Monday 30 November 2015

Wad Dahlia

Asalammualaikum.


Hari ni nak cerita pasal apa ye?Alang-alang aku tengah free ni....

Ha...cerita pasal roomate aku la.Asalnya roomate aku ni ada tiga je,tapi persahabatan tu unlimited la kan nak pulak dengan mulut bising aku kan.

So,boleh kata bilik depan pun macam bilik aku.

Kitorang rapat gila,boleh kata macam dah hidup sama-sama tu bertahun.Macam kawan-kawan aku yang kat sekolah menengah.GBL.

Diorang baik sangat,kalau aku lapar tu boleh kata tak malu la nak mintak makan.

Nampak la diorang ikhlas nak berkawan dengan aku.

Tapi.....

Diorang ni jahat...bukan la jahat mana,tapi jahat la jugak.Not that 'jahat' in terms of devil,just jahat macam....ah faham-faham sendiri la kan?

Selalu sangat buli aku,tahulah aku yang paling muda.

Tapi,memang pergi la mana-mana pun memang muka aku ni muka senang dibuli.

Bila bercerita tu,memasing ada je cerita yang mengarut yang diorang buat.

Tapi aku paling sayang diorang bila part makan la,memang gua kata tak berkira beb.Bapak lah aku suka bila part tu..haha

Yang agaknya baik sikitnya Qilah je.Haha.Senyap je,baik je..yang lain?

Huh.....

Nak tengok gambar?



We call ourself as Wad Dahlia!

Sedihnya....dalam ramai-ramai wad dahlia,aku sorang je yang PDT,maksudnya dua tahun dekat sini.Orang lain semuanya setahun,PST.

Sem ni habis,maksudnya diorang dah pun habis belajar.Aku?

Ada setahun lagi.Tak sanggupnya nak berpisah.Mesti nanti aku rindu gila kat mereka-mereka ni.

Baru je tadi Syira masuk,korang tahu dia mintak aku ajar apa?

"Mak,macam mana nak masak maggi?"Owh my god!Sakit jantung aku tahu tak?

Tu tak termasuk lagi anak-anak yang lain.Masuk je bilik,ada je....

"Mak,sakit perut."

"Mak....sakit kaki..."

"Mak.....pening..."

"Mak..banyak tuto...tak larat..."

Macam-macam la lagi.Hisy,belum lagi habis sem aku dah fikir dah.Mana nak cari roomate gila macam ni dah?

T_T

Monday 23 November 2015

Still Into You



Can't count the years on one hand
That we've been together

Haifa melihat suaminya yang tenang tidur di sebelahnya.Terlalu tenang wajah itu ketika sedang lena.

Perlahan-lahan,tanpa Haifa sedari,air matanya jatuh ke pipi setitik demi setitik.

Haifa langsung tidak menyangka yang hubungan mereka akan melangkah sejauh ini.Lelaki di sebelahnya ini tidak pernah sekali pun Haifa impikan untuk menjadi seorang suami,tapi mereka berjaya.

Cerita mereka bukan bermula dari setahun yang lepas,dua tahun yang lepas,tetapi lima belas tahun yang lepas.

Jauh dalam hati Haifa,dia tahu perasaan suaminya itu kepadanya walaupun saban hari Syafif kata yang dia sayangkan Haifa.

Syafif cuma kata sayang,tapi bukannya cinta.

Cukuplah tu Haifa,cukuplah setakat tu.Sekurang-kurangnya Syafif masih ada,masih jujur dengan kau.

Kisah mereka bermula ketika mereka tingkatan satu lagi.Bertemu di sekolah menengah,tidak pernah bertegur sapa sehinggalah suatu hari Syafif menjadi mentornya ketika tingkatan tiga untuk subjek math.

Sejak itulah cerita mereka semakin rumit,yang menjadikan hidupnya berubah sebanyak 360 darjah.

Sudahlah tu,berapa kali nak menangis sebab benda yang sama?Sampai bila nak menangis?Syafif masih ada kan?

Haifa ketap bibirnya menahan tangis.Dia bangun dari katil dan masuk ke dalam bilik air.Sabar kan hati wahai Haifa.....


need the other one to hold you


“Haifa,masak apa pagi ni?” Tanya Syafif ketika singgah di bilik anak kembar mereka.

“Abang cakap nak makan nasi lemak semalam kan?So saya masak nasi lemak lah,ke abang nak makan benda lain?”

“Eh,saya saya ada pesan ke semalam?”Jelas muka pelik Syafif menyatakan yang dia benar-benar lupa.

“Ada.Semalam abang pesan lepas makan malam.Jom lah turun makan.”Haifa keluar dari bilik si kembar dan membimbing Syafif menuruni tangga.

Disediakan segala-galanya buat si suami.Syafif hanya tinggal menyuap sahaja nasi ke mulut.

Syafif tersenyum dengan kesedapan air tangan Haifa.Haifa sentiasa tahu menjaga seleranya.

“Haifa tak nak makan ke?”Syafif senyum sahaja melihat isterinya hanya memandang dia makan.

“Tak apalah,saya temankan abang makan je.Tadi masa masak dah makan sikit-sikit,rasa kenyang pulak.”Haifa senyum sambil menunduk.

“Selalu macam tu.Setiap pagi mesti saya makan sorang.Nah la rasa sikit.” Syafif suakan sudu ke mulut Haifa.

Nak tak nak Haifa ngangakan mulutnya.

Cukup puas untuk membuatkan Syafif tersenyum senang.

“Lepas ni makan tau,saya tengok awak setiap pagi tak pernah pun makan.”Pesan Syafif dengan penuh kelembutan.

Haifa anggukkan sahaja kepalanya.Itulah antara kelebihan Syafif yang membuatkan dia bertahan hingga ke saat ini.

Syafif sangat prihatin dan penyayang...

Haifa hanya mampu mengikat kasih Syafif melalui masakannya,kasih sayangnya,layanannya...

Dan Haifa berharap Syafif melihatnya...



Make you feel, make you feel better


“Papa,can we play this?”Aina tunjuk lego di tangannya.

“Yes Aina?”

“Can we play this?Mama said we can’t play it,we have to sleep.”Aini tolong sambung.

Syafif sudah tersengih dengan keletah anak kembarnya.Aina dan Aiman sentiasa menceriakan hari-harinya.

Wajah anak syurga inilah yang menjadi penghilang lelahnya setiap hari. “Sure,why not?Can i play it with you guys?”

“See...papa allow us to play with it.”Becok mulut Aina mengomel sambil tangannya sibuk menyusun lego-lego di atas lantai.

“Bukan macam tu lah Aina.”Aiman runtuhkan timbunan lego Aina.

“Tunjukkanlah.”

Syafif cuma memerhatikan mereka bermain sesama sendiri sambil bibirnya terus tersenyum.Sesekali Syafif menyakat si kembar dengan mencuri salah satu lego.

“Abang,kenapa bagi diorang main?Dah pukul berapa ni.Nanti diorang nak tidur pukul berapa?”Muka Haifa macam nak menangis sahaja.

“Alah,saya lupa lah,dah terbagi diorang main.Tak boleh tahan la tengok muka comel diorang.”Terbit rasa serba salah dalam hati Syafif bila melihat keletihan pada riak Haifa.

Haifa cuba bersabar.Masuk kali ini entah berapa kali dah Syafif buat benda macam ni.Bagi si kembar main mainan malam-malam sampai diorang tak nak tidur.

