Thursday 31 October 2013

abis Exam!!!!

Asalammualaikum....


Hoah!!!

Alhamdulillah sesangat...lepas sebulan,finally,exam aku habis jugak!

Letih wei,balik sekolah tak boleh buat apa-apa...nak buat benda lain risau karang esok tak boleh jawab exam!

Tapi,series la,kali ni punya table,lain macam.....ade ke sebulan?Dah gaya macam SPM plak...

Dah tu,boleh pulak agama campur ngan kimia,kimia campur ngan addmath...tak ke gila namanya?Mana nak baca kimia,mana nak hafal agama,mana nak kira addmath?

Kan senang kalau satu subjek tu buat satu hari je,kalau 9 subjek,9 hari,kan sennag,eh tak...ada pulak sambung,paper ni hari jumaat,sambung plak hari isnin.....

Ni dah habis,tak reti pulak nak buat apa....nak ambik buku baca,rasa macam tak larat dah....nak tidur petang,mata ni memnag tak reti bahasa....

Tapi kan,aku banyak sangat kerja yang menunggu....SIDANG REDAKSI MAJALAH TIME!

whoa,typing banyak maaa!!!

bila la nak buat tu ek?cikgu nak minggu depan?malas deh...

hari ni paper last,fizik,aku rasa la kan,cam sennag palk fz ni,padahal,awal-awal blajar dulu...haram,sepatah apa pun tak paham...action je lebih dalam kelas time cikgu ngajar....bila tanya faham ke tidak,semua kata faham...

bila suruh buat,herm...sorang pun tak reti!kalau tengok cara masing-masing,kemain tegak badan,cam kepala kura-kura dah!tegaknya 90' angle!salin,rupa tak cukup kertas...tapi skang.....aku lagi suka fizik dari kimia.....

kenapa ek?

Love story...

'i' am sorry' because 'my love suck' but still can make 'man's 


tears',if you don believe it,you can 'operate my heart'......and 


you will see just the 'Dear Adalila'.....and it is you....I love 

you!!

Monday 28 October 2013

Man's Tears



couldn't save you from the start,
love you so its hurts my soul

“Apa lagi kau nak?”Taufiq bertempik kuat di hadapan Addin.

“Aku tak nak apa-apa,aku just nak kau  berhenti buat semua ni.”Addin memandang sayu muka Taufiq yang sedang menyinga.

“Aku tak pernah suruh pun kau menyibuk,so get lost!”

“Sampai hati kau kan?”Addin sudah terduduk saat mendengar kata-kata Taufiq.

“Aku kisah apa dah dengan korang?Semua nya tak guna!”Taufiq semakin menggila,marahnya semakin tidak tertahan.

“Taufiq,please.Dia mama dengan papa kau.Orang yang kau cakap tak guna tu,family kau.Aku tau,kau sakit hati,but please…”Belum habis ayat Addin,Taufiq sudah memetir semula.

“Boleh pergi mampuslah dengan semua tu.Mama,papa,family,aku ada ke selama ni?Diorang dah lama lah mati!”Mencerlung matanya saat berkata-kata.
Addin tak tahu ingin buat apa lagi dengan lelaki di depannya.“Fiq,kalau diorang tak sayang kau,I’m here.I’ll stand by your side.”

“Kau?Bukan kau sama je macam diorang?Kawin dengan aku pun sebab kesian?Aku tak hadap lah dengan korang.”Taufiq mengherdik lagi.

Air mata yang sedia bertakung di tubir matanya kini mula mengalir.Fiq,kenapa kau jadi macam ni sekali?Kenapa hati kau keras sangat?Addin faham yang Taufiq sudah terlalu lama menderita.Hatinya sudah terlampau keras,semua disebabkan darah dagingnya sendiri. “Fiq,I love you.Tolonglah kau faham,berapa kali aku nak cakap,kesian tu langsung tak pernah aku fikir.Can you just trust me?”

“Kau ingat senang-senang aku nak percaya?Love konon,dah lah Addin.Aku bosan dengan korang,buat serabut hidup aku.Semua tak guna!”Usai berkata-kata,terus Taufiq berlalu dari kamar tidur mereka.
Addin masih terduduk lemah di atas kerusi.Taufiq seorang anak yang dipinggir oleh ibu bapanya dari kecil lagi.Sejak kecil,apa yang Taufiq lakukan sering dicemuh oleh mereka.Apa yang Taufiq peroleh,pasti akan dibuang termasuk lah tawaran belajar ke luar negara yang disekat oleh ibu bapanya.Lelaki itu membesar dengan kebencian daripada ibu bapanya.Walaupun ibu bapanya seorang yang kaya dan berada,Taufiq belajar di university dengan biaya nya sendiri tanpa sesen pun ditanggung ibu dan bapanya.
Addin merupakan jiran kepada Taufiq.Daripada kecil dia sudah memerhatikan kehidupan Taufiq yang sangat menyedihkan.Saban hari,dia akan mendengar pekikan dari ibu Taufiq dan pastinya badan lelaki itu akan menjadi mangsa.Atas sebab apa langsung Addin tak pernah tahu.

Mencintai suami sendiri sungguh menyakitkan.Apa lagi yang harus dia lakukan untuk membuatkan Taufiq percayakannya?Sesungguhnya dia menyayangi Taufiq sebagai seorang suami,bukan atas dasar kasihan,namun perasaannya tak pernah Taufiq hiraukan.

can you forgive me for trying again,
your silence makes me hold my breath,

“Hei,kau jangan nak kurang ajar dengan aku ye,kalau tak sebabkan aku,kau dah lama lah mati.Jangan nak sombonglah.”Mama sedang  menjerit memarahi Taufiq ketika Addin memasuki ruang tamu kondonya.

“Heh,dah tu?Nak ungkit pulak apa yang Datin dah buat selama besarkan saya?Go on lah,saya peduli apa?Saya tak pernah mintak pun.”Taufiq memandang tajam muka mamanya.

Cepat-cepat Addin berlari mendapatkan suaminya.Bimbang situasi tegang ini akan berubah lebih teruk.

“Memang lah kau tak pernah mintak,aku je yang tak sedar tak guna pun aku bela kau ni!”

“Sudah lah Datin.Saya tak tahu dah apa lagi yang Datin nak bila datang sini?Agaknya,hidup orang macam Datin ni memang tak pernah puas!”Taufiq menempelak mamanya.

Addin terkejut bila dihidangkan dengan situas begini.Tidak pernah lagi dia mendengar pergaduhan anak-beranak ini sebegini hangatnya.

“Hei,kalau tak disebabkan harta kau,tak hingin la aku jejak kaki dekat sini!Buat habis masa aku je.”

“Datin  nak apa lagi?That is my property,my money,suka hati saya lah saya nak buat apa pun.Yang nak sibuk sangat kenapa?” Addin mula rasa tidak senang dengan cara suaminya bertutur dengan mamanya.

“Kau jangan berlagak lah Taufiq,harta tu harta aku.Kau tak ada hak pun,aku tak kira,kalau kau tak serahkan juga,kau tahulah nasib kau.”

“Mama!Kenapa cakap macam tu dekat Taufiq,he is your son!”Suaranya sedikit meninggi kerana terlampau terkejut.

“Hei perempuan,kau jangan sibuk campur tangan hal aku!”Taufiq memarahi Addin.

“Huh,dia bukan anak aku!Dia ni sampah,aku tak pernah ada anak macam dia.”Terus mama berlalu dari situ meninggalkan Taufiq yang terkedu.Addin juga terkejut dengan pernyataan mertuanya.

Terus Taufiq berjalan meninggalkan Addin,dia masuk ke bilik tidur dan pintu ditutup perlahan.Sayu hati perempuannya apabila melihat Taufiq begitu.Siapa yang tidak sedih bila seorang ibu berkata begitu?

oh time has passed you by....
ooh,for so long i've tried to shield..you from the world..
ooh,you couldn't face the freedom on your own,
here i am left in silence,


Perlahan-lahan langkah diatur menuju ke bilik.Kelibat Taufiq dikesan sedang duduk di atas sofa memandang pemandangan kota.Addin duduk di sebelahnya,dia pandang muka sayu Taufiq.

“Fiq,kau okey?”

“Kau dengar kan apa yang dia cakap tadi?Aku bukan anak dia,aku ni sampah!”Dia tersenyum sinis.

“Fiq,aku rasa mama kau tak maksudkan macam tu,dia terlepas cakap.”

“Sudah lah.Dia bukan mama aku,aku bukan anak dia.Aku tak pernah ada keluarga,aku anak yatim.Kalau kau nak tinggalkan aku pun aku tak kisah.”Matanya jauh memandang awan,langsung tak sedar perubahan muka isterinya.

“Fiq,aku isteri kau.Kenapa cakap macam tu?I will never leave you.Kalau diorang tak pedulikan kau pun,aku takkan buat macam tu.”

“Ntah la.Aku dah tak tahu dah apa gunanya aku duduk dekat sini lagi bila semua orang bencikan aku.Aku ni siapa sebenarnya sampai diorang benci aku sangat?”

“Fiq….”Addin tak mampu menjawab soalan itu.Apa yang mampu dia buat hanya pandang muka Taufiq.

“See,kau sendiri tak dapat nak jawabkan?Who am i?Aku letih hidup macam ni,dari kecik dibenci,dari kecik hari-hari kena caci,kena hina….kadang-kadang aku fikir hidup aku ni kosong,baik aku mati je.Apa yang aku ada semuanya kena tarik,orang yang aku suka  pun,papa sendiri sanggup kebas.Sampai harta yang atuk tingalkan dekat aku pun diorang sanggup nak rampas.Apa guna lagi hidup aku ni?”Suara Taufiq mula serak.Entah mengapa dia ingin meluahkan apa yang dia rasa pada wanita di sebelahnya ini.

Addin mula berair tubir matanya.Bahu suaminya digosok perlahan,cuba menenangkan hati Taufiq yang sedang bersedih,kasihan suaminya.Barulah dia tahu mengapa hatinya begitu keras.Addin ingatkan selama ini,Datin Habibah hanya melayan Taufiq begitu kala anginnya datang,rupa-rupanya…

“Aku tak ada keluarga.Aku tak ada sesiapa,zero.Selama ni aku tak kisah pun diorang tu nak buat apa,tapi sampai harta atuk pun diorang nak kaut,aku memang tak boleh terima.Aku ni siapa pada diorang?Aku ni siapa Addin?”Air mata Taufiq kini sudah mengalir.Addin turut menangis mendengar luahan hati suaminya.

“Fiq,kau suami aku.”Addin jawab dalam tangisnya.

“Suami?Layak ke aku jadi suami kau?Layak ke aku Addin?”

“Fiq,kenapa kau selalu buat aku macam ni?Berapa kali aku nak cakap,aku sayangkan kau,biarlah diorang tak sayang kan kau,diorang nak bencikan kau.Kau patut tanya dulu lagi,empat bulan lepas kalau nak cakap pasal layak.You are my husband Taufiq.”Addin pegang tangan Taufiq.

Muka wanita itu dipandang kosong. “Kenapa kau baik dengan aku?Bukan selama ni aku kasar dengan kau ke?”

“Taufiq,I’m your wife.Aku takkan lari even kau halau aku cause aku sayang kau.”Kepala Taufiq ditarik perlahan supaya disandarkan ke bahunya dan dia hanya menurut tanpa membantah.Air matanya mengalir tanpa segan silu di bahu insan yang bergelar isterinya.

“Dulu,bila Nani pergi dekat Datuk,aku rasa benci sangat dekat diri sendiri.Hari-hari aku tanya dekat diri sendiri,teruk sangat ke aku ni sampai girlfriend sendiri pun boleh pergi dekat Datuk.Lama-lama baru aku sedar,aku ni miskin,Datuk kaya.Aku mana boleh bagi apa yang dia mintak.”

“Tak,kau tak miskin.Kau lebih kaya dari diorang,Nani tu sebenarnya yang tak ikhlas dengan kau Fiq.”

“Aku mintak maaf kalau kau rasa terbeban bila kawin dengan aku.Kau tak ada mentua yang layan kau baik-baik.”

“Kalau aku nak rasa semua tu,aku takkan terima kau dulu Fiq.Aku takkan setuju bila mama dengan papa hantar rombongan dulu.Baik aku tolak je.Aku tau kau tak suka pun,diorang je yang pandai-pandai sebab nak deal business dengan daddy.”

“Kau tahu….”

“Dah la.Aku tak kisah dah dengan semua tu.Aku nak kau tahu,kalau ada apa-apa yang jadi,just tell me.Kita usaha sama-sama.Aku tak nak kau sorang-sorang tanggung.”

Taufiq Cuma senyap memandang langit sambil masih lagi kepalanya bersandar di bahu Addin.Aku tak tahu Addin,kenapa kau baik sangat dengan aku?Aku takut nak sayang kau,aku takut bila aku dah sayang kau,kau pun nanti tinggalkan aku.Aku tak nak dah sayang sesiapa.Aku takut….

you gave up the fight,
you left me behind,
all that's done's forgiven,
you always be mine,
i know deep inside,
all that's done's forgiven,

“Fiq,tolong aku.”Addin menjerit saat terpandangkan Taufiq yang berlari mendapatkannya.

“Addin,kau okey?”Cemas suaranya saat melihat Addin yang terikat dan tudung di kepala sudah ke mana.Sudah sehari suntuk dia mencari ke mana Addin menghilang sehinggalah satu mesej masuk mengatakan Addin sedang berada di sebuah gudang lama.Terus dia bergegas ke situ.

