Monday 20 May 2013

Kenapa?

malas nya nak baca buku...apa ada dalam buku?

sape yang buat exam?

kenapa soalan exam kena susah?

tak boleh ke senang?

bukan ke semua yang ada dalam exam tu fakta yg senang,tp sape yang buat dia rumit?

matematik kat dalam dunia ni mula dengan 1+1=2 je,sape yang pandai-pandai buat sampai ada admath yang 3>x<2?

siapa yang pandai sangat jumpa fizik yang susah tu?

kenapa nak jadi doktor kena A++++++ dalam science stream?

huahuahua....kenapa?

-sengaja buat-buat tanya-nak lari dari kenyataan-

I am sorry!



“Tahniah,awak mengandung empat minggu.”Rasa seperti dipanah petir ketika doctor memberitahu khabar yang sepatutnya dia terima bila sudah bersuami.Muka dikawal agar tidak ketara perubahan.
 “Terima kasih doctor.”Terus Aina bangun dan keluar dari bilik doctor itu.Badan nya sudah menggigil.Dia sangat terkejut.Dugaan apa lagi ini?Apa pula selepas ini?Dugaan datang bertimpa-timpa,Aina letih.Mengandung sebelum bernikah?Pekara yang dia memang takkan buat.
Aina gadis yang baik.Adab nya sangat dijaga.Pakaiannya juga sopan.Dia sudah dididik sejak dari kecil dengan asas agama yang kuat.Mana mungkin dia melakukan perkara terkutuk itu.Bercakap dengan lelaki jarang sekali.Ibu dan abahnya baru sahaja pergi meninggalkan Aina empat bulan yang lalu.Tidak habis lagi kesedihan dirasakan,datang pula ujian yang lebih berat.Semuanya bermula dua bulan yang lalu apabila dia pergi bercuti di Pulau Langkawi.
Aina bercuti sendirian untuk menenangkan fikiran yang bercelaru.Aina perasan dia sering diperhatikan oleh sekumpulan lelaki muda.Tapi dia tidak mengambil peduli sangat.Pada malam terakhir di pulau itu,Aina makan seperti biasa di café resort tempat dia menginap.Aina memesan minuman dan makanan.Dia makan dan minum seperti biasa,selepas hampir dua puluh minit,kepalanya sangat berat.Dia berjalan masuk ke bilik dan lupa untuk mengunci pintu sebelum tidur.Dia terus terlelap dan langsung tidak sedar hingga ke pagi walaupun sesuatu telah berlaku pada dirinya.Dia menukar baju sebelum tidur.
Bila bangun pagi itu, kepalanya sangat berat, diangkat juga walaupun perit.Sungguh dia tidak menyangka,bajunya sudah bergelimpangan dia atas lantai.Terus dia menyelak selimut,air mata serta merta mengalir.Dia langsung tidak berpakaian!
Lama dia terkaku di atas katil dengan air mata yang setia mengalir.Maruah yang dia jaga selama ini  hancur begitu sahaja.Yang begitu malang,dia langsung tidak mengetahui siapa yang menganiayanya.Berat sungguh ujian ini.Ibu dan abah sudah tiada.
Sekarang,dia mengandung pula.Apa yang masyarakat akan kata bila dia mengusung perut yang membesar.Gugurkan bayi ini?Takan pernah terlintas.Dia langsung tidak mampu berfikir.Aina hanya menangis dan menangis di taman hospital.Dia tidak kisah lagi dengan pandangan pelik yang dilemparkan orang yang lalu lalang apabila melihat dia menangis teresak-esak begitu.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
Adif tertarik melihat seorang gadis bertudung labuh yang menangis di taman hospital.Dia yang melalui taman untuk ke parking terhenti langkah melihat gadis itu menunduk.Langsung tidak mengangkat muka,ramai  juga yang memandang pelik.
Laju sahaja kakinya melangkah kearah gadis itu.Hatinya seperti ditarik untuk mengetahui masalah yang dihadapai gadis ini.Dia langsung lupa yang dia mempunyai janji dengan Rafiq,Aqwa,T-Fi dan Lew.Adif kini berdiri betul-betul dihadapan gadis itu.
“Cik ada problem ke?”Laju sahaja Adif membuka mulut.Gadis itu masih menunduk dan menangis.
“Cik,cik,ada masalah ke?”Kali ini lebih kuat dia bertanya.Baru Aina mengangkat muka dengan muka yang sememeh dengan air mata.
Adif sangat terkejut.Wajah itu.Dia sangat kenal!Mana mungkin dia lupa.
“Maaf.”Pendek Aina membalas.Terus dia berlalu membawa diri.
Adif tersedar. “Cik!Tunggu dulu.”Adif mengejar,tangan Aina dipegang.Aina terkejut bila tangannya sesuka hati dipegang lelaki yang langsung dia tidak kenal.
“Encik,tangan saya.”Adif baru tersedar lantas melepaskan tangan Aina.
“Sorry.”Aina mengangguk walaupun agak terkejut dan bengang.Dia ingin berlalu apabila sekali lagi Adif menahannya. “Cik,tunggu lah dulu.Cik ada masalah ke?”
“Tak.Saya tak ada apa-apa masalah.”Kenapa dengan lelaki ini.Baru kenal terus nak bertanya masalah orang.
“Tipu.Kalau tak kenapa cik menangis dekat taman tadi.”Adif sengaja menjadi busybody.
“Itu bukan urusan encik.Maaf,saya pergi dulu.”Kali ini Adif tidak mampu menahan lagi.Dibiarkan sahaja kelibat itu pergi dan menghilang.Sementara dia masih tercegat di tengah-tengah taman.
“Oi Adif!Tak balik lagi ke?Bukan shift kau dah habis ke?”Doctor Sofia menyapa Adif.
“Kau ni kan,hisy.Belum,tadi ada hal sikit.”
“Kau kenal ke girl tadi tu?”Dr Sofia bertanya,pelik pula dia melihat Adif berbual dengan pesakitnya tadi.
“Ha?Girl?You mean yang tadi tu?Kau kenal ke?”Kita tanya dia,dia tanya kita balik.
“Tak lah kenal,tapi baru je kenal tadi.Patient aku yang last sebelum aku keluar ni.”
“Patient kau?Dia sakit apa?”Nampaknya nasib menyebelahinya.
“Bukan sakit,pregnant.Baru kawin kot,sebab muka dia terkejut sangat tadi,tak ready lagi la tu.”Tanpa curiga Sofia bercerita.
Adif juga terkejut. “Pregnant?Berapa bulan?”
“Hisy,yang kau busybody asal?”
“Cepat la,berapa bulan?”
“Four weeks.Dah la,aku nak balik ni.Karang lambat sampai.”Sofia meninggalkan Adif yang terkedu.Longlai langkah diatur menuju ke kereta.Adif tersandar lesu di dalam kereta.Dia meraup muka.Kereta terus dipandu menuju kediaman ibu dan bapanya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Adif termenung di atas katil selepas mandi.Dia teringat wajah sendu gadis yang dia temui di perkarangan hospital lewat petang tadi.Memang patut gadis itu menangis pun.Terimbas segala perbuatan jahatnya sebulan yang lalu di Pulau Langkawi.Ketika itu,Adif,Rafiq,Aqwa,T-Fi dan Lew bercuti di sana.Sudah tiga hari mereka di sana,tiga hari juga mereka lihat seorang gadis yang sentiasa bertudung labuh dan t-shirt labuh berjalan keseorangan di tepi pantai dan duduk menghadap laut berseorangan.
Mereka berlima memang terkenal sebagai buaya, dan kehidupan yang tidak terkawal.Arak dan perempuan memang sudah sebati.Semua bermula bila T-Fi mencabar Adif untuk menawan jasad gadis yang dilihat mereka.Mulanya Adif menolak,gadis itu gadis yang baik-baik,lihat saja dari cara dressing gadis itu,bukannya seperti gadis yang selalu diusungnya,tak cukup kain selalu.Kerana rasa tercabar disahutkan juga demi maruah diri.
Malam itu,Lew dan Aqwa mengupah pelayan café untuk memasukkan ubat tidur ke dalam minuman gadis itu.Rancangan berjalan seperti yang dirancang.Malam itu,Adif berdiri agak lama di hadapan bilik gadis malang itu.Dia teragak-agak,panggilan telefon dari T-Fi meneguhkan kembali semangat nya yang luntur.Nasib umpama menggalakkannya melakukan perkara itu bila pintu bilik gadis itu tidak berkunci.
Dengan senyap,Adi memasuki blik gadis itu.Niat asalnya menjadi semakin kuat apabila melihat pemandangan yang sangat indah.Gadis itu sedang berbaring di atas katil dengan pakaian tidur yang agak seksi mendedahkan bahu dan peha yang gebu.Rambutnya yang wangi membangkitkan lagi naluri.Dia membelai wajah cantik itu.Perlahan-lahan baju gadis itu ditanggalkan.Sungguh Adif tidak dapat mengawal dirinya lagi.Dia meneroka segenap tubuh itu tanpa gadis itu sedari yang dirinya telah ternoda.
Adif meninggalkan gadis itu setelah dia selesai melepaskan nafsunya.T-Fi menyuruh dia untuk mengambil gambar sebagai bukti,Adif tidak sanggup.Cukup lah dia menodai gadis yang masih suci ini.Dia tidak sanggup untuk memalukan gadis ini dengan mendedahkan gambar yang bakal mengaibkan dirinya.
Dan sekarang,gadis itu mengandungkan anaknya!Selama ini,Adif tak pernah rasa bersalah melakukan perkara itu dengan perempuan-perempuan lain,kerana mereka sendiri yang menawarkan diri.Gadis ini,gadis yang masih suci,masih dara.
Memang patut gadis itu menangis sebegitu rupa.Kasihan.Apa akan jadi bila kandungannya membesar?Pasti tidak ada lelaki yang inginkan gadis yang sudah ternoda sebagai isteri.Gadis itu pasti mendapat malu.Sebenarnya Adif sudah terpikat dengan gadis itu,tapi dia pendamkan sahaja.Sekali lagi nasib menybelahinya.Saat ini,Adif cuma terfikir untuk mencari gadis itu dan bertanggungjawab atas setiap perbuatannya.
Ya,dia akan cari gadis itu dan menikahinya!Itu janji Adif.Rasa bersalah tidak dapat dibendung lagi.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Hampir dua minggu Aina tidak keluar dari rumah.Keluarnya dia hanyalah untuk membeli barang dapur yang kehabisa.Rasa malu yang menebal membuatkan Aina mengurungkan diri.Dia takut rahsia ini akan terbongkar.Masyarakat tidak tahu akan cerita yang sebenarnya terjadi.Mereka hanya tahu mengkritik,bukan menghayati.
