Wednesday 17 July 2013

Jom buka.

Sekarang jam dah menunjukkan pukul 7.11.

Lagi berapa minit je nak buka,sedar x sedar hari ni dah hari ke 8 umat islam berpuasa..sekejap je masa berlalu...

Aku sekarang ni tinggal ngan akak aku je,mak ngan abah gi masjid,ada majlis berbuka puasa,hari ni tak masak pun,malas,sebab makan untuk 2 orang je,herm,makan l;auk semalam...best jugak.Rancang nak tengok runningman sambil buka..

Best jugak,so,korang,selamat berbuka jugak!

Monday 15 July 2013

Pedang Salahuddin Al Ayyubi

Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Wallahua'lam.

Saturday 13 July 2013

Perkhemahan perdana unit berunifom SMKDB 2013

aku bukanlah orang yang aktif sangat dalam sukan.dan atas sebab itu,aku menolak untuk menyertai perkhemahan perdana pada setiap tahun.dan pada f4 ni,baru lah aku nyesal sesangat.haisy,bodohnya aku.sijil tu yang penting!

dan taun ni aku bertekad nak kumpul sijil.mula-mula aku tak dapat pergi tau khemah ni,Allah tolong aku,tiba-tiba ade orang datang kelas offer gi khemah.well,with all pleasure,i accepted it!

yang buatkan aku sangat exited,khemah kali nia kan diadakan di KEM ASKAR!best apa kem askar ni,even banyak sangat protokol,peraturan and whatsover....tapi aku tau memang best.Dan kem aku dah pergi ni,100% lelaki.Ni yang tak suka.

Aku dan my other friend naik bas.Ni yang aku tak suka,selalu dapat bas buruk!Pergi mana-mana pun,mesti naik bas yang x de aircond,kerusi keras.

Sampai-sampai je kat kem,askar dah berderet tunggu kat depan pintu.Seram.Korang bayangkan,dia suruh beratur.pastu tanya,sapa yang bawak kain batik?Allah,aku lupa gila nak bawak kain batik tu.Ah sudah,kenapa pulak ni.

Dia suruh bentanga atas tanah.Adoi,nak buat spotcheck pulak.Aku mula cuak,dia cakap sapa bawak benda tajam,macam gunting,jarum semua suruh keluarkan.Aku bagi semua kat cikgu,tapi yang bengangnya,dia suruh keluarkan semua benda tu,pastu masukkan dalam masa sepuluh saat...tak kerja gila?

Kitorang dibawa kat satu tempat.Kem ni tak de la besar sangat sebba kem baru.

Dan dibahagi kumpulan.Ni aku tak suka sangat sebab aku sorang je f4 perempuan.Nak buat macam mana kan?
herm,petang ada aktiviti sangat,tapikan korang,bapak sakit hati nya,makan banyak kali,perut tak habis kenyang,di bagi makan.adoi,kalau bagi masa banyak sikit tak pe la jugak,ini tak,nasi bagi sepinggan penuh,lepas tu,bagi masa nak habiskan 4-5 minit.Kau bayangkan?aku series tak boleh,last-last,sumbat semua nasi,amik air minum dan telan,tak de kunyah ke apa telan je.

Sakit perut aku,sebu,rasa macam ada je nasi sebutir-sebutir kat dalam usus.Malam tu,kitorang dibawa ke tempat benda tah,dewan kecik la gitu.Buat tugasan,bg nama kumpulan,moto n logo.Aku bagi la idea aku,Young star,wowowo,bangga,idea accepted!

So nama kumpulan aku young star,dan kumpulan aku sblm di beri nama,ialah kumpulan 1.Kitorang ade mentor,kitorang panggil cikgu.
 

we call him cikgu rizal.sempoi la jugak cikgu ni.boleh la masuk jiwa.

mlm tu,kitorang tido pukul 1 lebih.dan bangun pukul 3.15.ade kiamulai.aduh,aku ngantuk gila2,niat je mintak Allah gerakkan esok pagi,memanga ku yang bangun awal pun bila cikgu fauzan kejutkan.dia ketuk pintu.kitorang bergerak ke surau dan start solat sunat.