“Fiq,tolong,aku takut,diorang cakap nak bunuh kau.”Terus tubuh kecil itu didakap cuba menenangkan hati yang ketakutan.

“syh,you are safe now.Dah jom kita pergi.”Ikatan itu dileraikan.Mereka hampir keluar dari gudang bila satu tembakan dilepaskan di udara.Addin menjerit ketakutan.

“Owh my,so sweet.Nak pergi dah ke?Cepatnya,jom la main dulu.”Suara seorang lelaki yang tiba-tiba muncul memecahkan kesunyian gudang.

“Apa masalah kau?”Taufiq menyurukkan Addin di belakangnya.

“Masalah aku?Koranglah.Bagi aku harta kau Taufiq.”Lelaki itu makin menghampiri.Pistol dipusing-pusingkan.

“No wonder lah.Siapa yang upah kau?Datin Habibah?Datuk Hakim?Berapa dia upah kau?”Tangannya cekap memegang Addin,takut berlaku-apa yang tidak diingini.

“Wow,pandainya.So,apalagi?Bagilah,kau jangan degil,kalau tak nak perempuan tu mati.”Pistol diacu tepat ke muka Addin.

Cepat-cepat Addin dilindungi. “Ini urusan antara aku dengan diorang.Kau jangan berani nak usik dia!Kalau apa-apa jadi dekat dia,jangan kau menyesal hidup dekat atas bumi ni!”Keras amaran dari Taufiq.

Addin terasa terharu bila Taufiq sanggup melindunginya sampai begitu sekali.

“Senang je,sign surat ni.”Satu surat dikeluarkan dari poketnya lalu dihulurkan kepada Taufiq.

Surat itu dibaca.Kurang ajar,kau memang nak buat aku papa seumur hidup!Dalam jarak lima meter,Taufiq perhatikan lelaki itu.

“Addin,bila aku kata pergi,aku nak kau pergi.Jangan tunggu aku,lari jauh-jauh.Aku tak nak apa-apa jadi kat kau.Faham?”Taufiq berbisik perlahan.

Addin menggeleng-geleng tanda tidak bersetuju. “Tak nak,aku tak nak tinggalkan kau.Aku tak nak lari.”

“Kau jangan degil lah!”

“Kau nak buat apa?Takkan kau nak buat sorang-sorang?Please Fiq…”

“Aku tak kira,kau kena pergi jugak.Jangan tunggu aku.”Sejurus itu,terus surat itu dikoyakkan. “Mimpilah aku nak bagi semua harta aku dekat perempuan tu,over my death body! Addin,go now!”Tubuh Addin ditolak kuat supaya berlari meninggalkan mereka.Addin membuka juga langkah walaupun hatinya berat ingin meninggalkan Taufiq yang sedang bergelut dengan lelaki itu.

“Jahanam kau!”Mereka bergelut untuk merampas pistol sebelum ia terpelanting.Taufiq menyepak perut lelaki itu sekuat hati sebelum berlari mencapai pistol di atas lantai.Lelaki itu bangun semula dan mereka mula bergelut semula.

Addin berjaya keluar dari gudang.Dia ingin berlari ke jalan raya ketika bunyi  tembakan kedengaran.Ya Allah,Taufiq!Langkah diatur kembali ke gudang itu.Benar segala telahannya,Taufiq sudah terbaring dengan perut yang berlumuran darah.

“Taufiq!!!”Begegas dia berlari mendapatkan Taufiq.

“Hahahaha!Bodoh,sekarang mampuslah kau dekat sini.Puas hati aku.”Lelaki itu menendang kaki Taufiq yang sudah tidak bermaya.

“Jangan sepak Taufiq,kau memang setan!”Sedaya upaya Addin cuba melindungi suaminya.Tidak sedar bahagian dadanya sedikit terdedah.

“Setan?Aku peduli apa?Lawa jugak kan kau ni?Alang-alang laki kau dah mampus,bolehlah aku rasa kau sekejap.”Kata-katanya berjaya membuatkan Addin ketakutan.A,apa yang dia nak buat?

“Ka,kau nak buat apa?”Taufiq masih mendengar perbualan mereka.Ya Allah,selamatkan Addin.Tangan Addin yang kejap memegang tangannya digenggam lemah.

“Kau rasa?”Terus tubuh Addin ditarik kasar daripada memeluk Taufiq.Addin ditolak kasar tidak jauh dari Taufiq sehingga Taufiq jelas melihat dan mendengar jeritan Addin yang ketakutan.

“Fiq,tolong aku.Fiq,tolong aku.Argh!”Addin sedaya upaya meronta-ronta bila tubuhnya ditindih kasar.Bajunya dikoyak kasar mendedahkan batang tubuhnya.Kain yang dipakai mula di cabut.Ya Allah tolong lah aku.

Taufiq yang terbaring langsung tak berdaya untuk bangun dan menolong isterinya itu.Addin,aku mintak maaf…Tangannya terkapai-kapai ingin bangun,tapi langsung tidak berdaya dek kerana sakit di perut yang mencengkam.

“Cantiknya kau ni,rugi kalau laki kau sorang je dapat rasa.Kau jangan banyak bergerak,nanti kau sakit,kalau sakit,tak seronok lah macam ni.”

“Lepaslah aku.Jangan lah buat aku macam ni.Fiq,Fiq,tolong aku!”Addin masih lagi meronta-ronta sambil menangis.

Ya Allah selamatkan Addin,aku sayang dia,aku cintakan dia Ya Allah.Tolong selamatkan isteri aku,aku tak mampu nak lindungi dia,aku tak mampu nak pertahankan dia.…… “Fiq!!” Ayat terakhir yang Taufiq dengar sebelum matanya semakin memberat dan di hanya sempat memandang wajah Addin yang tersiksa apabila dikasari begitu.Addin…..

watch the clouds drifting away,
still the sun can warm my face,

Buih-buih pantai menyapa kakinya.Lama Taufiq merenung jauh ke lautan yang biru.Dia mengeluh perlahan bila seraut wajah Addin terlayar di matanya.Apa kau buat sekarang ni Addin?
Taufiq teringat peristiwa hampir enam bulan yang lalu pabila dia sedar daripada lena.Dia sudah berada di atas sebuah katil hospital.

“Addin,mana Addin?”Dia bergegas bertanya tentang isterinya pada seorang jururawat.

“Encik,bertenang,Puan Addin sedang menjalani rawatan di biliknya.”Jawapan daripada jururawat itu tidak menenangkan hati Taufiq.

“Mana bilik dia?Show me.”Taufiq sudah turun dari katil,dicabutnya segala tiub yang melekat di tangannya.Tiba-tiba terasa sakit di perut mengingatkan dia bahawa dia baru sahaja ditembak oleh lelaki itu beberapa hari yang lalu.

“Encik tak boleh buat macam ni.Nanti akan jejaskan luka dekat perut encik.”Jururawat itu sedaya upaya menghalang Taufiq dari keluar daripada wad.

“I don’t care!Where is my wife right now?Where is Addin?”Bila melihat jururawat itu seperti terkedu bila dijerkah,Taufiq berjalan melulu mencari dari bilik-ke bilik sehingga lah dia terlihat sekujur tubuh yang terbaring di atas sebuah katil.Addin!

Dengan pantas langkah dibawa ke situ.Addin dipandang sayu,hampir menitis air matanya saat terpandangkan wajah kosong Addin.Apa yang terjadi kepadanya pada hari itu?Adakah lelaki itu telah…ah perit sungguh Taufiq rasakan untuk menyebut perkataan itu,apatah lagi Addin yang menanggungnya.

“Addin,aku datang.”Taufiq berkata sambil tangan perlahan-lahan memegang tangan isterinya.Addin kelihatan sangat terkejut.Terus tangannya disentap kuat.

“Addin,ni aku Fiq,suami kau.”Addin menggeleng-geleng laju.Tak,dia bukan suami aku,dia orang jahat!

“Kau siapa?Kau bukan suami aku,suami aku dah tak ada dia,dia dah mati.Dia kena tembak,kau nak rogol aku!Fiq aku dah tak ada,Fiq aku dah mati.Kau bunuh dia,kau pembunuh!”Jeritan Addin berjaya memakukan tangan Taufiq dari cuba menyentuh tangan isterinya.Perempuan di depannya ini bukan lagi Addin yang dulu…

“Addin….”Taufiq tidak mampu berkata-kata.Tangan yang tergantung di awangan perlahan-lahan diturunkan.

“Berambus!Berambus,aku tak nak tengok kau.”Addin memeluk lututnya di penjuru katil.Matanya menunjukkan dia seperti menghadapi perasaan yang sangat takut dikala ini.Wanita itu didekati perlahan.

“Addin,aku kat sini,aku Fiq.Aku tak mati,aku hidup lagi,see,aku tak apa-apa.I’m here,Addin aku hidup lagi.”Tangan Addin cuba digenggam lagi.Suaranya cuba memujuk Addin yang ketakutan.

“Lepas,lepas kan aku.Kau pembunuh.”Addin menumbuk-numbuk kuat bahagian dada dan perutnya tanpa kawalan dalam usaha melepaskan tangannya daripada pegangan Taufiq.Taufiq dapat rasakan,lukanya pasti terkena tumbukan dari  Addin kerana rasa pedih semakin dirasakan.

“Addin,calm down.Ok,aku lepas,aku lepaskan kau.I am sorry.”Selangkah demi selangkah Taufiq bawa kakinya mengundur ke belakang.Ya Allah,kenapa Addin jadi macam ni?
Addin semakin Taufiq tidak kenali.Dia turun dari katil dan berlari bersembunyi di sebalik pintu bilik air,badannya menggeletar,ketakutan yang teramat sangat.Perit sungguh Taufiq rasa kan kala ini.

Tiba-tiba pintu ditolak dari luar.Seorang doctor masuk bersama beberapa orang jururawat berserta ibu bapa mertuanya sekali.

“Semua orang diminta keluar sekarang.Nurse,sedia.”Doktor memberikan arahan.Tanpa berlengah bapa mertuanya mendorong dia untuk meninggalkan bilik itu.Berat hatinya untuk membiarkan Addin keseorangan di dalam bilik itu.

“Kenapa Addin jadi macam tu?”Ayat yang pertama keluar dari bibirnya selepas beberapa minit keluar dari bilik Addin.

“Fiq,daddy harap Fiq sabar.Kita tak pernah mintak Addin jadi macam tu.”Daddy cuba menenangkan hati menantunya.

“Kenapa dengan dia?Kenapa dia tak kenal saya?”Taufiq pandang muka daddy.Dari air muka mertuanya itu,sudah cukup mengkhabarkan yang pasti sesuatu terjadi,jangan lah sekali kali aku dengar yang Addin…

“Fiq,Addin sekarang ni tengah trauma.Fiq tahukan masa dekat gudang tu,lelaki tu…”Belum sempat mummy menyudahkan ayatnya,Taufiq sudah menyampuk.

“Setan tu rogol Addin ke?”Dengan pantas dia bingkas bangun.
“No,tak sempat.Polis sampai dulu.Tapi Addin tengah trauma.Sebab tu lah dia jadi macam ni,doctor kata Addin tak boleh bezakan reality dengan apa yang dia alami masa hari tu.”

 Terdiam Taufiq mendengarnya.Kalaulah hari tu dia bisa kuatkan diri untuk selamatkan Addin,kalaulah dia ikut sahaja permintaan lelaki itu untuk tandatangan surat tu,kalaulah dia beralah sahaja dengan Datin Habibah tentang soal harta atuknya..kalaulah….kepalanya ditundukkan,air mata mula bergenang.

“Salah saya kan?”Matanya merenung sayu pada muka mertuanya.

“Jangan salahkan diri sendiri,mummy dengan daddy tak pernah marahkan Fiq.”

“Tapi Addin jadi macam tu pun sebab saya.”

“Fiq….”Daddy tidak mampu berkata-kata saat melihat Taufiq yang mengesat air matanya.Doktor kini sudah berada di hadapan mereka.

“Doc,wife saya,is she okay?Condition dia?”Laju Taufiq bertanya,tidak mempedulikan luka di perutnya yang mula berdarah.

i know it was destined to go wrong,

“Encik Taufiq,Encik Taufiq.”Panggilan dari Harisa mematikan lamunannya.Air mata dikesat lagi.Dia bangun dan menyapu pasir pantai yang melekat pada seluarnya.

“Kenapa Harisa? “

“Nanti pukul dua,Encik kena pergi dewan Lavender sebab ada event.”Kata setiausahanya.

“Owh ok.Thank ingatkan saya.Nanti pukul 1 panggil saya dekat bilik.Awak pergi la dulu,saya nak duduk dekat sini lagi.”

“Ok Encik Taufiq,saya pergi dulu.”
Sesudah ditinggalkan sendirian,fikirannya menerawang lagi,mengimbau peristiwa yang terjadi lewat hidupnya.

“Nampaknya Addin mengalami trauma yang sangat teruk.Dia tak boleh bezakan antara reality dengan apa yang sudah terjadi.Addin tak dapat bezakan antara awak yang hidup dan awak yang dah mati,sebab kali terakhir dia melihat awak,awak sudah mati kerana ditembak.Dia masih menganggap awak orang yang ingin merogolnya walaupun awak suami dia.”Doktor menerangkan dengan panjang lebar.

Berat berita yang disampaikan oleh doctor itu untuk Taufiq telan.