Aina terdengar salam diberi di luar rumah.Rumah banglo milik abah ini diduduki Aina sendirian.Aina anak tunggal.Hidupnya benar-benar sunyi sejak ibu dan abah pergi.Tudung yang sentiasa di kerusi disarung ke kepala.Pintu dibuka.Empat orang yang tidak Aina kenali berada di luar pagar.
“Assalammualaikum.”Salam diberi dari luar pagar.
“Waalaikummussalam.Ada apa ya?”
“Ni rumah Cik Aina ke?”
“Ya,ni rumah saya.Saya Aina.Ada apa ya encik?”
“Nama pak cik Arif,pakcik datang ni ada hajat.”Aina pelik.Hajat apa pulak ni?
“Hajat?Maksud pak cik?”
“Boleh kami masuk?”
“Owh,maaf.Sila la masuk.Kita bincang dekat dalam.”Aina membuka pintu pagar dan mempersilakan tetamunya duduk di kerusi di taman.
“Aina apa khabar?”
“Alhamdullillah,khabar baik,sihat.”
“Macam ni,anak pak cik berkenan dekat Aina.Kami datang ni,untuk merisik je dulu.”
“Merisik?Saya tak kenal pun anak pak cik tu.Macam mana nak risik pulak?”Aina sekali lagi terkejut.
“Pak cik pun tak tahu la Aina.Kami ikutkan je.Mana parents Aina?”Terus berubah air muka Aina bila ditanyakan di mana ibu dan abah.
“Ibu dan abah saya dah tak ada.Baru lima bulan lepas diorang pergi.”Perlahan Shahira membalas.
“Owh.Maaf.Pak cik tak tahu.Aina sekarang ni dah ada yang berpunya ke?”
“Tak pa.Saya tak ada siapa yang punya.”
“Kalau macam tu,boleh la  pak cik datang meminang?”Aina terkedu.Dia tidak tahu apa yang  perlu dia lakukan.Hatinya gembira,tetapi dalam masa yang sama,dia bimbang akan rahsia yang dia pendam ini akan terbongkar.Mahukah lelaki itu menerimanya yang tidak sempurna ini?
“Er,saya tak tahu pak cik.Nanti saya tanya keluarga saya dulu.Kalau ada apa-apa saya inform.”Aina memilih untuk menanyakan pendapat keluarganya dahulu.Selepas ibu dan ayah pergi,Aina cuma punya keluarga sahaja.
“Ini numbor pak cik.”Pak cik Arif menghulurkan kad namanya.Aina menyambut,dia membaca kad nama itu.Datuk Dr Muhammad Arif.Sekali lagi Aina terkedu.Aina memberi number telefonnya pula.
Mereka berpamitan dan pulang meninggalkan Aina yang kebuntuan.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Papa,macam mana?Dia setuju tak?”Adif terus terjah Papanya yang baru masuk bersama mama.Tak sempat lagi Dr Arif duduk,terus Adi tanya.
“Hisy,take a sit first.”
“Ntah Adif ni.”Puan Aimi menokok.
“How?Aina setuju tak?”
“Dia tak bagi jawapan lagi.Nak tanya family dia dulu.Do you know Aina lost her parents five month ago?”Soal Dr Arif.
“Ha?Really Papa?Tak tahu pun.Dah tu dia macam mana sekarang?”Tak sabar Adif ingin mengetahui mengenai Aina.Dia dapat alamat itupun setelah mengekori Aina yang Adif jumpa di pasaraya.Nama pula,dia selidik dari Sofia.
“Tu la.Main redah je.Aina duduk sorang je sekarang ni.Sian mama tengok.Sedih je muka dia.”
“Adif tak tahu pun.So,macam mana?Mama setuju tak?”
“Pandai Adif cari.Mama suka.Baik sangat budaknya.Terkejut mama,perfect.Mama ingat,mama dapat menantu yang tak cukup kain.”Dalam bicara,terselit sindiran dari Puan Aimi.Tersengih-sengih Adif dibuatnya.
“Hai mama ni,yang macam tu buat main je.Nak buat isteri,mestilah yang macam ni.”
“Bila la Adif nak berubah ni?Kesian anak orang.Tinggalkanlah nightlife tu.Tak takut dosa ke Adif?”Bila mama dah masuk mood ustazah ni,cepat-cepat Adif lari.Karang apa pulak yang keluar dari mulut mama kang.
“Tak pe la ma,Adif naik dulu la ye.
……………………………………………………………………………………………………………………………………..
Aina kini secara rasmi sudah menjadi tunangan Adif setelah keluarganya menerima pinangan dari keluarga Adif.Perutnya kian membesar,mujurlah susuk tubuhnya tidak terlalu ketara dan dibantu dengan pakaiannya yang membantu menyembunyikan perutnya.Mereka akan dinikahkan bulan hadapan.Tetapi sebelum itu,Aina rasa perlu untuk dia memberitahu hal yang sebenar kepada Adif.Dia tak nak Adif rasa tertipu.Oleh itu Aina membuat temujanji dengan Adif.Dia ditemani oleh sepupunya.
Kelibat Adif yang semakin menghampiri membuatkan Aina terkedu.Lelaki yang menegurnya di hospital tu adalah tunangnya?Aina langsung tidak tahu.Yang dia tahu,nama tunangnya Muhammad Adif bin Datuk Dr Arif.
“Hai.”Adif menyapa.Berseri-seri mukanya.
“Assalammualaikum.”Aina memberi salam membuatkan Adif malu sendiri.Tersenyum lucu sepupu Aina dibuatnya.
“Owh,sorry.Waalaikummussalam.”Adoi,first jumpa dah kantoi.Aina menganngguk.
“Adif ke?”Aina meminta kepastian.
“Ya,Aina ye?”Adif pula bertanya.
“Ye saya.Aina,ni Aishah,sepupu saya.”Aina memperkenalkan sepupunya kepada Adif.Adif cuma senyum.Memang gadis baik-baik tunangnya ini.Jumpa tunang sendiri pun bawak teman.
“Ada apa ya nak jumpa ni?Masalah dengan majlis ke?”Tak sabar Adi bertanya sambil mata tak lepas dari muka Aina membuatkan Aina sedari tadi tidak mengangkat muka.
“Shah,boleh bagi kitorang cakap sekejap tak?”Aina meminta ruang untuk bercakap sendirian dengan Adif.
“Sure.Aku pergi jalan dulu.”Terus Aishah bangun meninggalkan mereka.Adif seperti dapat meneka akan hal yang ingin disampaikan Aina.Mesti tentang kandungan itu.Adif sangat pasti.
“Adif sebelum apa-apa yang terjadi,saya nak bagitahu awak sesuatu.”Kata-kata Aishah mengesahkan tanggapan Adif.
“What was that?”
“I’m not virgin anymore.”Tertahan-tahan Aina menuturkannya.Muka nya merah padam menahan malu.Kepala semakin menunduk,air mata sudah bergenang.
Adif tidak terkejut.Dia sudah menjangkakannya.Dia dengar nada suara Aina yang semakin tenggelam.Rasa bersalah semakin mengcengkam,dialah yang bersalah membuatkan Aina merendah diri sebagai seorang perempuan begitu sekali.Bagaimana kalau lelaki lain yang mendengar,pasti sahaja Aina sudah ditolak.
“Right now,I’m pregnant.Kalau awak rasa nak tarik diri,saya tak kisah.”Aina bersuara lagi setelah berapa detik Adif senyap.Dia tahu apa yang berada dalam hati lelaki itu.Pasti sekejap lagi dia akan dicaci.Air mata sudah mengalir.
“Tak,saya takkan tarik diri.I will stay until the end.”Lembut Adif membalas membuatkan Aina yang menunduk mengangkat wajahnya.Jelas raut terkejut di wajah itu meminta kepastian dari Adif.
“Are you sure?I’m not a good girl to be your wife.Awak tak kisah?”Teragak-agak Aina menyoal.
“Yes,I’m very sure.I know you are good girl enough to be my wife.”
“I’m pregnant!I’m not virgin.”Aina cuba menyedarkan Adif.Dia tidak mahu Adif menyesal kemudian hari.
“So what?Bila kawin nanti,that baby will be mine jugak kan?What’s the different?”
“Adif,saya mengandungkan anak orang lain!Saya dah berzina.This baby not your’s.”
“Hei,listen.Saya tak kisah.Saya tahu awak tak bersalah.Not your fault.All this happened,bukan nya awak yang mintak.Bukan salah awak pun.Saya yang salah.”Dalam meyakinkan Aina,Adif terlepas cakap.
“Yakin nya awak.Mana awak tahu ini bukan salah saya?Apa maksud awak bila cakap awak yang salah?”Bertubi-tubi Aina menyoal.
“Er,no.I mean,saya yang salah tak jaga hati awak.Sa,saya tahu la.I’m man,saya tahu la.”Tergagap Adif menjawab.Fuh,nyaris tak terlepas.
“Adif,jangan main-main.Saya tak bergurau bila saya cakap semua ni.”
“Aina,chill.Kenapa awak macam tak suka je bila saya tak kisah.Kenapa,awak nak saya caci awak?Putuskan tunang.Macam tu?”
“Adif,saya tak nak hari ni awak cakap tak kisah,tapi nanti kemudian hari awak mengungkit.Awak hina anak ni.Saya tak nak semua tu.Fikir kan lah dulu.”
“Aina,saya ikhlas.Saya janji,saya tak akan ungkit apa-apa.I will love that baby like my own baby.”Adif cuba meyakinkan Aina.
“Family awak?Mereka boleh ke terima saya?”
“Tak payah fikir pasal diorang.”Senang Adif membalas.
“Kalau diorang tau pasal saya macam mana.Mesti diorang tak setuju dan marah.”Jelas kebimbangan di muka Aina.
“Takkan ada orang yang tau,kalau kita tak bagitau kan?So,case closed.”Adif merapatkan badan ke meja mempamerkan muka comel.“Deal?”
Aina tak tau nak cakap apa lagi.Speechles.
“Awak tak main-main kan?”Aina mencari kepastian.
“Nope.”Adif menggeleng.Cuba meyakinkan Aina.
“Fine.Saya minta maaf  tak jadi yang sempurna untuk awak.”Adif terdiam.Rasa bersalah datang lagi bila mendengar bicara Aina yang merendah diri.Dia yang menyebabkan Aina merendah diri sebegitu.
Aina,maaf,saya yang buat awak macam tu.Awak dah cukup sempurna untuk saya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Bro,apa ce?Aunty cakap kau dah tunang.Tak dengar cerita pun.”T-Fi terus bertanya sesampainya Adif di meja.Yang lain Cuma memandang.
“Ha,apa hal kau?Tak ada angin ,tak ada ribut,terus tunang.”Lew pula menyoal.
“Amboi.Cepat je korang ek.Ni nak cerita la ni.”Adif menarik kerusi dan duduk sebelah Aqwa.
