Abah,bagi lah saya nak belajar.Belajar
abah,Aiman nak pergi Amman.”Puas dah Aiman pujuk abahnya,tapi langsung tidak
mampu merubah sekeping hati milik Faruq.
“Man,belajar mana-mana pun boleh,tak payah
la pergi Amman tu,abah risau la.”Faruq berdalih buat sekelian kalinya.
“Abah,Aiman dah besar,nak risau apa
lagi?”Separuh merayu Aiman dibuatnya.
Uminya,Adibah,hanya memandang Aiman yang
setia menempel di sisi abahnya.Tidak mahu masuk campur urusan mereka.Kalau
Aiman berkeras sangat nak ke Amman,biarlah dia sendiri yang meminta kebenaran
daripada abahnya.
“Abah risau lah,awak tu perempuan.Ingat
senang-senang ke nak lepaskan pergi Amman tu?Siapa yang nak temankan Aiman
nanti?”
Aiman menunduk.Betul lah jugak apa yang
abah cakap tu.Dia tu perempuan,bukannya anak lelaki.Abah memang takkan
senang-senang nak lepaskan dia pergi Amman kalau tak ada mahram,isy,lecehlah!
“Tapi
bah,Aiman nak pergi Amman.Nak jugak belajar macam Along kat
Capetown.”Perlahan Aiman menyuarakan hasratnya.
“Aiman tahukan kenapa abah tak bagi
pergi?Bukan saja-saja tau abah tak bagi pergi.Along tu lainlah,lelaki.”Umi
pulak cuba menenangkan hati anak gadisnya yang mula gundah.
“Aiman perempuan,kawin je lah senang.”Abah
pula mengemukakan cadangannya.Terus membuntang mata Aiman.
“Abah ni,Aiman baru 18 tahun.”Memuncung
terus mulutnya.
“Muda-muda lah elok kawin Man.Membanyakkan
umat Muhammad.Ni kalau kawin umur dah lewat,risiko tau tak kalau nak bersalin
tu?”Abah memberi nasihat.Hisy,abah ni mula lah tu kalau dah cakap bab-bab munakahat ni.
“Abah,18 tahun pun saya tak cukup lagi
umur.Nanti orang cakap saya gatal pulak.”Dia mula duduk di atas sofa
bersebelahan dengan Faruq.
“Ya Allah,yang sibuk nak dengar orang cakap
tu buat apa?Mulut manusia ni Aiman,sampai bila-bila pun tak boleh tutup.Dari
zaman Rasulullah lagi,ingat peristiwa Aishah difitnah?Angkara siapa?Angkara
mulut,tak payah nak fikirkan apa orang nak kata.Kita kalau nak buat sesuatu,tak
pernah nak fikir apa Allah kata,asyik fikir apa orang kata.Biarlah diorang
cakap Aiman gatal,Aiman dapat yang pahala.”Panjang lebar Faruq berbicara.
“Alah,abah ni….kira tak boleh la ni study
dekat Amman?”Sekali lagi Aiman cuba meraih kepastian Faruq setelah sekian kali
meminta.
“Aiman….”Meleret suara Faruq.
“Okey.”Aiman mengangguk tanda memahami.Dia
senyum segaris dan meminta diri untuk naik ke biliknya.
Sejurus pintu bilik ditutup,dia menebarkan
pandangan ke seluruh pelosok bilik.Huh,nampak gayanya,tak merasa lah dia nak
menjejak bumi Jordan kali ni.Nafas berat dihembuskan Aiman.Sayang nya,bukan
senang nak pergi Amman.Agak-agak kalau aku pergi jugak,apa yang abah buat
ek?Ish,takkan lah semata-mata nak belajar sampai sanggup belakangkan abah
dengan umi?
Hidup,hidup….
……………………………………………………………………..
“Abah kena transfer ke Jordan,dekat
university Al-Bayt,abah transfer lagi dua bulan.Tapi bulan depan abah dah kena
fly.”
Suara abah macam terngiang-ngiang di
telinga Aiman.
“Al Bayt bah?Jordan?”Faruq angguk. “Aiman
macam mana?”
“Aiman stay la kat sini.Abah dengan umi
transfer sana.Kan baru dapat tawaran
masuk UIA?”
Bayangkan apa yang dia rasa masa abah cakap
semua tu.Lepas 4 bulan dia menolak tawaran ke Amman,abah cakap dia kena
transfer ke Jordan?Dan dia tidak dibenarkan mengikut mereka dan harus tinggal
di Malaysia berseorangan?
“Umi,takkan lah saya nak tinggal sorang-sorang?Aiman
takutlah.”
“Tak,takkanlah kami nak tinggal Aiman kat
sini.”Umi berkata penuh makna.
“Dah tu umi?Nak hantar mana pulak?Granny
kan dekat Texas?”Aiman mempersoalkan keputusan uminya.
“Tak hantar kat mana-mana.”
Erk,dah tu? “Umi….abah…”Aiman meleretkan
suaranya.
“Abah risau sebenarnya nak tinggalkan Aiman
dekat sini sorang-sorang.Sama jugak kalau Aiman pergi Amman,tak ada
mahram.Ingat tak apa yang abah cakap hari tu?”
“Kawin?”Angguk.
……………………………………………………………………
“Asalammualaikum.”Suara lelaki memberi
salam kepada Aiman.Di sebalik pagar,tubuh lelaki itu semakin mendekat.
“Waalaikummusalam.”Aiman menjawab.
“Eh,Aiman,ada tak Mak Ngah cakap dengan
awak?”Hadi menyoal.
“Cakap apa?”Berkerut muka Aiman tanda tidak
mengerti.Memang lah hari-hari dia cakap dengan umi.
“Er,cakap pasal kita?”Serius Hadi di
seberang sana.
“Owh,ada.”Malas Aiman membalas.Aktiviti
menyiram pokok bunga kembali Aiman sambung.
“Aiman,sini lah.Saya nak cakap
sekejap.”Hadi memanggil Aiman yang semakin menjauh.
“Apa Abang Hadi?”Aiman mendekati sempadan
pagar.
“Aiman betul ke serius?Saya nak tanya
ni,hal nikah kawin ni jangan buat main.Saya tak nak nanti belakang
hari,macam-macam hal timbul,awak larilah,tak setujulah,macam-macam lah lagi.”Muka
Hadi miserable semacam je pada penglihatan Aiman.
“Erm,saya serius lah Abang Hadi.”Tak ada
maknanya dia nak buat macam tu,dia masih ingat maruah umi dengan abahlah.
“Betul ni?”
“Ye,Aiman dah istikharah dah.Lagi?”Aiman
jongketkan keningnya.
“Bak tangan.”Hadi meminta.
“Tangan,nak buat apa?”Terus tangannya
disembunyikan.Takkan lah Abang Hadi nak pegang?Gila ke?
“Hulur je lah.”Takut-takut Aiman hulurkan
tangannya. “Nah,ikat benang ni kat jari manis kiri.”
Pelik lah Abang Hadi ni. Aiman ambil benang
yang dihulur Hadi dan diikatkan ke tangannya. “Dah siap.”
Hadi keluarkan sebentuk cincin dan masukkan
ke benang yang terikat di jari Aiman.Cincin itu melurut memasuki jari manis
gadis itu.Dia tersenyum. “Aiman,jadi isteri saya?”
Aiman yang sedang terkedu,bertambah
kaku.Abang Hadi dia ke kat seberang pagar ni?
“Aiman?”
“Apa?”
“Yes or not?”Masih serius muka Hadi.Biar
betul dia ni?Macam nak marah pun iya.
“Aaa….erm,er..”Aiman tidak tahu reaksi
bagaimana yang harus di berikan.Setuju?Malulah.Cincin yang sedia tersarung di
jarinya dilurutkan semula dan cepat-cepat benang yang tadinya terikat
dileraikan semula.Lari je lah!
“Aiman,I’m asking you ni!”
“Tanya abah dengan umi.”Cepat-cepat
tubuhnya menyelinap masuk ke rumah dan menghilang dari pandangan Hadi.
Tanya abah dengan umi?Maksudnya setuju
lah?Alhamdulillah…
……………………………………………………………………………………………………………………………….
“Abah,umi,tak pergi tak boleh ke?”Aiman
cuba meminta ketika abah dan uminya
sudah bersiap sedia untuk ke balai berlepas.
Faruq yang ketika itu sedang menunduk untuk
mengambil begnya terhenti.Terus wajah anak perempuan bongsunya dipandang.
“Aiman,jangan lah macam ni,abah nak pergi dah ni.Risau lah abah tengok macam
ni.”