“Dia boleh sembuh kan?”Taufiq meminta kepastian.

“Boleh.Tapi mungkin dengan cara yang agak menyakitkan.”

“Maksudnya?”

“Jangan berjumpa dengan Addin buat masa yang terdekat ni sampai lah dia betul-betul sembuh.Kalau boleh,jangan tunjukkan muka awak langsung depan Addin sebab dia akan ketakutan yang teramat bila nampak awak,macam yang kita tengok tadi.”


Dan atas alasan itu dia membawa diri jauh dari Addin.Walaupun pada mulanya agak berat untuk dia melakukan begitu,demi rasa sayangnya pada wanita yang sudah banyak dia sakiti itu,dia relakan juga meninggalkan Addin.

Bapa mertuanya yang mengeshorkan agar dia ke pantai Cherating ini untuk menenangkan diri sambil menguruskan sebuah resort milik daddy.

Bukan dia tidak sayang pada Addin,malah gadis itu sudah pun bertapak dalam hatinya.Tapi dia terpaksa meninggalkan Addin yang masih dalam keadaan trauma.Pernah sekali dia mencuba untuk mendekati Addin selepas Addin keluar dari hospital,habis kesemua barang dicampakkan kepadanya.
Sedangkan Datin Habibah dan Datuk Hakim pula,tidak habis-habis menyalahkannya.Bertubi-tubi sumpah seranah dilemparkan kepadanya,mujurlah daddy dan mummy sudi membelanya.Malas Taufiq ingin membalas,Addin lebih pentingJika diikutkan rasa hatinya yang terlampau marah,mahu sahaja Taufiq ceritakan kepada pihak polis siapa dalang atas setiap yang terjadi kepadanya dan Addin.Setiap hari juga mereka akan memaksanya untuk menandatangani surat serah harta milik arwah atuknya.Taufiq benar-benar penat melayan mereka,dia dilayan benar-benar seperti sampah.
Addin,setiap hari dia tidak lepas memohon kepada Allah agar Addin diberikan kekuatan untuk melawan rasa takutnya.Setiap hari juga dia akan mengikuti perkembangan Addin melalui mummy dan daddy.Sehinggalah tiga bulan yang lalu,Taufiq mendapat tahu yang Addin sekeluarga akan berhijrah ke Amerika kerana Addin akan melanjutkan pelajarannya di peringkat Master juga dalam usaha untuk memulihkan Addin.

Taufiq hanya mampu pandang Addin secara sembunyi di KLIA apabila mereka ingin berlepas ke US.Untuk bersemuka dengan Addin,dia takut,takut yang Addin akan semakin sukar untuk sembuh.Biarlah dia sahaja yang beralah.Addin sudah pun boleh tersenyum…..

Kalau tanpa aku kau boleh sembuh,aku rela aku yang sakit dari kau yang sakit Addin…go,find your peace…tolong,jjangan lupa kan aku.

you were looking for the great escape,
to chase your demons away,

2 tahun kemudian…

“Mummy,siapa yang jemput kita?”Addin bertanya mummynya saat kaki memijak balai ketibaan KLIA.Setelah hampir dua tahun dia di perantauan,hari ini dia kembali semula bersama keluarganya memijak bumi Malaysia.

Setelah menamatkan pengajiannya,Addin kini sudah pulih sepenuhnya dari trauma yang dihidapinya lebih dari setahun yang lepas.

“Daddy ada suruh Ayah Di jemput kita.”Daddy tolong jawabkan.

“Balik mana?”

“Balik rumah kita lah Addin.”

Tidak lama kemudian,seorang lelaki yang berumur sebaya dengan Daddy tiba.Mereka berjalan menuju ke kereta dan terus pulang ke rumah mereka di Puchong Perdana.

Addin memandang pintu pagar rumah Datin Habibah yang terbuka luas ketika salah satu kereta ingin keluar dari perkarangan banglo itu.Dia ternampak gazebo yang selalu menjadi tempat Taufiq melepaskan rasa setelah puas dimaki mamanya.Ah,Taufiq…..

“Daddy,what happen to them?”Addin tunjuk banglo ‘mertuanya’.

“Daddy dah batalkan deal company kita dengan diorang.Daddy tak nak dah ada apa-apa hubungan dengan diorang.Dengar cerita,diorang hampir-hampir bankrupt,banyak sangat hutang.”

Dia Cuma mengangguk.

Addin menghempaskan badannya dia atas katil di dalam biliknya.Rindu katil ni.Lama dia merenung biliknya agak lama ditinggalkan sehinggalah tiga bingkai gambar perkahwinannya bersama Taufiq singgah di penglihatannya.Addin bangun dan pergi ke bingkai itu dan merenung sepuas-puasnya seraut wajah kacak milik Taufiq.

Mana kau sekarang Taufiq?Apa yang kau buat?Kenapa kau tak pernah cari aku?Kau betul-betul benci aku ke?

Tubir matanya mula bergenang bila mengenangkan Taufiq yang langsung tidak pernah mencarinya selama ini.Sesungguhnya,Addin memang sangat mencintai suaminya itu.Selama dia trauma,ya benar dia pernah menghalau lelaki itu jauh dari hidupnya,tetapi saat itu,percayalah,dia langsung tidak berniat begitu..mana mungkin dia menghalau satu-satunya lelaki yang dicintainya?

Kalau Taufiq tidak mahu mencarinya,biarkan dia sahaja yang mencari Taufiq!

Bila malam menjelma,dan setelah puas berfikir,akhirnya Addin menyuarakan juga hasratnya pada mummy dan daddy.

“Mummy,daddy,Addin ingat Addin nak cari Fiq.”Tenang dia bersuara meskipun hatinya seperti ingin pecah kala itu juga.

Mereka berdua langsung tidak menunjukkan riak terkejut. “Baguslah,memang itu pun yang patut Addin buat sejak dulu lagi.”

“Mummy dengan daddy tak marahkan Fiq kan?”Addin meminta kepastian.

“Kenapa mesti nak marah Fiq?Dia tak pernah buat salah.”Berkerut dahi mummy dan daddy.

“Er,sebab tak pernah cari Addin,tak pernah tanya pasal Addin.He ingnored me all this time.”

“Addin,daddy tak berhak nak cakap lebih-lebih,tapi satu je daddy nak Addin tahu,selama ni Fiq tak pernah buat salah dengan kita,but,we,you owed him.”Mummy mengangguk setuju.

 “We,me owed him?Daddy,mummy?”

“Pergilah cari dia.”Mummy pula menyuruh. “And you will know the answer.Mummy dengan daddy tak berhak nak cakap apa-apa.”

“Tapi,kat mana nak cari Fiq?”

Mummy dan daddy Cuma tersenyum.

ooh,for so long i've tried to shield you from the world,
ooh,you couldn't face the freedom on your own,

Taufiq sedang termenung lagi memandang laut.Badannya yang penat minta rehat tidak dia pedulikan.Sejak kebelakangan ini,dia semakin sibuk menguruskan resort ini,ditambahkan lagi dengan syarikat milik daddy yang dipantau olehnya serta perniagaan milik atuknya yang turut menuntut Taufiq untuk menguruskannya.Penat……

Selama tempoh dua tahun ini,dia banyak belajar dari masa lalunya.Kalau dahulu,pantang sahaja Datin Habibah datang menyerangnya,pasti segala kata-kata wanita itu akan dibalasnya,tetapi kini,dia sudah malas dan letih.Sejauh mungkin dia berlari demi menjauhkan diri jika Datin Habibah ataupun Datuk Hakim yang datang untuk menuntut harta.

Badannya dibaringkan di atas pepasir pantai sambil memandang langit yang cantik kebiruan.Macam mana lah Addin sekarang ni?Daddy ada memberitahunya semalam yang mereka telah pun tiba di Malaysia.

Selama tempoh dua tahun ini,dia tidak lepas mengikuti perkembangan Addin di AS melalui mertuanya.Merekalah yang banyak membantu Taufiq selama ini.Melalui mummy dan daddy jugalah,Taufiq dapat rasakan kasih sayang ibu bapa yang sebenar yang tidak pernah dia rasakan selama ini.
Dia mengeluh perahan,terlintas lagi lakaran wajah Addin di mindanya.Addin,Addin,ingat lagi ke kau dekat aku?

Aku janji Addin,kalau Allah bagi aku peluang untuk jadi suami kau buat kali kedua,aku janji aku takkan sia-sia kan kau,aku janji!Tapi,ada ke peluang tu?

Addin pandang dari jauh sekujur badan yang sedang berbaring di atas pepasir pantai itu.Taufiq ke tu?Wajar ke aku tegur dia?Ntah-ntah dia tak ingat aku dah selama ni..setelah agak lama membuat pertimbangan,akhirnya dengan debar,kaki diatur perlahan menuju ke arah Taufiq.Huh….

“Taufiq,Taufiq,Taufiq.”Taufiq bagaikan terdengar-dengar sahaja Addin memanggil namanya.Alangkah indahnya sekira iannya benar.

“Taufiq,Taufiq,Taufiq.”Setelah beberapa kali dia mendengar suara itu,bingkas dia bangun.Itu suara Addin!Dan perkara pertama yang dia lihat ialah wajah Addin yang manis bertudung di hadapannya.Taufiq diam tidak terkata,Addin……

Addin pula pada mulanya pandang muka Taufiq dengan perasaan gembira,sedih juga geram,yang bergabung menjadi satu,akhirnya semua berubah apabila terpandangkan raut Taufiq yang…entah..dia masih Taufiq yang sama seperti dahulu,badannya,matanya,hidungnya,mukanya,tetapi Addin rasakan yang Taufiq di hadapannya ini adalah Taufiq yang lain.Dia juga tidak mampu berkata-kata.Fiq…

“Ad,Addin,betul ke Addin?”Tanpa dipaksa,tubirnya matanya mula berkolam.Taufiq sekarang,mudah benar mengalirkan air matanya.

Addin angguk.Matanya juga mula berkolam.

“Fiq…….Ni aku Addin.”

Selangkah demi selangkah Taufiq mendekati Addin dan muka isterinya disentuh inginkan kepastian yang dia tidak berkhayal. “Addin,kau betul-betul depan aku.”Dia berkata pada dirinya sendiri sambil ketawa bercampur tangis.Ya Allah,aku tak mimpi,Addin betul-betul dah balik.Air mata lelakinya yang mula jatuh dikesat.

“Aku memang depan kau lah.”Addin juga menjawab dalam tawa bercampur tangis.



Terus tubuh Addin dibawa kedalam pelukannya.Tidak akan sekali-kali dia lepaskan,takkan buat selama-lamanya.

“Fiq,aku rindu kau.Kenapa kau tak pernah cari aku?”Dalam tangis Addin mengongoi di dalam peukan suaminya.

Ya Allah,Addin hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasa selama ni,hanya DIA saja yang tahu….
here i am left in silence,
you gave up the fight,
you left me behind,
all that's done's forgiven

Semasa makan malam mereka yang pertama setelah dua tahun,Addin dan Taufiq kelu lidah,tidak tahu untuk berbicara tentang apa.Mereka hanya senyap tanpa sebarang perbualan.Walhal,terlalu banyak persoalan yang bermain di benak masing-masing.

Setelah selesai makan,mereka berdua membawa langkah sekali lagi ke tepian pantai menghirup angin malam yang sangat nyaman.

Masing-masing membuang pandang ke arah lautan yang dibadai ombak.Setelah sekian lama menyepi,serentak mereka berpandangan antara satu sama lain.Tanpa bicara,hanya mata yang merenung antara satu sama lain.

“Fiq,kau nampak kurus.”

Taufiq pandang kakinya.Aku kurus sebab fikirkan kau. “Kau pun nampak kurus Addin.Tak cukup ke makanan dekat US tu?”

Tersentak sebentar dia bila Taufiq menyebut tentang US. “Jadi,kau tahulah aku dekat US selama ni?”Addin pandang tepat wajah suaminya.

Taufiq juga berbuat begitu. “Tau Addin.I know everything about you.”Pandangannya kembali tertumpu pada laut.

“Tapi,kenapa….”

“Kenapa apa?Aku tak pernah cari kau?Tak pernah jumpa kau?”Addin angguk.

“Huh…….dahlah Addin.Aku malas nak bukak cerita lama.Biarlah yang sudah tu sudah,let the past,through 
the future.”Barulah isterinya dipandang dengan penuh pengharapan.Pengharapan agar dia tidak akan ketahui apa sebenarnya terjadi selama ini.Nampaknya mummy dan daddy benar-benar menotakan janji mereka untuk tidak membocorkan rahsianya kepada Addin.

“But i still wanna know,kenapa kau bu…..”Sekali lagi belum sempat kata-katanya disudahkan,Taufiq sudah menyampuk.

Addin didorong supaya menghadapnya.Bahu isterinya dipegang dan dia merendahkan kepalanya untuk merenung mata Addin.

“Addin,aku tak nak ungkit apa-apa.Aku takkan cerita apa-apa dekat kau,so do you,jangan tanya aku apa-apa.Aku tahu aku salah selama ni,dan aku mintak maaf.Kalau kau nak benci aku pun,aku tak kisah,because I deserved it.The point is,aku nak mula balik dari awal dengan orang yang aku cinta,orang yang aku sayang,and the person is you,Addin!Tapi kalau kau tak nak,aku tak paksa,you are fee,free from me…aku takkan marah kau.”

Addin terdiam merenung mata Taufiq yang kelihatan tulus meluahkannya,adakah lelaki di depannya ini benar-benar Taufiq?