ada sesi 'air mata ' yang di lead oleh bekas kagat.tapi aku tak nangis pun,macam mana nak nangis?ngantuk weh!nak pulak dy tutup lampu,gelap habis lah,orang tunduk semua,aku tak tau la tunduk nangis or tido.tapi aku tido.bila part zikira ku bangun dan semangat.
 nampak kan?hehe

lepas tu,ada program sesejuk air mata bonda.haisy,tau dah,nak suruh orang nagis lagi la tu....dan memang betul,mula2 dia suruh tulis benda buruk,pastu suruh buang.siap ikrar n jajnji lagi.aku tak ikut pun,nampak sangata ku ni tak bermotivasi nye kan?haha

buka apa weh,janji ni kalau dibuat kena tepati,karang tak buat dah jadi ciri2 munafik pulak kan?

pas tu dia suh tulis surat kat parents ala-ala ak duk kat oversea lah.siap jajnji lagi.ade alamat sekali,pas tu lipat lawa2 kononnya nak anta ka mak aku la tu.pas tu,dia bagi tengok video  lawak,tiba2 dia cakap surat dibakar


aku biasa je,nak bakar,bakar la surat tu,tak ada effect kat aku pun.dia suruh cari surat aku kat luar.apa la masalahnya?aku pun cari la jugak walaupun tersangat malas.dah la diorang main2 pijak je aku punya tu.yang paling aku tak boleh terima,korang tau apa?

dia cakap aku tak sayang  mak aku sebab aku bagi surat tu kat diorang dan tak fikir ke hari tu hari sabtu,mana ada posmen...ada aku kisah?suka hati kau je nak kata aku tak sayang mak aku?kau duduk ke kat tempat aku sampai kau nak kata macam tu?

orang lain dah meleh..haisy,aku pun apa lagi....nak2 pulak dia pasang lagu sedih2..mak aii...meleleh hingus....yucks!

lps program tu,kitorang buat jungle trecking.aku punya lah exited,aku bawak semua baju aku,padahal orang lain bawak sikit je,beg aku yang paling besar dan aku paling malu.

aku ingat dekat je,rupanya kau....naik bukit tu,ntah la berapa jauh,dengan beg berat,aku doa kat dalam hati supaya ALLAH kuatkan kaki aku.ikutkan nak je aku buat-buat pengsang kat situ.serius,jauh,tak sampai-sampai!

ni jungle trecking.ok,dah naik bukit,turun bukit pulak.mak kau!tinggi weh!menyesal aku bawak beg besar gedabak ni.3 kali nyaris2 aku nak tergelincir,yelah,akuni sapa,tak ade orang pun yang kisah...:(

ni group aku.

cikgu aku la,orang penat sibuk tanya2.

"kump 1,x de orang ke?aku bawak mayat ke?senyap je ni?"

"ye cikgu!"

"apa?tak dengar lah?"

"ye cikgu!"

penat weh.
dah tu sampai kat satu tempat tu,ada pulak kena pangku2 orang!!berat tau tak?



dah la kena redah sungai,basah kasut aku!

sampai sana,kena denda pulak....adoi..
pastu kitorang kena masak..haha,aku suka part ni,sebab aku terror masak.tapi bila kita bekerja dengan orang yang bajet tau,annoying sangat2.....aku malas nak banyak cite,aku mintak keje siang ikan keli.senang,buat sorang,tak payah orang lain nak nyibuk.masuki sungai lagi...sejuk doh air dia...
haha,aku satu kump  ngan pi'e,makwe syera.dia la yang ikut aku turun sungai,aku pun terkejut,sebab selama ni mana penah aku cakap ngan dia.tiba2 dia offer nak tolong aku,tapi takut ikan...apakah?ikutkan jelah,dah ada orang nak tolong kan?

dan hasilnya selepas beberapa jam:



aku tak makan pun apa yang diorang masak tu,ikan kelia kau memang tak makan,sayur bayam tu,ergh,tak masak,langsung tak ada selera tengok lauk2 tu,tak pelah,aku tahan lapar.3 jam masak,lauk simple je..hai pening tengok diorang...

