau tak struggle nak mati.

Kalau SPM aku hancus,hancus jugak la impian tinggi mlangit aku nak gi oversea and what so ooo!

Wah,banyak nya benda yang aku kena get through kalau fikir-fikir kan lah......

Tak apa,hadap je,dah tu nak buat apa lagi kan?

Kita mengeluh pun,wil not turn to anything right?

So smile......

:P

Tuesday 10 December 2013

My Birthday!

Asalammualikum!

9/12/1997!

Tarikh keramat yang mana tarikh kelahiran aku.Bulan 12,hurm,sangat lambat berbanding kawan-kawan aku yang lain.Diorang semuanya lahir awal-awal belaka kalau nak dibandingkan dengan aku!

So,aku ni kira junior la dalam kalangan mereka-mereka ni!Sebab tu mudah dibuli oleh mereka yang sissy-sissy belaka!

Tapi aku tak alone sambut birthday sebab kalau birthday aku 9 hb,kak long punya pulak 8 hb yang mana awal sehari dari aku!

Amazing! (tak de lah amzing sangat,tapi boleh la!) Dan sebenarnya,tarikh 9 tu,sama dengan tarikh lahir arwah tok pajh jugak which is mean mak kepada abah!

Dan hari ni 10 hb adalah tarikh lahir pak teh!

So,i'm not alone lah actually.

Ramai jugak yang wish kat aku semalam,happy nya,including my bestfriend!

Tapi hamppeh punya adik beradik,non of them say happy birthday to me even write on the facebook or said it face toface!Memang hampeh!

Kalau hari ahad tu malam buat 'birthday party' kak long,malam ni aku punya pulak!

Masak simple-simple je,tapi tak terabis jugak sebab petang tadi makan nasi.

Okey la,terharu jugak la ngan kawan-kawan aku,at least diorang ingat,kalau nak dibandingkan dengan taaun-taun lepas....

Eventhough i'm the junior in my group,badan aku la paling besar!

Tu yang tak boleh terima tu!

Tak sangka dah 16 tahun umur aku,pejam celikpejam celik dah besar.

Taun depan dah nak SPM,takut kot!Macam mana agaknya result aku nanti,baik ke?Buruk ke?

Aku harap sangat,tahun depan,lepas Allah hidupkan aku pada tahun ni,jadikan lah aku orng yang lebih baik dari taun-taun sebelum ni,kalau umur aku 16 aku banyak buat benda lagha,jadikanlah umur 17 aku taun depan aku kirang sikit buat benda-benda macam tu dah.

I WANT BE A BETTER MUSLIMAH,BETTER STUDENT,BETTER DAUGHTER OF MY PARENTS,BETTER 'HAMBA' TO MY GOD,BETTER SISTER TO MY BROTHER AND SISTER AND ALSO BETTER FRIEND.

Panjangkan lah umur aku lagi Allah,supaya aku boleh berubah dah terus berubah.....

Monday 9 December 2013

40 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT ISLAM

40 Keistimewaan wanita menurut Islam

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah SAW "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ thn), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit / mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Friday 6 December 2013

Ohw my Adik!

Asalammualaikum!


Adam.....

Atau nama penuhnya Mohd Adam Idham Abd Rahim!

Nama sangat sedap...anak bongsu daripada 5 beradik...

Tapi,peraangai dia?

Masya-allah,subhanallah....aku pun tak reti la nak cakap maca, mana....

Nakal nak gila kita dibuatnya....

Hari-hari dia kena marah,berselang-seli....

Mana tak nya,tak habis-habis nak kacau orang,kejap kacau kak long,kejap kacau man,kejap kacau aku,kejap kacau ijah,kejap kacau akak...

NASIB TOK DIA TAK KACAU!

Adoi,letih la dengan dia ni,aku tak tahu la mak makan apa masa ngandungkan dia dulu,nakal dia lain macam...

Ting-tong pun iya jugak.

Aku : kak.long kat putrajaya ni tak ada kubur ke?