“Can you forgive me for trying again?Your silence makes me hold my breath.”Taufiq menggoncangkan sedikit bahu Addin yang terpaku.

“Fiq,aku tak mimpi kan?”Taufiq geleng.Terus tubuh tinggi lampai itu dipeluk erat.Ya Allah,terima kasih aku ucapkan padamu.Akhirnya lelaki ini kau kurniakan juga cintanya untukku.Taufiq juga membalas pelukan isterinya.

“Promise me,you will love me?”Addin mendongak.

“Forever,insyaallah.”

 ‘I’m kept waiting for your love forever untill you say that you just love me ever.’

i've been so lost since you've gone,

Bergegas Taufiq bangun dari pembaringannya dan turun dari katil bila terpandangkan Addin tiada di sebelahnya.Mana Addin?Aku mimpi ke dia balik?Ya Allah,betullah aku mimpi….mukanya diraup kasar dan dia tertunduk menahan rasa.

“Fiq,kau kenapa?”Addin menegur sejurus terlihat Taufiq yang seperti putus harapan di birai katil.

Cepat-cepat Taufiq angkat kepalanya,Addin! “Addin,kau pergi mana?”Terus bahu Addin dicengkam kuat tanpa dia sedari.

“Aku pergi buat sarapan lah.Fiq,sakit.”Addin cuba melepaskan cengkaman tangan Taufiq.

“Owh sorry.”Taufiq melepaskan tangannya.Dia mengeluh lega,syukurlah ini semua bukan mimpi.Dengan langkah longlai dia kembali duduk di birai katil.

Addin pandang pelik dengan gelagat suaminya.Kenapa dengan dia?Perlahan-lahan,dia melabuhkan duduknya di sebelah Taufiq. “Fiq,kenapa?”Tangan Taufiq digenggam dan matanya memandang tepat sisi 
muka suaminya.

Taufiq balas genggaman isterinya.Dia menggeleng lesu. “Tak ada apa-apa.”Dia tidak berniat untuk menceritakan apa yang dirasakan.

Kenapa dari dulu dia ni susah nak bagi tahu apa yang dia rasa? “Fiq,just tell me.Kenapa?” Tangannya memegang lembut pipi Taufiq supaya menghadap wajahnya.

“Aku takut.”Ringkas.

“Takutkan apa?”

Taufiq pula memandang tepat ke dalam mata isterinya seperti cuba mencari kekuatan. “Aku takut yang aku tengah mimpi sekarang ni.Masa aku bangun tadi,aku tak nampak kau,aku ingat kau dah lari tinggalkan aku.Aku takut Addin.Aku tak nak hilang kau lagi.”

Nampak seperti Taufiq benar-benar takut pada penglihatan Addin.Belakang badan suaminya diusap lembut,cuba menenangkan hati Taufiq yang gundah-gulana..

“Fiq,aku takkan lari.I’m here,infront of you.I’m sorry buat kau takut.”

Taufiq menggeleng-geleng perlahan.Nafasnya dihembus berat. “Ntahlah Addin,dua tahun ni aku selalu bayangkan kau ada depan mata aku.Aku tak tahu kenapa,tapi aku takut bila kau dah sihat nanti,kau akan jumpa orang lain,kau tinggalkan aku.Tapi,aku hari-hari juga harap yang kau akan sihat macam biasa and come back to me one find day.”

“Hey,look at me.Tengok aku sekarang Fiq.”Taufiq memandang muka isterinya yang sedang tersenyum itu.

“Muhammad Taufiq,dengar apa yang aku nak cakap ni.Selama dua tahun aku dekat US,kau ingat aku pernah lupakan kau ke?Setiap hari tahu tak masa aku trauma,mummy tunjukkan aku gambar kawin kita.Mula-mula memang aku takut,aku jerit tengok muka kau,tapi lama-lama aku mula ingat yang kau suami aku.Lepas je sihat sepenuhnya,barulah aku ingat semula apa yang sebenarnya jadi.Hari-hari Fiq aku tanya diri sendiri,kenapa kau tak pernah datang jumpa aku?Kadang-kadang aku rasa menyesal bila teringatkan yang aku sendiri pernah halau kau.Mungkin sebab tu kot kau tak nak jumpa aku.”

“Addin,kenapa cakap macam tu?Aku tahu yang kau tak sedar masa tu,bukan salah kau.Kau tak pernah halau aku.Aku yang tinggalkan kau.”

Addin pula yang menggeleng. “Fiq,aku tak pernah anggap kau tinggalkan aku.Aku yang sebenarnya tinggalkan kau.Dulu,aku pernah janji,apa-apa pun jadi,I’m always stand by your side.Tapi aku yang halau kau,aku yang buang kau sampai kau pergi.Aku ingat lagi janji aku Fiq,aku janji yang aku takkan pergi mana-mana even everyone hate you,tapi,kau tengoklah apa yang aku dah buat?”Addin menunduk,cuba menyembunyikan air matanya.

“Addin,I’m the one who should say that.I’m leaved you when you need someone in your life.I let you alone to face your fears.Aku tak ada masa kau sakit,aku tak ada masa kau perlukan suami kau.Aku yang buat kau sampai macam tu sekali Addin.So,please Addin,jangan salahkan diri sendiri…..and I know you always at by my side kalau kau sihat.Macam sekarang kan?”

“I’m sorry.”Addin renung mata suaminya dalam.

“I’m sorry too.”Taufiq juga membalas renungan Addin.Air mata isterinya diseka lembut.

“Let’s start the new life together.”

Kata-kata Addin Taufiq iyakan.

“Dah,jom kita makan.Feeling-feeling pulak pagi-pagi ni.Sejuk dah sarapan tu.”Addin cuba mengembalikan mood ceria di dalam situasi mereka.Bahu Taufiiq dia tepuk sedikit kuat.
Taufiq tersenyum malu.Bahunya digosok perlahan. “Kau pergi lah dulu,nanti aku datang.”

“Lah,kau nak pergi mana pulak?Penat je aku siapkan sarapan?”Terhenti langkah Addin di muka pintu.
Gelak kecil keluar juga dari mulut Taufiq. “Addin,aku baru bangun tidur kan?”

“So?”

“Bagi lah aku mandi dulu,nanti aku datanglah makan.”Addin gelak sendiri dengan telatahnya.

“Owh,cakap lah.Ingatkan apa lah tadi.Ok,mandi cepat,aku tunggu kat meja makan.”Addin melambai 
sebelum hilang dari penglihatan Taufiq.

Taufiq tidak tahu mengapa,bibirnya seperti tidak mahu berhenti mencoretkan senyuman.Ya Allah,inikah balasan setelah kau timpakan ujian pada aku?Alhamdulillah…………

why not me before you?Why did fate deceive me?

“Aku nak harta aku!”Jeritan Datin Habibah bergema di seluruh kawasan pejabat Taufiq.

“Harta apa nya Datin?Atuk bagi saya,bukan bagi Datin!”Nada Taufiq juga senada dengan mamanya.

“Tu bukan harta kau pun,tu harta aku,harta Hakim.Kau tu tak sedar diri,menumpang.Ntah bomoh mana kau guna supaya orang tua tu bagi semua harta dia dekat kau.”

Taufiq senyum sinis. “Saya tak payah guna bomoh lah.Atuk yang bagi dekat saya dengan rela.Sukahati atuk lah dia nak bagi dekat siapa pun kan?Yang Datin tak puas hati sangat kenapa?”

“Hei bodoh!Dia bukan atuk kau lah,jangan nak perasan sangat!”

“Dah Datin nak buat cerita apa pulak?”Meruap-ruap darah Taufiq dibuatnya setiap kali berhadapan dengan mamanya ini.

 “Kau tu bukan cucu orang tua tu,kau bukan anak aku!”

“Selama ni,memang saya ni bukan anak Datin ke?”Cukup sinis dari Taufiq.

“Kau memang bodohkan?Aku cakap kau bukan anak aku lah.Aku tak pernah ada anak,aku mandul.Kau tu anak haram Hakim ntah dengan perempaun mana ntah.Aku bela kau pun sebab nak tutup malu je aku tak boleh beranak.Atuk kau tu pun satu,harta tu harta Hakim,yang dia sibuk nak bagi kat kau pun aku tak faham.”

Kata-kata Datin Habibah kini berjaya membuatkan Taufiq tersentak.Bulat mata Taufiq pandang Datin Habibah.Be,betul ke?Peritnya kenyataan ini.

“Asal?Kenapa kau diam?Tak boleh terima hakikat?Harta atuk kau tu harta aku!”

Taufiq cuba mengawal riak mukanya agak tidak terlalu nampak riak terkejut dengan berita itu,dia tidak mahu nampak lemah sedangkan pada hakikatnya,kaki Taufiq sudah tidak mampu berdiri lagi.

“Saya tak peduli dah apa-apa sekarang ni,kalau saya bukan anak Datin sekalipun,takkan merubah apa-apa pun dalam hidup saya.Saya bukannya pernah ada mak ayah,saya bukannya pernah ada keluarga kan?Dan harta atuk pun still milik saya kan,dalam undang-undang saya masih lagi pewaris sah sepenuhnya.”Dalam bicara penuh sinis,Taufiq membidas mamanya.

“Kau memang tak guna kan?Kau kata aku tamak,tapi hakikatnya,kau tu yang tamak!Macam lah aku tak tahu,kau baik dengan bapak mertua kau pun sebab nak bolot harta dia je kan?”
Senyuman sinis terukir di bibirnya sejurus ayat itu terbit dari mulut Datin Habibah.Baik dengan daddy sebab harta?Dari mana dia dengar? “Datin,saya bukan macam Datin lah,buat semua benda sebab nak harta,nak balasan.”

“Dah la berlakonnya Taufiq,kau kata aku,tengoklah kau tu,plastic je lebih.Macam aku tak kenal je muka kau ni.Tengoklah sekarang ni,kenapa kau sanggup ambik balik bini kau tu?Bukan sebab harta ke?Padahal dulu,masa dia sakit mentah-mentah kau tinggalkan dia.”Tuduh Datin Habibah lanchang.

 “Apa masalah Datin sebenarnya ha?Datang office saya,lepas tu tuduh orang bukan-bukan,what is your problem actually?”Semakin menyirap darahnya dirasakan bila soal Addin ditimbulkan.
“Kau nak simpang pulak,mengaku je lah Taufiq,kau kutip Addin tu sebab harta je kan?”

“Find,nak sangat kan aku mengaku.Memang,memang aku ambik balik Addin sebab aku nak harta bapak dia supaya aku boleh balas dendam dekat kau,dekat laki kau yang tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku.Aku sengaja bolot semuanya supaya suatu hari nanti aku boleh beli syarikat kau yang dah bankrupt tu.Puas hati?!”Taufiq menempik kuat sehingga bergema suaranya di segenap ruang pejabat itu.

Addin di muka pintu terpaku dengan kenyataan Taufiq.Jadi,selama ni dia tak ikhlas dengan aku?Dia Cuma nak harta daddy?Tafiq tak pernah sayangkan aku?Setitik demi setitik air mata jatuh ke pipinya.

Seperti terkena renjatan eletrik Taufiq rasakan bila terpandang tubuh Addin yang kaku berdiri di muka pintu.Addin!Demi Allah,Taufiq tidak langsung berniat untuk menuturkannya begitu,dia Cuma geram dengan Datin Habibah yang tidak habis-habis mendesaknya.Belum sempat dia menahan,Addin sudah berlalu.

Riak kepuasan terpancar di raut wajah Datin Habibah bila menyedari apa sebenarnya yang terjadi.Huh,puas hati aku!

“Ini yang kau nak kan?So,apa lagi,get out from my life!”

Tanpa berlengah terus langkahnya diatur laju mengejar Addin yang mula menghilang.

“Harisa,batalkan segala appointment saya hari ni.”Kepada setiausahanya Taufiq berpesan.


everything turned out so wrong,
why did you leave me in silence,

Addin mengemas segala pakaiannya,dia mahu beredar dari pantai itu hari itu juga.Buat apa lagi dia di situ jika 
Taufiq hanya mempergunakannya.Segala pakaian dan barang-barangnya disumbat ke dalam luggage.

Luggage diseret dia atas pepasir untuk menuju ke keretanya.Air mata yang setia menuruni pipi dikesat.Buat apa lagi aku dekat sini?Kau memang tak guna Fiq,kau lah lelaki paling tak guna!Mati-mati daddy dengan mummy kena tipu dengan kau!

“Addin!”Taufiq melaung nama Addin bila melihat kelibat itu gagah menyeret luggage sambil menangis.Dia yakin,Addin telah salah faham dengan kenyataannya.Berlari dia mendapatkan Addin.

“Addin,Addin,tunggu.”Lengan Addin dicapai.

“Lepaskan aku,lepaskan tangan aku.”Addin meronta-ronta.

“Addin,dengar apa yang aku nak cakap dulu.”Taufiq masih lagi memegang erat lengan Addin.

“Nak dengar apa benda lagi Taufiq?Nak dengar kau cakap selama ni aku bodoh sebab kena tipu hidup-hidup dengan kau?”Dengan beraninya,Addin berdiri betul-betul menghadap Taufiq.

“Tak,bukan macam tu.Aku tak pernah maksudkan apa yang aku cakap tadi,I’m just said it.”Bahu Addin dipaut.

