Sunday 29 March 2015

Lagi...

Asalammualaikum....

Lama sudah tidak ku update blog ini...

Hari ini mahu bercerita tentang kerja..

Kerja memang perlukan kesabaran kan?

Nak-nak kalau dapat bos yang 'perlukan kesabaran' juga untuk berhadapan dengannya...

Sakit tau hati...

Aku letih dan mahu cuti...

Tapi bos pulak ada hal..okay
.saya faham..

Tapi takkanlah setiap kali aku nak cuti pun awak ada hal?

Saya pekerja..saya ada hak untuk cuti..tapi kenapa awak sekat?

Awak sepatutnya faham orang sebelum awak nak orang faham awak...

Tak sabarnyelah aku nak cuti dan berhenti..tak lama dah..lagi berapa hari je sebelum 9/4..

Lepas tu..good bye souq..

Nak kata menyesal tu tidaklah..tak baik menyesal..

Banyak je pengalaman aku kat sini yang aku collect..

Contohnya tukar duit..sebelum ni haram aku tau nilai matawang semasa..sekarang?

Alhamdulillah..tau la sikit-sikit..

Lepas je habisnkerja aku nak duduk sini dalam dua minggu..cadangnya aku nak balik kampung selepas pesta buku..insya allah..

Yelah..nak berehat..orang lain pun kerja..tapi balik awal..aku..balik lambat..

Penqt..orang naik kereta..aku naik bas..

Orang makan..aku tak makan..

Gaji langsung tak berbaloi...

Takpelah...pengalamn tu penting..

At least aku ada pengalaman..tahu macam mana susahnya cari duit..

Bukannya tahu memghabiskan duit ke kejenya...

Betul tak?




Friday 20 March 2015

balloon.....and me

Asalammualaikum!

i want to tell ya a story.....

it was about me,me and my holiday for the last week...

it was friday,when i went to the Putrajaya Hot Air Balloon fiesta at precint 2...well.just to tell all of you,there was no one accompanying me...

haha?

why?

because it was friday...both of my sisters were working...there is no way they will follow me..

so,

the main point is...i want to see the balloon flying high on the sky...

yeah..desperately

guess what?

there was not single of them flying,only one of the balloon was there...

well,not flying...they just blowing the wind anf make it 'fat'

i'm so dissappointed...

haih...


this is what i meant...

i wait about one hour just to confirm that this ballon would never fly....stupid balloon...

so i decided to changed my plan right away and right there..

i must do something else cause my grandma expected that im working on that day...

she will ask me a thousand question if im home early....i have no patience for that...told you!

so....

here i was...alamnda!

there was no place that i can go with my little ringgit in my pocket...

i watched thai movie....hzhz..why?

(hero dia handsome la)

but before that...of course i have asked my older sister permission...i send her a message that sound like this:

"kak,aku nak tengok wayang,boleh tak?tiket murah.10 je.kalau kau tak bagi,aku ok je."

haha.....padahal at that time,the ticket already in my hand.just the gimmick you know?

and......tomorrow of friday which is mean saturday....

my sister and i wenr back from our workplace...we dont expecting that there would be a huge traffic jammed!

argh!


theres no bus!!!

masya allah....i can say that the amount of passenger of the bus...divided ten times from daily day...

we have to wait for it about one hour for every bus.....and after that what?

that big walking box will leaved us there cause it can't take us....(bus full)

we move from one to other bustop.....until...the day turn to night....

and we still didnt eat anything since the morning....i think u should know how gungry we were...

kak long asked me :

"alang-alang kita dah sampai belon ni,jom cari makan?"

and i was like

"ek alah..kalau dari wal-awal tadi kau dengar cakap aku kan senang.."

because.....i already asked her to find something to eat....and the easiest way is...going to the fiesta...

we walking there...bought a food...and i feel like totally amazing when i saw those colouring balloon in the midde of black night...subhanallah...

i ran to them....there were a night ballon show..i never knew..



it was fun....

but we arrived home at 10.30 pm..

it was late..

and my grandma..of course...freaking aout...she was like

"mana ika?mana siti?tak balik lagi ke?"

anyway..i know..she loves me more that my sis..haha


-akyel-

Saturday 14 March 2015

Telatah Sang Peniaga

telatah sang peniaga



Mahu berniaga atau mahu berdengki?
Mahu mencari rezeki atau mahu bertelagah sesama sendiri?
Dunia ini milik tuhan
Rezeki itu juga punya Dia
Bisa dibuat apa gaduh-gaduh kerana wang?
Bukan bisa dibawa mati
Bukan juga menjamin kesejahteraan di akhirat nanti
Hanya tahu sakitkan hati...




Lapor sana lapor sini
Cuba aja jaga tepi kain semdiri
Jangan sesekali dicanang sana sini
Tutup periuk nasi orang
Itu perkara yang keji!