“Nak ikut…..Aiman tak nak tinggal
sengsorang.”Suaranya sudah serak tanda mahu menangis.
“Mana pulak tinggal sengsorang?Tu,Abang
Hadi kan ada.”Umi menunjuk Hadi yang memandang gelagat tidak keruan Aiman.
“Mana sama dengan umi…..nak ikut,abah Aiman
nak ikut.”Aiman sudah menangis.Air mata mula jatuh ke pipinya.
“Sian dia Hadi,umur muda dah kena tinggal
dengan mak ayah.”Amnah,ibu kepada Hadi menyuarakan isi hatinya.
“Tulah,tak puas lagi bermanja.Dari kecik
duduk asrama,dah habis sekolah mak ayah pulak yang kena pergi oversea.Tengoklah
tu,sedih sangat.”Hadi memandang Aiman yang sudah teresak-esak saat umi dan
abahnya ingin melangkah ke pintu balai berlepas.
“Dah,dah.Jangan nak nangis macam ni
Aiman,malu orang tengok lah.Bukannya tak jumpa dah,nanti hujung tahun abah
dengan umi balik lah.Belajar elok-elok eh,jangan buat benda yang
bukan-bukan.Dengar apa yang ibu cakap,taat dekat Abang Hadi tu.Dengar tak abah
cakap ni?”Faruq menepuk-nepuk bahu Aiman yang menangis di bahunya.Dia mencium
pipi dan dahi anaknya sebelum melepaskan anaknya kepada uminya pula.
Aiman angguk.Setelah puas memeluk abah,dia pergi pula kepada
uminya. “Umi……”Dalam tangis dia mengongoi.
“Aiman,Aiman,apa ni…sudah lah.Umi nak pergi
ni risau lah tengok macam ni.Sudah,jangan menangis.Belajar baik-baik,ingat
jangan tinggal solat,quran jangan lupa baca,taat dekat Abang Hadi,jangan buat
benda bukan-bukan.Sayang anak umi ni,paanjang umur,Insya –Allah jumpa
lagi.”Usai berkata-kata,Aiman didakap erat.Sedikit tersenyum melihat gelagat
Aiman,dalam diam sedih juga ingin meninggalkan Aiman di sini.
Sebelum mereka masuk ke balai
berlepas,mereka berpamitan dengan sanak saudara dan rakan-rakan yang turut
menghantar mereka pada hari itu.
“Hadi,abah mintak tolong dengan Hadi
jagakan anak abah dengan umi.Aiman ni mungkin banyak silapnya,tolonglah ajar
dia apa yang dia tak tahu.Ni je lah satu-satunya anak perempuan abah,abah
serahkan dia dekat Hadi.Terserahlah Hadi nak buat apa dengan Aiman lepas
ni.”Hadi mengangguk saat Faruq berkata begitu sebelum mereka berlepas.
“Akak tengok-tengok kanlah Aiman ye,risau
pulak Angah nak tinggalkan dia dekat sini.Tengoklah tu,tak habis lagi menangis
macam budak.Kalau dia buat salah,tegurlah dia.Ajar-ajarlah mana yang patut.Saya
pergi dulu ya?”Kata Adibah sebelum mereka berangkat kepada ibu Hadi,Amnah.
………………………………………………………………………………………………………………………………
“Aiman?Bangun,dah sampai ni.”Perlahan bahu
Aiman ditepuk.
“Ha?Dah sampai?”Termanggu-manggu Aiman
seketika.Tak sedar langsung dia sepanjang perjalanan balik ke rumah
nya,maklumlah letih menangis.
“Jom turun cepat.Hari dah hujan ni.”Hadi
menunjuk langit yang mula menurunkan rintik-rintik hujan.
Cepat-cepat Aiman ingin keluar dari kereta
tanpa menyedari kakinya kebas.Bedebuk! “Allah,sakitnya.”
Hadi yang tidak sempat berbuat
apa-apa,terpana seketika sebelum menolong Aiman yang sudah pun terbaring di
atas rumput. “Ya Allah,kenapa ni?”
“Kaki kebas la….aduh!”
“La,kenapa tak tunggu dulu baru
keluar?”Hadi cuba meluruskan kaki isterinya.
“Mana la saya tahu kaki ni
kebas,aduh,sakit!Jangan pegang.”Menjerit kuat Aiman bila kakinya diluruskan
oleh Hadi.
“Ni terseliuh la ni,pegang pun sakit.Boleh
bangun tak?”Berkerut sedikit dahinya memikirkan telatah isterinya yang seorang
ini.Hujan yang mulanya hanya rintik,kini sudah bertukar semakin kasar sedangkan
Aiman masih terduduk di atas rumput.
Aiman menggeleng.Nak bangun apanya kalau
sakit macam ni gaya?Titis hujan mula membasahi bajunya.
“Dah,jom bangun,saya papah masuk
dalam,nanti suruh ibu urutkan.”
Papah?Segannya.Nak tak nak,tangannya
dihulurkan juga dan Hadi menyambutnya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Aiman duduk di atas katil sementara
menunggu suaminya pulang dari masjid.Melihat lelaki itu di hadapannya
membuatkan dia masih tidak mempercayai bahawa Hadi itu suaminya.
Muhammad Hadi,dua pupunya.Beza umur antara
mereka hanya 5 tahun.Sudah berjiran hampir 15 tahun tetapi jarang berjumpa
kerana Aiman sudah dihantar ke madrasah semenjak umurnya 9 tahun.Menjejak 13
tahun,dia dapat pula tawaran ke Darul Quran.Hadi pula bersekolah di Mahad
Muhammadi di Kelantan sebelum dia diterbangkan ke Yaman ketika berusia 16 tahun
untuk mempelajari agama.Memang ada sangat la masa nak berjumpa sementelah cuti
mereka yang berbeza-beza.
Cumanya,dia masih ingat ketika dia
kecil-kecil,Hadi itulah yang menjadi tutor belajarnya.Ketika dia darjah
satu,Hadi sudah pun masuk darjah lima.Ingat lagi dia bila Hadi cakap,
“Awak
belajar lah rajin-rajin supaya jadi orang cerdik,jadi orang yang berilmu.Bila
cerdik,ramai orang suka,boleh jadi macam isteri Nabi,Aishah.”
Disebabkan ayat Hadilah,dia
bersungguh-sungguh sangat nak belajar selain nak banggakan umi dengan abah.
“Hah,berangan apa?”
“Mana ada apa.”
“Yeke?Macam jauh je termenung tu.Share
ah.”Lelaki itu sudah duduk di sebelahnya sambil membuka Ipadnya.
“Tak,teringat masa kecik-kecik dulu
je,zaman kita belajar depan rumah.”
“Owh.”
Owh je?Tadi dia yang beriya-iya tanya.Mulut
dicemikkan.
“Apa cemik-cemik mulut tu?”Hadi
terpandangkan perbuatan Aiman.
“Tak ada apalah.”Sibuk betullah dia
ni.Tiba-tiba Hadi tunjukkan skrin Ipadnya.Hadi seperti menyembunyikan
senyumnya.
“Ingat tak kertas ni?”Aiman tengok
betul-betul.Mata warna biru?Eh,ni bukan ke….
“Apa ni Abang Hadi!Jahat lah.”Terus mukanya
ditekupkan ke bantal.
“Saya tunjuk je,ingat dah lupa dah.”Senyum
masih tidak luput dari bibirnya.Skrin itu masih ditatap,rindu kenangan
kanak-kanaknya.
Gila lupa?Abang Hadi simpan lagi rupanya
kertas tu.Agak-agak malunya sudah beransur hilaang,barulah bantal ditolak tepi.
“Simpan lagi eh kertas ni?”
“Tak la simpan,dah hilang tahun lepas masa
kemas bilik.Tapi sempat la tangkap gambar.Ni.”Sekali lagi skrin itu ditayangkan
di depan Aiman.Mukanya kembali memerah.
“Abang
Hadi,tadikan saya tengok dekat tv,orang tu buat surat lepas tu dia bagi dekat
pakwe dia.Lepastu saya jumpa pulak dekat kedai buku,majalah yang tajuk dia
ciri-ciri orang kita suka.”Sambil bercakap,tangannya ligat menulis angka-angka
di atas kertas.
“Surat
apa?Rumah awak kan mana ada tv,tengok dekat mana?”Dipandang seketika wajah yang
comel itu.
“Bukan
dekat rumah,tapi kat pasaraya,kan kat situ ada tv.”Aiman masih tidak menjawab
soalan Hadi.
“Yelah,tapi
surat apa?”
“List
characteristic orang yang dia suka.”Jujur Aiman menjawab.