Yang jadi mangsanya adalah Haifa,Syafif sedaplah tidur,esoknya dia harus bangun untuk ke pejabat.Tinggallah Haifa melayan Aina dan Aiman bermain hingga ke dua tiga pagi.

“Aina,Aiman,jom tidur?”Haifa mencuba.

“Tak nak,we want to play on.”Serentak mereka membalas.Ayat biasa.

“Dah la tu,don’t you tired?If you are not,mama yang dah penat.”Haifa cuba memujuk.

Laju je menggeleng budak dua orang tu.Haifa tenung muka Syafif. “See abang,I told you..”Masih dalam nada yang lembut.

“Sorry?” Syafif kelip-kelipkan matanya cukup membuatkan Haifa tergelak kecil. “Okay lah,saya temankan awak malam ni eh?Sampai applepie ni tidur.”

Macam lah Haifa tak tahu kesudahannya.

Lima belas minit kemudian,Syafif dah pun tidur lena di atas sofa.

“Abang,bangun,tidur dalam bilik lah.”Haifa goyangkan bahu Syafif.

Syafif buka matanya perlahan-lahan. “Ha?”

“Abang tidur dalam bilik lah.”

“Twin?”

“Tak apa.Saya tungu diorang,sian abang penat.”

Terus Syafif bangun dari baringnya.Dahi Haifa dicium dan pipi Aina dan Aiman dicium sama sebelum dia mendaki anak tangga ke bilik.

Haifa masih memandang tangga walaupun kelibat Syafif sudah hilang dari pandangan.

Nafas dihembus berat...

 


It's not a walk in the park
To love each other


Syafif jalan berseorangan sementara Haifa sibuk mengejar langkah si kembar yang langsung tak boleh dilepaskan untuk berjalan bersendirian.

Senyum di bibirnya tak mampu ditahan.

Wajah Haifa dipandang lama.Wajah yang banyak berkorban untuknya,wajah yang setia di sisinya untuk enam tahun ini.

Kenapa ya?

Cintanya untuk Haifa masih tidak ada walaupun enam tahun masa sudah diperuntukkan untuk membina rasa itu.

Kenapa?Dia sendiri tak mampu nak nyatakan sebabnya.

Nak kata Haifa tak cantik,percayalah,jika dia tidak mengahwini Haifa,ramai lagi orang lain beratur nak pinang Haifa.

Tak tahu kenapa segala pengorbanan Haifa masih tak mampu membuahkan cintanya kepada isterinya.

Tapi Syafif tahu tanggungjawabnya sebagai seorang suami.Ini bukan cerita novel,ini bukan cerita dongeng,bila tak suka,tiada cinta rumah tangga terkontang kanting.

Bukannya salah Haifa cintanya masih tidak bercambah.Kerana itulah dia cuba sedaya upaya melayan Haifa dengan sebaik-baiknya sebagaimana Haifa melayaninya selama ini.Kerana dia tahu perasaan Haifa kepadanya.

“Abang,tolong pegang Aina?”

Panggilan dari Haifa berjaya memecahkan lamunan Syafif.Cepat-cepat Syafif berlari mendapatkan Aina yang mendekati tasik.

Dia membawa Aina ke bangku kosong di bawah pokok.Haifa mengikutinya sambil mendukung Aiman.

“Nakalnya korang,tak terlayan mama.”Syafif mecium pipi Aina geram.

“I just wanna play with the water..”Aina menunjuk air tasik yang tenang.

“Mana boleh.It is dangerous,there is crocodile in that lake.”Aiman memberi amaran.

“Pandainya Aiman.Dengar tu Aina,ada buaya dalam tu,ha mainlah dalam tu biar kena ngap dengan buaya.”Haifa menyakat.

“Nak tak kena ngap dengan buaya?”Syafif tanya si kembar.

“Tak nak!!”



But when our fingers interlock,
Can't deny, can't deny you're worth it



“Abang..”Haifa memanggil.Ketika itu Aina dan Aiman sedang bermain di taman permainan.Tinggallah mereka berdua senyap tanpa bicara.

“Ya..”

“Can I ask you something?”

“Yeah,sure.”

Haifa teragak-agak untuk bertanya selanjutnya.Syafif masih tersenyum melihat si kembar bermain.

“Are you happy?”

“Happy lah,ada Aina,ada Aiman ada Haifa.Alhamdulillah..”

“I mean,you really happy ke dengan kami?Dengan saya?”

Tersentap Syafif mendengarnya.Kenapa dengan Haifa?

Haifa pun terkejut dengan soalannya.Tak sangka apa yang bermain di kepalanya dapat diluahkan pada saat ini.

Tapi Haifa nampak muka  terkejut Syafif.

Haifa perasanlah bila mereka tinggal berdua sahaja mereka akan senyap.Langsung tiada perbualan melainkan bila ada si kembar atau orang lain.Tidak seperti pasangan-pasangan lain.

Haifa sangat cemburukan abang dan kakak iparnya.Mereka sangat bahagia pada pandangan Haifa.

“Haifa?”

“Eh,lupakanlah apa saya cakap tadi.Nevermind.”Haifa tersenum kelat.Bukannya dia tunggul sangat untuk tak menyedari perubahan riak suaminya.

“O,okay.”Syafif tundukkan mukanya.

Lama mereka menyendiri sebelum Haifa bersuara.

“Abang..”

“Hmm..”

“Can I hold your hand?”

“Ha?”

“Boleh tak saya nak pegang tangan abang?”

Syafif yang terkedu perlahan-lahan hulurkan tangannya.Dapat dia rasakan Haifa menggenggam tangannya erat,erat sekali.

Tangan itu digenggam juga.

I knew it...Haifa tahan air matanya.

Cause after all this time i’m still into you.....

 


Recount the night that I first met your mother



“Ya Allah,cantiknya anak kau Ila,cantik sangat budaknya.Pandai kau jaga anak.”Puji Yusrina bila melihat Haifa buat pertama kalinya dalam dua puluh tahun.

“Haish,biasa jelah.Nak cantik macam mana pulak,macam itu jelah rupanya.”

“Awak kenal mak cik ni Haifa?”

“Er,saya tahu nama mak cik je,Mak Cik Yus,sebab mak selalu cerita,yang lain tak sure.”Kata Haifa jujur.

“Yelah,last jumpa awak masa kecik dulu je.Mana lah nak ingat.”

Itulah saatnya dimana perkenalan secara rasmi antara Haifa dan Yusrina yang membawa kisah kedua dan seterusnya dalam hidup Haifa.

“Haifa,Cik Yus berkenan sangat denga Haifa.”

“Lepas tu mak?”

“Kenal kan anak Cik Yus yang bongsu lelaki tu?”

“Syafif?”

“Haah.Bulan depan kan dia nak fly pergi Toronto,Cik Yus nak pinang Haifa untuk Syafif.Nanti bila Syafif balik lagi tiga tahun,korang boleh terus nikah je.”

Maknya menyambung lagi. “Haifa terimalah ye,mak bukan apa,berkenan juga tengok Syafif tu.Baik betul budaknya.”

Dan seminggu kemudiannya,Haifa secara rasmi menjadi tunang kepada Mohammad Syafif...

Dari saat itulah,Haifa cuba tanamkan rasa sukanya kepada insan bergelar Syafif.Nak tak nak lambat laun Syafif akan menjadi sebahagian dari hidupnya jugak.