K.long :ntah la,takde kot.ke ada?tak pernah pulak aku nampak.

aku :tak ada eh?

k.long : ada kot,maybe kat pinggir2 bandar ke.jenis kubur bertingkat.

adam :owh,bertingkat-tingkat?yang jenis ada lif tu eh?


kadang-kadang kalau kita marah dia,kita pulak yang nak tergelak,tapi kalau dia buat hal,isy,memang nipis kesabaran bukan setakat kulit bawang dah,memang takde batas dah,tau-tau dah meraung...

Kiranya,dia ni ibarat kanmacam bom kat syria ngan palestin tu la,kejap-kejap dengar orang jerit nama dia kat sini,kejap kat sana....

"Adam,tak payah la kacau aku.."

"Adik,jangan la kavau aku!"

"mOHD ADAM!Kau jangan nak mengada lah.."

"Kau blah boleh tak?"

Tulah adik,dia comel,tapi kadang-kadang naik angin tu mang tak bertapis la...

Semua sebab dia!


Wednesday 4 December 2013

Bondig time!

Asalammualaikum!

Semalam,hari rabu.

Aku ngan adik beradik aku,Kak.long,Ijah,Luqman,Adam dan Kak Itah kononnya cadang nak jalan.

Tapi sebelum tu,kitorang kena pergi bank dulu.Nak buat kad ATM aku,buat buku baru adam n man...pergi Maybank untuk kad akak itah...

Mula-mula ingatkan kejap je,rupanya,gila lama,kitorang kluar rumah dalam pukul 9,dan keluar dari bank pukul 12 lebih!

Gila bosan menunggu,lambat nak gila lah siap nya,aku rasa benda tu tak ada la lama mana pun nak proses...

Aku punya kad dah siap,yang luqman ngan adam tu yang tak siap-siap lagi....puas la bertapa kat situ.

Lepas tu gi alamanda,bei tiket.Aku nak tengok Frozen,k.long nak tengok hunger game,ijah nak tengok UAI...

Last-last,tengok THor...aku tak nak,tapi dah beli,tengok je lah...

Best jugak lah!!

Walaupun kurang faam sikit,sebab aku kurang sikit dengan Marvel ni.

Pukul 3 keluar wayang,cari surau.Lepas turun surau,cari makan pulak.

Aku ingat nak balik dah lepas makan,rupanya tak,pergi parkson.Akak nak cari baju.

Masuk je akt arkson tu,aku histeria dah tengok harga dia.Baju sehelai 59.90?Gila????

Huh,tidaklh aku!!!!Sebenarnya masuk situ tu pun aku macam masuk tempat alien.....

Kalau aku orang kaya sekalipun,aku tak nak lah beli baju or kasut bodoh yang harganya sangat bodoh....huh!! (aku je lah rasa macam tu)

Membazir nye lah aku rasa......

Tak paham orang yang beli barang yang kejarkan brand ni....beli kasut beriban-rban,letak dekat kaki!

Beli jam berjuta-juta,fungsi dia sama je dengan jam harga puluh-puluh ringgit!Bukannya boleh tengok waktu kat planet alien!

Seriously aku tak faham.Cepat-cepar aku tarik ijah keluar dari situ.Pergi turun floor tengok kedai Bata.Tu lagi satu,beli kasut punyalah mahal.Tak naka aku!Baik aku beli kat pasar malam!Lagi murah,mahal gila.Sayang duit aku!

k.long la,sibuk suruh aku beli.Weh,aku mana ada duit,kasut sekolah,beg sekolah tak beli lagi,duit yang akak bagi untuk aku beli kasut jalan aku guna untuk beli kasut sekolah,habis cerita.Kasut jalan?Alah,pasar malam banyak apa?

Aku bosan,aku gi lah beli Rotiboy.Herm,ingat nak balik dah sebab jam dah pukul 4 lebih....tak singgah Aeon dulu.Haiyo,tercabut dah kaki aku!!!

At last,dekat 5 lebih baru keluar dari alamnda.

Tunggu bas dah sekian,dalam bas tu aku tidur,dah tak peduli dah orang pandang ke apa ke!!

Aku ngantuk!!!!

Nasib aku tak buat malu bila setiap kali bas berhenti aku tak keluar,kalau tak......wassalam..

Balik rumah,mandi,solat and masak...

Lepas maghrib,BOOM!!

ZzZzZz......