“Senangnya kau cakap kan?Dah tu,kau ingat aku nak percaya kan kau lagi ke?Cinta,sayang konon,stop your stupid act lah!”Addin cuba menepis tangan suaminya yang kuat mencengkam bahunya.Air mata yang tidak habis-habis jatuh Addin seka kasar.

“Aku tak pernah tipu yang aku sayang kan kau selama ni,bila aku cakap aku sayang kan kau,I really meant it!”Hampir terjerit Taufiq melawan bunyi angin laut.

“Bukan kau sayang duit daddy ke?”Cukup sinis Addin menyoal.Terdiam Taufiq sebentar. “Kenapa diam,betul?Patutlah dulu senang-senang je kau pergi je dulu….Aku tak sangka kau macam ni,I hate you!”Dada Taufiq ditolak kuat.Dengan linangan air mata,terus begnya diseret meninggalkan Taufiq.
Addin kesat air matanya.Bodoh,bodoh,kau memang bodoh Addin!

“Addin…Addin….Addin.”Taufiq melaung namanya.Addin sudah bertekad tidak akan kembali lagi pada 
Taufiq saat dia terdengarkan tempikan Taufiq yang berjaya meruntun hatinya.

“Addin,aku betul-betul sayangkan kau,aku cintakan kau!Kau tak pernah ke nampak semua tu?Kau tak pernah ke nak nampak apa yang aku buat untuk kau selama ni?Kau ingat aku suka ke nak tinggalkan kau dulu?Kau ingat aku suka ke bila doctor cakap kau langsung tak boleh tengok muka aku?Kau macam orang gila bila tengok muka aku ni,apa yang aku boleh buat?Kau cakap,apa yang aku boleh buat ha?”

“Aku tahu aku salah,aku yang buat kau trauma sampai macam tu sekali.Aku libatkan kau dalam semua ni.Aku sakit hati bila kau tak kenal aku,kenapa mesti kau tak kenal aku?Kenapa mesti aku kena pergi baru kau boleh sembuh?Dekat gudang tu,aku tahu aku bukan suami yang baik,aku tak dapat selamatkan kau,tapi aku rasa macam nak bunuh diri sendiri sebab kau yang sakit.”
Addin berhentikan langkahnya dan mendengar luahan yang dia tidak pernah dia dengar dari bibir Taufiq.

“Aku terpaksa pergi Addin,semuanya sebab kau.Aku sedih sangat bila daddy cakap kau nak pergi US,tapi apa aku boleh buat?Takkan lah aku nak halang kau?Dua tahun Addin,dua tahun aku ulang alik dari Malaysia ke US semata-mata sebab aku rindu kau!Dari jauh je aku berani pandang kau,padahal aku nak sangat cakap dengan kau.Bila aku tengok kau happy,aku happy jugak.Kau tak pernah tahu macam mana aku sedih……semua orang tak pernah tahu.”

Air mata Addin yang sedia berair  jatuh semakin lebat.
“Aku tak pernah dapat rasa macam mana ada mama,ada papa yang ambik berat pasal aku.Kau lah satu-satunya orang yang percayakan aku,yang nak sayang aku.Salah aku layan kau buruk masa kita mula-mula kawin,itu semua sebab aku takut!Aku takut bila aku sayang kau,kau pun tinggalkan aku macam Nani pernah buat.Apa yang aku sayang,semua nya dah tak ada.Mama,aku teringin sangat nak tahu kenapa dia tak pernah layan aku baik-baik,tapi sekarang baru aku tahu,aku bukan anak dia!”
Taufiq sudah terduduk di atas pasir dengan air mata yang berjurai.Kepalanya ditundukkan.Bicaranya disambung dalam esak.

“Addin,aku sayangkan kau,aku cintakan kau.Aku betul-betul sayang kan kau.Setiap hari aku call daddy dengan mummy sebab nak tahu pasal kau,setiap hari aku doa dekat Allah supaya kau sihat macam biasa.Aku nak kau sihat,aku nak kau boleh tengok muka aku balik,aku nak kau depan aku balik macam dulu,aku nak kau cakap kau sayang aku macam dulu!”Taufiq menjerit sekuat hatinya saat menuturkan ayat itu.

“Aku tak pernah lupakan kau.Hari-hari aku duduk tepi pantai,berangan kau duduk sekali tepi aku.Aku mintak maaf cakap macam tadi,sumpah Addin,aku tak pernah nak duit daddy,aku memang sayang kau ikhlas.Aku geram bila dia kata aku ambik kau sebab nak duit daddy.Addin,tolonglah jangan pergi,tolonglah jangan pergi Addin!”

you gave up the fight,
you left me behind,
you'll always be mine,
i know deep inside,

Taufiq luahkan segala-galanya.Dia pasrah bila terpandangkan Addin yang masih tidak berpaling.Ya Allah…..Taufiq tanpa segan,menangis di atas pepasir,hancur egonya sebagai elaki yang selama ini dia banggakan kerana seorang wanita bernama Addin.Angin pantai setia bertiup seperti mengetahui hatinya yang terlalu sedih.Addin…..

“Kau janji nak sayang aku selama-lamanya kan?”
Taufiq angkat kepalanya perlahan-lahan.Addin yang basah dengan air mata cuba juga tersenyum.

“Kau janji kan Fiq?”

Taufiq angguk.Addin melabuhkan lututnya betul-betul di hadapan suaminya.Tangannya mengapit pipi Taufiq.


“Then don’t leave me forever.”

Terus tubuh isterinya diterpa dan dipeluk erat.Dia menangis di bahu Addin. “Addin,aku sayang kau….”Taufiq mengongoi umpama budak kecil yang sudah lama ketandusan kasih sayang.

“Fiq,I’m sorry,I’m sorry Fiq,aku tak pernah tahu apa yang kau rasa,aku tak pernah nak faham apa yang kau rasa.Aku janji dengan kau,takkan tinggalkan kau,tapi sekarang aku yang pergi.”

Taufiq menggelengkan kepalanya di bahu Addin.Pelukan tidak mahu dilepaskan,bimbang ini hanyalaah mimpi yang seketika.

“Selama ni aku tak pernah tahu apa yang jadi,bila aku tanya dekat daddy,daddy tak pernah nak bagi tahu.Kenapa kau tak pernah nak share dengan aku apa yang kau rasa?I have told you Fiq,I’m your wife.Aku nak tahu semuanya,tapi kau tak habis-habis nak simpan semuanya sendiri,apa gunanya aku ni?”

“Aku…..”Taufiq tidak mampu membalas pertanyaan Addin.

“Janji dengan aku Fiq,apa-apa pun jadi lepas ni,tell me.Aku nak kau kongsi dengan aku,jangan simpan sorang-sorang.You are not strong enough to face it by yourself Fiq.”Belakang bahu suaminya digosok-gosok lembut.

Taufiq angguk.Air matanya diseka perlahan. “I’m promise,I’m promise Addin.Just,don’t ever say that you wanna leave me?”Perlahan suara Taufiq meminta,matanya memandang sayu mata Addin.

“I will.”

“Promise that you will be at my side forever?”

“Just Allah and death can part us.”Taufiq mencari sinar mata Addin. “Now smile.”Addin gosok kepala suaminya persis anak kecil.

Kasihan suaminya ini.Hatinya keras kerana tidak pernah menerima  kasih ibu,kasih ayah.Jiwanya kelam kerana takutnya akan sebuah kehilangan.Dirinya terseksa kerana menanggung segalanya sendirian…

Cinta yang sangat suci dia berikan hanya untuk wanita bernama Addin.Hanya Addin…


all that's done's forgiven……………………………

Addin rasakan ada seseorang yang mengekorinya.Tapi siapa?Kakinya melangkah laju,bimbang dirnya akan diapa-apakan.
Sesampai sahaja di rumah,dia memberitahu apa yang dia rasakan kepada daddy dan mummy.Tapi mummy langsung tidak menunjukkan riak bimbang atau risau.
“Addin punya rasa je kot,mana ada lah orang nak ikut Addin.Dah,tak payah fikir.”
Daddy pula,Cuma tersenyum.Tidak lama selepas itu,Addin lihat daddy tengah bercakap dengan seseorang di telefon.
“Dah,jangan risau.Kenapa buat macam tu?Takut dia tadi.”Daddy gelak.Tapi dengan siapa daddy cakap?
Setiap tiga atau dua hari sekali,Addin perasan yang daddy atau mummy mesti cakap dengan seseorang dekat telefon,tapi mesti sembunyi-sembunyi.
Ada sekali tu,Addin rasa dia pernah nampak seseorang yang berjalan di belakangnya dari university hinggalah dia sampai kerumahnya.Lelaki itu memakai topi menyebabkan dia tidak pernah nampak siapa pemilik badan itu.
Pelik……………………….

                                                    “pengorbanan itu  menzahirkan cinta”
                                                                          -akyelrahim-                          

26 oktober 2013
9.15 pm



Saturday 19 October 2013

Zaman kanak-kanak



Masa dulu-dulu,time kecik-kecik,aku ngan ijah ni macam kembar....

Langsung tak boleh dipishkan...semua aku ngan ijah buat sama-sama..

Dari main dekat hutan,kutip getah,mandi sungai,maandi paya,tangkap ikan,masuk lumpur...

Kira kitorang cam kembar la..

Potong rambut pun masa kecik style sama,mangkuk,

Baju raya dari kecik sampai la la ni coraak pun sama,colour je yang lain.

Nama pun ramai yang tertukar, between ijah n ika...

Kak long pun selalu jealous..dia cakap kalau ijah balik aku ni macam lupakan dia..haha

Seronoknya lah zaman kanak-kanak aku......fun sangat-sangat!




Saturday 5 October 2013

Dear Adalila(Adam + Dalila)

Dear Adalila ni sengaja ditulis  for fun.Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.Hope korang fun baca this love story.....:)




Lama Dalila tenung raut wajah lelaki di depannya itu.Betul ke mamat ni?Takkanlah dia tahu apa yang dia rasa selama ni?Aku rasa,aku suka dia senyap-senyap je,mana pernah orang lain tahu.
“Setuju tak?”
Setuju kebendanya?Memang lah aku suka dia,sebab dia handsome,dia bijak,dia cool,dan dia sweet!Tapi…
“Awak betul ke tidak ni?”Berkerut kening Dalila dibuatnya.
“Betul lah.Kalau setuju,hujung tahun ni settle.”Yakin sungguh mamat di depannya ini bercakap.Aku face to face dengan dia ni pun first time.Datang-datang dah buat mengarut.
“Erk,tak apalah,saya rasa awak mabuk ni.I’m going.”Terus Dalila berlalu meninggalkan lelaki itu terpinga-pingga sendirian.
……………….
OMG,OMG,OMG!Mamat tu aku rasa betul-betul mabuk.Cuba bayangkan,ntah datang mana tiba-tiba ajak aku kawin.Uisy,ikutkan hati gedik aku ni,memang aku setuju dah tadi.Lama kut,dari form one sampai la dekat university ni aku dah minat kat dia.Adam Idham,siapa tak kenal kan?Top student,budak famous dari sekolah menengah lagi.
Cakap jelah apa-apa je tentang dia yang aku tak tahu,family dia belaka aku kenal sebab mak aku dengan mak dia bestfriend.Tapi selama satu sekolah dan university ni,terus terang aku cakap,aku langsung tak pernah cakap dengan dia.Dia pun aku rasa,mana pernah nak perasan dekat aku even dari sekolah menengah lagi jumpa.
Tiba-tiba je tadi masa aku tengah duduk dekat taman,dia datang ajak kawin.Tak ke gila?Walaupun aku ni terlampau minat kat dia,kira fanatic la jugak,tapi tak la terjangkau dek fikiran nak menjadi isteri kepada Adam Idham tu,even setiap malam aku berangan nak kawin dengan dia.
Dalam diam,Dalila senyum juga mengenangkan peristiwa tadi.Huh,apa nak jadi la manusia zaman sekarang ni kan?
………………………………
“Girl,hey you girl!”Dalila angkat muka bila dia rasa ada orang menyerunya.Adam Idham!
“Saya ke?”Dalila tunjuk mukanya.
“Ha,yes.Dalila kan?”Dalila angguk.
“So,dah fikir apa yang saya cakap hari tu?”Adam senyum segaris kepadanya.Dalila dah berdebar semacam.
“Fikir apa?Yang pasal kat taman tu ke?”
“Yelah.Dah fikir jawapan?”
“Excuse me.Saya rasa awak ni,erm betul ke tak?”Adam tiba-tiba tekup mulutnya menahan diri dari ketawa.Begnya diselimpangkan ke belakang dan cap di kepala dibetulkan.Handsome.
“Hey girl,saya sihat ya.No mental disorder.”
“Dah tu?Kita mana pernah cakap,jumpa pun jarang-jarang,kenal pun tak,tiba-tiba ajak kawin.Bukan tak betul ke tu?”
“Lah,ni cakap lah ni,habis tu apa?Jom lah kawin,saya ajak betul-betul ni.”Terkedip-kedip mata Dalila dibuatnya.God,am I dream?
“Awak,kalau nak bergurau,sumpah tak lawak.Jangan mainkan hati orang.”Dalila berkata perlahan,berhati-hati dengan kata-kata Adam.
“Mana ada saya bergurau.I’m propose you right now,Dalila.Be my wife?”Dalila telan air liurnya.
“Please lah.Jangan lah main-main,ingat benda ni boleh buat suka-suka ke?”
“Ya Allah,tak percaya lagi?Nah,ambik cincin ni,tengok sendiri,fit tak dengan awak?”Adam hulur bekas cincin kepada Dalila.
Dengan tangan yang terketar-ketar,Dalila sambut kan juga bekas cincin itu.Bila penutupnya dibuka,hampir menitis air mata wanitanya bila melihat cincin yang ringkas tetapi terukir kecil namanya di atas cincin itu.Deyl.Adam propose aku?Cincin itu muat,tepat dengan saiz jarinya.Dia pandang muka Adam yang tersenyum.
“Be,betul ke ni?”
“Demi Allah Dalila.Setuju?”
“Adam?”Adam tersenyum lebar saat wajah Dalila sekali lagi meminta kepastian.
………………………………..
“Ma,tadi Adam bagi Ila ni.”Dalila tunjukkan cincin yang Adam berikan kepadanya.
“Dia propose Ila ke tadi?”Dalila angguk.
“Kenapa dia buat macam tu tiba-tiba?”
“Kenapa?Tak suka ke?Bukan selama ni Ila memang suka dia?”
“Suka tu memang lah suka ma.Tapi,tak rasa macam pelik ke?Ila tak pernah pun cakap dengan dia pun.Dia kan budak famous,top student,anak orang kaya.Ila ni pulak?Ntah-ntah dia betting dengan kawan-kawan dia je ke?”Dalila menyuarakan pendapatnya.
“Tak lah.Dia serious la tu.Kalau tak,takkan bagi cincin ni.”
“Ila takut lah ma…”
“Takut apa nya?So,Ila cakap apa tadi bila dia proposed?Setuju ke tak?”
Dalila menggeleng. “Ntah la ma,Ila tak tahu.Ila cakap,Ila nak tanya ma dengan abah dulu.So,macam mana?”
“Terima je lah.Korang bukannya lama dah nak habis belajar.Tinggal dua bulan je lagi,lepas tu dah grad kan?Adam pun nanti kerja dengan abang dia kan?”
Dalila senyum kepada ibunya. “Setuju ke ma?” Ibunya mengangguk.
…………………………………..