“Sapa awek malang tu?Nasya,Feeya,Maya?”Rafiq ingin tahu siapa yang berjaya menambat buaya no.1 ni.
“Woo.Agak-agak la.Diorang tu stok main je.Not my taste la.Yang ni,special.”Adif tersenyum bangga saat berkata-kata.
“Sape?Cerita la bro.Look like someone very special?”Aqwa pula bertanya.
“Korang ingat tak girl kat langkawi dulu?”Adif memberi clue.
“That girl?”Serentak empat suara bergabung.Adif mengangguk.
“Ya,that girl.Korang tau tak,Aina mengandung sekarang.”Kata-kata Adif membuatkan yang lain tercengang-cengang.Aqwa,Rafiq.Lew dan T-Fi terdiam sebelum T-Fi bersuara kembali.
“Pregnant?Your baby?”Adif mengangguk.
“Kau pasti ke?Ntah-ntah perempuan tu dengan orang lain ke?”Lew meningkah.
“Hei,nama dia Aina,I know that baby is mine.Aina still virgin bila aku buat benda tu.Usia kandungan dia pun sama dengan hari yang aku buat benda tu.She is good girl.”Adif membela Aina.Dia rasa sakit hati pula bila Lew menuduh Aina yang bukan-bukan.
 “Where you found that girl?”
Adif mula bercerita bagaimana dia bertemu Aina dan bagaimana semua ini boleh berlaku.Mereka setia mendengar dan terselit juga rasa seba salah.
…………………………………………………………………………………………………………..
Majlis berjalan dengan lancar kali.Hanya 3 kali lafaz,Aina Arissa sah menjadi milik Muhammad Adif.Aina agak keletihan memandangkan keadaannya yang berbadan dua,tetapi sedaya upaya disurukkan raut yang kelesuan itu dengan sentiasa tersenyum.Majlis hanya dibuat bagi pihak lelaki kerana Aina sudah kematian ibu bapa.Ramai tetamu yang hadir.
Adif agak terkejut bila melihat tetamu yang hadir memakai jubah dan berpurdah hitam bagi wanita,yaang lelaki pula berkopiah dan berjambang.Setahunya,mama dam papa tidak ada kenalan yang ala-ala ‘orang arab’ ini,jauh sekali teman-teman Adif.Persoalan nya terjawab bila Aina menyambut mesra kedatangan tetamu-tetamu itu.Rupa-rupanya mereka itu terdiri daripada saudara-mara Aina sendiri.Ada juga sahabat dan jiran-jiran.
Berbeza sungguh dengan saudara-mara Adif.Kalau pihak Aina berjubah bagai,pihak Adif pula tidak cukup kain.Baju kurung,tetapi ketat dan jarang.Kain terbelah sana,terbelah sini.Dan majority tidak bertudung.Agak memalukan lah juga Adif rasa.Jelas riak kurang senang dipamerkan keluarga Aina,pandangan mata sentiasa ditundukkan.Insaf sekejap Adif rasakan.Pilihan yang dibuat memang sangat tepat memilih Aina sebagai isteri.Manalah tau lepas ni dia insaf pulak ke,hehe,tak kot?
Majlis mereka tidak seperti kebanyakan anak-anak orang kaya.Hanya majlis ringkas tetapi meriah.Tidak ada persandingan demi menghormati permintaan Aina.Mama mulanya tidak bersetuju.
“Aina,bersanding la.Bukan selalu,sekali seumur hidup je.”Pujuk mama ketika Aina datang ke rumah untuk berbincang tentang majlis.Dah berkali-kali mama pujuk.
“Mak cik,bukan saya tak nak.Tapi,benda ni salah.Yes,sekali seumur hidup,tu betul.Tapi,sekali seumur hidup inilah yang akan saya menyesal.Kecantikan saya,tubuh badan saya,hanya untuk suami saya mak cik.Tak ada point pun kalau saya bersanding.Tujuan asalnya untuk suka-suka,boleh berubah bila orang puji kita.Saya tak boleh janji yang saya tak akan riak bila orang puji saya.Riak itu kan dosa.Kalau boleh,biarlah majlis yang sekali seumur hidup ni,menjadi majlis yang dapat barokah.Barulah dapat menjamin masa depan yang lebih sempurna dalam membina mahabbah dan keluarga yang soleh dan solehah.”
Panjang Aina berhujah membuatkan Datin Aimi,Adif dan Datuk Arif terdiam.Hidup mereka selama ini tidak pernah kisah kan agama.Dunia penuh dengan maksiat.Langgar hukum hakam tuhan.
Banyak hadiah yang Adif dan Aina dapat. Mereka setia melayan tetamu sehinggalah tetamu yang terakhir pulang.Cuma Adif tercari-cari Aina yang menghilang seketika di saat tetamu ramai bertanyakan dia.Bila ditanya,rupa-rupanya Aina pergi bersolat di bilik belakang.Patutlah dia tidak mahu di make up.Tanpa sebarang solekan pun,Adif lihat muka Aina tetap berseri dan cantik.Seri ibu mengandung mungkin?
Aina dan Adif kini berada di dalam bilik Adif.Aina serba salah untuk membuaka tudung walaupun hubungan mereka sah.Dia setia berdiri di depan meja solek.
“Aina,taknak bukak tudung ke?Tak panas?”Adif bertanya setelah lama memerhatikan Aina yang teragak-agak sedari tadi untuk mencabut tudung labuhnya.
“Nak bukak la ni.”Malu-malu Aina memberitahu.
“La,tak payah nak segan-segan dengan abang la.Abang tahu rambut Aina panjang kan?”Sekali lagi Adif terlepas cakap.Tangan Aina yang baru ingin menanggalkan tudungnya terhenti.Tajam mata memandang wajah suaminya.
“Mana awak tau?”Adoi!Mati aku macam ni.
“Abang tau la.Instinct  abang cakap Aina punya rambut panjang.”Cepat-cepat Adif membetulkan silapnya.Nyaris!
Aina mengangguk.Tangan cekap menanggalkan tudung yang menutupi rambutnya sejak pagi tadi.Adif terpana melihat kecantikan milik Aina.Dia sungguh berbeza tanpa tudung.
“Adif,saya mandi dulu ye?”Aina meminta izin.Badannya sangat melekit dan panas.Adif mengangguk.Aina mengambil tuala dan baju,berjalan menuju ke bilik air.
“Aina.”Adif memanggil menghentikan langkah Aina.Dia berpaling.
“Call me abang instead Adif?”Adif memerhatikan reaksi Aina.
“Ok then.I’m sorry abang.”Aina tersenyum lalu menghilang di balik pintu.Senyum sudah Adif tarik.Bahagia sangat rasanya bila Aina panggil dia ‘abang’.
“It is heaven,right Adif?”Adif tersenyum di birai katil melayan rasa hati.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
Adif dan Aina turun dari tingkat atas menuju ke meja makan.Kelihatan keluarga Aunty Lena sedang berada di meja makan.Aina yang lengkap bertudung menimbulkan rasa pelik kepada mereka semua.Padahal,Wawa,anak Aunty Lena selamba je pakai skinny jean paras lutut dengan singlet dekat dalam rumah yang ada lelaki bukan muhrim contohnya Adif dengan adik dia,Adib dan Adi.Adif ada juga bertanya masa nak keluar bilik tadi,tapi pertanyaan dia hanya disambut dengan senyuman.
“Ha,new bride,jom makan.Lambat,sejuk pulak lauk ni.”Ajak Datin Aimi.Aina tersenyum dan angguk sahaja.Dia masih janggal dengan keluarga ini.Segalanya masih baru.Adif menarik kerusi untuk isterinya dan dia duduk di sebelah Aina.
“So,let’s eat.”Dr Arif memulakan makan malam.Mereka semua mula makan tetapi terhenti bila melihat Aina yang menadah tangan membaca doa sebelum makan.Terdiam semua yang ada di meja makan.
“Iz,baca doa makan.”Suruh Dr Arif kepada Izzat yang baru berusia 10 tahun untuk membaca doa.Mujurlah kanak-kanak itu menghafalnya.Mereka makan seperti biasa diiringi dengan perbualan-perbualan ringkas anak-beranak.
“Adif,Aina,honeymoon dekat mana?”Uncle Zhafi cuba berbualal dengan Aina yang sedari tadi Cuma menunduk.
“Adif tak kisah uncle.Anywhere,ikut Aina la,Aina?”Adif memandang Aina di sebelahnya.
“Ha Aina,bagi lah tahu.Papa sponsore,cakap je,Paris,Toronto,Holland?Anywhere,cakap la.”Ainakini sudah menjadi tumpuan semua mata.Aina menganggkat muka lalu tersenyum.
“Aina nak pergi Mekah,buat umrah.Lama tak ziarah Mekah,Madinah.Boleh papa?”Tergamam semua dibuatnya mendengar  bicara Aina.Adif tidak mampu berkata-kata.Walaupun kata-kata isterinya tulus dan lembut,bagi mereka,Aina seolah-olah menyindir-nyindir mereka walaupun bukan niatnya begitu.
“Ha,er.Sure.Mekah,Madinah pun not bad.Umrah sekali kan?Sure,sure.Tell me,bila nak pergi nanti.”Selepas itu,langsung mereka senyap tanpa kata.
…………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Aina,boleh abang tanya something?”Adif duduk di sebelah Aina selepas mereka selesai makan malam.
“Tanyalah.”
“Macam mana benda tu,erm boleh jadi?”Adif sengaja bertanya,dia ingin tahu dari mulut Aina sendiri,walaupun dia sendiri terlebih tahu. “No,I mean abang just nak tau.Tak ada maksud apa-apa.”Cepat-cepat Adif menyambung ayatnya selepas melihat mendung di muka Aina.
“I’m fine.You have the right to know the whole story.”Aina terdiam sekejap. “Aina pergi Langkawi sebab nak tenangkan diri lepas umi dengan abi pergi,masa tu baru dua bulan diorang tak ada.Aina perasan ada group of boy yang selalu pandang-pandang Aina,I’m ignored them.Last  night at Langkawi,Aina dinner macam biasa,pening tiba-tiba datang,mengantuk pun ye jugak.Masuk bilik,mungkin dah takdir Allah,Aina tak kunci pintu.Aina terus tidur.”Adif tahu,lelaki kumpulan lelaki yang dimaksudkan Aina itu adalah dia,Aqwa,Rafiq,Lew dan T-Fi.Air mata sudah bergenang di tubir mata Aina. Sebelum menyambung bicaranya.
“Bila Aina bangun,baju dah berterabur.I’m naked.And I know something happened to me when I saw something red on my neck.”Kali ini terus berderai air mata Aina.Rasa bersalah pula Adif rasa kerana bertanyakan soalan itu.
Aina sangat sedih.Dia rasa tidak berguna kerana menjadi tidak sempurna buat insan yang bergelar suami.