Tak guna pun kalau dia memberontak macam orang gila sekalipun,sebab kalau memang itu takdir kita,larilah kemana sahaja.Disitu juga kita berjumpa.

Tiga tahun pun berlalu dengan begitu cepat.






And on the drive back to my house
I told you that, I told you that I loved ya



Syafif hantar balik ya?Lewat dah ni.Telefon rumah tak berangkat pun.”Itu kata Cik Yus ketika jam sudah mencecah angka satu pagi.

Haifa dan mak datang ke rumah Cik Yus pun sebab menolong kenduri Cik Yus sempena menyambut kepulangan Syafif dari Canada.

Nak tak nak,terpaksalah.Dari tadi puas dah telefon rumah,satu pun tak berjawab.

Masuk je kereta mak terus tidur,pengsan.Langsung tak sedar apa-apa dah.Penat sangat lah tu.

Tinggalah Haifa dan Syafif yang masih berjaga.Syafif seperti teragak-agak untuk bersuara,tapi kalau tak cakap sekarang bila lagi kan?

“Haifa?”

“Ya?”

“Awak still nak go on ke?”

“Apa?”

“You hear me kan?”

Haifa angguk. 

“Awak tak ada orang lain ke?I mean,saya tak nak this marriage akan distrupt relationship awak dengan someone else.Tak terlambat lagi Haifa.”

“Tak,saya tak ada orang lain pun.”

“Betul ke?”

“Hmm..”

“Saya tak marah pun kalau awak kata awak dah ada orang lain.Saya faham.”

“Tak,i’m fine.”

Syafif jeling Haifa yang memandang ke luar tingkap melalui cermin. “Okay.”

“But,why ?”

“Ha?”

“Why?”

Senyap.

Cause i’ve start loving you?Bisikan itu hanya mampu dilafazkan di dalam hati..biarlah hati sahaja yang berbicara.




You felt the weight of the world
Fall off your shoulder


Syafif masih tidak boleh tidur.Puas sudah matanya dipaksa untuk dipejam,tapi tengoklah,masih celik hingga saat ini.

Dia tak boleh tidur bukan sebab apa,sebab terbayang apa yang terjadi siang tadi sewaktu di taman.

Tipulah kalau dia tak rasa apa-apa bila Haifa buat macam tu.Memang dia hati batu kalau tak berjaya mengesan apa yang Haifa maksudkan di sebalik perbuatannya.

Badannya diiringkan ke kiri menghadap Haifa yang sedang lena.

Rambut Haifa dielus perlahan. “Maafkan saya Fa.Saya tahu awak tahu apa yang jadi antara kita semuanya sebab saya.Tapi,percayalah,bukan saya tak cuba,saya cuba Haifa.Enam tahun bukan masa yang pendek,saya dah puas mencuba,tapi saya sendiri tak tahu kat mana silapnya.

Saya tak buta tengok awak kecewa dengan this marriage.I know it,tapi...i don’t know what is wrong with me?What is wrong with my heart?Tell me...”

Syafif berbisik perlaham.Cukup perlahan.

“Saya sayang awak,itu saya tak pernah deny.Hidup saya sangat berubah bila awak datang.Ke saya yang tak tahu apa itu cinta?Awak layan saya macam raja.Kalau awak dengar,saya nak sangat awak tahu,saya appreciate awak for everything you did after all.”

Air matanya bergenang bila terbayangkan segala apa yang Haifa telah lakukan untuknya.

Di saat pertama kali Haifa ungkapkan kata cintanya saban hari dengan segala perbuatannya,Syafif sudah hilang punca.Dia rasa Haifa langsung tak layak untuk dirinya.

Haifa jauh lebih baik dari dirinya.Syafif jadi malu dengan dirinya sendiri jika dibandingkan dia dengan Haifa.

“When you said that you love me,i don’t know why,but it feels like a load.A love from a woman like you.....saya tak tahu bila saya boleh buat benda yang sama awak buat.I dont know Haifa...”





And to your favorite song
we sang along to the start of forever


“Acik,jom lah main.Dah lama kita tak main piano.Dah berkarat dah note dalam kepala ni.” Farah adik Syafif masih setia memujuk Syafif untuk main piano bersama ketika mereka di rumah ibu bapa Syafif.

“Alah,acik malas la.Pergi jelah main sorang.Tu ajak Kak Haifa main.Kak Haifa lagi terror.” Kacau jelah farah ni.Orang nak tengok tv diajak main piano pulak.

“Menyampah lah acik ni.”Farah bangun dan pergi ke arah Haifa yang sedang duduk perhatikan Yusrina mengait baju.

“Kak,jom main piano?”

“Ha?”Terkebil-kebil Haifa bila disergah tiba-tiba.

“Jom main piano,tadi Farah ajak acik dia tak nak.Jom lah kak.Kita main sama-sama.”Farah dah pegang legan Haifa.

“Alah,akak dah lama tak main lah.Sibuk jaga kembar.Entah ingat ntah lupa dah note.”

“Jom lah akak.Sebab lama tak main tulah kita kena main.Bagi ingat balik.Jom la..jom?”
Yusrina gelengkan kepala.Gian sangat lah tu agaknya Farah ni sampai Haifa diajak sekali main. “Pergi jelah Haifa sementara kembar dengan atuk dia ni.Nanti diorang ada,tak ada masa pulak dah.Bukan selalu ada masa lapang macam ni.”

Nak tak nak Haifa bangun dan menuruti langkah Farah menuju ke grand piano yang terletak di tengah-tengah rumah.Matanya menjeling Syafif yang santai bersandar di sofa.

“Kita nak main lagu apa ni Farah?”

“Lagu apa yang akak tahu main?”

“Erm....depends la.Farah nak main lagu apa?Kalau susah sangat kena tengok note lah,kalau yang biasa-biasa akak tahu la.”Berdebar Haifa jadinya sebab lama gila tak main piano.

“Urm...okay,tau tak lagu Megan Trainor?Dear future husband?”

“Aha...i think i know it.Lagu tu ke?”

“Jom?”Haifa fikir sebentar note-note yang bakal digunakan. “Okay,akak tau dah.” Tile piano mula ditekan,bergema satu rumah dengan nada Dear future husband.

Sambil Haifa main piano,Farah pula menyanyi. “Chorus kak!”

Haifa gelengkan kepalanya.Segan dengan Syafif yang duduk tidak jauh dari mereka.Haifa perasan sesekali Syafif jeling-jeling ke arah mereka.

“Dear future husband,here is a few thing,you need to know if,you want to be my one and only ,for the rest of my life..”Bila part chorus Farah sengaja tinggikan suaranya supaya Syafif dengar.

Memang Haifa tak pernah cerita masalah rumah tangga dia dekat Farah,tapi Farah nampak apa yang tak kena dengan mereka berdua.Terlalu jelas,Sabar nyalah Kak Haifa ni.

Bila part terakhir habis,Haifa tekan note major serentak sehingga menarik perhatian Syafif.Amboi Haifa,tunjuk terror nampak?

“Waa,pandainya akak.Kalah maxim macam ni.”

“Amboi,maxim lagi terror la.Mana boleh challenge dia,akak main yang slow boleh la.laju-laju,erk...”Haifa sengih.

“Lagi satu lagu kak?”

“Nak join boleh tak?”Tiba-tiba entah datang dari mana,Syafif dah tercongok di tepi piano.

“Er,tanya Farah.”

“Eh,apa pulak tanya Farah,tanya Kak Haifa la.Tadi orang ajak tak nak main.” Farah buat muka.