“Owh.”Terus
dia menyambung kerjanya semula.Apa-apa je lah Aiman ni.Mereka terus senyap
sehinggalah Aiman memecahkan suasana.
“Nah.”Aiman
hulurkan sekeping kertas.
“Apa
ni?”Keningnya berkerut.
“Bacalah
lah.”
-Aiman nak kawin
dengan orang macam abah,baik.
-Nanti,suami
Aiman mesti handsome,mata dia warna biru
-Hebat,ikut
Raasulullah.
-Solat mesti
cukup.
-Tak nak
garang,sama macam abah.Nanti dia selalu marah Aiman.
-Nanti dia mesti
buat banyak ibadat supaya boleh masuk syurga,lepas tu dia ajak saya sekali.
“Aiman?”Tak
tahu Hadi ingin membuat reaksi yang bagaimana.Budak kecik nilah.
“Saya
nak zauj saya macam tu lah.”Senyum Aiman ukirkan kepada Abang Hadinya.
“Patut la Pak Ngah tak bagi korang tengok
tv kan?Baru tengok dekat pasaraya pun dah pandai buat list ntah apa-apa,kalau
ada tv sendiri?Haha,terlebih-lebih la imagination awak.”Hadi
mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Masa tu mana fikir elok-elok.Budak lagi
kan?”Aiman cuba cover.Konon,padahal teruja tengok orang act romantic lebih
sikit.
“Yelah Nur Aiman,sayangnya saya ni bukan
jejaka bermata biru.Tak study ke malam ni?”Prihatin Hadi terhadap isterinya.
“Erm,aa…..”Teragak-agak Aiman ingin
memberitahu perkara sebenar.
“Kenapa?”Keningnya dijongkitkan.Selalu
lepas isya’ atau maghrib mesti hafal surah,malam ni tak nampak
pulak.Kadang-kadang Hadi duduk juga sekali dengan Aiman,recall apa yang dia
hafal.
“Saya periodlah.”
“Owh.Tak sucilah ni?”Selamba lelaki itu
menuturkannya.
“Apa Abang Hadi ni?”Memerah seketika muka
Aiman.Terms dia….
“Lah,kita cakap yang betul,betullah
kan?”Sengih segaris terukir di bibirnya.Nak marah pulak dia ni..
“Dah,jom turun.Lapar lah.”Aiman bangun
daripada duduknya.
“Apa kena mengena turun bawah dengan
lapar?”Hadi ni kadang-kadang kalau datang lurus dia,macam inilah.
Abang Hadi memang bendul. “Dah tu nak suruh
makan kayu dalam bilik ni bagi kenyang ke Abang Hadi?Turunlah bawah,pergi dapur
makan…….saya dah masak lauk.”
“Owh.Okay.”Terus lelaki itu berjalan keluar
dari bilik tanpa menunggu Aiman.Termanggu-manggu Aiman dibuatnya bila melihat
tindakan suaminya.
Hello?Kita ni apa?Tunggul ke Abang
Hadi?Sabar je lah dia ni.
………………………………………………………………………………………………..
“Hello,ya saya Hadi bercakap.Kenapa
ya?”Hadi mengkerutkan dahinya.Tiba-tiba sahaja ada satu panggilan masuk ketika
dia sedang mengajar.
“Ha,ya,isteri saya.Hah?Iya ke encik?”Ah
sudah,apa pulak Aiman ni buat.
“Okay,tunggu,nanti saya
datang.Ya,Insya-allah.”Setelah telefon dimatikan,bergegas Hadi berkemas.
“Students,sorry ya?Saya ada emergency,minta maaf sangat,next time kita ganti
kelas.Asalammualaikum.”
Cepat-cepat Hadi memandu ke tempat yang
dimaksudkan oleh orang yang menelefonnya.Aiman,apa awak buat ni?
Melilau matanya sebaik sahaja dia tiba di
bank mencari kelibat Aiman.Apabila sudah terlihat,laju sahaja kakinya melangkah
ke situ. “Aiman?”
Aiman memandang ke arah orang yang
memanggilnya. “Abang Hadi….”Lekas dia bangun dan berdiri dengan muka yang
sememeh ingin menangis.
“Kenapa ni?Dah,jangan nangis.”Hadi cuba
menenangkan Aiman yang mula ingin menitiskan air matanya.Air mata Aiman dilap
dengan sapu tangannya.
“Encik,isteri encik ni terpaksa kami tahan
sebab auntie ni cakap yang dia cuba nak tengok nombor akaun auntie ni.Lepas tu
auntie ni cakap yang isteri encik ni mencurigakan sebab asyik pandang
dia.”Seorang pegawai bank menerangkan kepada Hadi.
“Ya loh,ini awak punya isteri tak
habis-habis intai sama saya punya akaun la,sampai saya punya nombor akaun pun
dia mau tengok,sama juga macam dia asik pandang saya loh.Ini orang macam mahu itu
hack saya punya akaun lah.Tak pun dia mau curi duit saya.”
“Mana ada,saya cuma nak tengok je.”Aiman
cuba membela dirinya.
“Lu mau buat apa loh kalau tengok itu saya
punya akaun?”Pantas auntie cina itu membalas.
“Abang,saya tak salah,tolonglah.”Lengan
baju Hadi ditarik-tariknya.Aiman berasa sangat takut ketika itu.
“Aiman,stop,istigfar banyak-banyak,duduk
dulu.Biar saya settle dulu.”Aiman didudukkan dia atas kerusi sedikit jauh
daripada mereka.
Aiman hanya menurut,dia pandang Abang
Hadinya yang sedang bercakap dengan auntie cina itu dan dua orang pegawai bank
dan seorang polis bantuan.Agak lama juga dia menunggu hingga tertidur.Dia Cuma
tersedar apabila Hadi mengejutnya.
“Aiman,bangun,tidur pulak dia.Jom
balik.”Bahu isterinya digoyang perlahan.
“Balik?Dah siap ke?”Terpisat-pisat matanya.
“Dah,jom.”Hadi menarik tangan Aiman supaya
mengikutinya bila Aiman masih lagi termanggu-manggu kebingungan.
Semasa di dalam kereta,Hadi langsung tidak
bersuara membuatkan Aiman mula kecut perut. “Abang Hadi…..”Mendayu.
“Erm..”Juga mendayu.
“Asif.”
“Kenapa pulak?”Dengan muka kosong dia
pandang Aiman.
“Saya tak salah.”Dia nak Abang Hadi tahu
yang dia tak salah.
“Dah tu kenapa mintak maaf?”
“Sebab menyusahkan Abang Hadi.”
Mendengar ayat Aiman membuatkan Hadi ingin
tergelak besar.Sungguh la isterinya ini masih tidak matang.Mukanya sengaja
diseriuskan. “Saya tak nak cakap hal ni sekarang,nanti balik rumah kita
settle.”
Oookaayy….tapi…. “Abang Hadi?”
“Erm.”
“Abang Hadi ada cakap dekat umi dengan abah
tak?”Matilah dia kalau umi dengan abah tau,memang habis kena syarah.
Haha,ini sungguh-sungguh Hadi ingin
gelak.Dia langsung tak terfikir pasal abah dan umi mertuanya. “Kenapa kalau
saya dah bagi tahu umi dengan abah?”
Alah,cakap je lah. “ Habis lah nanti kena
marah.”Perlahan sahaja suara Aiman.
“Okay.”Hadi tenang memandu tanpa menoleh
langsung ke arah Aiman.
Apa yang okaynya?Okay kena marah?Itu yang
dia cakap okay?Sungguh la Aiman maih tak faham dengan Abang Hadinya ini
walaupun boleh kata hampir sebulan mereka berkahwin.Malas nak cakap
lebih-lebih,matanya dipejamkan.
………………………………………………………………………………………………………………..
“Aiman,baru seminggu umi tak ada,dah pulak
ini yang jadi.Kenapa boleh jadi macam tu?Bla,bla,bla.”Aiman cuma tadah telinga
saat suara uminya mencecah gegendang telinganya.Itu belum masuk abahnya
lagi.Tak sangka sungguh Abang Hadi betul-betul call umi dengan abah,geram
betul.
“Dah bermotivasi dah?”Hadi duduk di
sebelahnya sambil membawa sepinggan buah-buahan dengan satu jag air masak.Dia
hulurkan buah itu kepada Aiman.
Sungguh menyakitkan hati! “Dah,sangat bermotivasi,terima
kasih kerana tolong telefonkan pensyarah yang paling bertauliah untuk saya ya
Encik Muhammad Hadi!Syukran.”Buah dikunyah dengan kasar.