“Abang,Aina mintak maaf.Aina tak bagus untuk abang,Aina kotor.Aina bukan isteri yang baik.”Dalam tangis Aina melutut dihadapan Adif membuatkan Adif semakin bersalah.Betapa tingginya nilai maruah bagi wanita di hadapannya ini.Dirinya hanya untuk suami,bukan untuk jejaka lain.Dan dengan tidak bersalah maruah itu dia ragut.
“Hei,kenapa ni?Kenapa sedih sangat?Abang tak salahkan Aina kan?I trust you.Abang tau Aina tak  bersalah,in my eyes,Aina langsung tak kotor,Aina sangat suci dibandingkan dengan perempuan lain.Dah,berhenti menangis.Abang just nak tahu je.”Adif memujuk isterinya.Dipaut bahu Aina dan dibawa ke dalam pelukan.Aina msih menangis.Biarlah,sudah lama gadis ini menanggung derita kerananya.
Setelah berhenti menangis,Aina meminta sesuatu daripada Adif.
“Abang,abang ingatkan apa yang ustaz cakap masa kursus hari tu?”
“Yang mana?Banyak ustaz tu cakap.”
“Yang bab anak tak sah taraf tu.”Adif diam sebelum mengangguk.
“Abang,Aina mintak maaf sekali lagi.Bukan Aina nak tidakkan hak abang,tapi,tolong faham Aina.Aina nak anak ni jadi anak kita yang sah,berbinkan abang,tak batal air sembahyang bila bersentuhan.Kalau anak ni anak perempuan,Aina nak dia berwalikan abang.Memang  dia tetap jadi anak kita sebab menyusu dengan Aina,tapi Aina nak abang yang nikahkan dia nanti.Aina sendiri tak tahu siapa bapa yang sebenar anak ni,abang maafkanlah Aina.Abang hukumlah Aina kalau abang nak.”Aina merayu perlahan dan memegang tangan Adif dan diciumnya.
Ingin saja Adif berkata anak dalam kandungan Aina itu anaknya.Cepat-cepat dia sedar dari lamunannya bila tangannya di capai Aina.
“Dah,bangun la.As I said,that baby will be mine jugak.To make sure baby tu jadi abang punya baby,I will do anything for the sake of the baby.Sabar sikit je kan?Nanti abang dapat jugak Aina.”Aina terharu dengan kata-kata suaminya.Langsung dia tidak menyangka yang orang seperti Adif ini masih wujud.
“Jazakallah ya habib.Uhibbu anta jiddan abada.”Terlepas ayat bahasa arab Aina.Maklumlah,dia dulu belajar dekat Madinah.Adif tercengang.Satu apa pun dia tak faham.
Adif senyum.“What ever it is mean,I take it as you said I love you to me.”Aina senyum.Sekali lagi Adif terpana  melihat senyum yang sangat menawan itu. “Dah jom tidur,lewat dah ni.”Adif membangun kan Aina lalu dibaringkan di atas katil.Adif baring mengiring di sebelah Aina yang tak sampai berapa ketika sudah pun terlelap.
Dia memerhatikan segenap ruang muka isterinya.Badan ramping itu dipeluk erat bagai tidak mahu diepaskan lagi.Sungguh Adif jatuh sayang dengan Aina.
“Tidurlah sayang.You suffered a lot because of me.I love you,Aina Arissa.Baby,I’m sorry,papa tau papa tak jaga mama.”Bisik Adif perlahan di telinga Aina.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Tidurlah sayang.You suffered a lot because of me.I love you,Aina Arissa.Baby,I’m sorry,papa tau papa tak jaga mama.”Aina teringat ayat itu bila dia bangun dari tidur.Terngiang-ngiang di telinganya.Pelik,seolah-olah ada seseorang yang membisikkan kata-kata itu.Setahunya,selepas dibaringkan di atas katil,dia terus lena.Mimpi kut?
“Abang,bangun,solat subuh.”Aina menggerakkan Adif yang sangat lena di sebelahnya.
“Ha?Solat?Aina solat lah.Abang nak tidur,mengantuk lah.”Terus Adif sambung tidur balik.
“Abang,bangun lah.Solat subuh.Nanti habis waktu.”Aina mencuba lagi.Kali ini Adif bangun dan duduk dengan mata yang masih terpejam.
“Kejap lah.”
“Abang,bangun lah.Nanti lewat.”
“Find!Abang bangun.”Adif bercakap dalam keadaan yang separuh lena.
“Mandi la dulu.Jom mandi.Baru segar nak solat.”Terus mata Adif terbukak.
“Jom,jom.Cepat la Aina.”Adif terus bangun dan mencapai tuala dia dan Aina di palang.Aina terkejut dengan perubahan drastic suaminya.
“Er,jom pergi mana?”
“Tadi kata ajak mandi?Nak pergi mandi la ni.”
“Ye lah mandi.Tapi,maksud Aina,sorang-sorang,bukan dua-dua.”
“Ala…tak kisah la.Jom lah.Dah halal kan?Mandi je.Tak kesian ke kat abang ni?Dah la first night dapat peluk je.”Berubah muka Aina bila mendengar ayat suaminya.Adif perasan riak isterinya berubah.Adoi,mulut ni,asik nak terlepas je. “Aina,sorry.Abang nak gurau je.Apa lah mulut ni,jahat sangat!Hisy,asal kau jahat sangat kau ni mulut?”Adif menepuk-nepuk bibirnya membuatkan Aina tersenyum lucu.Langsung Aina tidak terasa,Cuma tersentap sedikit.
“Aina,sorry?’’Adif buat muka comel.Mata sengaja dikedip-kedipkan.Comel!Aina tergelak.
“Dah lah.Jom mandi.Dah lewat nak solat.”Aina menarik tuala yang tersangkut d bahu Adif lalu masuk ke dalam bilik air.Senyuman girang sudah terukir di bibir Adif.Laju sahaja kaki melangkah.
“Aina,wait for me!”
…………………………………………………………………………………………………………………………………….
Mereka berdua duduk di gazebo selepas menikmati sarapan menghirup udara pagi yang nyaman.Aina setia di sisi Adif sambil memerhatikan sekitar villa bapa mertuanya itu.
Adif teringat peristiwa yang berlaku pagi tadi semasa hendak solat.
“Aina,boleh tolong abang?Ajar abang solat?”Adif sangat malu,tapi diluahkan juga.Dia ingin berubah.
“Abang tak tahu solat?”Aina bertanya lembut.Dia tidak ingin soalan nya disalah tafsir oleh sang suami.
“Tahu.Tapi abang dah lupa.Lama abang tak solat.Abang lalai.Abnag nak berubah,tolong abang?”Aina mengangguk.Kasihan dia melihat suaminya.Hidup dalam kelalaian dunia.
“Okey.Abang tengok Aina solat dulu.Nanti abang ikut.Lepas ni kita ingat balik bacaan dalam solat.Niat abang tahu kan?”Adif menggeleng dengan muka yang menebal.Diri nya kini seolah-olah kanak-kanak yang baru belajar solat.
Aina terdiam sebelum bersuara.“Tak apa lah.Baca bahasa melayu dulu.”Mereka pun menjalan kan amanat Allah.Adif sangat-sangat menyesal atas setiap perbuatannya.
“Hai,dua-dua termenung!Ingatkan apa?”Sapaan dari Adib mematikan lamunan Adif dan Aina.Aina Cuma senyum kepada Adib dan Adi.
“Alah.Sibuk je angah ni.Biarlah kitorang,pergi main jauh-jauh dengan adik tu.”Adif menghalau adiknya.Baru nak manja-manja dengan Aina.
“Eleh,biar lah.Kitorang nak kenal-kenal dengan akak ipar kitorang ni!”Adi menjeling abang sulungnya.Adi berusia 17 tahun.
“Ntah along ni,angah dengan adik ni nak jugak kenal dengan kak Aina ni.Dah la kawin mengejut,tup-tup dapat akak ipar.Nasib kak Aina,kalau awek along yang lain tu,herm,maaf la.Pandang pun kitorang tak nak.”Adib membela adiknya.Punggung dilabuhkan di hadapan abangnya.“Hai kak Aina.”Dia dan Adi menyapa Aina  serentak yang sedari tadi tersenyum.
“Assalammualaikum Adib,Adi.”Kelat muka Adib dan Adi ditegur begitu.Adif sudah buat muka mengejek.Ha,padan muka korang.Kacau lagi along,kan dah dapat.
“Er,waalaikummussalam,sorry.”Adi senyum comel menutup malu.
Mereka bertukar-tukar cerita.Aina setia melayan kerenah adik-adik iparnya.Soalan dari Adi membuatkan Aina terdiam.
“Kak,kenapa akak pakai tudung dalam villa ni?Bukan nya ada sesapa pun.Tak panas ke?Takkan dengan kitorang pun along nak cemburu?”
Adif sudah membuat muka amaran kepada Adi.Hesy kau ni dik,akak ipar kau ni ustazah.Kita kalau tak tau jangan lah buat tak tahu sangat.Malu kita sendiri je nanti.
Adib dan Adi melihat muka abang mereka seperti memberi amaran.Lah,tanya tu pun salah ke?
Aina berfikir apa yang harus dia jawab pada pertanyaan Adi.Dia tersenyum sebelum menjawab. “Adi,siapa kata dalam villa ni tak ada sesiapa?Adi dengan Adib kan ada?Perempuan disuruh untuk menutup auratnya di hadapan yang bukan muhrim.Dalam rumah ni,yang muhrim akak,cuma along dengan papa je.Aurat antara ipar kan sama macam lelaki bukan muhrim.Akak tak kisah kalau along nak cemburu ke apa ke,yang akak kisah bila kita tak tutup aurat.Kes panas tu pulak,kalau dah biasa pakai tudung,tak panas pun.Kalau panas pun,sikit je.Panas dekat akhirat esok lagi panas.Mana patut kita takut?Mestilah akhirat kan?Lagipun rumah korang nikan semua ada aircond.Kan pasal aurat ni ada belajar masa sekolah,silibus form three tak silap akak.”Panjang Aina menerangkan.
Adib dan Adi terkebil-kebil mendengar butir bicara Aina.Malu pun iya juga.Siap kak Aina cakap silibus masa sekolah lagi.Mana lah diorang tahu.Subjek PAI tu dapat A pun sebab hafal.Langsung tak kisah isi dia.
“Owh ada eh?Tak perasan pulak.”Malu-malu Adi menjawab.Adif tersenyum melihat raut adik-adiknya yang terkebil-kebil.Ha,kan dah kena.Tulah korang,hisy memalukan je.Lain kali kena buat research dulu sebelum tanya apa-apa berkaitan agama dengan Aina.Maklumlah,isterinya ini kan pernah belajar di Madinah.