The end of my story....
                                                                       -Akyel-



Tuesday 3 December 2013

Again abaout me.

Asalammualaikum...

SEkali lagi aku nka cakap pasal diri aku je......aku tau,maybe annoying skit kan?Tak kisah la...aku nak jugak cerita.

Sebenarnya kan,lpeas baca Anthem,Hlovate...aku rasa kan aku ni salah seorang daripadanya....

Kalau macam dalam cerita tu,semua orang nak jadi judgemental,semua nak komen,pasal penampilan Dash...

Sebab?

Dash tak pakai tudung....

And aku realised something....tudung isn't everything....

Kalau sebelum ni,aku slalu pandang orang yang freehair ni,ntah apa-apa.Tak reti-reti ke hukum?Sah-sah la tak lulus PAI!

Tapi leps baca Anthem,tudung tu bukan syrat someone tu blh masuk syurga.....

Ramai je wanita yang bertudung,tapi tak solat,bertudung,tapi tak puasa,bertudung,tapi mulut jahat...

Sebab kita mudah sangat la nak judge orang....typical malay...

Ayat Hlovate:

"Kita jangan pernah nak judge orang kalau kita sendiri tak ada niat nak tegur dia"

Ayat ni sangat tepat...

Dan bila baca Anthem ni,banyak sebenarnya yang aku dapat.....antaranya pasal jodoh..

Kita mana boleh pilih jodoh kita,mana kita tahu klau hari ni kita jumpa orang tu keadaan dia bukan seperti yang kita harapkan,

Dan tak mustahil jugak lah orang tu yang akan jadi soulmate kita at the future..

Macam aku,hari ni maybe aku cakap,aku tak suka orang yang merokok,orang yang pakai seluar pendek...

Tak ustahil nanti aku akan dapat 'mereka' untuk aku bimbing?

Aku nak suami aku nanti ala-ala ustaz,sebab boleh bimbing aku...

Tapi,tak mustahil jugak kalau Allah nak bagi aku nanti suami yang alkoholic?Smokaholic?Womanizer?Workaholic?Maksiaholic?Dan pelbagai jenis holic yg lain...

Sebab,mungkin Allah nak aku didik dia?

Aku slalu nak suami aku yang bimbing aku.....

Aku slalu nak suami aku tu nanti datangnya dari orang yang baik-baik....

Aku slalu berangan aku nanti akan berjumpa dengan orang yang bak-baik..

Tapi tak sedar pun,kalau aku nak orang yang macam tu,aku pun kenaah berusaha ke arah yang itu...

Tapi jangan la putus asa saat suatu masa nanti apa yang diharap bukan sepertia pa yang terbentang...

SEBAB ALLAH LAGI TAHU!

Takkan la Allah turunkan sesuatu tu sia-sia?



“People think a soul mate is your perfect fit, and that's what everyone wants. But a true soul mate is a mirror, the person who shows you everything that is holding you back, the person who brings you to your own attention so you can change your life. "

 macam ayat ni?soul mate as a mirror?

kalau nak tengok soul mate kita,tak payah jauh-jauh,just look at us....and you will see it!

kalau buruknya perangai kita,macam tu jugak lah...dengan....dia?

kalau dia terpesong,bawak dia balik....mungkin jika ditarbiah dengan elok,dia akn lebih baik dari kita dan mampu bimbing kita balik pulak?

A true soul mate is probably the most important person you'll ever meet, because they tear down your walls and smack you awake. But to live with a soul mate forever? Nah. Too painful. Soul mates, they come into your life just to reveal another layer of yourself to you, and then leave. 

betul kan?hidup dengan orang yang dicintai bukan untuk selamanya.....cuma untuk menunjukkan satu lagi side dalam diri kita yang kita sendiri sebanarnya tak pernah nampak....

kita mana pernh nampak diri kita yang sebenarnya...orang yang nampak......muhasabah tu penting..

jangan cepat melenting kalau sesuatu terjadi.....

janagn cepat judge orang......sebab kita pun tak tahu apa ynag akan kita buat pada masa hadapan....

iman pada hari ni tak pernah menunjukkan iman pada mad=sa hadapan...

baik jadi buruk..

dan buruk tak musathi boleh jadi baik..

If Allah will...

-Akyel-