Sudahlah....
Buat sahaja hal sendiri
Rezeki itu bukan urusan kita
Bukan juga urusan mereka
Banyak sikit terima sahaja
Itu tanda bersyukur pada-Nya!


-akyelrahim-



Saturday 7 March 2015

Never Knew I need It

Asalammualaikum.

This is new entry and new story...


Never knew I need it.

for the way you changed my plans
for being the perfect distraction

“Aku tak nak bawa dia!”Terk menjerit sambil menunjukkan tangannya kearah Hera.
Jaguar sengetkan keningnya tanda tidak kisah dengan tempikan Terk. “Itu bukan masalah aku kalau kau kisah ataupun tak Terk.”

Terk merenung Hera dengan tajam.Sakit sangat hatinya bila melihat wajah polos Hera.Argh!Memang menyusahkan.

“Tolonglah Jag,kau nak aku buat kerja ni sambil bawa dia?Apa masalah kau sebenarnya?”Kerusi yang tadinya dijadikan tempat duduk kini sudahpun terbaring di satu sudut.

“Masalahnya sekarang adik aku tak selamat duduk dekat sini.Aku boleh harapkan kau je untuk jaga dia.Malam tadi orang aku sendiri cuba nak bunuh dia?Apa yang kau harapkan?”

Terk garu kepalanya kasar,tanda dia tengah kusut.Matanya merenung lagi Hera,tapi kali ini marahnya berk
urangan sedikit bila melihat wajah Hera yang jelas masih mentah.Tak pasal-pasal budak kecik ni terlibat dengan masalah abang dia.

“Siapa yang buat?”

“Budak baru,aku tak tahu siapa upah dia.Nasib baik aku tergerak hati nak jenguk Hera dekat bilik dia,kalau tak mati dah budak ni kena tekup dengan bantal.Memang malam tu jugak aku pergi bunuh semua orang!”

“Siapa upah dia?”

“Aku tak tahu,aku tak sempat tanya dia dah pengsan dulu.”Ye,pengsan dibelasah Jaguar.Baran tak bertempat!

Terk mendengus mendengar penjelasan Jaguar.Kenapa aku kena jaga budak ni bila aku kena buat tugas lain?

“Aku tak boleh lah.Kau tahukan aku buat apa selama ni?Kau tak rasa ke nyawa budak ni sama je kalau dia dengan aku atau pun orang lain?Hantar je lah dia pergi oversea.Apa susah?”

“Tak boleh Terk,aku tak boleh hantar dia pergi jauh-jauh kalau aku tak ada dengan dia.Aku percaya kau boleh jaga dia.” Jaguar betul-betul mengharapkaan bantuan rakannya.Dia sangat sayangkan satu-satunya adik dan keluarga yang dia ada.

Kedua-dua muka adik beradik itu Terk pandang,lama sebelum dia mengeluh keras. “Kau jangan nak menyusahkan aku,aku tak kira kau adik siapa,kalau kau melambatkan kerja aku,kau mati!”
Jaguar tersenyum lebar manakala Hera sudah membulat mata dengan ancaman Terk.




“Nah.”Terk hulurkan sepucuk pistol jenis AMT Hardballer kepada Hera.

Bulat mata Hera dibuatnya bila melihat pistol jenis itu.Dia hanya melihat pistol yang masih di tangan Terk tanpa mengambilnya.

“Kau tunggu apa?Ambiklah!”Terk ajukan pistol itu kepada Hera dengan tidak sabar.

Terketar-ketar Hera menyambutnya.Selalunya Jaguar bagi dia guna Revolver je untuk disimpan dalam beg.

“Kau simpan elok-elok,kalau hilang pistol tu,kau tau lah nasib kau.”Bengis,itu yang Hera nampak di wajah Terk.Kenapa Jaguar boleh terfikir nak bagi Terk jaga dia?

“Encik Terk?”

“Apa?”

“Boleh saya bertanya?”Skema soalan dari Hera membuatkan Terk mengawal riak mukanya untuk tidak tersenyum.Tak pernah orang panggil dia Encik Terk walaupun mangsanya yang tidak punya pilihan untuk hidup…

“Bertanyalah apa kau nak tanya.”Terk ikut kan juga rentak Hera.

“Kita mahu ke mana?”Sumpah Terk ingin gelak.Kenapa skema sangat adik si Jaguar ni?Abang dia garang macam singa,boleh pulak adik dia skema macam pembaris.

“Ke mana tu bukan masalah kau untuk tahu.Kau duduk je diam-diam dekat situ.”Terk menjeling tajam tanda amaran.

Terus Hera terdiam.



“Jag,kau biar betul?”Ked menjerit sekuat hatinya.Matanya mencerlung tajam seolah ingin membunuh Jaguar dengan panahan matanya.