“Afuan,afuan.Hehe,umi dengan abah kata
apa?”Hadi tersengih memandang Aiman yang mencuka.Alolo,comelnya.
“Ha,cakap pasal ni,apa yang Abang Hadi
cakap dengan diorang?Kenapa diorang marah sangat,lepas tu siap cakap saya nak
mencuri lagi.”
“Bila pulak saya cakap yang awak nak
mencuri ni?Umi dengan abah salah dengar la tu,saya cakap awak kena tuduh nak
mencuri.Tu je.”Sepotong buah masuk ke dalam mulutnya.
“Abah tak habis-habis ingatkan Aiman hukum
mencuri tau tak.Lepas tu umi pulak tak habis-habis suruh ajak Abang Hadi pergi
bank,ajar saya macam mana nak guna ATM.”
“Lepas
ni pergi ajak Abang Hadi tu pergi bank,ajar sikit macam mana nak guna ATM,teruk
betul Aiman ni…..la,bla,bla”
Bila dengar ayat last Aiman tu,terus Hadi
tergelak sampai hampir tersembur buah dalam mulutnya.Haha,lawak,lawak.
Aiman pandang je orang dekat sebelah dia
ni,lawak ke bang?Sungguh la menyakitkan hati! “Dah la gelaknya Abang
Hadi,hilang apa yang awak ingat nanti.”
“Okay,okay.Asif,tapi betul ke umi cakap
macam tu?”Mulutnya ditutup menahan ketawa dari terhambur.
“Ye,umi cakap macam tu.”
“Macam mana lah awak tak tahu guna
ATM?Orang sekarang kalau buta IT sekali pun,ATM tu,macam ni!”Hadi petik
jarinya.
“Encik Muhammad Hadi,fahamilah satu perkara
bahawa saya tidak pernah menggunakan ATM…..harap maklum.”Malas nak layan Abang
Hadi,lagi kena bahan ada lah.
“Tak pernah guna ATM?Duduk ceruk
mana?”Dahinya dikerutkan.
“Ceruk dunia nu jauh dekat Azerbaijan.”
“Seriously la Aiman tak pernah guna
ATM?”Wah,berjaya sungguh abah mertuanya menjauhkan anak-anaknya daripada
teknologi.
Aiman gelengkan kepala. “Nak tipu buat
apa.Aiman mana pernah guna ATM,duit semuanya abah bagi.Abah pun tak bagi saya
keluarkan duit kalau saya try mintak.”
Hadi telan air liurnya.Hebat,hebat sungguh
bapa mertuanya.Memang otak budak ni suci betul!
…………………………………………………………………………………………………………………………….
Hadi terus memandang Aiman yang tidak
berhenti-henti ke hulu dan ke hilir.Orang patut nya tidur dah sekarang ni.
“Aiman,tak nak tidur ke?”
“Tak boleh tidurlah Abang Hadi.Takut.”Jelas
kerisauan terpancar di wajahnya.
Hadi menggamit Aiman supaya rapat di sebelahnya.Aiman
menurut.Muka Aiman dipandang,rambut itu diusapnya lembut. “Kenapa takut?”
“Takutlah,Aiman mana ada kawan,mana tahu
sesat ke,UIA tukan besar.”Aiman menjelaskan kerisauan nya.
“Innalah ha makna Aiman.”Rambut Aiman terus
dibelai.
“Tau.”
“Dah tu?”
“Ntah,takut je.”
Lama Hadi merenung isterinya lantas
mebuatkan dia tersenyum.Bahu isterinya dipeluk,automatis Aiman melentokkan
kepalanya ke bahu Hadi. “Awak dah besar Aiman.You’ve grow up.”
“Abang pun dah besar.”
“Naam.Awak bukan lagi Aiman yang kecik and
comel macam dulu-dulu.”
“Abang Hadi pun bukan Abang Hadi yang
tembam macam dulu-dulu jugak.”Aiman mencari mata Hadi dan ternyata Hadi juga
membuat perkara yang sama.
“Alhamdulillah,thank to Allah,praise Him.Saya
pun tak tahu bila awak dah besar macam ni.Masa terlalu cepat kan?”Aiman
mengangguk.
“Abang,saya takut……”
“Takut apa Aiman?”
“Esok,bila saya dah mula
belajar,tanggungjawab saya dah bertambah.Saya takut tak boleh balance….”
“Tak payah fikir la pasal balance tak
balance.Kamu berlajar bukan buat maksiat,kalau Aiman keluar rumah buat benda
tak senonoh yelah saya nak marah.Tanggungjawab tu takkan pernah habis
Aiman,selagi kita hidup.”
Aiman menarik nafas dan melepaskannya.Entah
la,dia takut sangat yang dia tidak akan dapat menjadi isteri yang baik bila dah
mula belajar ni.Buat malu je kalau ada pelajaran,tapi tak jaga kebajikan suami.Tapi
ada lagi satu benda yang mengganggu dirinya.
“Abang…..”
“Herm..”
“Macam mana nanti kalau saya terjatuh hati
dekat orang lain?”
Terkedu sekejap Hadi dibuatnya.Betul jugak
kan? “Insya-Allah tak,Allah will guide you.Bila Aiman rasa tak kena,cepat-cepat
ingatkan Allah,istigfar.”Hadi cuba juga menenangkan hatinya.
“Aiman,kalau abang mintak satu benda boleh
tak?”
“Apa?Insya-Allah,kalau saya boleh bagi,saya
bagi.”Hadi bangun dan pergi menuju ke almari pakaian.Dia mengeluarkan beg
plastic dan menghulurkannya kepada Aiman.
“Apa ni?”
“Bukalah.”Hadi sabar menunggu sambil
memerhati reaksi Aiman.
“Abang?”Kain berwarna hitam itu ditunjukkan
kepada Hadi meminta kepastian.
“Saya tak paksa Aiman,kalau tak nak saya
tak kisah pun,apa yang awak pakai sekarang pun dah okay.”Hadi senyum segaris.Ye
ke tak kisah Hadi?
“Tapi
kenapa?”
“Entah,bila tengok ramai orang pandang
Aiman siang tadi,rasa erm,entah.”Bahunya dijongkitkan. cepat-cepat matanya
dikalihkan ke tempat lain,malu.Yelah,cemburu jugak bila tengok ramai orang
tertoleh-toleh dekat isterinya ini ketika mereka pergi menguruskan pendaftaran
Aiman di UIA siang tadi.
Terjungkit senyuman segaris di bibir
Aiman.Kain hitam itu di letakkan ke mukanya menutupi hidung dan mulutnya.Owh,Abang
Hadi jealous rupanya….baru tahu. “Erm,Abang Hadi…..”Bahu Hadi dicuitnya.
“Ya..”
“Kalau nak fikir dulu?”Mukanya sengaja
dibuat comel.
Hadi seperti tersentak,kalau tangguh
maksudnya makin ramai la yang tengok Aiman? “Er,ookaayy je.”
“Betul ni?”Aiman mendongak memandang Hadi.
“Iya,okay je.”
“Sayang Abang Hadi.”Terus tubuh Hadi
dipeluk kemas.Sayang ketat-ketat.
“Amboi,terus sayang?”Tetapi pelukan itu
dibalas juga.
Aiman cuma senyum begitu juga dengan Hadi.
“Dah,tidur,esok nak bangun pagi.Baca doa dulu sebelum tidur.”Aiman anggukkan
kepalanya.Mata Aiman sudah mula terpejam.
“Sayang awak lillah hi taala.uhibbuki
Fillah Aiman.”Kata-kata itu dilafaskan sebelum dia sendiri melelapkan matanya.
…………………………………………………………………………………………………………………….
“Percayalah
cakap ustazah,bila kita sayangkan seseorang,cintakan seseorang hanya kerana
Allah,mengharapkan redha Allah,insya-allah ia akan jadi ibadat.Tak salah kalau
kita nak cintakan pasangan kita kalau yang dah berkahwin tu,janji jangan cinta
suami orang pulak…cuba kita amalkan setiap hari ucap dekat suami
kita,abang,sayang ke,darling ke,saya cintakan abang,saya sayangkan abang kerana
Allah.Bagi suami,saya sayangkan awak,honey ke,kerana Allah.Insya-allah kita
akan dapat rasa,Allah bagi kebahagiaan,Allah bagi keharmonian dalam rumah
tangga kita.Allah turunkan kasih sayang dia…memang terasa sangat lainnya,orang
kata apa?Makin berbunga-bunga rasa cinta tu.Cubalah amalkan.”