“Haifa?”

“Er...okay.”

“Nak main lagu apa ni?”Syafif cuba hilangkan kekekokan.Dia mengambil tempat di sebelah Haifa.Sementara Farah bangun dan berdiri di sebelahnya.


“Entah.Ikut abang lah nak main lagu apa.Saya ikut je.”Jelas Haifa malu-malu dengan Syafif.

Kadang-kadang Farah tengok mereka berdua ni comel jugak.Kawin dah enam tahun tapi still act like a newlywed. “Thousand years Christina Perry?”

Syafif pandang Haifa dan Haifa pandang Syafif.Cepat-cepat Haifa larikan pandangannya. “Okay.”

“You both main,Farah nyanyi amacam?”

Syafif jongketkan bahunya.Key pertama ditekan....Farah mula menyanyi.Syahdu je rasanya nak pulak suara Farah memang sedap.


Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?

Macam mana nak berani Syafif?Macam mana nak beranikan diri kita?

How can I love when I'm afraid to fall?
But watching you stand alone,
All of my doubt suddenly goes away somehow.

One step closer

But still cant get you...

I have died every day waiting for you

Lama mana lagi perlu saya tunggu?
Darling, don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away


What's standing in front of me

It is you...

Every breath
Every hour has come to this

One step closer

I have died every day waiting for you
Darling, don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more
Let go,let god....
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer

I have died every day waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more


Disaat baris akhir Farah menyudahkan nyanyiannya,air mata Haifa sudah mula bertakung dan tanpa Haifa sedari air matanya tumpah juga.

“Kak?Are you okay?”

“Haha,entah emo pulak.Teringat Edward dengan Bella.”Haifa ketawa paksa untuk menutup cerita.

Sementara Syafif disebelah terkedu.Faham,tapi tak tahu harus buat apa.

“Laa,janganlah.Kalau macam tu Farah pun nak nangis.Lama dah tak tengok muka Edward vampire kacak tu.Ish!”

Farah usapkan bahu kakak iparnya.Sabarlah kak Haifa,Allah ada...Innallah ha makna Kak Haifa.

‘For thousand years,i will wait for you..will you do the same?’

And after all this time, I'm still into you...



I should be over all the butterflies


“Kenapa buat macam ni Haifa?” Perlahan,tapi cukup mengetarkan hati Haifa.Air mata dari tadi menjdi peneman di pipi.

Syafif sambung lagi. “Saya tahu kita tak macam orang lain,tapi saya tak expect awak untuk buat semua benda ni?”

“Abang,bagi saya explain.Please abang.”Haifa bangun dari duduknya dan pergi melutut di depan Syafif.

“Nak explain apa lagi?”Bergema satu rumah dengan tempikan Syafif.Ini adalah kali pertama dalam enam tahun perkahwinan mereka Syafif manaikkan suaranya.

“It was not apa yang abang nampak ....”

Belum pun habis ayat Haifa,Syafif dah menaikkan suaranya lagi. “Saya nampak apa?Tak cukup ke gambar dalam phone awak tu?Dengan mesej lagi?Kalau saya tak tergerak hati nak tengok phone awak,sampai mati pun saya tak tahu perangai sebenar awak!”

“Abang please.Let me explain!”

Syafif tolak Haifa yang sedang memeluk kakinya. “Pergi Haifa,pergilah mana awak suka,pergilah dekat lelaki tu.Tinggalkan Aiman dengan Aina dekat sini.”

“Abang!!!”

Meraung Haifa bila mendengar apa yang Syafif katakan.Ya Allah,bantulah aku,bantulah aku....Macam mana dia nak hidup tanpa Aiman dengan Aina??

Haifa kejar Syafif yang sedang mendaki tangga. “Abang tolonglah ampunkan saya,saya minta maaf bang,saya mintak maaf.Tolonglah jangan pisahkan saya dengan kembar.”

Sumpah Syafif rasa sangat belas dengan Haifa,isteri yang dia sanjung dan hormati selama ini.Tapi Ya Allah.....hanya tuhan yang tahu betapa peritnya hati dia bila teringat gambar-gambar di dalam phone Haifa.

“You choose him over us,pergilah dekat dia,buat apa nak stick dengan twin?”

Terjelepuk Haifa di pinggir tangga.

............................................................................................................

Haifa panjat tangga menuju ke biliknya untuk mengemas apa yang patut untuk dibawa bersamanya.

Syafif langsung tak nak pandang muka dia,apatah lagi nak mendengar penjelasannya.Ini semua adalah salah faham,demi Allah,dia takkan pernah nak buat semua benda tu.

Haifa nampak Syafif yang sedang baring di atas katil.Syafif terus buat-buat tidur bila Haifa masuk bilik.Air mata dikesat lagi.

Setelah selesai mengemas apa yang patut,Haifa menghampiri Syafif.

“Abang,saya minta maaf selama ni saya dah banyak menyusahkan abang,tapi abang kena tahu saya tak salah.Ini semua salah faham,halalkan makan minum saya selama jadi isteri abang.Satu benda je yang saya nak abang tahu,saya sayang abang sangat-sangat.”Tangan Syafif disalaminya.

Lantas Haifa berlalu keluar dari bilik itu.

Syafif buka matanya.Tagannya masih basah dengan air mata Haifa.Tanpa sedar matanya juga basah.

“Ya Allah,betul ke apa yang aku buat ni?”

Syafif bangun dari baringnya.Syafif tahu mana Haifa akan tuju selepas menyalamnya.Bilik kembar.

Syafif perhatikan dari belakang pintu Haifa yang sedang melutut di tepi katil kembar.

“Aina,Aiman,jadi anak yang soleh ye,mama sayang sangat dengan korang.Don’t make papa in trouble,he dont used to it.Mama tak nak pisah dengan korang,I want to see you growth,I want to stay here with you always,but I can’t.Jangan lupakan mama ye Aina Aiman?”

Haifa cuba mengawal tangisnya agar tidak terlalu kuat hingga mengejutkan kembar yang sedang tidur.

Dengan susah payah dan hati yang sangat berat,Haifa cuba bangun.Diciumnya wajah kecil itu berkali-kali sebelum kakinya berjaya meninggalkan Aiman dan Aina.
.........................................................................................................................

But I'm into you


Pintu rumah diketuk buat sekelian kalinya.

Pintu dibuka dari dalam.Seorang lelaki berseluar bawah lutut dan berbaju pagoda membuka pintu dengan muka yang sememeh,baru bangun tidur.

Terus badan itu dipeluk erat.

“Abang.....”Haifa menangis dengan sepuas-puasnya di dalam pelukan lelaki itu.

“Haifa,eh,kenapa ni?Ya Allah...Haifa kenapa?”

Haifa cuma menangis dan terus menangis.Sedihnya saat ini langsung tidak dapat digambarkan.Syafif dah buang dia,Haifa tak boleh jumpa kembar...

Najmi bangun dari duduknya dan pergi ke dapur.Segelas air dibawa bersama.Air itu dihulurkan kepada Haifa.

“Now,tell me,what  had happened to you?”

Haifa senyap tidak berkutik.

“Sampai macam ni pun tak nak cerita lagi dekat abang?Kenapa datang sini?Syafif?”

Senyap.Najmi bukan orang yang penyabar,nak pulak dengan situasi begini.

“Come on,just tell me what the hell is happening here Haifa?”