“Abang,jangan senyum dekat orang.Tak baik.Betul lah tu Adi tanya.Kalau tak,sampai bila pun dia tak tahu.Abang pun kena ingat.”Aina menegur lembut suaminya yang tersenyum mengejek kepada adik-adiknya.Dia pasti,yang tiga beradik ini memang langsung tidak mengetahui asas-asas dalam agama.
Terus mati senyuman Adif.Giliran Adib dan Adi pula tersenyum mengejek.Terus tiga beradik itu senyap dan langsung tidak menyentuh topik agama lagi.Malu.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Mereka berdua sudah berpindah ke kondominium milik Adif atas permintaan Adif sendiri.Mujurlah Datin Aimi dan Dr Arif membenarkan.Adif membuat keputusan untuk berpindah kerana ingin melindungi kandungan Aina yang semakin membesar.Mereka masih tidak mengetahui tentang hal ini dan semestinya dia tidak ingin mereka tahu.Lagipun,ibu bapanya jarang-jarang ada di rumah,outstation selalu.
Honeymoon mereka ditangguhkan buat sementara kerana keadaan Aina yang tidak mengizinkan.
Aina mula mengalami morning sickness.Sungguh Adif rasa sangat kesian,dia yang tengok pon tak mampu nak tahan,inikan pula nak menanggungnya.Kerana hal ini juga lah dia ingin berpindah.
“Ok dah  Aina?”Adif bertanya setelah Aina keluar dari bilik air.Risau dia melihat muka Aina yang pucat.
“Ok.Tak ada apa-apa.Muntah biasa.”Aina cuba menenangkan suaminya walaupun dia rasa dunia sedang berputar.Aina memaut lengan Adif sebagai sokongan.
“Teruk je abang tengok.You sure you ok?”Adif papah Aina ke katil.Dibaringkan isterinya.Risau dia hendak pergi ke hospital dengan keadaan Aina begini.
“Tak pe.Aina ok.Kejap lagi elok la ni.Abang pergi la kerja,nanti lambat pulak.”
“Risau abang Aina macam ni.Teruk nya morning sickness.Aina dengan baby,risau la.”
“No,I am ok.Insyaallah baik-baik je kat rumah ni.”
“Ok lah…abang pergi dulu.”Aina bangun untuk menghantar suaminya kerja.Kepalanya sungguh berat,digagahkan juga untuk bangun.
“Jom Aina hantar abang.”
“Eh,ni nak pergi mana?Hantar pergi kerja?Tak payah la.Tengok muka tu,pucat!Baring je.”Adif menegah,tetapi Aina tetap berjalan mengikutinya sehingga ke pintu dengan terhuyung hayang.
“Tak pe la.Dah sampai depan pintu ni.Abang drive elok-elok tau.”Mata Aina semakin berbalam,tahan Aina,tahan.Sikit je lagi suami kau nak pergi.Jangan dia buat dia risau.
“Jalan pun tak betul,mana abang tak risau.Dah pergi masuk bilik,baring.Abang pergi dulu.Makan tengah hari nanti,kalau sempat abang balik,kalau tak sempat,Aina makan dulu.Don’t wait for me.Take care ,baby too.”Panjang lebar Adif berpesan.
Aina hanya mampu mengangguk lemah.Tangan dihulur sebelum Adif melangkah keluar pintu.
Adif menyambut tangan Aina dan mencium dahi isterinya sebelum melangkah pergi.Risau masih tidak hilang di hati.Pandangan terakhir dilemparkan dan terus Aina lenyap dari pandangan.
Aina sudah tidak mampu untuk menahan berat di kepala.Dia berbaring di atas sofa yang terletak di ruang tamu.
…………………………………………………………………………………………………………………………….
Adif melangkah masuk ke dalam rumah setelah jam tepat di angka lima.Tengah hari tadi,dia tidak sempat balik makan di rumah.Tiba-tiba ada patient yang kena masuk bilik bedah.Lepas buat operation,Adif terus telefon Aina,tapi tak berangkat.Mungkin Aina tidur kot.
Rumah senyap sunyi,sama keadaan nya seperti sebelum dia keluar pagi tadi.Pelik.Mana Aina ni?Selalu mesti tunggu.
Dia jalan  masuk ke bilik.Bilik agak kemas,cuma katil sahaja cadarnya sedikit  berkedut mungkin sebab Aina baring.Adif semakin pelik.Mana Aina ni?
Terus Adif berjalan menuju ke dapur,kot-kot Aina ada kat situ.Kosong,langsung tak ada orang.Adif mula risau,dah macam wayang,kepalanya terus terbayangkan pelbagai perkara yang mungkin terjadi.Semasa melintasi ruang tamu,baru dia perasan jasad Aina yang kaku terbaring di atas sofa.
Adif senyum lega,ingatkan pergi mana,tidur rupanya sayang abang ni.Terus Adif duduk di sebelah Aina,memerhatikan raut yang pucat.Rambut yang terjuntai di selak,Adif dapat rasakan,dahi isterinya panas.Demam ke?Dia pegang tangan Aina,sejuk!
Terus Adif kejutkan Aina.
“Aina,Aina,bangun sayang.Aina,bangun lah.Jangan buat abang risau.Aina.”Adif goncang-goncangkan bahu Aina perlahan,tapi langsung tidak berkutik.
Adif mencari nadi Aina.Berlari dia ke dalam bilik mengambil dompet dan telefon bimbit.Baru sahaja tubuh lemah itu dicempung,Adif teringatkan aurat isterinya.Aina diletakkan di atas sofa dan berlari lagi dia ke dalam bilik mengambil tudung.
Adif sangat cemas.Aina langsung tak bergerak,muka dia pucat.Kereta dipecut laju menuju hospital.Dia sudah menghubungi rakannya supaya bersedia menyambut kedatangan mereka.
Aina terus diusung ke wad kecemasan.Keadaannya agak kritikal kerana Aina sedang mengandung.Adif setia menunggu isterinya dengan hati yang tidak keruan.Kalau lah dia tak pergi ke hospital pagi tadi,mungkin semua ni tak jadi.Bukan dia tak tau yang keadaan Aina pagi tadi sangat lemah.Ya Allah selamatkan Aina dan anak aku….
Setelah hampir sejam di dalam wad kecemasan,Dr Husna,yang juga rakan sekerja Adif keluar dari wad.
“Husna,macam mana dengan Aina?”Terus Adi bertanya,sumpah dia sangt risau.Kalau apa-apa terjadi pada Aina atau anaknya,dia takkan boleh memaafkan dirinya.
“Adif,cool down ok.Relax,she is ok,the featus too.They ok.”Husna menenangkan Adif yang kelihatan sangat tidak tentu arah.Hilang semua ketenangan yang selama ini memang diterapkan dalam diri sebagai seorang doctor yang terlatih,betul lah seperti pensyarahnya katakan dulu,setenang maacam mana pun seseorang tu,dia takkan boleh bertenang bila melibatkan orang yang dia sayang.
“What happened to my wife?”
“Wife awak tak ada sakit yang serius pun,just dehydrate.Tadi masuk sampai 2 botol air tau.Dia tak makan ke?Dia langsung tak ada tenaga,lemah sangat badan dia,thanks your baby tak ada apa-apa.Bp dia pun turun.For a while,eloklah dia masuk wad dulu.Ada nurse yang tengok-tengokkan.”
Adif mengangguk perlahan. “Thanks Husna.Saya pergi tengok dulu lah keadaan dia.”Adif beredar sambil hati tidak putus-putus melafazkan syukur kepada Allah.
Memang patut pun Aina jatuh sakit macam ni,dah dua hari dia tak makan.Aina cuma minum susu dan makan buah.Itupun dengan kadar yang sedikit.Bila disuruh makan banyak sikit,dia menolak.Tak selera katanya.
Adif menjengah Aina di dalam bilik.Dia duduk di kerusi yang disediakan tepi katil.Tangan Aina digenggam dan dikucup lembut.Sejuk.Ya Allah,berdosanya aku.Aku tak mampu nak jaga isteri aku.Sepanjang dia kenal aku,macam-macam jadi.Semuanya sengsara.Air mata yang mula bergenang,diseka.
Adif meletakkan kepalanya di atas katil dengan tangan Aina dipeluk erat.Ingin menenangkan dirinya sendiri.
Aina terjaga dari tidur ketika terdengar azan subuh.Mata dibuka,segar sungguh badannya pagi ini.Aina lihat Adif sedang tidur kepala beralaskan katil dengan tangannya setia dipeluk.Mesti lenguh.Tapi,dia kat mana sekarang ni?Nampak gayanya seperti di hospital.Apa yang Aina ingat,semalam,dia baring di sofa sebab terlampau pening.
“Abang,abang,bangun.Dah subuh.”Aina tepuk lembut bahu Adif.
Adif terjaga.Mata dibuka perlahan,silau terkena cahaya lampu. “Erm,subuh dah?”Adif macam lupa sekejap apa yang jadi semalam.
“Dah,dah subuh ni,abang bangun lah.Solat dulu,tapi nak tanya sikit,kenapa kita dekat sini?”
“Aina,Aina ok kan?Tak ada sakit kat mana-mana?”Baru Adif sedar.
“Tak,Aina ok je.Tak sakit.”
“Aina buat abang risau tau.Alhamdullillah tak jadi apa-apa kat Aina and baby.”
“Apa yang jadi sebenarnya?Kenapa Aina kat atas katil ni?”
“Kenapa Aina tak makan?Kenapa tak rehat kalau tau penat?Kenapa tak minum air banyak?”Bertubi-tubi soalan dari Adif membuatkan Aina terkedu.
“Kenapa suka buat abang risau?Only god know how my feeling when I saw you like that yesterday.Dengan tak sedar dirinya.Kenapa tak nak telefon kalau tau sakit?”
“Bukan Aina tak nak makan,tapi nak telan pun tak boleh.Aina bukan tak nak telefon,tapi lepas abang pergi kerja terus Aina baring kat sofa.Sedar-sedar kat sini.Aina mintak maaf buat abang risau.Abang nak maarh Aina,abang marah la.”Perlahan suara Aina,sedikit terasa dengan pertanyaan Adif yang sedikit marah.
“Bukan abang nak marah,I am just worry about you and the baby.Aina tau tak,punyalah abang cemas balik kerja tengok Aina dah terbaring dekat atas sofa,dengan badan panas,muka pucat.Cakap,siapa yang tak cemas?You are pregnant,remember?”
“Aina betul-betul tak sedar.Lepas abang pergi,Aina pening sangat,Aina baring je lah.Sorry.”Aina mencari mata Adif.Dia mengerti perasaan Adif.
“Dah,tak payah nak mintak-mintak maaf nya.Case closed.Jangan buka kisah lama.”
“Abang tak marah dah kan?”
“Aina suka macam tu.Aina nak abang marah ke?”