Macam tu ke?Aiman pandang muka suaminya
yang tenang memandu.Lekas-lekas earphone di telinga di cabut.Entah macam mana
topic ini boleh keluar pula bila dia rasa serba salah ingin meninggalkan
suaminya.Raut itu dipandang lagi.
“Kenapa?”
“Nothing.”Pandangan kembali diluruskan.Hadi
mengangguk.
“Abang,apa pendapat abang pasal cinta?”
“Cinta?Kenapa pulak ni?”
“Tak,saja nak tahu.Ada orang cakap cinta tu
indah lah,menyeronokkan lah,abang pernah bercinta tak?”
“Pernah.”Hadi menjeling isterinya.
Biar betul Abang Hadi ni?Ustaz dia tak
marah ke?Dalam diam,bertamu rasa kecewa di dalam hati Aiman,that is mean,aku
bukanlah yang pertama untuk Abang Hadi lah ni? “Owh,yeke.Okay then.”
Hadi sedar raut wajah isterinya mula
berubah. “Tak nak tau ke dengan siapa?”
Buat apa nak tau?Buat sakit hati je
tau!Tapi dia jawab jelah jugak untuk jaga hati Abang Hadi. “Dengan siapa?”
“Awak kenal kot.” Hadi sengaja hendak
berteka-teki.
Siapa pulak ni?Tak pernah dengar pun Ateh
Ita cerita dekat umi pasal Abang Hadi ada skandal….. “Saya kenal?Biar betul?”
“Awak kenal lah Aiman.Cuba ingat balik
betul-betul.”Sekilas wajah Aiman yang dilindungi kain hitam sehingga
menampakkan matanya sahaja itu dipandang.Tidak sangka pula Aiman akan menuruti
kehendaknya itu secepat ini.Terkejut lah jugak bila pagi tadi tengok Aiman yang
sudah bersiap,sungguh cantik pada pandangannya.
“Abang
Hadi,okay tak?”
“Apa
yang okay?”Ketika itu dia masih belum berpaling.
“Tengoklah
ni.”Hadi cuba dipusingkan,Aiman inginkan pandangan Hadi terlebih dahulu sebelum
dia melangkah ke luar rumah.
“Tengok
apa lag….subhanallah!”Terkeluar juga perkataan itu di bibir Hadi saat melihat
Aiman yang siap berniqab.Hadi rasa Aiman yang berniqab ini lebih cantik dari
Aiman yang tidak berniqab.Habis tu,takkan nak suruh dia pakai burqah pulak
Hadi?Melampau!
“Okay?”
“Ha….ha
ya,okay.Tapi,bukan kata nak fikir ke?”
“Gurau
je lah,abang suruh,saya ikut.Bukan Abang Hadi suruh buat maksiat kan?”Di
sebalik kain hitam itu,Hadi tahu Aiman sedang tersenyum.
Hadi
yang tadinya terkedu kini perlahan-lahan boleh menerima keadaan
isterinya.Terharu dengan jawapan Aiman.Allah,lembutnya hati isterinya ini.Dia
mulai tersenyum,perlahan-lahan Hadi mendekati Aiman.Badan itu ditarik ke dalam
pelukannya. “Syukran.”
“Ntah lah,tak ingat.”Aiman malas nak
panjangkan bicara,nanti rosak mood dia. “Abang Hadi,nanti selalu-selalulah
datang tengok Aiman eh?”
“Alah,seminggu je,macam tak biasa duduk
asrama.”Hadi mengejek Aiman.Aiman duduk asrama seminggu pun sebab
orientasi,lepas tu duduk dekat rumah
sebab dalam borang pendaftaran tu sudah dinyatakan statusnya sebagai isteri
orang.
“Alah,datang je lah,jenguk saya…..”Abang
Hadi ni memang la hopeless!
“Okay,insya-allah.” Tu je?Aiman monolog
sendiri.Letih la dapat orang macam gini!
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
Ya Allah penatnya minggu orientasi ni,asyik
kena buli je.Tunggu lah aku jadi senior pulak,siap korang!Belum apa-apa Aiman
sudah berfikiran begitu.Air dibawa di sebalik kain hitam di mukanya,haus.Apa
agaknya Abang Hadi tengah buat eh?
Tiba-tiba teringat masa hari suaminya itu
menghantarnya ke sini.
“Belajar
elok-elok eh.Jangan buat hal,saya tak ada nak tolong awak.”Itu pesan Hadi buat
isterinya.
“Herm,tapi
mana belajar lagi,baru minggu orientasi.”Jawab Aiman.
“Lah,orientasi
pun belajar jugak kan?”Beg-beg Aiman dibawa keluar dari bonet kereta.Bukan main
lagi banyaknya,kalah nak duduk setahun,padahal seminggu je kot!
“Yelah,nanti
jenguk saya tak?”Aiman pandang dengan penuh mengharap.
“Tak
tahulah lagi,takut busy la.Kalau abang sempat,abang pergi la eh?”Hadi cuba memujuk,tidak
mahu mengecewakan isterinya yang sudah berura-ura seperti ingin menangis.
“Okay.”Perlahan
sahaja suara Aiman.
Hadi
memandang Aiman sepintas lalu.Beg-beg isterinya di bawa sehingga ke pintu pagar
asrama.Tidak mahu melayan emosi Aiman yang entah apa-apa. “Okay,we are
here.”Beg diletakkan.
“Abang,Aiman
takut……”macam mana ni?Alah,dah lah sorang pun dia tak kenal!Aiman ni bukan
jenis yang mudah mesra dengan orang.
“Dah,dah
tak payah takut.Ingat Allah banyak-banyak.”Hadi menepuk-nepuk belakang bahu Aiman.
“Macam
mana ni?”Tangan Hadi digoyang-goyang.Sungguh dia benar-benar takut,dapat Hadi
rasakan betapa sejuknya tangan Aiman.
“Masuk
karang,buat macam biasa,tegur kawan-kawan.Jangan buat sombong,kalau orang
senyum,Aiman senyum balik.Ingat tak?”Aiman angguk,tapi mana nampak pun kalau
dia senyum balik? Lalu dia sambung lagi. “Dah,pergi masuk cepat,kejap lagi dah
nak mula program kan?Abang boleh hantar sampai sini je,malam karang insya-Allah
saya call,jangan lupa call umi dengan abah nanti.Nanti jangan lupa baca
quran,jangan buat yang bukan-bukan.Jaga Hati tu,jaga mata,jaga iman.Niat dulu
sebelum buat apa-apa lillah hi taala.”Hadi senyum je tengok isterinya yang
semakin menggelabah itu.Isterinya baru 18 tahun……
Tangan
Aiman hulur ingin bersalam.Hadi sambut dan pipi serta dahi isterinya
dicium.Lantas tubuh Aiman dipeluk. “Abang,I love you lillah hi taala.”Aiman
berkata semasa tubuh nya dipeluk Hadi.
Zupp!!Terasa
aliran eletrik mengalir dalam badan mereka berdua saat mendengarkan ayat
itu.Tanpa sedar hati Hadi berbunga-bunga.
Blush sekejap pipi Aiman bila mengingatkan
hari itu.Betullah ustazah cakap,semakin hari semakin dia sayang akan Abang
Hadinya itu.Start dari hari itu,bila
Hadi menelefon,pasti Aiman akan menuturkannya.Mula-mula Hadi segan juga untuk
membalas,tetapi setelah hampir empat hari hanya Aiman yang mengucapkan,tiba-tiba
Hadi pula membalas,tapi tidaklah romantic pun.
“Herm,okay.”
Memang terkedu sungguh-sungguh la Aiman
dibuatnya.Tak sabar nak tunggu esok,sabar,sehari je lagi Aiman.
………………………………………………………………………………………………………………
“Jom shopping.”Ajak Hadi.
“Bila?”
“Sekarang lah,bila lagi yang freenya?”Hadi
sudah bersiap.
Aiman yang ketika itu hanya berseluar
kotak-kotak dan berbaju t-shirt mengerutkan dahinya. “Sekarang?”
“Saya Aiman,sekarang.Bulan depan kan dah
nak puasa,kita beli lah baju awal-awal,nanti takde lah kelang kabut sangat
sementara ada masa ni.”
“Alah,saya tak siap lagi ni….”
“Tak siap,pergi lah bersiap sekarang.”Hadi
menyuruh.
“Lama lah Abang Hadi,baju tak gosok,tudung
tak gosok,stoking tak cari,semua tak cari lagi ni,macam mana?”Tulah kamu
Aiman,bukan main lagi seronok tengok muka ustaz Don!
“Pergi jelah naik atas tu,dah membebel kat
sini pun bukannya boleh sedia semua benda tu.”Hadi tolak Aiman ke tangga,banyak
pula tanya mak cik ni.