Juga senyap. “Okay,abang call rumah,tanya mak.” Deras langkahnya pergi ke meja untuk mengambil telefon.

“Haifa lari dari rumah.”

“Ha?”

“Jangan call mak,jangan bagi tahu sesiapa.”

“Tapi kenapa?”Najmi duduk di sebelah Haifa. “Kalau setakat cerita sikit lepas tu diam,baik tak payah cakap apa-apa.Abang tak rasa yang Haifa sengaja lari.Syafif pukul ke?”

Cepat-cepat Haifa mengeleng.Dia mengeluh berat.Handphone diseluk dari dalam poket dan dihulurkan kepada Najmi.

Najmi baca mesejnya dengan Haifa.Muka Haifa dipandang dengan riak tak percaya. “Are you kidding me?Sebab ni je?”

“Eh,Syafif tu ada otak ke tak?Dia ingat abang ni pakwe Haifa ke?Kalau betul lah kau nak mengggatal kenapa baru sekarang?Kenapa tak dari dulu je lagi?Idiot!”Marah Najmi kerana sangat sakit hati dengan apa yang Syafif perlakukan kepada Haifa.

“Abang,please,dia tak tahu pun abang ada dalam family kita.”

Berubah air muka Najmi.Tidak dapat tidak dia mengaku dengan kenyataan Haifa.Syafif tak pernah tahu tentang kehadirannya.

“Tapi takkanlah sebab tu kau kena keluar rumah?Kembar?”

Haifa menggeleng.Berair matanya bila teringatkan kembar.

“Call mak supaya explain?”Najmi bagi cadangan walaupun dia tahu itu akan menjerat dirinya sendiri.

“Lepas tu abang?Abang dah tak sayang saya dah ke?”Haifa sudah mula teresak semula.

Najmi berdecit lantas memeluk Haifa. “No I mean,did he ask you some explanation before chased you out?”

Ya Allah.....kenapa cerita cinta adiknya perlu banyak sangat dugaan.Kasihanilah dia Ya Allah..Kau kuatkanlah dia....


..........................................................................................................................................

Najmi jenguk Haifa di biliknya,masih tidur.Pintu bilik ditutup perlahan-lahan.Kakinya laju dibawa menuju ke belakang dapur.

“Hello?” Syafif menjawab panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali.

“Hello,ni Syafif ke?”

“Ye saya,who is speaking?”

Najmi jenguk ke belakang takut-takut Haifa tiba-tiba uncul.Dia terpaksa lakukan ini demi Haifa.Kalau nak suruh Haifa yang buat,sampai bila pun hal ni takkan selesai.

“Aku Najmi.”

“Najmi,siapa ya?”

“Look,aku tak nak cakap panjang,aku call ni sebab Haifa.”
Terus berubah air muka Syafif bila mendengar nama Haifa. “So,kau lah lelaki tu kan?Haifa ada dengan kau ke?”

“Dah kau halau dia macam tu je kau ingat dia ada sangat lah tempat nak pergi malam-malam buta macam tu?”Terus berapi Najmi dibuatnya.

“So betullah Haifa pergi dekat kau?” Syafif juga sangat sakit hati ketika itu.Betul telahannya semalam.

“Dah kau nak suruh dia pergi mana?Balik rumah mak dia?Cakap dia kena halau sebab curang?”

“She deserved it.Dah jelas yang dia curang kan?”Syafif bangun dari duduknya.

“Asal kau ni bodoh sangat ha?Kau dengar tak bila dia mintak kau dengar explanation dia?”

“Tak ada bendalah yang nak di explain lagi!”

“There it is.Haifa tak pernah curang,sebab aku abang dia!”

“You what?”Syafif rasa macam sedang dihempap batu besar.

“Aku abang Haifa.”

Syafif dihujung sana terdiam,terdiam seribu bahasa.

“Haifa don’t have a brother.....”



........................................................................................................................................


And baby even on our worst nights


Haifa berdiri lamadi hadapan pintu pagar itu.Tak tahu dia patut masuk atau tidak.Najmi disebelah entah berapa kali ditenung.

“Abang,betul ke apa yang Haifa buat ni?”

“Come on sis,go on.Dah sampai depan ni kan?Kata rindu dengan Aina dengan Aiman.”Najmi memujuk entah kali yang ke berapa.

“Tapi,macam mana kalau Syafif...”

“Abang kan dekat sini.”

Haifa tekan loceng dengan  tangan yang terketar-ketar.Tak lama kemudian Syafif keluar dari pintu utama.

Haifa mula pucat bila Syafif semakin lama semakin menghampiri. 

“Masuklah.”Cuma sepatah.

“Saya nak jumpa kembar je.”Najmi pulak rasa bengang dengan Haifa.Bersusah payah dia membetulkan keadaan Haifa boleh pulak cakap macam tu?

“Kembar dekat dalam.Diorang demam.”

Berderau darah Haifa bila mendengarnya.Tanpa berdalih,laju sahaja kakinya melangkah menuju bilik Aina dan Aiman.

“Mama...mama!”Aina dan Aiman memanggil.

“Ya Allah.Kenapa boleh demam ni.Sayang mama...”Berkali-kali Haifa mencium muka mereka berdua berselang seli.

“Mama,mama pergi mana?I miss you mama.”Kata Aiman.

“Aina pun,I miss you so much.”Mereka berdua bangun dari baring dan berdiri memeluk leher Haifa.

Jatuh air mata Haifa. Ya Allah.....I miss you too sayang..miss you so much...

“Mama dont leave me please...”Rayu Aiman.

“Me too...don’t go...I love you.”

Haifa menangis mendengar bicara anak-anaknya.Mereka dipeluk kejap.

Najmi yang memerhati dari luar tak mampu nak tahan air matanya dari terus mengalir.

..............................................................................................................................................

“Nak pergi mana?”Tanya Syafif bila melihat Haifa terus jalan menuju ke pintu.

“Balik.”Sepatah.

“Aiman dengan Aina?”Syafif mendekati Haifa.

“Nanti saya datang balik.”Cepat-cepat Haifa ingin keluar dari rumah itu.Segalanya terasa begitu kekok.

Syafif capai lengan Haifa dan menahannya dari keluar. “Don’t go.”

Terhenti nafas Haifa menahan debaran.Perlahan-lahan dia berpaling.Muka Syafif dipandang,cuba memberanikan diri. “Kenapa?”

“Just don’t go.Please?”

Haifa tak tahu apa yang dirasakan saat ini.Dia keliru.Apa yang ada dalam kepala Syafif sebenarnya?Tangannya masih belum Syafif lepaskan.Baru je tiga hari lepas Syafif mengamuk sakan dan menghalaunya keluar,hari ini jadi lain pula.

“Kenapa?”

“Perlu sebab ke?”

Haifa terkedu.

“Untuk Aiman dengan Aina.Kalau bukan untuk saya,just do it for them.”Syafif lepaskan nafas beratnya sejurus menyudahkan ayat itu.

Haifa pandang syiling rumah.Mulutnya ditekup,nafasnya ditarik beberapa kali cuba menahan dirinya daripada terlalu beremosi.

...................................................................................................................................................


Syafif putus harapan di saat Haifa tetap melangkah keluar.Dia terduduk lesu menahan perasaan di atas sofa.

Kenapa kau tak cakap je apa yang kau rasa Syafif?Kau tak nampak ke betapa ikhlasnya Haifa sayangkan Aiman dengan Aina?