Aina geleng. “Tau pun.Tak ada sakit mana-mana kan?Serious?”
“Tak sakit kat mana-mana.Baby pun ok.Abang pergi la solat dulu.Nanti lambat.”
Adif angguk.Sebelum keluar dari wad,dahi Aina dicium lembut tanda sayangnya yang tidak berbelah bahagi terhadap wanita cantik ini.
………………………………………………………………………………………………………………………………………
6 bulan kemudian..
Aina duduk termenung di balkoni memerhatikan KL pada waktu malam.Bercahaya.Perutnya kian membesar seiring dengan usia kandungganya yang sudah mencecah 8 bulan.Sepanjang tempoh itu,makanan dan minuman nya dikawal ketat oleh Adif.Takut sangat sekiranya perkara yang sama berulang.Sebelum pergi kerja,Adif akan memastikan Aina minum segelas besar susu dan makan sesuatu yang berat.Balik kerja juga begitu.
Aina mula jatuh sayang dengan suaminya yang sangat penyabar melayan kerenahnya yang macam-macam ketika masih dalam alahan.Cintanya semakin berputik.Adif langsung tidak kisah tentang kandungannya ini.Malahan Aina rasa,Adif seperti bapa kandung kepada bayi itu.Aina sangat bersyukur.
“Aina,buat apa ni?Sejuk la kat luar ni.Jom masuk dalam.It’s not good for you and the baby.Come.”Adif memimpin Aina masuk ke dalam rumah.Kaki Aina sudah mula membengkak,pergerakannya juga kini sudah terbatas.Perutnya juga menunjukkan perubahan yang sangat ketara.Besar.Mungkin bayi mereka besar kot?
“Meh abang taruk minyak.Lepas ni tidur terus lepas minum susu.”Adif senyum comel bila tengok Aina yang mula memuncung.
“Abang ni….tengok la jam tu,baru pukul 9.Awalnya nak tidur.Aina tak ngantuk lagi la.”Dia memprotes sambil kaki tetap dihulur untuk Adif sapukan minyak.Kalau dulu boleh la nak sapu sendiri,tapi sekarang ni,memang kena Adif tolong sapukan.
“Mula la tu nak buat muncung macam tu.Tau la comel.”Sempat Adif cium bibir Aina laju.
“Abang!Apa main curi ni?”Aina malu.
“Alah,curi je.Bukan apa pun.Tak luak lah.Meh abang pulangkan balik.”Lagi sekali bibir Aina dikucup pantas.Kalau tak kuat iman kat dalam dada ni,lama dah Aina dirangkulnya.She’s so beautiful.
“Abang ni kan!”Lagi memerah muka Aina.
“Alah comelnya dia.”Tersengih Adif tengok Aina yang sudah merah padam mukanya.
“Abang,tak nak tidur lagi.Tak ngantuk lah…”Sedikit manja nada Aina.
“Sengajalah tu nak seduce abang.Sabar Adif,Aina ni sengaja je.”Suka Adif lihat muka itu tersipu-sipu.
“Mana ada!”Keras Aina menafikan.
“Tidur awal kan bagus.Good for you.Tak payah tunggu ngantuk,kalau dah baring nanti,kejap je ngantuk.Dah siap pun,meh kita tidur.”Adif bangun.Tangan dihulur untuk membangunkan Aina.
Aina buat muka.Ketat nya lah peraturan Adif ni.Setiap hari kena tidur awal.Minum susu,tak suka.Aina baring di atas katil perlahan-lahan.Adif turut baring di sebelah Aina setelah memastikan tingkap dan pintu berkunci.Dia baring menghadap Aina yang terkebil-kebil memandang siling.
Comel sungguh isterinya itu.Serious Adif cakap,Aina makin cantik bila mengandung.Seri orang mengandung la katakan.Banyak kali la juga Adif tergoda,padahal Aina tak buat apa-apa pun.Kalau tak ingatkan permintaan Aina dan janjinya dulu,mungkin Aina dah selamat kot?
Aina pandang Adif yang tersenyum menatap wajahnya. “Abang,Aina tak boleh tidur la.”
“Kenapa tak boleh pulak?Selalu kalau dah baring ni,sekejap je dah hanyut.”Adif tarik badan Aina ke dalam pelukan nya.Aina selesa begitu,selain dapat menampung tubuhnya yang semakin membesar.
“Tak tau.Abang..”Aina panggil perlahan.Adif cium pipi Aina yang gebu.Memang dia geram dekat pipi Aina,gebu.
“Herm.”
“Macam  mana nanti kalau  mama dengan papa tau pasal Aina?”Adif pelik dengan ayat Aina.
“Macam mana apanya?Takkan ada apa-apa yang berlaku.Baby ni anak abang.Mama and papa know that.”
“Macam mana kalau tiba-tiba dorang tau pasal the true story?”
“Aina,what’s wrong with you?Kan abang dah cakap dulu,kalau tak ada sesiapa yang bagitau,takkan ada orang yang tau.Aina nak mama dengan papa tau ke?”
“Abang,sorry.Bukan tu maksud Aina.Langsung tak nak mama dengan papa tau.Ntah la,makin dekat dengan due ni,macam-macam terbayang.”
“Aina,listen,kalau diorang tau pun,diorang bukan boleh buat apa-apa pun.Dari teori,memang baby ni bukan anak abang,tapi dari hukum,baby ni sah anak abang.So,biarlah diorang nak fikir apa pun.Don’t worry ok?”Adif mencuit pipi Aina lembut cuba memujuk Aina lembutt.
“Abang,thanks.You are too kind.Kalau orang lain,I don’t know what will happen to me.”Aina memandang wajah suaminya yang asyik memerhatikan wajahnya sedari tadi.
“Heip,apa cakap macam tu?Aina budak baik,trust me sayang,tak ada lelaki yang akan tolak Aina.You are pretty,qute,kind,and of course sexy.”Sengaja Adif ingin mengusik Aina yang pemalu ni.Kan betul,dah merah pipi.
“Apa abang ni?Karut tau tak.Dah jom la tidur.Esok kata nak pergi rumah mama.”Aina tarik selimut menutupi tubuhnya dan Adif.Bersedia untuk tidur.
“Ala,malu lah tu.Aina tak caya eh,Aina ni seksi tau.Gorgeous sangat,nak-nak pulak masa pregnant ni.Tunggu lah lepas bersalin nanti.”Adif masih ingin bergurau.Kepala Aina diletakkan di lengannya.
“Abang.Baca doa tidur.Ngantuk la.Baby nak tidur.”Aina segera menghentikan suaminya yang sedang mengarut sebelum berubah kepada lebih berbahaya.
“Ok.Dah tidur.Asalammualaikum.”Adif cium dahi Aina sebelum dia terlelap.Segenap raut wajah itu ditatap.Rasa tidak puas pula merenung wajah itu.Rasa seperti Aina akan hilang dari pandangannya.Dia sudah terlampau sayang dengan Aina.Rasa seperti lengkap sudah kehidupannya sebagai seorang lelaki setelah kehadiran Aina.Tidak lama lagi,dia akan menjadi bapa.Hidupnya kini lebih tenang dari kehidupan nya digelumangi maksiat waktu dahulu.Malam-malam nya kini terisi dengan menemani Aina di rumah.
Banyak kali juga,T-Fi,lew,Aqwa,dan Rafiq mengajaknya keluar berhibur,tapi dia sudah insaf.Adif ingin berubah demi Aina dan anak yang dikandungnya.Dia tak nak Aina sedih dan kecewa bila tau perangainya yang tak rupa manusia itu.Dia hendak berubah demi Aina dan anak dalam kandungannya.
Sebelum mata dipejam,Adif sekali lagi mencium dahi,pipi dan bibir Aina lembut dan mengemaskan pelukan.Tidak mahu berjauhan dari Aina.
“Abang sayang Aina.Thanks for everything you give to me.”
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“Wa,makin berseri-seri kau ye?”Rafiq sengaja mengusik Adif yang baru duduk di kerusi di taman villa milik Dr Arif.Puan Aimi sengaja buat makan-makan.Dia turut menjemput rakan-rakan baik Adif ke majlis ini.
“Ye ke?Seri anak kot?”Adif Cuma sengih.Nak jawabapa lagi kan?
“Untung la orang tu ada bini lawa…”Lew menambah.
“Ntah,bini cantik,tak lama lagi nak ada anak pulak.Untunglah.”T-fi pula menyampuk.
“Series aku jeles dengan kau la Dif.Cari kan aku satu?Mak aku dah bising suruh kawin.”Aqwa buat muka tak puas hati.
“Ek alah,kawin je lah.Kau kat hot stuff.”Adif menempelak.
“Eh,kau cakap senang,kalau mak aku tu nak menantu macam yang selalu kita bawak tu tak apa la jugak,ni nak yang stok ustazah.Mana aku nak cari?Kau ingat diorang tu nak ke pandang aku ni?”Aqwa membidas.Senang je cakap.Mentang-mentang dia dah lepas.
“Tau tak pe.Mak aku pon dah bising.Cakap aku dah tua la,umur kita ni patut anak dah sorang dua.Muda lagi kot,baru 29.Tapi dalam hati aku ni nak jugak la kawin.Tapi yang macam Apek tu cakap tadi lah,mana nak cari stok-stok baik ni?”
Lew dan Rafiq mengangguk setuju.
“Alah korang ni.Cakap bukan main lagi.Nak yang baik selalu.Tapi tiap-tiap malam keluar pegi Zouk.Shopping bawak awek.Cuba bawak-bawak bertaubat.Pergi masjid ke,surau ke,ceramah-ceramah ke,baru la jumpa stok-stok baik.Kalau aku la jadi perempuan,aku pun tak nak korang ni.Stok hampeh tau tak?”Selamba Adif menempelak mereka.
“Wowowo.Sejak bila kau baik ni der?Jadi ustaz ke?”Rafiq menyoal.
“Ni la dia,typical malay.Orang buat jahat salah,nak buat baik salah.Bila buat jahat kena kata,bila buat baik kata nak jadi ustaz.Dasar minda tak berkembang,.”Adif membidas.
“Ala,lek la Dif.Emo pulak kau.Ye lah,kitorang yang salah.So,how’s your life?Must be so,so,so great ha?Look at you now.”Lew meleraikan pertelingkahan yang baru hendak bercambah.Karang lain jadinya.
“As you see.Aku rasa aku lagi happy kot.Bahagia gila bila ada orang tunggu balik rumah,penat-penat ada yang tolong picitkan,ada orang masakkan.”Adif tersenyum senang terbayangkan kehidupannya kini.
“Isy,ni yang buat aku panas ni.Seriously aku cakap,aku jealous sangat dengan kau.Suruh la wife kau carikan aku satu.”T-fi meminta.