Aiman turutkan juga.Pening kepala dia
memikirkan macam mana nak bersiap dengan masa yang sekejap.Hadi tu bukannya
suka sangat tunggu lama-lama. “Macam mana ni?Pakai je la apa yang ad…..”
Sejurus pintu bilik ditutup,Aiman dah
ternampak sepasang jubah hitam dan tudung hitam terbentang di atas katil.
“Wah,abang Hadi dah readykan lah semua baju
dengan tudung…..”Aiman berlari ke tangga,dan menempik dari atas. “Abang
Hadi,terima kasih ya atas baju dan tudungnya!”Tiba-tiba terasa macam nak
speaking indon.
Hadi mendongak ke tangga bila dengar suara
Aiman.Dia cuma tersenyum,nak tunggu kamu bersiap memang lah lama Aiman,baik
saya siapkan untuk kamu…
………………………………………………………………………………………………………….
Mereka sedang berjalan di kaki lima
kedai-kedai sekitar Jalan TAR.Banyak jugak barang yang mereka berdua
beli,alang-alang dah keluar shopping beli semua benda yang ada depan mata.
Hadi ikutkan sahaja kerenah Aiman yang
seronok sangat gayanya membeli-belah,maklumlah orang tak pernah ke public.
“Aiman,saya nak cari kain pelikat baru
lah,jom pergi kedai sana kejap.”Hadi tunjuk sebuah kedai yang menjual kain
pelikat.
Aiman anggukkan kepalanya. “Kenapa dengan
kain pelikat abang?”
“Taklah,saja nak beli yang baru…ni ada kain
batik kat sebelah ni,Aiman tak nak?”Hadi hulur sehelai batik berwarna pink.
Bulat mata Aiman.Me?Kain batik? “Abang
jangan buat lawak.”Malas-malas Aiman menjawab.
“Alah,kenapanya?Ala-ala wanita melayu
terakhir gitu…”Hadi mengusik Aiman.Sepanjang perkahwinan mereka memang langsung
dia tidak pernah melihat Aiman memakai kain batik.
“Akhir apanya?Tu,tu nampak tak?Bersepah
lagi wanita melayu Abang Hadi.Tak nak lah saya,tak reti.”
Hadi tersengih.Dah agak dah…. “Sebab tu
saya cakap ala-ala.Hisy,tak nak tak apa.Jimat duit saya.”
Huh,kedekut!Aiman jelirkan lidahnya tapi
terkena kain hitam di mukanya.Allah….lupa!
“Dah,jom kita keluar,tak daya ramai sangat
orang dalam ni.”Hadi tarik tangan Aiman supaya mengekorinya.
“Abang…..jom pergi situ,haus lah.”Hadi
turutkan.Sedang dalam perjalanan ke kedai minuman,tiba-tiba seorang perempuan
melayu yang sangat seksi lah pada pandangan Aiman melintas depan mereka.
Aiman yang pandang pun rasa sangat
malu,hoh,aku duduk berdua dengan laki aku pun tak berani nak pakai macam
tu.Mereka berdua terhenti berjalan.
Hadi telan air
liurnya,astagfirullah…..tiba-tiba tangannya digoncang Aiman.Mata cantik itu
dipandang. “Abang tengok apa tu?”
“Tengok awak lah…hisy,kenapa dia pakai
macam tu?Nauzubillah.”Hadi sedang cover.
“Jangan nak pandang lebih-lebih ya,jaga
mata,jaga hati.Nanti lupa apa yang awak ingat.”Aiman beri amaran.
Gulp!Lembut,tapi berbisa!Tiba-tiba terasa
ingin menyampaikan sesuatu kepada Aiman. “Aiman tahu tak kenapa golongan
seperti ini boleh berpakaian macam tu?”
Aiman angguk. “Banyak sebab,mungkin mereka
tak tahu tentang hukum ataupun golongan ni memang sengaja abandone hukum.”
“Betullah tu,tapi sekarang ni bukan masalah
tak tahu,tapi tak mahu.Tipulah kata tak tahu,sebab info tu ada kat mana-mana
sahaja,tinggal kita je nak apply it or……”Hadi jongket bahu. “Manusia hari ni
semakin lupa dekat Allah,alasan tak nak tutup aurat,sebabnya tak dapat
hidayah,tak dapat petunjuk,sedangkan Allah dah seru tutup aurat tu seribu empat
ratus tahun yang lepas lagi dah.Kalau tutup aurat pun,bertudung,tak
sempurna.Itupun salah jugak,tapi tu yang banyak terjadi dalam masyarakat kita
hari ni.”
“Aurat pada mereka hanya sekadar pakai
tudung,sedangkan aurat itu bukan lah maksudnya bertudung,tapi menyeluruh.Dari
segi maruah,dare segi tingkah laku.”Aiman pula tambah.
“Pandai pun isteri saya ni.”Hadi puji Aiman
dan dia tahu Aiman sedang tersengih di sebalik kain hitam itu tandan suka.
“Nauzubillah.Harap-harap anak kita nanti
janganlah jadi macam ni,takut lah saya tengok masyarakat hari.Kalah eropah.”
Hadi sengih bila dengar part anak.Wah…Aiman
bercakap soal anak? “Alah,baju dengan tudung Aiman kan semuanya
besar-besar,nantilah bagilah kat diorang sikit kalau tak cukup kain.”
Aiman pandang Hadi dengan sengihan yang
terlindung. “Boleh,boleh,nanti Abang Hadi belanja lah saya tudung-tudung baru
pulak eh?”
…………………………………………………………………………………………………………….
“Hisy,tenang. Aiman,tenang……”Buku itu
dibaca semula,sepatah haram tak masuk dalam kepala.Yang dia tahu sejak tadi
nama Malaysia dalam BM atau BI adalah Malaysia.Apakah?Setakat itu,matilah kena
marah dengan madame nanti!
Baca baik semula….the federation shall be
known ,in Malay and in English ,by the name of Malaysia.The states of
federation shall be Johore,Kedah,Kelantan….bla,bla,bla…subject to clause(4),the
territories of each of the states mentioned in clause(2) bla,bla,bla…..the
territory of the state of Selangor shall exclude the Federal Territory of Kuala
Lumpur established under the Constituition (Amendment) bla,bla,bla…..
“Argh!” Aiman jerit perlahan.Buku bertajuk
Federal Constitution itu diletak tepi.Kepalanya didongakkan dan diletakkan di
atas sofa.Muka Hadi dipandang kosong.
Hadi jongkitkan kening.Kitab Ihya’
Ulumuddin diletakkan dan dagunya ditopang untuk memandang Aiman yang duduk di
celah kakinya di atas lantai. “Kenapa?”
“Abang……………”
“Hurm?”
“Tak masuk………..”
“Masuk mana?Bola tak masuk gol?”Hadi cuba
berlelucon tetapi tidak mendapat sambutan.Okay,tak kena tempat.
“Abang Hadi……macam mana ni?Hari Isnin ni
dah masuk kelas.Buku ni tak katam lagi.”Kepalanya masih didongakkan.
“Apa yang susah sangat?Buku kecik je kot.Baca
je kan?Tengok saya punya buku,lagi tebal,bahasa arab lagi.Dari tadi saya
tengok,asik membebel je.Baca doa ke tak?”Hadi cubit pipi isterinya.
“Bacalah doa.Amboi,bukan main lagi
dia…..bila pulak kita membebelnya?Kita membaca okay.”Buka biru tadi diambil
semula.Cakap dengan Abang Hadi langsung tak membantu.
“Meh buku ni,Abang Hadi awak ni tolong
bacakan.Dengar elok-elok.Supreme Law of Federation.This constitution is the
supreme law of the federation and any law passed after Merdeka Day which is
inconsistent with this constitution shall,to the extent of the inconsistency,be
void….eh?”Hadi garu kepalanya.Jujur dia cakap,langsung dia tak faham
istilah-istilah undang-undang ni.Nak-nak pulak dalam Bahasa inggeris.Dia dulu
ambik kesusasteraan arab,bukan literature.
“Amacam?Baca je kan…?Habiskanlah buku kecik
ni.”Aiman tayang sengih,tulah,lain kali jangan kutuk-kutuk saya.
“Okay,minta maaf.Ia bukan hanya sekadar
buku biru kecil.”Hadi sengih menutup kesalahannya.
“Apology accepted!”
………………………………………………………………………………………………………………..