Syafif mungkin tak bercerita kepada sesiapa tentang persaannya ketika ini,tetapi cukuplah hanya Allah yang mengetahui.

Seminggu tanpa Haifa di sisi cukup membuktikan betapa pentingnya Haifa dalam hidupnya.Dia sangka dia akan elok sahaja bila Haifa pergi.

Rupanya...kehilangan.Ya,itulah yang Syafif rasa bila duduk berseorang.

Terbayang-bayang suara Haifa memanggilnya dengan mesra,tangan itu menyalaminya setiap pagi,Haifa yang tersenyum setiap hari melayani kembar..Everything about her...

Allahu...is this is a love?

Kenapa lama sangat untuk aku sedar?

Shut up Syafif!You ruin everything!

Setitis air mata jatuh.

.......................................................................................................................................................


But I'm into you



“What the hell is that Haifa?”Najmi tarik lengan Haifa sedikit kasar.

Haifa berhenti dari berjalan bila tangannya disentak begitu,tapi dia tetap senyap tidak mahu bercakap apa-apa.
“Kenapa tak stay je dekat sana?Kenapa ikut abang balik ni?”

Senyap.

“Abang memang tak faham dengan Haifa.Tolonglah jangan buat perangai macam budak-budak Haifa!You just...”

Belum sempat Najmi sudahkan ayatnya,Haifa memotong.

“Budak-budak?Saya macam budak-budak?Selama ni Haifalah yang tak matang,Haifalah yang buat semua ni jadi?Bukan salah orang lain?Salah Haifa?”

Najmi terdiam.Sedar yang dirinya tersalah cakap.

“Bukan....abang tak cakap pun macam tu....”

“Habis tu apa abang?”

“What I mean is,Aina dengan Aiman?Haifa tak kesiankan diorang ke?Tak nampak ke macam mana diorang rindukan Haifa?”

Haifa pergi ke dapur.Laju sahaja tangannya mencapai cawan dan menuangkan air sejuk lalu meneguknya.

“Haifa bukannya tak nak balik langsung,cuma...”

“Cuma?”

“Cuma tak ready lagi.Abang bila nak balik rumah?”

Soalan Haifa berjaya membuatkan Najmi terdia seribu bahasa.

“Dah 9 tahun bang.Bila nak balik?”

“I dont know.”Najmi menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.Bukan mudah untuk dia balik begitu sahaja tanpa memikirkan bagaimana penerimaan ibu mereka.

“Mak memang marah,tapi kalau abang pujuk mak,Haifa rasa everythings gonna be okay.Insya-Allah.Kalau tak sekarang bila lagi bang?”Haifa cuba memujuk.

Ya...sembilan tahun bukan satu tempoh yang pendek,tapi Najmi sudah tidak pulang ke rumah selama 9 tahun.Semuanya kerana satu keputusan yang dia buat tanpa berfikir panjang yang menyebabkan mak sangat marah lantas menghalau Najmi keluar dari rumah.

Haifa langsung tidak dibenarkan untung berhubung dengan Najmi.Jika mak dapat tahu,Haifa juga akan mendapat nasib yang sama seperti Najmi.

Bukan Najmi tak pernah cuba pujuk mak,pernah.Tapi ketika itu mak terlalu marah hingga dia langsung tak nak pandang muka Najmi.

“Abang tak tahu dik,abang tak tahu.Abang takut mak halau abang lagi.Kalau mak halau abnag lagi,abang takut abang akan benci mak....abang tak nak benci mak dik.Abang sayang mak,abang rindu sangat dekat mak.Allah je tahu macam mana abang rindu mak.Tak tertanggung dah dalam hati ni...abang tak nak jadi anak derhaka.”

Berderai air matanya jatuh ke pipi.

Haifa bangun dan mendekati Najmi.Belakang badan lelaki itu digosok-gosok perlahan.Faham dengan situasi Najmi.

Kerana itulah Syafif tidak pernah tahu akan kewujudan Najmi.Kerana Najmi tidak pernah sekalipun muncul dalam kehidupan mereka sepanjang enam tahun perkahwinan ini.

..............................................................................................................................................

“Papa,mana mama?”Itu soalan pertama dari Aina ketika dia membuka mata.

“Mama?Mama pergi kerja lah sayang.Nanti mama balik eh?”Syafif angkat Aina supaya duduk di atas ribaanya.

“Kerja?But mama never go to work lah.”Aina dongakkan kepalanya untuk memandang Syafif.

“Itu dulu,sekarang mama dah ada kerja.That is why mama tak ada dekat rumah.”Syafif maim-main dengan rambut perang anaknya,mewarisi rambut Haiifa.

“And then papa?Kenapa papa tak pergi kerja?”Polos soalan Aina.

“Sebab papa nak jaga sayang la.Nanti siapa nak jaga Aiman?Nak bagi you guys makan?Mandikan sayang?Siapa?”

“Aah la.”Aina tepuk dahinya lantas tersengih.Dia bangun dari riba Syafif dan pergi kepada Aiman yang sedang tidur.

“Man,Man...bangun.”Digoyang-goyang Aiman yang sedang nyenyak tidur.Menggeliat Aiman sebelum dia membuka mata.

“Hei,kenapa bangunkan Aiman?Kan dia nak tidur tu?”Pelik Syfif dengan perangai Aina.

Aiman duduk tegak di atas katil dengan mata yang separuh terbuka.Comel sangat pada pandangan Syafif.Kembar baru berusia tiga tahun tapi mereka sangat petah berkata-kata dan tidak pelat.Badan dah la bulat-bulat.

“Man...mama pergi kerja,sebab tu mama tak ada.”Bersungguh-sungguh Aina beritahu Aiman.

“Iya?”Terus bulat mata Aiman.

“Haah,papa yang bagi tahu.Mama dah ada kerja.”

“Waaaa.Mama dah ada kerja.Siapa nak jaga kita?”

“Papa kan ada.”Syafif membalas.

“Papa selalu tak ada.”Pendek tapi cukup menyentak hatinya kala ini.Benar,dia jarang meluangkan masa bersama anak-anaknya.

Bangun pagi balik petang.Selama seminggu dia menjaga kembar barulah dia tahu serba sedikit tentang perangai kembar.

Aiman yang suka mengusik,Aina yang suka menangis bila dikacau....

Haifa....

.............................................................................................................................................


Let 'em wonder how we got this far
Cause I don't really need to wonder at all


Malam itu,Haifa hanya duduk di atas katil sambil termenung.Terbayang satu-satu kisah yang terjadi pada dirinya.

Bermula dengan kali pertama Syafif dan dirinya bertemu,dan episod-episod seterusnya.Jujur yang Haifa tak pernah menyesal mengenali Syafif dan mnjadi isterinya adalah anugerah yang tak ternilai.

Selama enam tahun dia berjaya menunggu,tapi tak tahu dalam masa seminggu ini,entah kenapa dia rasa dah tak mampu untuk menunggu Syafif.

Tawar,itu yang dirasakannya sekarang.

‘Habis tu Haifa?Nak habiskan semuanya sekarang ke?Dah enam tahun kau tu?Sia-sia macam tu je?Macam tu?’Hatinya bermonolog.

Hisy,sudah la tu.Haifa geleng-gelengkan kepalanya.

Dia bangun dan pergi ambil wudhu’.Dia ingin mencari ketenangan dengan bersolat.Dia ingin buat solat istikharah dan memohon Allah tunjukkan apa yang sepatutnya dia buat.

Kalau ikut kata hatinya,Allahu.Who know the consequence?