petang tu pulak main air,masuk sungai,best tu mang la best tapi masalahnya,masuk air,buat wayang la...dah la semua orang kat situ laki,siap-siap simbah aku lagi masa kat dalam sungai.masa nak panjat bukit laginyalah,malu terpaksa diketepikan...tapi...erm...

malam tu diadakan malam kebudayaan..haha ni sumpah lawak.kitorang kena buat dikir barat ngan nyanyi lagu keranamu..dikir barat?merapu,marah orang kalntan dengar...haha.lagu keranamu hancur,sebab part keranamu tu kan banyak,ha,bantai je la berterabur...

malam tu,diorang bawak kitorang masuk hutan,aku tak takut pun..alah-benda gini bukan boleh caya pun.yanga ku tak puas hati,jalan bapak jauhnya,sakit kaki aku!!!*.*

dia pegang bahu aku suruh duduk!!bengang weh!lagi satu,kasut aku baru tukar basah balik redah sungai!haisy,kurap!

bosan,even aku dengar bunyi puntianak wannabe ngilai,orang sesat nangis,anjing nyalak...ignore je lah,orang yang bengong je caya bende tu,aku pun topang dagu nak tdo,tapi x leap la,tak best.sebelumk tu aku cabut kasut,jemur,mana tau boleh kering yedak?haha

last-last,aku pandang keliling,cabut rumput,sapu-sapu tempat tu,n baring.tak sampai 10 saat,ZzZzZz...HEHE

sedo-sedo orang kejutkan suruh bangun,wah,lena tdo,takyah la kejut,biar sampai esok.

balik kem,dia suruh tdo,nak tido mendenya kalau khemah basah,dah tu bersemut pulak tu?adoi..aku lap air,orang basahkan balik...layan kan je,baring dan ZzZzzZ...

esoknya balik naik trak.alhamdulillah...kaki aku sakit...mana tak sakit,8 km nonstop!

tak habis lagi tu....kawad pulak dah....hah yelah,ikut je lah..



tak paham aku askar ni,kaki tu buat dr apa?sanggup diorang pilih kerja ni?

pastu,ada presentation pasal apa yang kitorang buat mlm first tu.
last sekali,nak balik dah...ada upacara penyerahan bendera.dah cehat pulak kat atas padang tu sjam lebih tengah terik,sekian....
penyampaian hadiah sekali.grup aku dapat no 4.ok lah tu.
ni barisan cikgu2.
even we feels sad to back to our school,we also feels so happy.this memory were so precious!
never forgot them....
everyday yelled at us,everyday tortured us,everyday make us tired....but still we remembered you...
we packed our things and prepared to ride our bus.
the last thing we see,they smile at us while waving their hand,things that they never do when we stay at there.the seemed so sincere.....
this were precious memory for us,,,,,



Tuesday 9 July 2013

Nakal?

Asalammualaikum.

Bermula dari detik selepas maghrib tadi,rasmilah esok kita berpuasa.So,selamat brpuasa kepada semua orang islam!

Aku nak cerita pasal budak kelas yang senget!

The story was began when we entered the class in the recess time after back from the canteen.Guess what happened?All of our pencilcase were on the high place.Weird,because it were just girls upside there.

Sapa la ngade sangat ni?

Dah la masing-masing lapar tahap apa masuk kelas masa tu,kantin dah habis nasi,satu apa pun tak ada,bebola ke,kuih ke,licin!

Maklumlah,hari last makan tgh hari b4 puasa esok la katakan.....

Tapi,aku syak Naziran dengan Rashid,sebab,diorang ak masuk kelas lepas beli makanan.Diorang terus naik atas lalu kelas ikut boys mawardi...erm,something fishy.

Nasib aku punya tak ada,aku tak baak bekas pensil hari ni,lupa pulka nak bawak BEN TEN tersayang!

Tanya Nan ngan Midun,diorang tak ngaku,tapi diorang cakap diorang tahu sapa yang buat.

"Nan baik aok ngaku sape yang buat ni?Aok dak?" Aina tanya.

"Bukan ko,ko ni baik oranganya.Suka ati je tuduh.Orang yang aok tak sangka yang buat ."