“Kalau nak suruh wife Adif carikan boleh,tapi bukan stok-stok ayam lah,ustazah punya.Kau lupa masa hari kawin budak ni hari tu?Berapa ramai orang yang nampak mata je?Huisy,kontra gila dengan orang yang nampak semua benda.The problem is,diorang tu nak ke kat kau?”Lew memusnahkan harapan T-fi.
“Dah,hesy korang ni.Pantang jumpa.Boleh je kalau nak suruh Aina carikan.Sepupu dia pun ramai yang perempuan.”Belum sempat ayat dihabiskan,Rafiq menyampuk.
“Cantik tak?”Sebiji penumbuk Aqwa hadiahkan.
“Banyak la kau.Family Aina ni mix arab ok.Mana la aku tau,dorang semua berpurdah.Takkan la aku nak selak pulak,huisy.Kau tengok Aina tu cantik ke tak?Kau rasa sepupu dia cantik tak?Kalau dah buaya tu buaya la jugak.Orang tak abis lagi cakap.Boleh je nak suruh cari,tapi kau dulu yang kena berubah,tengok je lah gaya dressing diorang hari tu,kau rasa mak bapak diorang tu nak ke bagi anak diorang kat orang macam kita ni?Dah-dah la tu dengan klub,girls,drink.Girl yang baik untuk boy yang baik.Kau rasa kau layak ke dengan diorang dengan keadaan kita yang macam ni?”Panjang lebar Adif menerangkan.
Mereka mengangguk perlahan.Mengiakan segala kata-kata Adif.
 “Wow,I am speechless.You have changed so much la kawan.Aina dah ubah banyak benda tentang kau sepanjang 7 bulan ni.”Lew menepuk bahu Adif perlahan.
“Yup,she changed me a lot.Dari tak tahu apa-apa,alhamdullillah.Kalau ingat kan balik,aku menyesal buat Aina macam tu dulu.”Adif merenung lantai.
“Dia langsung tak marah kau ke?Pasal hal Langkawi tu?”Aqwa ingin tahu.
“Aina tak tahu apa-apa.Aku tak bagi tau langsung pasal ni.Aku tak nak dia marah dan sedih.”
“Abis tu,baby tu?”T-fi pulak menyoal.
“Baby tu still anak aku.Berbinkan aku bila lahir nanti.Cuma Aina je yang tak tahu aku ni bapa kepada baby dalam perut dia tu.Biarlah dia tak tahu.Aku tak nak dia sedih.”
“You mean,she really didn’t know you raped her that night until now?”Lew bertanya buat sekian kalinya demi mendapatkan kepastian.
Adif angguk perlahan.
Tiba-tiba mereka terdengar sesuatu terjatuh di belakang mereka,sedulang air jatuh dari pegangan.Pucat muka masing-masing melihat Aina yang sudah berjurai air mata.Adif langsung tidak perasan akan kehadiran Aina.
Ya Allah,apa yang aku dah buat ni.
“Maaf.”Pendek.Aina seka air mata dan terus melangkah pergi.Tak sanggup menerima kenyataan.Sakit sungguh rasa hatinya.Kenapa mesti dia dengar semua ni?Bila dia dah boleh lupakan segala peristiwa hitam,bila dia dah boleh terima Adif sebagai bapa kepada anaknya,bila dia dah jatuh sayang sangat-sangat dengan Adif.Kenapa?
“Dif,pergi la kejar wife kau!”
Adif yang baru tersedar,bergegas mengejar langkah Aina.Mesti Aina marah.Ya,dia pasti.
Laju langkah dibawa ke dalam rumah.Air mata terus mengalir walaupun puas diseka.Tangga dituju.Aina disapa ibu mertuanya. “Aina,dah hantar air?Jom duduk dengan mama?”
“Da,dah hantar.Mama,,sorry,Aina pening sangat.Aina ingat nak tidur.”Terus Puan Aimi bangun mendapatkan menantunya di tangga.Tangan mendemah dahi Aina.
“Sakit sangat ye,ni sampai air mata keluar.Tak pelah,naik atas.Tidur.”Lekas Aina sapu air mata yang bersisa.Mama tak patut tau.
Salam menantunya disambut senang.Puan Aimi berpaling dan ternampak Adif.
Adif terkaku di pintu. “Adif,pergi tengok Aina.Check la sikit.Sakit sangat agaknya tadi sampai menangis.Kawan-kawan kat luar tu biar mama yang layan.Dah,gi naik atas.”Adif hanya menurut.Tangga didaki dengan langkah yang berat.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Pintu Aina tutup perlahan.Kali ni,airmata dibiar berjurai.Tudung ditanggalkan.Dia baring di atas katil.Perutnya diusap,sambil air mata tidak putus-putus mengalir.Sedih di hati tidak tertanggung lagi.Hancur hati dia dengan pengakuan Adif tadi.Kenapa abang?Kenapa Aina mesti dengar?
Adif buka pintu,Aina berbaring di atas katil dengan membelakanginya.Jelas esak halus sambil diiringi sendu.Muka diraup kasar.Apa yang dia nak jawab?Langkah diatur menuju katil.Dia duduk di sebelah Aina.Bahu Aina dipegang lembut.Jelas ketara riak Aina yang terkejut bila dia berbuat begitu.Terus Aina bangun dari baring.Sakit sungguh hatinya melihat air mata Aina.
“Aina,tunggu dulu.Dengar apa abang nak cakap.Please?”Adif memegang tangan Aina yang ingin bangun.
“Apa lagi abang nak cakap?Tak cukup lagi ke selama ni abang tipu Aina?Patut la selama ni abang langsung tak kisah dengan baby ni.You even know about my hair,kept said this baby is yours,I am not the one who should be blame.Apa lagi yang abang nak jelaskan?”
Adif pejamkan mata sebelum menjawab segala pertanyaan Aina. “Aina,I am very sorry about that night.I am really sorry.Abang tau abang salah.You have the right to upset,even hate me.Abang bukan tak nak bagi tau,abang tak nak Aina benci bang.Abang tau,abang dah buat salah yang besar,abang ambik sesuatu yang bukan milik abang.”
“Kalau abang buat macam ni,abang ingat Aina tak boleh benci abang ke?Kenapa bang?Kenapa abang buat Aina macam ni?Apa salah Aina buat kat abang?”Mengongoi Aina sambil tersedu-sedu menahan perasaan.
“Aina,jangan cakap macam tu.Aina tak salah apa-apa.Abang yang salah.Abang tak kisah kalau Aina nak benci abang.Malam tu,abang betul-betul tak sedar diri.Bila abang nampak Aina dekat pantai,my heart said,you are the one that I want.I feel something.Bila diorang cabar abang,I don’t know why I can’t say no to them.I know you are a good girl.I know you are not same with another girls.”Adif teringin sekali memeluk Aina yang sedang teresak.Tapi di tidak mampu.
“Memang Aina tak salah.I not know you.Bila hati abang kata abang nak Aina,abang terus buat benda tu?Senang nya hidup.””Aina menempelak lagi.
“Kenapa abang buat juga?Abang tak fikir ke apa yang kan jadi dekat Aina lepas tu?Kalau abang tak kahwin dengan Aina,Aina mengandung ke?What will happen to me?Abang ingat ada ke orang yang nak bertanggungjawab?What will my husband said when he know I am not virgin?Abang tau tak,perasaan Aina macam mana bila bangun dari tidur tengok baju berselerak,badan lebam-lebam?Langsung tak tau siapa yang rogol diri sendiri?Abang tau tak bila doctor cakap Aina mengandung,apa yang Aina rasa?Rasa terlampau malu nak hadap orang,rasa diri ni kotor,tak layak untuk sapa-sapa.Abang tak tau.”
Ya Allah,pedihnya Ya Allah.Adif tak dapat menahan sebak di hati mendengar luahan hati Aina yang selama ini dipendam.Tangan dikepal.Dia tau isterinya sudah terlampau lama memendam segalanya sendiri.Biar dia meluahkannya pada hari ini,Adif tidak akan sedikit pun membalas.
“Abang mintak maaf Aina.Tolonglah jangan cakap macam ni,sakit abang dengar.”
“Tak,Aina tak abis lagi.Ibu dengan abah baru je pergi.Aina dah tak sapa-sapa dah.Can you imagine how I’m feel?Aina pergi sana sebab nak tenangkan diri,tapi apa yang Aina dapat?Badan yang selama ni Aina jaga untuk suami,senang-senang je orang lain rampas.Dan abang pulak,senang-senang datang dalaam hidup Aina.Pernah tak abang fikir apa yang Aina rasa?You just think about you!”Hampir tidak kedengaran suara Aina yang sudah teresak-esak.
Adif merapatkan kedudukan mereka.Badan isterinya dipeluk.Langsung tidak mampu menahan perasaannya bila mendengar segala kata-kata Aina.Aina menolak dari dipeluk Adif,dada Adif ditumbuk sekuat hatinya.Tangan itu ditepis,tapi apalah daya kudrat wanitanya jika dibandingkan dengan kudrat lelaki Adif.
“Abang tau abang salah.Abang tau abang yang buat Aina menderita.Abang tau Aina.Tolonglah jangan nangis,abang sakit sangat tengok air mata kat pipi ni.Abang sayang Aina,abang sayang baby.”Adif mengusap lembut belakang Aina yang sudah lemah dalam pelukannya.Aina menangis dan terus menangis.
“Aina sakit sangat-sangat.”
“Abang tau sayang.”
“I hate you abang.”
“Bencilah sebanyak mana Aina nak benci.”
“Why must you?”
Adif senyap.
Adif hanya mampu menyeka air mata Aina dan memujuknya sehingga tertidur.Badan isterinya dibaringkan perlahan,dia turut berbaring di sebelah Aina.Aina dipeluk erat,umpama tidak mahu dilepaskan lagi.
“I’m sorry sayang.I’m the one who not good for you.Please,stay by my side,I love you.Don’t leave me.”Adif berbisik sebelum turut terlelap.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Selepas peristiwa itu,Aina semakin dingin bila bersama dengan Adif.Makan pakai Adif masih Aina jaga,cuma bila Adif cakap sepatah,sepatah juga lah yang Aina akan balas.Aina kurang bercakap dengan Adif.Dia tidak menyalahkan Aina.
Kini,usia kandungannya sudah mencecah 9 bulan.Barang-barang bayi sudah lama dibeli.Aina cuba bersikap biasa apabila berhadapan dengan Adif,tapi dia langsung tak boleh melupakan apa yang Adif sudah buat.Adif setia melayan dirinya yang sudah terlampau sarat.Perangainya masih tidak berubah,masih menyapukan minyak ke kaki Aina.Masih menjaga makan dan minumnya.
Selepas selesai solat maghrib,Aina mula rasa tidak selesa.Adif masih belum pulang dari hospital.Selalunya Adif akan tiba di rumah sebelum jam 6.Tapi hari ini,Adif pulang lewat sedikit kerana ada kes kecemasan,mengikut apa yang Adif beritahu di dalam teleon tadi.