“Ya Allah,kau bagi aku Syafif,kemudian kau hadiahkan aku Aiman dengan Aina sebagai pelengkap hidup aku.Aku ke yang terlalu mengharapkan cinta Syafif selama ni?Salahkah aku Ya Allah?Kalau aku salah,tolong ampunkan aku Ya Allah.Ampunkan aku.Berikan lah aku yang lebih baik jika dia bukan untuk aku,jika dia memang benar untukku,kau dekat kanlah hati kami,jangan kau pisahkan kami.Permudahkanlah rumah tangga aku Ya Allah.Sesungguhnya hanya engkau yang memegang hati-hati kami...”

Haifa rasa tenang selepas meluahkan rasanya kepada Dia yang satu.

Haifa bangun untuk mendapatkan telefonnya.Whatsapp group rakan-rakannya dibuka untuk melihat satu mesej bergambar.

Terus berderai air matanya saat terbacakan mesej itu.Tersedu-sedu dia di birai katil.Ampunkan aku,ampunkan aku Ya Allah!

Akulah hambamu yang paling tak bersyukur....dia menangis dan terus menangis sehingga Najmi datang.

“Haifa,kenapa ni?”

Tangisan sebagai jawapan.

“Eh,kenapa menangis ni?Sakit ke?Jom pergi klinik?”

Haifa menggeleng. “Abang,Haifa nak mintak ampun dekat Syafif,Haifa dah buat dosa dengan dia.”

“Hei,what are you talking about ni?I dont get it.”Berkerut kening Najmi.

“Hantar Haifa balik?”Haifa meminta sambil memaut tangan Najmi.

“I dont know how your marriage work all this time..but surely you guys are something.Sumpah aku tak faham.Jeez..”Najmi mengomel perlahan. “Bangun,abang hantar.”

......................................................................................................................................................

Syafif jenguk kereta siapa yang berhenti di depan rumahnya.Eh,tu bukan kereta...

Belum pun sempat dia habiskan meneka,kelibat Haifa sudah pun kelihatan menuruni kereta.Haifa?

Cepat sahaja tangannya membuka pintu.Sebaik sahaja pintu terbuka,Haifa meluru mendapatkannya.

Haifa melutut dan menangis di kakinya.Ya Allah,sumpah dia rasa nak pukul dirinya sendiri bila menyaksikan Haifa yang tengah memeluk kakinya.

“Abang,ampunkan saya,saya isteri yang derhaka.Im sorry,im so sorry,please forgive me.Please abang..”

Cepat-cepat dia menunduk dan meleraikan pautan Haifa lantas tubuh itu dipeluk.

“Hei,bangun.Kenapa ni?”

“Saya minta maaf,please abang.”

“Bangun Haifa.Jangan buat macam ni.Awak tak salah pun,saya yang melulu tuduh awak.”

Haifa masih melutut di kakinya.Akhirnya Syafif melabuhkan lututnya supaya sama kedudukannya dengan Haifa.

“No,saya yang sepatutnya mintak maaf.Please jangan buat macam ni Haifa.Saya yang patutnya melutut dekat kaki awak.”Haifa menggeleng-geleng di dalam pelukannya.Lembutnya hati isterinya ini.

“Saya yang salah,saya yang salah...”

Syafif tepuk perlahan belakang Haifa cuba memujuk isterinya.Perkara yang dia tak pernah buat selama menjadi suami kepada Haifa Liyana.

Najmi yang memandang dari dalam kereta akhirnya tersenyum juga sambil tangannya mengesat air mata yang mula berkolam.

Keretanya memecut meninggalkan perkarangan rumah Syafif dengan hati yang lapang.Alhamdulillah....I wonder what makes them so different?Loyalty?Loyalty my foot!Najmi tergelak sendiri.


..............................................................................................................................................

Haifa terasa ada tangan kecil menari-nari dia atas mukanya.Tangan kecil itu bermain-main dengan mukanya.Satu lagi tangan bermain-main dengan rambutnya.

Haifa ingin tersenyum kerana dia tahu siapa yang punya angkara.Dia celikkan matanya.

Aina duduk di sebelah kirinya manakala Aina pula sedang duduk dia antara dia dan Syafif.Syafif juga sedang tidur.Jam di sisi meja dikerling.Enma pagi,masih awal tetapi kembar sudahpun terjaga.

“Asalammualaikum sayang.”Jelas Aina dan Aiman teruja bila Haifa menyapanya.

“Mama!”Terus kembar menerpanya serentak membuatkan Haifa kelemasan.Nafasnya tersekat-sekat kerana menampung berat kembar yang semakin membesar.Tangannya terkapai-kapai terkena pada Syafif membuatkan Syafif terjaga.

Mula-mula Syafif agak blur dengan apa yang terjadi.It took him ten second to realise his wife half dead with the twin’s attack.

“Ya Allah,Aiman,Aina,bangun.Semput mama.”Cepat-cepat dia mengalihkan Aiman supaya Haifa boleh bernafas.

“Nak mama.I miss mama so much.”Aiman tolak Syafif menjauhinya.

“Okay,let mama get up first and then you can hug me.”Haifa bangun dari baringnya.Kemudian Aiman dipeluknya kejap.Aina di riba kiri dan Aiman di riba kanan.

“Mama dah balik.Mama tak pergi kerja dah ke?”Tanya Aina.

“Kerja?”Haifa pandang Syafif meminta penjelasan.

Syafif angkat bahu dan tersengih. “Just answer whatever answer you can give them.”

“Mama?”
“Ha...mama dah habis kerja.That is why i am here.”Pipi montel kembar diciumnya bergilir-gilir.

“Yeay!”Sorak mereka berdua serentak.

“Are you happy guys?”Tanya Syafif walaupun dia tahu jawapannya.

“Yes we are.Mama dah balik.”Jawab Aina.

“Kenapa pulak?Okay je mama tengok papa jaga.”

Aiman bangun dan dekatkan bibir comelnya ke telinga Haifa. “Mama nak tahu tak,papa masak tak sedap.”Terhambur gelak Haifa dengan ‘bisikan’ Aiman.

Merah je muka Syafif bila dengar anaknya mengadu begitu kepada Haifa.Apa?Kalau nak challenge Haifa masak memang lingkuplah.Ada Aiman ni kena cepuk karang.

Haifa tahan gelaknya.Tak mahu memalukan Syafif di depan anak-anaknya.

Ya Allah...I love them so much,lillahita’ala.


...................................................................................................................................................

Cause after all this time


Haifa dan Syafif sedang duduk di laman rumah mak Haifa sambil memerhatikan kembar yang sibuk menolong Tok Ma nya berkebun.Riuh laman rumah dengan suara mak Haifa melarang kembr dari memijak herba-herba kesayangannya.

“Ya Allah,jangan pijak pokok misai kucing Tok Ma.Susah payah aku mencari dapat di budak-budak ni....”

Kerana tak tahan melihat semkin banyak pokoknya dilanggar bulldozer,mak Haifa menarik Aina dan Aiman ke dalam rumah.Sayang pokok!

Tinggallah Haifa dan Syafif di luar rumah.

Mereka cuma senyap seperti biasa.Tak tahu mahu mula dari mana sehinggalah Syafif yang memecahkan suasana.Syafif hulurkan tangannya.

“Kenapa?”Tanya Haifa pelik.