Dalila pandang lagi wajah Adam yang sedang makan di hadapannya.Betul ke apa yang aku buat ni?Tak rasa bodoh ke?Kau bukan kenal sangat dia ni pun.Cincin di jarinya di pandang berat.
“Adam!”Suara gadis memanggil Adam membuatkan aku memandang wanita yang kini sudah pun berdiri di sebelah aku.Cantik,comel bertudung dan berblaus biru.Aku rasa macam pernah jumpa je lah dia ni.Satu university jugak ke?
“Ina,buat apa dekat sini?”
“Aku ronda-ronda dengan sepupu-sepupu aku.”
“Owh,patut lah lawa semacam.”Mereka pun berbuallah sekian lamanya dengan membuatkan aku seperti statue of liberty kat situ.Aku senyap je,kalau macam nilah dia boleh lupa kat aku sebelum kawin,kalau dah kawin nanti macam mana pulak kan?
“By the way,ni siapa?”At last,ada jugak orang yang concern pasal aku.
“Owh,ni fiancé aku.Deyl,ni Ina.”Aku senyum la jugak walau terpaksa pada gadis yang bernama Ina tu.Eh,ni bukan ke girl yang konon-konon nya girlfriend Adam ke masa kat university dulu?
“Adam,bukan dia ni kau punya boomboom ke?”Ina tanya sambil gelak tertahan-tahan.Adam pun angguk sambil tutup mulut tahan gelak.
Apa ni?Boomboom?Apa tu?Aku tak tahan dah macam ni,fine,tahu lah aku ni tak cantik,badan pun tak lawa,harap tinggi je.Jalan pun macam jantan.Tak payah la kata aku boomboom.
Lepas Ina tu habis gelak,dia minta pamit,sepupunya dah lama menunggu,katanya….Adam pun kemain lagi ceria lepas tu.Kalau dengan aku tadi,sepatah haram dia tak bercakap.Makan je!
“Apa boomboom tu?”Tersedak Adam dibuatnya bila aku tanya soalan tu.
“Ha?Mana ada apa-apa.Jangan dengar ayat Ina tu.”Nampak sangat cuba cover.
“Kalau tak ada apa-apa,apasal awak gelak?Tak payah lindung lah Adam.”
“Lah Deyl,kan dah cakap tak ada apa-apa.”
“Okey.Whatever….”Aku buat muka habis dunno.
“Girl,jangan buat muka macam tu.Tak comel pun,dengar lah saya cakap ni,seriously tak comel.”
Aku pandang Adam tak puas hati. “Apa masalah awak?”
Adam tak putus-putus dengan senyum dia tu. “Haha,soalan tu ya comel.Masalah saya tak boleh tengok awak punya muka tu.”
“Lantak awaklah Adam.”
……………………………….
Sekarang ni aku dah sah jadi isteri Adam lepas enam bulan bertunang.Rupa-rupanya,masa aku cakap dengan ma tu,aku dah sah jadi tunang Adam lebih dari sebulan.Ceh!
Apa yang aku still tak faham sampai sekarang,macam mana Adam tu boleh jadi tunang aku tiba-tiba?Nak kata kawin paksa,tak ada pulak ma paksa aku,aku sendiri yang rela.Adam tu pulak,ntah macam mana boleh nak kawin ngan aku.
Dan masalah aku sekarang ni,aku nak mandi.The problem is,aku tak reti mandi sebab selama ni,ma yang mandikan aku dari kecik sampai lah besar ni.Hari dah lewat malam,takkanlah aku nak panggil ma semata-mata nak suruh mandikan aku?Kena parang dengan abah karang!
Adam masuk bilik siap berkain pelikat.Dia dah mandi petang tadi,aku ni ha yang tak mandi since tengah hari tadi sebab sibuk sangat mengemas dapur tu.
“Awak tak nak mandi ke?”Adam tanya bila nampak tuala siap bersangkut di bahu Dalila tapi isterinya itu masih gelisah tak menetu di tepi katil.
“Nak,nak mandi la ni.”Dalila senyum paksa pada Adam.Seminit,dua minit,tiga minit,Dalila masih tidak berganjak.Panggil ma lah.
Adam mula tersenyum-senyum sendirian.Dalila pandang pelik,hisy ni yang aku tak suka pasal dia ni.Suka senyum sorang-sorang.Adam bangun dari duduk dan pandang tepat ke muka Dalila.
“Deyl,jom.”
“Jom?Jom apa?”
“Jom la.Kata nak mandi?”Pucat sekejap muka Dalila.Mandi together-gether?
“Ha?Mandi?”
“Awak tak payah malu lah,saya tau …”Adam masih tersenyum simpul.
“Tau apa?”Apa yang laki aku ni tau?
“Alah,tak yah nak rahsia sangat.Ma dah bagi tau tadi.Jom saya mandikan.”
“Mana ada!Saya reti lah.Pandai je ma tu.Saya pergi lah ni.”Laju langkah diatur ke bilik air .Pintu ditutup laju setelah mendengar Adam yang ketawa galak.
Dah tu,nak buat apa ni?Sabun dulu ke,shampoo rambut dulu?Air ni nak jirus macam mana?Dalila macam orang tak betul dalam bilik air tu.Tak tahu nak mandi macam mana.
Adam menunggu di luar bilik air,cuba mendengar bunyi air yang mungkin jatuh ke lantai,nmun tiada.Senyap tidak berbunyi!Tersenyum-senyum dia menahan tawa bila mendengar cerita  ma yang Dalila tak pandai mandi.Ingatkan ma main-main,rupa-rupanya betul-betul.Tengoklah sekarang ni,dekat dua puluh minit dia menunggu,setitis air pun tak dengar jatuh lantai.
Dalila rasa nak menangis di dalam bilik air itu.Kenapa dia tak pandai mandi sendiri?Budak umur tiga tahun pun pandai nak mandi,ini dia yang dah dua puluh tiga pun ma yang mandikan lagi.Takkanlah nak panggil Adam?
Last-last Dalila sarungkan baju tidurnya dan membuka pintu untuk keluar walaupun badannya berlengas minta disiram.Adam dah sedia menunggu di muka pintu dengan senyuman mengejek.
“Dah siap mandi?Tak dengar bunyi air pun?Tak basah pun rambut?”Adam bertanya sekadar untuk mengusik.
“Orang mandi lah.”Dalila menuju ke arah katil dan berbaring secepat mungkin.Tak nak Adam mengusik.
“Lah,bila pulak saya kata awak tak mandi?”Adam pula mengambil tempat di sebelah Dalila.
Dalila tarik muka.Tahu yang dirinya sudah terperangkap. “Eleh,macam lah orang tahu.”
“Alolo,kalau tak betul,jangan lah marah,orang tanya ke.Kalau dah,tak pelah.Kalau belum,your husband ni ada je nak tolong dia.Tapi,kalau  tengah-tengah malam kang rasa panas,saya tak tahu…”Meleret senyuman Adam sambil bersedia untuk tidur.
“Alah,panas bukak lah aircond!”Terus Dalila pejamkan matanya.Tiba-tiba dia dengar Adam nyanyi.
Bantal ditepuk dan badannya mengiring ke arah Dalila.“Biar aku ,memandikanmu,walau engkau tak pernah mahu,Biar aku,memandikanmu,kerna ku tahu,kau tak pandai mandi…I’m sorry but I know you,I’m sorry because know your secret….”Lagu I love You dari Najwa Latif Adam tukarkan jadi lagu Tak Pandai Mandi!Jelingan tajam Dalila hadiahkan kepada suaminya,apa masalah sebenar laki aku ni?
“Awak ni kenapa?”
“Tak ada apa-apa.Tidur,tidur,meh saya dodoikan.I have a dream,a song to sing,to help me cope with anything…”Adam nyanyikan lagu westlife sambil menepuk-nepuk lembut bahu Dalila persis ibu yang mendodoikan anaknya sehinggalah Dalila tertidur.
………………………………………
Mata Dalila terbuka luas,walaupun jam menunjukkan angka satu pagi.Pusing kanan,pusing kiri,tetap matanya tidak mahu terpejam dek kerana panas dan badan yang berlengas.Tak boleh jadi ni,kena mandi jugak.Dalila bangun mengambil tuala dan berjalan perlahan-lahan ke bilik air,takut Adam tersedar.Langkahnya terhenti bila terfikirkan sesuatu.Tapi,macam mana nak mandi?Takkan nak kejut Adam?Ah,karut.Mandi je lah macam mana pun,susah sangat duduk je bawah shower tu,tak payah sabun,esok suruh umi yang sabunkan.
Adam hanya memandang kelibat isterinya yang tercegat di depan pintu bilik air sambil senyum.Panas lah tu sampai tak boleh tidur.Asik bergerak je,sampai kita pulak yang tak boleh tidur.Tadi orang nak tolong,dia jual mahal.Adam sabar menunggu Dalila dia atas katil,cuba-cuba mendengar bunyi air yang jatuh ke lantai setelah setengah jam berlalu.Namun,seperti malam tadi juga,senyap.
Adam bangun dari katil sambil menggeleng.Haila bini aku ni,macam mana la kalau ada anak nanti ye?Mama dia pun tak reti mandi…
“Deyl,Deyl.Bukak lah pintu ni.”Adam ketuk pintu perlahan.
Alamak,dia bangun ke?Macam mana ni?Takkan tak nak buka pintu?Badan yang hanya berkemban separat lutut ditutup dengan tuala.Pintu dibuka kecil dan kepala dikeluarkan. “Kenapa?Nak masuk ke?”
“Tak nak.Awak buat apa kat dalam tu lama sangat?”
“Ha?Kat mana?Dalam ni?Lah,apa lagi,takkan makan kot?Guna tandas la.”Dalila senyum cover.
Adam sembunyi senyum mendengar ayat Dalila.Haila awak ni Deyl,tak nak mengaku lagi tu! “Ye ke?Ingatkan nak mandi,maklumlah,panas kan?”
Terus mati senyuman Dalila.Cait!Dia dah tahu la. “Mana ada panas.Orang tak boleh tidur,sakit perut.”
“Deyl,dah tak payah nak cover-cover lagi.Cepat bukak pintu ni bagi saya masuk tolong mandikan awak.Cepat sikit boleh tidur.”Adam gelak kecil melihat telatah Dalila.
“Ha?Na,nak masuk?Mana boleh.”Cepat-cepat dia meningkah.
“Dah tu?Nak tunggu awak mandi sendiri?Dah setengah jam masuk bilik air,setitik air pun saya tak dengar.Tu,muka tu,langsung tak basah.Cepat lah,saya nak tidur ni.Awak tu nanti mulalah tak boleh tidur,bukannya saya tak tahu tadi tu awak tak habis-habis pusing-pusing.Dengan saya sekali tak boleh tidur.”Adam menolak pintu yang ditahan Dalila sedikit kuat membuatkan pintu itu terkuak dan cepat-cepat dia memasukinya.
“Eh,eh,Adam.”Tak sempat Dalila nak tutup apa yang patut Adam dah terjah dulu.
Merah sekejap muka Adam bila melihat isterinya dalam keadaan begitu.Cover Adam,cover. “Deyl,sini,cepat duduk kat sini.”Adam tunjuk bathtub.
Dalila menggeleng.Tak nak!
“Cepat la,dah pukul satu ni.Nanti selsema la duduk dalam bilik air lama-lama.Saya bukan nak buat benda tak senonoh,mandi je.”Setelah hampir sepuluh minit Dalila berfikir barulah dia berani duduk di dalam bathtub.