Rasa tidak selesa lama-kelamaan bertukar kepada sakit.Air ketuban sudah pecah,sakit semakin mencengkam.Dia cuba bertahan.Aina dengar pintu dibuka.Mungkin Adif sudah balik.
Adif buka pintu bilik.Senyap je rumah.Dia nampak Aina yang duduk di birai katil sambil memegang perut dengan muka yang berkerut.Terus dia mendapatkan isterinya.
“Aina,kenapa ni?Sakit ke?Dah sampai masa ke?”Cemas Adi rasa.
“Tak tahu,sakit.Abang sakit.”Aina mengcengkam bahu Adif kuat kerana sakit yang teramat.Lupa segala marahnya selama ini.
“Ok,ok,sabar.Abang pergi amik tudung and baby things.Tunggu sekejap sayang.”Sempat Adif memberikan ciuman di dahi isterinya,cuba menenangkan Aina.
Adif memimpin Aina keluar dari kereta.Sedaya upaya dia menenangkan dirinya yang turut cemas.Aina sudah berada di bilik bersalin.Dia dibenarkan masuk,lemah lutut melihat Aina yang menahan kesakitan.
“Abang,sakit.”Aina merengek sambil tangan setia dalam genggaman Adif.Doktor sudah bersedia untuk memulakan proses kelahiran.
“Ya sayang,abang tau.Sabar,ingat Allah.”
“Abang,Aina mintak maaf buat abang sakit hati.”
“Dah,jangan cakap lagi.Abang langsung tak ambik hati.Aina tak ada dosa dengan abang.”
“Puan Aina,sedia?Adif,bagi sokongan dekat wife awak.”Dr Husna memberi arahan.
“Puan,bila saya kata teran,puan teran ok?”Aina angguk. “Sayang,you will be ok,insyaallah.”
“Ok,puan teran.”Sekuat tenaga Aina meneran.Tangan Adi digenggam sekuat hati menahan sakit yang terasa.
“Sikit lagi puan,push.”
“Argh!”Selepas sekuat hati dia meneran,Aina rasa seperti bayinya sudah selamat dilahirkan.Hilang segala kesakitan apabila mendengar tangisan bayinya.Air mata kegembiraan mengalir laju.Selepas beberapa minit,dia mula rasa letih yang teramat.Mata semakin memberat dan Aina tertidur kepenatan.
“Congrats Adif,baby boys.You are father now.”Dr Husna menunjukkan bayi itu kepada Adif.Menglir air mata lelakinya melihat bayi yang masih merah itu.Didukung bayi itu,indahnya perasaan menjadi seorang bapa.
“Anak daddy.”Adif ingin menunjukkan Aina anak merekaa,tetapi dia cemas melihat Aina yang terpejam rapat matanya. “Husna,is she okay?”
“Don’t worry,wife awak cuma penat.She asleep.”
Adif mencium dahi Aina.Syukur diucapkan kepada Allah.
……………………………………………………………………………………………………………………………….
Aina tersedar dari lena panjang selepas hampir sehari setengah tidur.Adif sedang membaca surat khabar di sisi katil.Rasa sakit di bawah ari-ari mencengkam.
“Aina,alhamdullillah dah sedar.”
“Abang,baby macam mana?Okay tak?”
“Jangan risau.He okay.Kita dapat baby boy.Comel sangat.”Adif bantu Aina duduk.
“Aina nak mintak maaf pasal hari tu.”
“Abang maafkan,Aina taak salah apa-apa pun,abang yang salah.”
“Tak,Aina yang salah sebab abaikan abang.”
“Abang tak kisah,abang faham.Kalau abang kat tempat Aina pun,abang akan buat benda yang sama.”
“I am sorry.”
“Dah,tak yah bukak cerita hari tu.Anggap kita tak ada apa-apa masalah.Sekarang ni cerita pasal baby.Nanti abang bawak baby jumpa sayang.Mama dengan papa ada datang tadi sekali dengan Adi dan Adib.Kejap lagi T-fi,Lew,Rafiq dengan Aqwa pulak nak datang.Aina duduk sekejap,abang pergi amik baby.”
Aina angguk.Tidak lama kemudian,Adif masuk sambil membawa bayi di dalam troli.
“Here our baby.So cute.”Adif memberikan bayi mereka kepada Aina.Bulat mata itu memerhatikan daddy dan uminya.
“Subhanallah.Comelnya.Baby boy or girl?”
“Aina rasa?”Aina geleng tidak tahu.
“Boy.”Aina cium ubun-ubun bayinya.Sangat menenangkan bau bayinya.
Menangis Aina melihat bayinya.Terlampau indah ciptaan Allah.Sangat comel.Lama Aina memerhatikan wajah bayinya itu sehinggalah diamenangis lapar.Aina pandang Adif yang tersengih nakal.
“Sayang,baby lapar la,bagi la dia susu.”
“Abang keluar tak boleh ke?”
“La,nak keluar buat apa?Bagi je lah dia minum susu.Kesian,lapar dah ha.”Nak tak hendak,Aina selakkan juga baju walaupun malu dengan Adif.
Laju sahaja bayi itu menikmati susu daripada ibunya.Setelah bayi itu kenyang,dia tertidur.Aina menatap wajah itu lama.Seiras dengan Adif.
Terima kasih Ya Allah.
…………………………………………………………………………………………………………………………………….
Muhammad Aidil B Muhammad Adif,ya itulah nama yang dipersetujui oleh mereka berdua.Kini,Aidil sudah pun berumur setahun.Aidil sangat nakal dan lincah.Tak terlayan Aina dan Adif melayannya.
“Aidil,jangan la main kat situ.Isy.”Cepat-cepat Adif mengejar anaknya yang sudah berlari mendapatkan almari buku di ruang tamu.Asyik nak mengemas.
Aina tersenyum geli hati melihat telatah dua beranak itu.Biarlah Adif pula menjaga Aidil pada hujung minggu begini.Dia nak berehat.Biar Adif pula tau bagaimana penatnya menjaga anak terunanya itu.
“Aidil ni kan,cuba duduk diam-diam.Daddy cubit karang.”Aidil sudah meronta dalam pelukan Adif,ingin dilepaskan.Adif tak tahan,terus membiarkan anaknya berlari terpuntang panting ketawa.
“Hisy,letihnya jaga Aidil ni.Tak reti duduk diam.Macam mana umi jaga Aidil ni?”Adif baring di riba Aina.Penat mengejar Aidil yang tak habis-habis mengemas.
“Baru abang tau?Daddy baru hari ni dah merungut,umi ni hari-hari jaga dia.”Aina usap rambut Adif.
“Active sangat,pantang lepa,mula lah nak buat kerja.Nasib semua barang dah simpan.Kalau tak,habis!”Aina gelak.Memaang sejak Aidil pandai merangkak,semua barang-barang yang tajam dan berharga yang ada di sekitar rumah disimpan di dalam sebuah bilik kosong,mengelakkan daripada dicapai Aidil.
“Biasa lah tu daddy,budak baru dapat kaki.Ntah-ntah dia ikut abang masa kecik kot?Muka dah sebijik dah,mana tau perangai sama ke?”Aina sengaja mengusik.
“Eleh,ntah dia tu yang active masa kecik,kita pulak.Perangai sama,abang ok je.”
“Kalau sama pun,bukan sama yang part buruk tu,tapi sama part yang baik.Hesy,tak nak lah Aina menantu yang tak semenggah.Janganlah jadi macam abang ni,playboy.”
“Amboi,kata kita nampak?”Adi cubit kuat pipi Aina.Sikit pun dia tidak tersa,fakta sahih lagi benar!
“Sakit lah.Ha,tu Aidil tu,dah dia punggah majalah pulak.Pergilah abang tengok dia.”
Adif mengeluh kuat sebelum bangun dari baring. “Aidil,kenapa buat daddy macam ni?”Terus Adif mendukung Aidil.Dicium geram pipi gebu itu. “Kenapa tak nak dengar cakap daddy?Kenapa nakal sangat sayang daddy ni?Isy,geramnya dady dengan Aidil ni.”Dicium lagi pipi itu bila melihat Aidil yang tersengih seumpama mengejeknya.Sabar je lah.
Pernah sekali,Adif terlupa mengemas  meja yang penuh dengan segala kertas-kertas berkaitan dengan pesakitnya di ruang tamu.Bila dia keluar dari bilik selepas mengerjakan solat isyak bersama Aina,Aidil sedang mengoyak-ngoyakkan kertas-kertas itu.Menjerit Aina tengok Aidil yang tengah seronok gelak bila dengar kertas dikoyak.
“Aidil,Ya Allah,kertas daddy.”Aidil terkejut dengar jeritan daddynya.Adif bukan berniat untuk marahkan Aidil,tapi dia cuma terkejut tengok kertas-kertas kerjanya terkoyak.
“Dy,dy,cetas yak.”Comel sahaja Aidil senyum memujuk hati daddynya.Sejuk terus hati Adif tengok Aidil senyum comel.Terus tubuh kecil itu dipeluk dan dicium geram.Mujurlah ada copy di dalam laptop.
“Pas,pas ya Dy.Dil nak tu.”Aidil meronta-ronta dalam dukungan Adif.Tangannya menggapai-gapai ke arah Aina,minta Aina mengambilnya.
“Aidil nak apa?Nak umi?”
Aina menghulurkan tangannya untuk mengambil Aidil di dukungan Adif. “Alahai sayang anak umi ni.Meh sini,kenapa ni?Duduk kat umi ngan daddy nak?”Aidil geleng.Bibir dimuncungkan. “Ca nyak.Nyak tu.”Aidil tunjuk kea rah buku di almari.
“Ha tu tak boleh.Daddy babap kang.”Aidil mula hendak nangis bila melihat daddynya buat muka garang.
“Waa…Mi.”Aidil menangis kuat.Manja.
“Ha,daddy,pujuk balik.”Aina suruh bila melihat Aidil yang mual meraung.Ini lah dia Aidil,manja sangat dengan daddynya,pantang kena marah sikit dengan daddy,mula la menangis,kalau dengan umi,puas dah marah,paling-paling pun sengih je yang Aina dapat.
“Ala-ala,sayang Aidil.Tak,daddy tak babap sayang,Daddy sayang Aidil.”Adif dukung Aidil sambil menggosok kepala anaknya manja.
Aina bahagia dengan kehidupannya sekarang.Segala sengketa telah dia lupakan.Kehidupannya sangat indah dengan kehadiran Adif dan Aidil.
Lew,T-fi,Aqwa dan Rafiq sudah menjelaskan segalanya berkaitan peristiwa itu.Aina sudah memaafkan mereka.Biarlah buku baru dibuka.
Now,the new life just began!And we should enjoy it.
*******************************************************************************