So,dari situ dah tau.Rashid ngan Naziran yang letak bekas pensil ats information board.

Awin punya lah geram,amik rashid punya gantung dekat LCD punya alah yang putih tu,aku x tau pulak nama dia bende.Amik kau,simpul mati lagi tu!Masuk-masuk je budak 2 orang tu,satu kelas marah dia.

haha,tapi sian nan,kena pukul ngan zaida.serve your right.

p/s:zaida cakap td,ha,ni cerita ni kjp lg msk blog la tu.aku ckp,x la...tp msk jugak...hehe.

9.24
9/7/13~siti zulaika abd rahim

Saturday 6 July 2013

My feel

ntah la,kalau bercakap pasal cinta ni,aku bukan lah tau sangat......setakat berpengalaman memalui pembacaan n pemerhatian.

kadang-kadang,sedih tau,bila orang macam ignore kita,padahal kita ada kat situ,tapi kita ni macam invisible.

aku sebenarnya jealous bila kawan-kawan berborak dengan boys ni.tapi kita just senyap dekat tepi,tak tahu nak buat apa.

ntah la,aku nak jugak kadang-kadang mencelah,tapi,tak reti.orang mungkin tak tahu aku ni jenis yang macam mana,tapi,who know me,they do know me well better than my parents do.

mungkin personaliti aku yang macam ni buatkan diorang tak selesa?

i asked my sister opinion,n she said,i'm not easygoing person....

aku fikir-fikir balik,perlu ke cakap dengan lelaki walaupun aku teringin sangat ada kawan lelaki.yes i have boy friends,tapi sikit sangat....itu pun lagi muda dari aku.

aku teringin sangat,tapi kadang-kadang aku menyampah pulak,feel so annoying when part of them start their conversation that i thought,not suitable for a boy and girl talk.erm,aku  ke yang salah,atau ini ke sebab nye?

yes,aku pun rasa aku ni narrow minded.....bukan nya narrow sangat,tapi narrow dalam bab-bab pergaulan.aku tak boleh la tengok orang rapat-rapat,jealous atau sebaliknya aku pun tak tahu lah.

think of it,betul apa yang akak aku kata.

"lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik"

aku setuju sebab mustahillah langsung tak ada perasaan yang timbul.miracle sangat la tu,paling-paling mesti ada jugak.

kena jaga banyak bendalah kalau antara lelaki dengan perempuan ni.

dan aku jugak nak lelaki yang soleh untuk bimbing aku.So,mak cakap,nak dapat yang elok,jadi yang elok dulu.Dah berapa kali aku ulang ayat ni kan?

aku ni bukanla sempurna mana,nak banding dengan orang lain,jauh lagi hina.Tapi,aku terasa sangat bila orang pandang rendah kat aku.Bukan dekat semua orang la,tp ade la org tu.Aku mals nak simpan apa-apa rasa kat orang.Cukup la aku tengok orang yang buat macam tu,siksa tau tak,dengan malu nya lagi.Tak nak lah,kalu boleh,aku tak nak langsung terlibat dengan perasaan dekat orang lain masa belajar ni.

Biar lah orang nak kata aku ni ala makcik pun,aku tak peduli,sakit tau tak bila kita suka kat orang tu,tapi dia ignore kita...sakit sangat,kalau aku rasa,macam terhina sangat.

cukup la pengalaman kawan aku dengan apa yang aku baca.biarlah masa je yang tentukan.aku tak nak orang yang sempurna sangat,tapi biarlah yang tepat.tak kisah la bila,Allah yang tau.

AEV,rekod baru.Alhamdulillah


Today is the beginnng of the new days,i belive that word.

Hari,aku pergi ke SMK Sri Tualang untuk pertandingan AEV(amphibian electric vehicles).Gila la,perkara yang aku tak pernah sangka-sangka akan kau buat selama jadi student ni.

Dah la dapat sijil tiga cop peringkat negeri!

Alhamdulillillah.Allah bagi aku peluang ni.Ingat senang ke?