Adam agak teragak-agak untuh menyentuh tubuh Dalila,tetapi digagahkan juga dan Dalila Cuma senyap membatu.Dia mula memandikan Dalila.
“Deyl,deyl.Umur dah 23 tahun,mandi pun tak reti?Macam mana lah kalau kita ada anak nanti,sian dia.”
Aku yang mula selesa dengan air yang jatuh atas badan  mengerutkan muka. “Kenapa pulak kesian?”
Sabun disapu di kulit yang terdedah. “Yelah,orang lain semua mandi tiga or empat kali sehari,dia nanti sehari sekali je.Itupun papa dia yang mandikan,dah mama dia nak mandikan diri sendiri pun tak lepas.”Adam tergelak dengan kata-kata sendiri sambil menyapu sabun ke bahu Dalila.
Pinggang Adam  aku  tampar. “Nanti,saya belajar lah nak mandi.”
“Eh,habis lah basah baju saya.Eh dia ni,main kasar pulak.”Adam tarik perlahan rambut Dalila.
“Ouchi,ouchi.Habis rambut I!Gugur sehelai,I saman u!”
“Gediknya dia….”Adam cucuk perlahan pipi Dalila. “Deyl,kenapa awak tak pandai mandi?Bukan ke Haziq dengan Hani lagi muda? ”
“Ni perli ke apa ni?”Dah main sebut adik-adik pulak dia ni.
Adam gelak lagi. “Tak,saya serious ni.Pelik,ingat ma saja-saja je nak main-main masa dia bagi tahu Mrs Adam ni tak pandai mandi.Rupa-rupanya,tak pelah,saya tahu hakikatnya menyakitkan,saya takkan sebut.”
“You,sekali tangan gebu I naik ke pipi you,mintak maaf awal-awal ye!”Sengaja aku nak menggedik dengan laki sendiri sekejap.
“Alah you ni,I gurau je.Cepat lah,tell me about your secret.”Adam layankan juga Dalila yang ingin main-main.
“Ntah la Adam,memang dari kecik ma yang mandikan.Dari sekolah rendah bawak lah sampai sekolah menengah ma mandikan saya.Banyak kali dah saya nak mandi sendiri,tapi tak boleh lah.Tak reti,macam tadi tulah,tak tahu nak buat apa dulu,last-last ma jugaklah yang mandikan.Sampailah sekarang.”Laju je aku bercerita.
‘“Owh,patutlah.”Adam menyiram badan Dalila.
“Patutlah apa?”
“Takde apa-apa.Dah siap.Bangun,lap badan and then pakai baju.”Adam menghulurkan tuala.
Aduh!Aku pandang Adam dengan muka blush. “Adam…..”
“Yes Deyl ku sayang….kenapa?”
“Saya tak reti nak lap badan ngan rambut.Selalu ma yang buat.”
Dush!Manja nya bini aku ni!!!
………………………………….
Adam yang tengah baca komik dalam laptop aku pandang bosan.Hari ni masuklah dua bulan kitorang sah jadi suami isteri dan tinggal bersama di rumah milik ayah Adam.
“Dam,nak main pulak.”Lengan baju Adam aku tarik perlahan.
“Deyl,kejap lah,bagi lah saya habiskan dulu.Tinggal satu chapter je lagi Naruto ni,lepas ni awak ambik la.”Alah Deyl ni,bagilah saya baca dulu.
“Yelah awak tu,dari tadi tak habis-habis satu chapternya.Tak bosan ke hadap benda tu?”Aku tarik kerusi dan duduk sebelah Adam.Lukisan di skrin cuba difahamkan,apa lah bendanya yang best sangat tu?
“Lah,lagi lima puluh pages je.Sabarlah,kenapa la tak bukak je pc awak?”Adam pandang Dalila yang menunjal-nunjal bahunya tanda kebosanan.
“Malas.”Ringkas dari aku.
“Dah malas,tunggu kejap.”Aku dah tarik muka masam.Muka Adam aku pandang penuh minat.
“Adam,tau tak muka awak handsome?”Adam buat endah tak endah.Aku tepuk perlahan belakang Adam,isy dia ni! “Dam….”
“Ye Deyl sayang…..?”Adam pandang malas dekat Dalila.
“Orang nak cakap dia handsome je.Itu pun nak marah.Bacalah Naruto dia tu.”Aku meletakkan kepala atas meja. “Adam….dalam peti ada aiskrim tak?”
“Ada.”Pendek.Aku terus bangun meninggalkan Adam untuk ke dapur.Adam pandang kelibat Dalila yang menghilang,hai Deyl,kenapalah awak ni nakal sangat?
Tak lama selepas itu,Dalila duduk smula di sebelah Adam sambil makan ais krim.Erm,yum-yum!Tiba-tiba Adam menoleh mukanya pada Dalila. “Deyl,makan senyap-senyap boleh tak?”
Terus aiskrim yang hendak disuap terhenti. “Senyap?Bila pulak saya makan berbunyi nya?”
“Eleh,yang tadi yum-yum kuat-kuat tu apa?Dengan bunyi laga-laga sudu.Hilang focus saya tau.”Adam tegur manja.
“Owh,nak slow eh,jap.”Cepat-cepat aiskrim tadi aku suap dalam mulut. “Erm,yummy,yummy.Delicious!Waa……”Saja Dalila nak sakitkan hati Adam.
Adam yang memandang mula sakit hati.Eh dia ni,cabar nampak.Pipi Dalila ditampar lembut.
“Adam…..cepat la sikit.Nak main pulak,awak dah lama,bagi la saya pulak!”Aku main dengan jari Adam pula.
Adam mengeluh. “Dear Deyl,kalau awak tak kacau saya dari tadi,saya rasa dah lama habis chapter ni.Duduk tu dah sebelah kiri dah,elok sangat lah tu.”Adam senyum-senyum usai berkata-kata.Dalila pula masih terpinga-pinga.Belah kiri?Setelah beberapa saat,barulah dia sedar sesuatu.
“Hey Mr Anime craze!Awak kata saya devil eh?”
“Ops,saya tak cakap.Kalau terasa tu,ye lah kot?”Adam gosok kepala isterinya.Matanya kembali kepada skrin pc.
“Adam….Adam….berikan pc itu pada isterimu…..berikan.”Aku tarik rambut aku ke depan dan berbisik seolah-olah hantu seperti di dalam tv di telinga Adam.
“Deyl,lailahaillallah wife saya ni.Kot ya pun ada mental disorder,jangan lah tunjuk sangat,malu.”Adam dah tak terkata dengan telatah Dalila yang dah tak rupa macam budak umur 23 tahun.
“Bagi saya pc…..bagi saya pc…Adam……”Dalila masih lagi seperti tadi.
“Kalau tangan saya ni saya bagi kat pipi awak tu nak tak?”Adam pandang Dalila tidak beriak sambil tunjuk tangannya ada Dalila,saja nak menyakat,langsung tak terniat nak melakukannya betul-betul.Terus isterinya itu kembali normal semula.Alhamdulillah,sihat lagi isteri aku ni Ya ALLAH.
“Menyampah lah dia ni.Nak main-main pun tak boleh.Makan lah pc awak tu.I nak masak,you kejap lagi,jangan makan nasi,makan je pc tu ye.I nak declare yang I merajuk dengan you,jangan tegur I 10 minit.Huh!”Terus aku bangun dari duduk dan menuju ke dapur.
Adam menggeleng-geleng perlahan bila kelibat Dalila menghilang di sebalik pintu.Mulalah tu gedik dia datang kalau dah ber I you tu.Sabar je lah dengan isteri dia yang sorang ni.Seriously,tak pernah pulak Adam sangka yang perangai Dalila ni macam ni,langsung tak macam budak university yang dah grad.
………………………………
“Nak masak apa ye?Ada ayam,sotong pun ada.Kalau masak ayam,semalam dah makan ayam,tapi kalau masak sotong sat gi mulalah gatal.Isy,mana ek?”Aku termenung sekejap depan peti memikirkan nak masak apa.
Adam menjengah ke dapur setelah selesai membaca komiknya. “Deyl,masak apa hari ni?”
Aku pandang muka Adam dengan muka berkerut. “Entah lah.Nak ayam ke sotong?”
Adam menjongkitkan bahu. “Ikut awak lah.Saya makan je.”
“Isy dia ni,kita tanya dia,ikut kita pulak.Cepatlah,ayam ke sotong?”Sayur-sayur untuk dimasak aku keluarkan dari peti.
“Semalam dah ayam,sotong lah pulak.Buat sambal or masak kicap?”Sedapnya sotong.
“Set eh sotong?Masak sambal lah,lama tak makan.”Adam angguk.Dia membantu Dalila memasak sambil-sambil itu  mereka berbual.
“Pelik lah saya dengan awak Deyl,mandi awak tak reti,tapi masak reti pulak awak eh?Selalu perempuan ni,masak yang diorang tak reti.”Adam meluahkan rasa peliknya.
“Ha,tulah you,untung dapat I ni.Apa you ingat I tak pandai mandi,I tak reti masak ke?Disebabkan I ni duduk rumah dari kecik,you ingat ma mertua you tu nak ke masak kalau I ada?No,no,no…jangan harap.Muka I nilah yang kena duduk dapur since sekolah menengah lagi tau.”Aku tayyang senyum bangga depan Adam.
Adam mencebik bila mood gedik Dalila datang.Eleh,nak bangga pulak dia,ma mertua aku,ma dia jugak. “Yelah Deyl,untung sangat dapat awak yang gedik ni,tapi pandai masak.Lepaslah saya nak makan.”
Gedik dia kata aku,tak patut,tak patut. “Btw Mr Adam Idham,asal ha awak asik duk panggil saya Deyl?My name should be Amira Dalila.”Aku pulak bertanya.Dah macam gentel dah sekali dengar.
“Awak nak saya bagi jawapan cheezy ke,nak jawapan spoil?”Adam potong brokoli sambil kenyit mata pada Dalila yang mula tersengih-sengih.
“Dua-dua.”Tak sabar pulak aku nak dengar jawapan cik abang ni.
“Okey,kalau nak spoil,nama awak tu cantik,cantik sangat dah tapi tak secantik tuannya.So,saya tukarlah jadi Deyl supaya sedap sikit dan sesuai dengan awak.”Ini memang spoil,ada pisau ni tercacak kat dada kang!
“I bagi tahu mak mertua you yang you kutuk nama I.”Aku sengaja mengecikkan mata pandang Adam yang tersengih sambil membersihkan sotong.
“Pergilah,tapi dengar pulak yang cheezy punya pulak before you go.Dalila tukan,kalau seribu orang yang kenal siapa Amira Dalila,mesti dia panggil awak Ila..Ma pun panggil awak Ila,tak ke awak bosan ke orang panggil awak macam tu?Tapi kan,kalau lah saya orang yang ke seribu satu,biarlah saya panggil awak lain dari yang lain so I can be the only one who call you special name,Deyl.Saya je yang panggil awak nama tu.Saya tak nak kongsi Ila dengan seribu orang yang lain,kalau boleh,saya nak Deyl tu saya sorang je yang punya.”Panjang lebar Adam menerangkan sambil tersenyum memandang Dalila.Tiba-tiba Adam menunduk seperti mencari-cari sesuatu di kaki Dalila .
“Cari apa Dam?”
“Saya cari cinta saya yang jatuh la.Tapi tak jumpa,saya rasa dah masuk dalam awak lah.”Adam pandang Dalila sambil kenyit mata.