“Don’t you want to hold it?”Syafif beranikan dirinya untuk memulakan perhubungan mereka,kerana dia yang menyebabkan enam tahun perkahwinan mereka hambar. 

“Ha?”Merah pipi Haifa.

“Bukan Haifa suka pegang tangan saya ke?”Syafif perasan Haifa suka pegang tangannya malam-malam selepas dia tidur.Kadang-kadang dia terjaga,kadang-kadang tak.
Lambat-lambat tangan Syafif disambut juga.Erat dalam genggamannya.

“Apa yang buatkan awak balik malam tu?”

“A message from a friend.”

Syafif jongketkan keningnya. “A message from a friend?”

Haifa angguk dan tersenyum memandang kakinya sebelum dia tenung muka suaminya.

“Apa yang dia tulis?”Tanya Syafif ingin tahu.

Haifa cari sekeping gambar di dalam telefonnya dan diberikan telefon itu kepada Syafif.Syafif membacanya sebelum air mukanya berubah.

“Macam ada batu yang hempap kita kan?”

Nak tak nak Syafif anggukkan juga.

“Itulah yang saya rasa malam tu bila baca ayat tu.Barulah saya sedar,yang saya langsung tak layak nak kejar ‘cinta’,’kasih’,apa semua tu dari abang.Langsung tak layak.”Dan saat ini,Haifa berkata-kata sambil tersenyum,bukannya senyum sinis,tapi senyum yang sangat ikhlas dari hatinya.

“What if im start loving you?”

Beku.

“Will you accept it?”

Kelu.

“Boleh tak Haifa lupakan yang lepas and then kita start from the beginning?Bagi saya peluang Haifa?”

Speechless.

“Saya tak pandai buat ayat sweet-sweet macam orang lain,saya tak pandai pun jadi typical romantic guy in that korean drama,lagilah tak pandai kalau nak jadi mat romeo.Saya tak marah Haifa kalau Haifa cakap nak ambik masa ke,take your time.If you want to swim...go on.But dont go too deep,saya tak pandai berenang.”

Haifa rasa seperti dia bermimpi.Syafif ke ni?Perlahan-lahan Haifa mula tersenyum,dan kemudian dia tergelak kecil diiringi dengan linangan air mata.

“Yes.”

“Yes what?”

“Mula semula?”

Syafif yang mendengar menundukkan kepalanya ke lantai.Senyuman lebar sudah terukir di bibirnya.Dia merapatkan jarak antara mereka dan memeluk Haifa.

“Thanks sayang.We will,we will...Insya-Allah.”


............................................................................................................................................................

“Opps.Datang salah timing ke?”Sapa Najmi bila melihat Syafif yang memeluk Haifa.

“Abang!”

“Ye Haifa.Kenapa?”

“Apa abang buat dekat sini?”

“Abang nak jumpa mak.”

“Betul ke?”Haifa sudahpun berdiri di hadapan Najmi.

“Hmm.”

“Nak Haifa temankan.”Najmi jongketkan bahunya.

“Up to you.”

Up to you tu maksudnya memang nak kena teman la tu.Haifa bertukar pandangan dengan Syafif.Syafif anggukkan kepalanya tanda membenarkan.

.........................................................................................................................................................

Im still into you.


“Mak.Tengoklah siapa datang.”

Mak pusingkan badannya untuk melihat siapa yang berdiri di sebelah Haifa.Terus air muka mak berubah.

Tanpa berlengah,Najmi terus berlari dan melutut di kaki mak.

“Mak,abang minta maaf mak.Abang tahu abang salah selama ni.Abang bodoh seba  lawan cakap mak.Abang minta maaf.Please forgive me mak,”

“Kenapa baru sekarang nak mintak maaf?Kenapa lama sangat baru nak balik?”Haifa nampak mak cuba tahan air matanya.

“Abang takut mak marah abang lagi.Abang tak nak mak halau abang.Abang malu dengan mak.”

Mak tak mampu menahan persaan sebaknya.Jujur dia sangat rindukan Najmi.Inilah satu-satunya anak lelaki yang dia ada.Sangat baik,sentiasa mengikut kata.Cuma sekali sahaja Najmi membantah katanya untuk tidak berkahwin dengan gadis pilihannya sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.Terus anak ini dibuang keluarga.Dia bodoh ketika itu,terlalu mengikut kata hati,inilah padahnya.

“Mak maafkan abang.Mak maafkan abang,Ya Allah,rindunya mak dekat abang,”

“Mak jangan marah abang mak.Abang rindu sangat dekat mak.Abang nak sangat balik,tapi abang takut mak marah.”

“Mohd Najmi,jangan cakap macam tu.Ya Allah...alhamdulillah.”

Haifa menegsat air matanya.Keluarga mereka sudah bersatu kembali.Syukur pada Allah.



.......................................................................................................................................................


“What are you doing Haifa?”

“Sleeping?”

“Sekarang?”Syafif jeling jam di dinding.Baru 8.45 malam.

“Haah.Rasa ngantuk sangat-sangat.Abang tolong tengok-tengokkan kembar boleh?”Haifa betul-betulkan bantalnya.

“Okay.”Syafif jongketkan keningnya,Dia keluar dari pintu biliknya dan berjalan ke bilik kembar.Aik,kembar pun tidur awal hari ni.Aina dan Aiman sedang lena tidur di atas katil.

Dia masuk balik ke biliknya.Haifa masih belum tidur.Tidur awal jugaklah aku malam ni.Dah semua orang tidur.

Syafif panjat katil dan baring sebelah Haifa,dia mengiringkan badannya supaya menghadap Haifa.Diperhatikan sahaja mata Haifa yang semakin memberat.

Dia dapat satu akal.Handphone dicapai di tepi katil.Button record ditekan.

“Haifa..”

“Hurm..”Separuh sedar.

“Will you marry me?”

“Hurm..”

Syafif sengih.Tangan Haifa dimain-mainkan.

“Nama baby Alisa ye?”

“Hurm..”

“Kalau baby boy Adli?”

“Hurm...”

Okay.Itu dah cukup.Cukup untuk dijadikan modal untuk dia menentang Haifa.Sejak Haifa disahkan mengandung buat kali kedua,mereka berdua selalu bertelagah untuk memilih nama bayi.

Haifa tak habis-habis nak bagi nama anak mereka Ani kalau perempuan dan Ali kalau lelaki.Tolonglah jangan nak klasik sangat Haifa ni pun.Ani?

Rakaman ini akan dimainkan semula esok harinya.Biar Haifa dengar...

Handphone diletakkan ke tepi.Dahi isterinya dicium sebelum dirinya sendiri melelapkan mata.

“Thank you Fa,cause you dont swim.Cause i really dont know how to grab you if you do...Love you.”


.............................................................................................................................................................



“Apa yang buatkan awak balik malam tu?”

“A message from a friend.”

Syafif jongketkan keningnya. “A message from a friend?”

Haifa angguk dan tersenyum memandang kakinya sebelum dia tenung muka suaminya.

“Apa yang dia tulis?”Tanya Syafif ingin tahu.

Haifa cari sekeping gambar di dalam telefonnya dan diberikan telefon itu kepada Syafif.

“Jangan tanya mengapa kamu tidak dicintai kerana kamu tidak mencintai.Bukan cinta itu pada manusia,tapi pada Dia!Bila cinta itu hanya untuk Dia...maka yang lainnya milik kamu.”


          -a bad moment doesnt make a bad life,good can come through change-



-akyelrahim-
11.08 pm
13/11/2015
Still into you