Even tak menang pun,sijil tetap dapat.Itu matlamat utamanya,sebab,kereta asal group aku dah hilang,ntah hantu mana curi pun tak tahu.Aku ngan kawan aku mula-mula buat dunno je lah,tapi dapat tahu sijil negeri,ha,cepat-cepat pergi cari cikgu.

Cikgu gelak je mase kitorang cakap kereta kitorang hilang.

"Cikgu,jangan la gelak,kitorang nak pergi cikgu,sijil negeri tu."

"Dah tu,nak buat macam mana?"

"Mana la ktorang tau cikgu,sebab tu tanya cikgu ni.Cikgu,kitorang tak kira,nak pergi jugak."

"Nanti cikgu cuba cari spare."(ckg cakap sambil sengih)

"Tak kira cikgu,kalau kitorang tak dapat pergi,kitorang da yang sekolah kita kalah cikgu.Biar semua tak dapat pergi,puas hati ni."

Jahat tak group aku?Cikgu pun usaha la cari.Sian cikgu.......^_^

Pastu cikgu bg satu badan n alatan-alatan nak buat tu.Kitorang buat la,sekali dah siap,cikgu tengah test,patah sebelah sayap.Herm,last-last cikgu buat baik semula untuk kitorang.Laju wooo!

So,hari ni pergi lah bertanding.Sampai je kat sana,semua orang pandang.Almaklumlah,bas kitorang ni,-buruk- sikit.

Excited kot,lawan pulak dengan group lelaki.Erm......X-WHIND nama diberi,gentar la jugak hati ni..

First round,kalah.SEcond round pon kalah.So,officially,we loss....haha.

but it was okay.we just want the certificate.beside our rival much more better than our car,faster than us.but,one thing i can't accept,they were younger than us,about 13 0r 14 maybe.....herm...

lupa pulak nak mention nama kawan aku tu...satu group ade 3 orang,so aku satu group dengan Zaida(jegot),Fasiha(sea'ah) and me,zulaika(leyka).
yg kana n itulah insan bernama zaida

and guess who?this is se'ah


mase buat kereta ni,sebenarnya kitorang tak usik langsung pun,nak pulak mase nak pasang enjin.so,we have some special one which was helping us. He was Adnan(nan).Kitorang duduk dan tengok sahaja!

So,we have decided to choose G97 as our group name.G stand for GENERATION and 97 stand for our year bond.

Dan rupa kereta kitorang masa final check memang la sangat erm,lawak kalau korang tengok la...sebab ada satu macak kat depan untuk mendarat atas air.

Ikut hati memang malu nak bawak gi sana,nak cabut bende tu,tapi,se'ah cakap tak payah,biar je.So,aku buat bodoh je lah.^_^

Masa race tu start,G97 group no 2 dalam list,antara group yang terawal!Bila masuk gelanggang,just 2 people from the group were allowed to enter.So,i decided just to wait and supporting them outside the race track.Bukan apa,duduk luar pun kalu macam apa,tangan sejuk,karang masuk dalam?Tak dapat bayang....:[

Alkisahnya,masa kat dalam bas nak pergi,se'ah ngan zaida test kereta,nak jd cerita,tak hidup.Zaida la tukang bela.Alhamdullillah.Hidup!Suis dy rosak la.Sepanjang jalan pandang bende tu,dah siap bela,makan nasi lemak pulak,kongsi dengan girls.Dapat mana?hehe,Se'ah bawak dari rumah....




Friday 5 July 2013

Wanita yang baik









 WANITA yang BAIK :

~> Solat fardhu cukup 5 waktu.
 
~> Menutup aurat dengan sempurna.
 
~> Pandai menjaga tuturkata daripada perkataan yang keji seperti mengumpat, cakap kasar, tinggi suara dsb.
 
~> Mempunyai sifat keibuan dan penyayang.
 

~> Boleh melahirkan ramai zuriat.
 

~> Mahar perkahwinan yang rendah.
 

~> Pandai menjaga adab pergaulan dan kehormatan diri.
 

~> Mempunyai sifat malu dan lemah lembut.
 

~> Pandai memasak.
 

~> Menghormati ibubapa.
 

~> Sentiasa berusaha menjadi solehah dari sehari ke sehari walaupun dia jenis biasa-biasa saja..