Kira punya kira,hari ni dah genap setahun
usia perkahwinan Aiman dengan Hadi.Mereka tetap dengan rutin harian
mereka,Aiman yang sibuk dengan kelasnya,dan juga Hadi yang sibuk dengan
pengajarannya.
“Abang,esok pagi Aiman ada kelas Bell.”
“Okay.Aiman,sini kejap.”Hadi menggamit
Aiman supaya mendekatinya.
Aiman duduk di sebelah suaminya.Lengan
suaminya itu dipeluk tanda menzahirkan sayangnya. “Kenapa?”
“Kenapa lately ni,saya tengok Aiman macam
pelik je.Ceritalah…..stress belajar ke?”Hadi bertanya,muka Aiman yang mulanya
tersenyum seperti tersentak.
“Er,tak adalah.Saya
okay,Alhamdulillah.”Aiman cuba mengelak.Pelukan di lengan itu semakin
dikejapkan.
“Yeke?Selalu Aiman cerita ke dekat saya apa
yang jadi dekat kelas,ni lately ni senyap je.Exam lambat lagi kan?”Kepala itu
diusap.
Aiman menggeleng. “Nothing lah abang
Hadi.Don’t worry.Aiman okay.Abang Hadi kata saya,saya tengok abang pun senyap
je,tak ada pun nak cerita pasal students abang,stress jugak?”
Kali ini giliran Hadi tersentak. “Takde
lah.Abang okay je.”
Kemudian kedua-duanya hanya senyap.Aiman
tenang dipeluk Hadi tetapi fikirannya menerawang entah ke mana mengingatkan hal
yang terjadi kepadanya kebelakangna ini.
Asalammualaikum,minta
maaf sekiranya surat ini menganggu awak.Saya cuma nak berkenalan dengan awak
je.Lama dah saya perhatikan awak,saya harap awak tak marah.Saya berminat nak
kawan dengan awak walaupun saya rasa saya tak layak untuk awak.Awak gadis yang
baik-baik,saya ni pulak lelaki yang jahat.Jujur saya cakap,saya sukakan
awak,mungkin too early saya kata macam ni,even kita tak pernah face to face
kan?Saya just nak bagi tahu awak ni je.Saya harap awak tak marah.Terima kasih
sudi baca.
Lebih kurang begitulah isi surat yang
diterima Aiman lebih tiga minggu yang lalu,dan itu bukanlah surat yang pertama
dan terakhir,malah selepas itu berderet-deret pula surat yang diterimanya.Tidak
termasuk lagi dengan hadiah-hadiah dan juga kiriman bunga.Ya Allah,habis tahan
dah dia ni berahsia dengan Hadi.Hendak beritahu takut bercampur segan ada dalam
hati.
Fikiran Hadi juga menerawang jauh
teringatkan masalahnya.Bagaimana dia mahu memberitahu Aiman tentang hal yang
satu ini?
“Hadi,pak
cik berkenan lah dengan Hadi ni.Boleh tak pak cik pinang Hadi untuk anak pak
cik?”
Seorang lelaki pertengahan abad meminta
Hadi agar mengahwini anaknya yang baru pulang ke tanah air.Puas dia menjelaskan
yang dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri yang baik,tetapi senang
sahaja pak cik tua itu menjawab,
“Alah,lelaki
kan boleh kahwin empat?Ikut sunnah…”
Ewah-ewah,suka hati dia je?Kalau nak ikut
sunnah,isteri pertama pergi cari jandalah,bukannya anak dara! Bab itu je tahu
nak ikut sunnah,bab yang lain tu?Ikut sendiri….Hadi sayangkan Aiman walaupun
dia jarang sekali melafazkannya.Yeke jarang?Bukan tak pernah ke Hadi?
“Abang Hadi…..”
“Ye saya….”
“Abang sayang saya tak?”
Hadi tersentak. “Kenapa?”
“Taklah,Aiman tertanya-tanya je.”Wajah
redup Hadi dipandang,di bibirnya tercoret senyuman buat suaminya.
“Awak rasa?”
“Saya rasa saya tau jawapannya.”
“Apa?”
“Aiman tau abang sayangkan Aiman,even abang
tak pernah pun cakap.Kalau tekaan saya betul lah.Betul tak?”Mata mereka
bertentangan.Aiman serius.
Lama-lama Hadi tersenyum kecil dan menjadi
tawa halus. “Apa yang buat Aiman fikir macam tu?”Aiman dibawa ke dalam
pelukan.Tangannya disilangkan dan diletakkan di atas bahu Aiman.Suka dia
berbuat begitu,memanjakan isterinya seolah segala-gala masalah hilang
berterbangan.
“Mungkin abang tak pernah cakap,tapi tak
semestinya a word means everything kan?Sayang kadang-kadang tak payah
diucap,cukup dengan perbuatan.Abang tak pernah cakap abang sayangkan Aiman,tapi
bila abang peluk Aiman macam ni,bila abang treat Aiman macam ni,it is enough
for me to know that your love really for me.”Aiman luahkan apa yang terbuku di
hatinya selama ini.
Kamu memang seorang yang bijak Aiman…..Ya
Allah beruntungnya aku dapat isteri begini. “Aiman,pernah dengar tak kata-kata
seorang lelaki adalah pelindung kepada wanita?”
Aiman angguk. “Sebenarnya seorang wanita
adalah pelindung,bayi yang berada dalam kandungan dilindungi oleh ibunya dan
seorang suami dilindungi oleh isterinya.Isteri yang baik akan melindungi
suaminya daripada melakukan perkara-perkara yang tak baik,dia melindungi
suaminya dari kejatuhan,dari kesedihan,dia melindungi suaminya ketika suaminya
jatuh.Dan awak,seorang isteri yang baik,you change my life.”
“Asif kalau awak terasa,I’m no good like
others man,for me love is not something that you should say,but something that
you should express.But,bila awak dah tanya ni,ya,abang memang sayang kan
awak,sayang sangat,insya-allah fillah.
.Dia tidak akan ragu-ragu lagi dengan kasih
sayang suaminya ini.
…………………………………………………………………………………………………………………………
“Umi,apa yang patut saya buat?”
“Hadi tahu tak hal ni?”
“Tak,saya tak bagi tahu dia pun.Saya
takut,segan pun ya jugak,nampak sangat saya tak pandai jaga maruah suami.”Aiman
rasa seperti ingin menangis bila siang tadi lelaki yang selama ini hanya
mengirimkan surat itu melamarnya di hadapan khalayak ramai.Langsung tak reti
bahasa!Bukannya tak diberitahu Aiman itu sudah berkahwin,Aiman hanya menipu
sebagai alasan hendak melarikan diri,katanya.Huh,sengal!
“Lah,kenapa tak bagi tahu dia?Tak baik tau
membelakangkan suami,awak dah ada suami Aiman.Jangan lupa tu.Sedih dia dengar
nanti.”Itu dari abah.
“Aiman segan,Aiman takut.”
“Sebab tulah abah kata kena bagi tahu
Hadi.Aiman bagi tahu kami kat sini pun bukannya umi dengan abah boleh tolong
awak dekat sana.Aiman ada Hadi je tau tak dekat sana,ke nak bagi tau
ibu?”Laju-laju Aiman menggeleng,alangkan dengan Hadi pun dia segan,inkan pula
dengan ibu mertuanya.Apa pula kata dia nanti.
“Betul abah cakap tu Aiman.Aiman tak bagi
tahu ke budak tu Aiman dah kawin?”Umi pula bertanya.
“Dah la umi,takkan lah Aiman tak bagi
tahu.Dia cakap Aiman tipu,saya cuma bagi alasan nak mengelak dare dia,dia cakap
ramai orang bagi lasan macam tu.Dah tu saya nak buat macam mana ni?”
“Pulak dah.Hai,macam-macam lah orang zaman
sekarang,isteri orang pun sanggup dipinangnya.”Abah bercakap perlahan.
“Kalau macam tu lah ceritanya,lepas ni
terus bagi tahu Hadi,jangan tanguh-tangguhkan lagi dah.Bawak Hadi jumpa dengan
budak tu,cakap elok-elok,baru dia percaya kot.Sebab tu umi kata bagi tahu
Hadi,awak degil,nak malu apanya?Bukan awak yang menggatal dengan dia kan?”Umi
pulak memebebel di talian.
Aiman angguk.
………………………………………………………………………………………………………..
“Abang,nah.”Aiman hulurkan enam pucuk surat
kepada Hadi dengan satu kotak sederhana besar diletakkan di sisi suaminya
ketika mereka sedang bersiap-siap hendak tidur.
“Apa ni?”Berkerut kening Hadi.