Aku mimpi ke dengar laki aku cakap macam ni?Owh my god!Adam Idham cakap kat aku macam ni!Cair,cair,sumpah aku cair. Senyum tak dapat Dalila suruk lagi dari mukanya.“Owh my husband Mohd Adam Idham….you are so sweet…”Terus pipi Adam dicium tanpa rasa segan lagi.
Adam gelak kecil,tomato yang dipotong kecil disuapkan pada Dalila..Tau dah dia dengan Dalila,cair la tu. “Suka la tu.Sweet kan saya?”
“Mungkin inikah yang dinamakan cinta,hati gembira rasa bila kau kata cinta,siang yang suram kini menjadi ceria hati yang gelisah kini menjadi bahagia….”Dalila menyanyi kuat lagu Akim Af sambil menari-nari dengan sotong.
Ah sudah bini aku ni. “Lailahaillallah wife saya ni.Sudah-sudah la tak betul awak tu sekejap sayang oi.Masak cepat sikit,dah lapar dah perut ni.”Kalau tak ditegur Dalila tu,ntah bila pulak nak siapa sambal sotong dia ni nanti.

……………………………………………………………
Adam turun ke bawah selepas selesai solat isyak.Mereka bermalam di rumah keluarga Adam malam itu.Dalila sedang duduk di atas sofa ketika Adam menghampirinya.Mereka hanya tinggal berdua setelah ibu dan ayahnya menghadiri satu kenduri kesyukuran di taman sebelah.
“Deyl,buat apa?”Adam duduk di sebelah Dalila.
“Tengok album lama.Ni gatal hidung ni,makan udang tadi.”Dalila menunjukkan hidung dan mukanya yang sudah merah dek kerana alah dengan makanan laut.
Adam jentik hidung Dalila kuat,biar dia tahu sikit. “Jangan gaduh hidung gatal ke,berair ke.Orang dah cakap dah tadi,jangan makan,eh tak….makan jugak.Tak sedar agaknya dia tak boleh makan.Tanggunglah sendiri ye?”
Aku mencebik geram sambil sapu hidung yang dijentik tadi. “Ouchi,ouchi.Sakit lah you!Dah ibu masak sedap sangat gulai udang tu,takkan lah I nak makan telur dadar je.Banyak cantik muka you,dah lah dia sedap-sedap makan udang besar-besar tepi kita.”Dalila menyatakan alasannya.
“Yelah,yelah.Sorry.Album mana awak tengok?”Adam mmandang album ditangan Dalila.
“Hehe,gambar masa sekolah.”Dalila sengih panjang.
“Dah kenapa pulak awak ni Deyl?Tetiba je senyum semacam.”Adam pandang curiga pada Dalila.
“Adam,Adam….tahu tak,saya pernah tengok body awak.”Adam kerutkan mukanya.
“Lah,memang lah.Dah saya tanggal baju nak mandi tu apa bendanya?”Aku baring atas riba Adam sambil mendongak memandang Adam.
“Bukan lepas kawin,masa sekolah dulu.Hehe,seriously,tough gila eh badan awak masa tu,siap ada petak lagi kat dada.”
Adam tunduk pandang Dalila. “Bila pulak ni?”
“Ada,hari tu ada tournament bola kat sekolah.Kan bilik persalinan lelaki depan makmal.Masa tulah saya nampak awak…hahahaha.”Aku tak boleh betul tahan gelak,sumpah lawak bila ingatkan balik masa tu.
Adam mula mencerna kata-kata Dalila.Takkanlah dia nampak?Pipinya merah. “Awak nampak ke Deyl?”
Aku angguk.Takkanlah tak nampak,trang tang-tang kat depan mata. “Leyka,Jegot,Wani ngan Tirah pun nampak.”Mana mungkin aku lupa bila Adam keluar dari bilik persalinan dengan hanya bertuala.Konon jalan dah maco dah,bercatwalk bagai,bahu hayun kiri kanan,sekali jalan tiga empat langkah,bedebuk jatuh tergelincir terpijak air bertakung.Dah tu siap tercabut lagi tuala tu,nasib pakai seluar dalam.Mampus aku ngan budaak-budak ni gelak kat koridor makmal tu.
“Ha?Ramainya nampak,saya ingatkan tak ada orang.”Adam garu-garu kepalanya malu.
“Kitorang nyuruk dekat koridor lah.”
“Alah,manalah saya tahu ada orang masa tu,saja je nak bercatwalk.Sekali,nangka busuk da.”Adam turut tergelak sama dengan Dalila.
“Awak,tahu tak,masa sekolah dulu kan,saya suka sangat tengok muka awak,sebab awak handsome.”Ntah kenapa,malam tu Dalila terasa nak bercerita dengan Adam.
“Iya?”
“Erm,sebab awak handsome,awak baik,awak nampak sweet bila dukung adik Amin masa form one.Saya paling suka tengok awak senyum.”Dalila bercerita sambil memandang muka Adam yang menunduk dan tangan leaki itu mengusap rambutnya.
Adam tersenyum lagi bila mendengar cerita Dalila.Macaam tu… “Lagi?”
“Sebenarnya kan Dam,saya dah suka kat awak dari form one lagi tau bila awak nyanyi lagu masa malam orientasi tu.Saya rasa lagu yang awak nyanyi tu memang untuk saya je tau.Saya ingat lagi,lagu backstreetboys.I’ll never break your heart.”
Adam jentik dahi isterinya lembut. “Gatalnya dia,baru form one kot!”
“Ye Dam,saya ni memang gatal.Serious saya ngaku,saya memang minat dengan awak gila-gila.Dah la awak selalu jadi imam masa solat Jemaah kat sekolah.”Pengakuan dari Dalila berjaya membuatkan Adam tersenyum lebar.
“Tapi kan,saya tak perasan pun awak dari kita form one sampai la habis form five.”Sengaja Adam ingin melihat reaksi Dalila.
“Tu yang buat saya sedih tu.Saya tahu dah,awak mesti takkan perasan punya.Awak kan top student,atlet,imam muda,semua la awak sapu.Tu yang buat saya makin admire ngan awak.Redha je lah bila orang tu tak perasan kita.Tup-tup,bila masuk u,hehe,agaknya jodoh dekat kot?Kita dapat u sama,sekampus pulak tu.Punyalah saya suka masa jumpa awak hari orientasi tu,dah sekali lagi hubby saya ni nyanyi untuk malam gala.Ya Allah,saya kat bawah ni,sengih sorang-sorang tau dengar suara awak.Lagu,pergh,tak boleh bla.Kekasih gelapku,ungu.Memang tangkap leleh la malam tu.Nasib dewan gelap,takde la nampak sangat.”Menyengih je Dalila bercerita.
“Suara saya sedap ke sayang?”Laju Dalila mengangguk.Dia menunduk dan mengucup dahi isterinya. “Alaa,kesian my baby boo ni.Tapi kan Deyl,perasan tak,awak ni sebenarnya perasan jugak orangnya.Saya tipu lah,takkanlah tak perasan muka top student ni.Kata orang,dia punya result SPM lagi gempak dari kita.Dapat pergi Jerman,tolak sebab tak pandai mandi,kita ni dapat UM je.”
Dalila tergelak besar bila isu tak pandai mandi dikaitkan dengan tawaran ke Jerman beberapa tahun yang lalu. “Iya?Awak perasan ke muka saya?Bila?”
Adam main-main rambut Dalila yang panjang mengurai di atas ribanya. “Tadi saya dah dengar story awak,sekarang dengar pulak story saya.”Masih dalam senyum,Adam menuturkannya.
Bingkas Dalila bangun dari baringnya. “Tadi saya baring sambil cerita,cepat awak baring pulak sambil cerita dekat saya.”Adam tergelak sambil menggeleng melihat telatah Dalila.Macam-macam,tetapi diturutkan juga apa yang dipinta isterinya.Kepala diletakkan di atas riba Dalila.
“Kalau tadi awak cakap suka dekat saya masa orientasi,saya pun suka kat awak jugak masa sekolah,tapi bukan masa form one lah,lambat sikit,form three.Ingat lagi tak masa hari penyampaian hadiah pelajar cemerlang PMR tu,yang awak jatuh sampai berdarah hidung tu?Ha,masa tulah saya start suka kat awak.Kan saya yang tolong awak bangun.Mesti awak tak perasan sebab kecoh satu sekolah masa tu.”Adam pula yang tergelak besar bila mengingatkan peristiwa Dalila tersadung semasa hari penyampaian hadiah PMR sampai berdarah-darah hidung.Gempar kejap satu sekolah.Dah tu kalu jatuh senyap je tak apa,ni tak,sia melatah-latah lagi.Adaam ingat lagi ayat Deyl ni, ‘owh boomboom hidung aku meletup keluar larva warna merah.’
Dalila turut sama mengekek gelak bila terkenangkan zaman silamnya. “Haha,malu,malu.Patutlah masa depan Ina tu panggil saya boomboom.”
“Awak cakap saya yang tak perasan awak,tapi saya rasa awak yang tak perasan saya.Bila kita selisih kat tengah jalan mana pernah awak nak bertegur sapa dengan saya.Asyik buat muka ketat dia tu.Takutlah kita.Ada sekali tu,saya senyum,awak langung tak balas.”Adam pula memandang wajah isterinya dengan mata yang mengecil.
“Ada ke?Saya tak nampak kot?Helo Mr Hubby,lupa ke saya ni rabun.”Dalila tepuk perlahan dada Adam.
“Owh,yeke?Hehe,lupa,lupa.Saya suka awak sebab awak comel,pandai,sopan je saya tengok masa tu,tapi sekarang baru tahu betapa tak sopannya isteri saya ni.Hehe.Dalam masa yang sama,awak clumsy,sebab tu saya suka.Bila balik rumah,ibu tak habis-habis cerita pasal awak tau tak?Dia kata awak pandai masak,rajin tolong ma tak macam anak dara orang lain.Macam-macam lah lagi.”
“Ibu cakap macam tu?”Adam tahu Dalila mula kembang.
“Dah,jangan perasan sangat lah Deyl ku sayang.Lepas habis sekolah,seriously saya tak sangka langsung yang kita dapat satu u.Saya dah down dah masa ibu kata awak dapat kat Jerman.Tut-tup hari daftar,nampak muka awak.Happy gila kot masa tu.Terus saya telefon ibu tanya betul tak apa yang saya nampak.”
Dalila dah speechless mendengar cerita Adam. “You know what,you are such a sweet talker!”
“I know,I know,I know.About lagu masa malam gala tu,actually memang saya tuju khas untuk awak pun.Saja,try and error.Kalau awak perasan lah masa malam tu,mata saya pandang awak je tau.Tak tahulah pulak awak boleh leleh.Tak sia-sia awak punya perasan tu eh?”Adam gelak mengusik setelah menuturkan ayat terakhirnya.
“Haha.Saya tahu dah lagu tu untuk saya,I know it.”Dalila memegang pipi Adam.Dibelai-belainya wajah kacak itu. “Alang-alang kita dah confess malam ni kan Mr hubby,apa kata you cakap dengan I macam mana you boleh proposed I hari tu?
“Kan saya cakap saya suka awak kan?So,saya bagi tahu ibu saya nak kawin.Tapi ibu cakap tunggu saya habis belajar dulu,baru bercinta,tunang or what so overlah.Saya ikut jelah cakap ibu tu.Lepas tu,bila kita dah nak grad,saya cakap ah engan ibu suruh pinang awak untuk saya.Ibu setuju,and then pergilah jumpa ma.Tak tahu pulak ma terima senang-senang macam tu je,tak tanya awak punya pendapat pun.Rupa-rupanya ibu dah cakap dengan ma lama dah pasal hal ni.Ma cakap kat ibu yang wify saya ni pun memang suka kat saya lama dah.Sebab tu ma berani terima.Tapi ibu cakap kat saya,yang awak still tak tahu lagi pasal hal ni.Ibu dengan ma suruh saya sendiri yang cakap dengan awak.And that’s so on la.”Adam tenang menerangkan apa yang sebenarnya terjadi.
Dalila mengangguk tanda faham. “Patutlah.Awak tahu tak betapa terkejutnyaa saya bila tiba-tiba awak datang tu.Dah la tiba-tiba dapat jumpa orang yang saya suka,dan-dan ajak saya kawin.Kalau ikut gatal saya ni kan wak,kat situ jugak saya terima.Tapi logic lah sikit,kita tak pernah cakap pun sebelum ni dan so so so suddenly ajak kawin.Tak ke karut tu.”
“Helo Mrs Adam!Awak tahu tak betapa ketarnya saya masa tu?Takut gila tau tak?Buatnya awak mengamuk ke.Tu yang sampai-sampai je takde salam,takde intro,terus proposed.”
“Yeke?Cam pro je saya tengok.”Dalila cebikkan mulutnya.
“Bnayak la awak punya pro,embik kaki saya masuk kereta tahu tak.Alhamdulillah awak terima,senang kerja saya.”
“Ma yang suruh.”Dalila cover.
“Ye la tu Deyl,tak payahlah nak cover-cover depan saya ni.Kalau suka kata suka.Saya lagi suka.”
“Adam.I love you!”
“I love you too.”
………………………….
Tiga tahun kemudian..
“Adam,tengok baby Hana ni,dia tak nak mandi dengan mama lah.”Dalila jerit panggil Adam dari dalam bilik air.
“Kenapa pulak?”Adam jengulkan kepala ingin melihat apa yang terjadi.Tersengih-sengih dia dibuatnya bila melihat baju dan rambut Dalila yang sudah basah.
“Ni tengok ni.Habis basah baju saya.Hana tak nak mandi.Dia kata tak best mandi dengan mama.”
Mengekek Adam gelak depan pintu bilik air.Haha,dah ada anak pun tak reti lagi mandi ni. “Hana,kenapa tak nak mandi dengan mama?”Adam mencangkung di depan ank perempuannya.
“Ca nak,ma andi ta besh.Yush je air tu,ta cam pa.”Mencuka terus muka Dalila dibuatnya sementara Adam dah menekan perut gelak.
“Macam tulah Hana,fine,mama mandi jirus je air tu,tak macam papa,berus,jirus,sabun,syampoo.”Pipi tembam hana Dalila cubit lembut.
“Aduh,teruk la papa macam ni.Kena mandikan wife dengan anak sekali.Teruk betul lah Deyl ni,dah ada Hana  dua tahun pun tak reti-reti lagi mandikan Hana.Sian Hana ni.”
“Tak suka la dia ni.Dah,mandikan Hana ni,saya kan tak reti mandikan Hana…”Terus Dalila bangun.
“Deyl?”Adaam anggil bila Dalila ingin berlalu.
Dalila berpaling. “Apa?”
“Love is sweet.”Adam senyum penuh makna.


“So?”Dalila cebik.
“Because it is you.Kan Hana kan?Say sorry to mama,cepat!”
“Ma,ma,Na sorry.”Hana senyum menampakkan giginya.Copy paste muka papa dia!
“Awak jahat kan Adam?”
“I know,I know and I know….”
Dalila patah balik dan cium pipi Hana. “Owh my bubbly boo.Alah,mama tak marah pun dia.”


“And you,you know what?I’m flying high in your love tau tak?”
“I know,I know,I know.Sweet kan saya?”
“Owh my………..”


                                Memberilah di dalam bercinta dan pastinya kita akan menerima……
                                Melengkapilah di dalam bercinta dan pastinya kita akan dilengkapi….
                                                                                -akyel-


6/10/2013 1 Zulhijjah 1434 Hijrah

1.30 pm.