“Bacalah.”Hadi membaca satu-satu surat
itu,lagi berkerut keningnya.Aiman sudah merah mukanya,bantal dibuat tutup muka.
“Nah.”Surat-surat itu dihulur semula kepada
Aiman.Kotak dibuka,satu-satu barang itu dipandang.Kad-kad yang tersangkut di
setiap hadiah dibaca.
“Kenapa baru sekarang bagi tahu?Saya tunggu
je selama ni,mana tahu Aiman nak cerita,tapi awak senyap je.”
“Abang Hadi tahu?”Hadi angguk.
“Saya tahu awak ada masalah,tapi saya tak
tahu masalah apa.Saya tak nak kacau awak,so saya senyap jelah,abang rasa awak
akan cerita juga dekat abang nanti.Tapi siang tadi,saya pergi fakulti
awak,ingat nak jemput,tapi tak sangka ternampak sesuatu.”
“Asif abang,asif.”Sungguh Aiman tidak tahu
mahu disorok ke mana mukanya yang satu ini,malu!
“Kenapa nak minta maaf pulak.Bukannya awak
yang salah.Dia yang minat awak,nak buat macam mana,isteri saya ni kuat sangat
magnetnya!”Hadi menegakkan muka isterinya yang sedari tadi menunduk.
“Saya malu…”Perlahan suaranya menjawab.Air
matanya sudah berlinang.Walaupun Hadi tak marah,tapi entah kenapa,Aimn rasa
malu sangat sekarang ni,nak-nak pulak Hadi ternampak apa yang terjadi siang
tadi.
“Kenapa nak malu?Aiman,kalau bercakap cuba
pandang saya…..Allah,sayang..,kenapa menangis ni?”
Hendak tak hendak,Hadi dipandang juga.
“Saya malu,malu sangat-sangat.Abang dengarkan apa yang dia cakap siang tadi?”
Hadi angguk.
‘Cukuplah
tipu saya Aiman,saya tetap tak percaya yang awak dah berkahwin.Awak baru 19
tahun.Tak guna kalau awak berpurdah,tutup aurat sempurna mana pun kalau menipu
Aiman.Jangan jadi munafik,takkan itu pun awak tak tahu?’
Sepanjang perjalanan menuju ke
kereta,banyak juga suara sumbang yang menuduhnya bukan-bukan.Ada satu orang
tu,Aiman dengar,dia cakap Aiman ni pakai purdah semata-mata sebab nak menunjuk
je yang muka dia cantik sangat,sampai nak bertutup,lepas tu bajek bagus sebab
reject Amin yang handsome tu.
Sungguhlah selepas ini Aiman nak pakai
burqah pulak pergi kelas.
“Dahlah,awak tak salah,saya percaya isteri
saya ni,biarkan apa orang nak kata yang penting Allah tahu,nak tahu tak,masa
Aisyah difitnah oleh seorang yahudi dulu pun,dia tabah walaupun dia terlampau
sedih dengan apa yang orang sekeliling cakap dekat dia nak-nak pulak Rasulullah
macam tak percaya dengan Aisyah,tapi Aisyah kata dia percayakan Allah.Dia tak
kisah pun orang nak kata apa,dan Allah pegang janjinya,siapa yang yakin dengan
Allah,Allah redha dengannya.Dan turunlah ayat yang bersihkan nama
Aisyah.So,awak kenalah tabah.”
He is really like abah…….. “Abang Hadi..you
sound like abah.”
Hadi gelak,comel! “Alah,kan list untuk zauj
awak tu mesti baik macam abah,so here I am.Abah junior.”
“Terima kasih.”
“Sama-sama.Awak tahu tak,kalau Aiman ada
rahsia,saya pun ada.”
“Apa dia?”
“Sebenarnya kan,ada sorang pak cik ni,tak
habis-habis mintak saya kawin dengan anak dia.”
Apa? “Hah?Abang setuju ke?”
“Sabar Aiman.Tiap kali saya jumpa dekat
masjid,mesti dia tanya jawapan saya.Tapi saya cakap,saya tak nak.Saya dah ada
isteri.Pakcik tu cakap,saya boleh poligami.”
“Hah?Setuju ke tidak?”Lagi kuat Aiman
terjerit.
“Isy,slow la sikit.Terkejut lah.Lepas tu
saya cakap,saya memang tak nak.Cukuplah isteri saya yang satu ni.Saya takut tak
boleh adil,awak four in one dah,tak payahlah nak pasang lebih-lebih.Nanti kalau
saya kawin dengan anak pak cik,saya takut anak pak cik sakit hati,jujur saya
cakap,saya memang tak boleh nak adil.Lepas tu pak cik tu terus senyap.”
Lega sekejap Aiman rasa. “Lama dah ke?”
“Dalam tiga minggu macam tu la.”
“Cantik ke anak pak cik tu?”
“Entah,mana abang tahu,tak pernah jumpa
pun.”
“Terima kasih lagi sekali sebab tak madukan
saya.”Hadi tergelak dengan ayat Aiman.Kali ini sungguh-sungguh dia gelak.
“Haha,apa la Aiman ni….”
………………………………………………………………………………………………………………
Sejak dari
hari itu,lelaki yang bernama Amin itu langsung tidak pernah mencarinya
lagi.Surat-surat juga langsung Aiman tidak pernah dapat dah.Dia kini bahagia
menjalankan hidupnya seperti biasa.
Hadi pula,terus juga begitu.Sweet dengan
caranya tersendiri.
“Nah.”
Kertas kecil itu berjaya membuatkan AIman
tersenyum di sebalik purdahnya. “What for?”
Satu lagi kertas
kecil dihulurkan.
“Ingat Aiman,hidup kitta hanyalah
persinggahan,segala-galanya hanyaah pinjaman.Saya juga pinjaman dari Allah
untuk awak.Awak adalah pinjaman Allah untuk saya.Jika takdir kita tak
panjang,ingat bahawa Allah itu ada,dia sentiasa ada.Dia pinjam dan dia ambil
semula supaya dia nak kita ingat dia,dan bila saat tu datang……..”
Kertas kecil diletakkan atas tangan Aiman.
Dan lelaki itu dipeluk tanda menghargai apa
yang dia lakukan.Disaat dia hilang,Hadi selalu mengingatkan dia bahawa Allah
itu ada buat hambanya.Disaat dia gembira,Hadi selalu kata,Allah beri kamu
gembira kerana dia tahu kamu sudah letih menderita,jadi bersyukurlah dengan
nikmat yang diberi.Allah sentiasa sayangkan hambanya…
Ada hikmahnya mengapa Allah takdirkan abah
tidak mengizinkan dia ke Jordan dan mengahwinkan dia dengan Hadi,kerana Allah
tahu yang terbaik buat hambanya,Allah tarik kesempatan ke negara orang,dan
Allah kurniakan dia kesempatan menjadi seorang isteri.
……………………………………………………………………………………………………………….
“Kenapa
abang nak jumpa saya?”
“Sebab
awak lamar isteri saya.”
“Siapa
isteri abang?”
“Aiman,dia
isteri saya.”Tenang.
“Ja,jadi
betullah Aiman tu dah berkahwin?”
Hadi
angguk. “Kalau tak percaya,tengok ni.”Hadi keluarkan kad kahwinnya.
“Saya
minta maaf bang…saya tak tahu,saya ingat dia menipu.”
“Aiman
takkan tipu,kenapa dia nak tipu awak?”
“Sebab
dia tak nak kawan dengan saya.Sumpah saya tak tahu yang dia dah kawin,she is
too young.”
“Tak
pelah,lepas ni jangan kacau dia dah.Saya minta baik-baik,saya harap lepas ni
awak jauhkan diri dari dia.”I don’t want my Aiman sad anymore.Ayat itu hanya
disambung dalam hati.
Bila
lelaki itu semakin menghilang,Hadi pandang kasutnya sendiri.Bibirnya mengukir
senyuman,
“Pak
Ngah nak nikahkan Aiman dengan Hadi sebelum dia fly ke Jordan.”
“Hadi
setuju.”
“Tak
nak fikir dulu ke?Jangan dibuat main-main soal kawin ni Hadi,anak dara
orang,bukan anak kucing tau.”
“Hadi
setuju.”
“Betul?”
“Betul.”
Kenapa
saya mudah setuju untuk menikahi awak Aiman?Sebab waktu dulu,awak pernah
tunjukkan saya list zauj idaman awak,dan tanpa saya sedar,sedikit demi sedikit
saya mula cuba untuk menjadi seperti idaman awak…….
Senyum
diukir lagi…..
-Marriage is one
of the road to the jannah,if you apply it well-
Akyelrahim.
12.39
am
8/6/2013