“Iya,aku tahu apa yang aku buat Ked.”

“Tapi Jag,itu Terk.Kenapa kau suruh Terk yang jaga dia?Aku kan ada?”Jelas Ked tidak berpuas hati dengan keputusan Jaguar.

“Kau ada?Kau ada?Yang semalam tu kau ada kan dekat rumah ni?Kalau aku tak pergi masuk bilik Hera,agaknya pagi ni kita pergi tanam badan dia je dengan ayat ‘aku ada’ kau tu.”Sinis Jag membidas.

“Tapi Jag….”

“Tak ada tapi Ked.Aku dah pun bagi Hera dekat Terk.Aku tahu dia boleh jaga adik aku.”

Jaguar terus bangun dan meninggalkan Ked yang langsung tidak berpuas hati dengan keputusan Jaguar.

“Aku harap kau tak buat keputusan yang salah Jaguar!”



for the way you took the idea that i have

of everything that i wanted to have


Hera jenguk kawasan belakang rumah milik Terk.Tak ada apa-apa yang istimewa pun melainkan terdapat satu gazebo kecil bersama kolam ikan dan air terjun.Sama macam rumah Jaguar.

Agak-agaknya Terk pergi ke mana?Hera sudah mencari Terk hampir setengah jam,langsung tak nampak kelibatnya.

Hera ternampak satu jalan yang sedikit tersembunyi di sebalik gazebo kecil itu.Macam jalan misteri….

Jalan itu diikuti tanpa tahu kemana ia akan membawanya.Hera terpaku akan apa yang dilihatnya.Hera ternampak Terk di dalam sebuah rumah kecil bersama seorang lelaki.Hera merapatkan jarak mereka.

Terk sedang membelakangkannya sambil tangannya memegang handgun yang Hera tak tahu jenis apa tapi Hera tahu Terk guna silencer.Seorang lelaki sedang melutut dengan kedua belah tangannya diikat ke belakang badan.Muka lelaki itu berlumuran darah.

Tangannya ditekupkan ke mulutnya,menahan sebarang bunyi daripada keluar.

“Aku tanya siapa yang cuba bunuh adik Jaguar malam tadi?”Terk menjerit kuat sehingga Hera sendiri terkejut.Bila masa lelaki ini dibawa ke sini?

“Aku tak tahu Terk.”

Senyuman sinis tersungging di bibir Terk.Lelaki itu disepak di bahagian perut sehingga terbaring.Hera mula terasa ingin menangis.

Hera lihat Terk membuka ikatan tangan lelaki itu. “Kau sayang tangan kau kan?Tangan ni lah yang pergi terkup bantal dekat muka adik Jaguar kan?”

Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya.Hera seperti tahu tindakan Terk selepas ini bila Terk meraba poket seluarnya.Owh no…..jangan kata…

“Tolong Terk…”

“Tolong?Kau rasa aku nak tolong kau?” Hera menerkup mulutnya sekuat hati.Air matanya sudah bercucuran.Sumpah Hera terasa seperi jarinya yang sedang dipotong satu demi satu.

Terk lemparkan satu jari lelaki itu ke luar dan ianya betul-betul jatuh di hadapan Hera. “Argh!!!!!”



Terk memandang ke arah luar bila terdengar  jeritan Hera.Sedas tembakan dilepaskan tepat ke kepala lelaki itu sebelum dia berlari ke luar untuk menjenguk Hera.

“Apa kau buat dekat sini?”

Apa yang dapat Terk perhatikan,muka Hera sudah basah lencun dengan air mata dan muka yang pucat lesi.Mata Hera tertumpu kepada satu benda di atas tanah.

Argh!Kenapa budak ni mesti ada?

“Apa yang awak buat ni?Kenapa awak bunuh dia?Awak zalim Encik Terk!”Hera seperti orang hysteria bertempik dengan keadaan dirinya separuh melutut.

 “Hei budak!Kenapa kau boeh ada dekat sini?Aku suruh  kau tunggu dalam rumah kan?Buat apa kau nak kisah dengan orang yang cuba bunuh kau?”Marah Terk kepada Hera.

“Tak kisah lah dia cuba bunuh saya atau tidak,tapi awak tak sepatutnya siksa dia.Saya masih hidup!”

Terk garu kepalanya kasar.Budak kecik ni memang bawa masalah!

“Aku tak faham kenapa Jaguar suruh aku jaga kau.Aku bunuh dia sebab dia buat masalah dengan Jaguar!”

“Tapi perlu ke sampai membunuh?” Terk kelu dengan soalan daripada Hera.Satu persoalan tiba-tiba terdetik di benaknya.Hera tak pernah tahu ke kehidupan abang dia macam mana?

“Perlu Hera.Sebab dia takkan bagi tahu siapa yang upah dia untuk bunuh kau.”

Air muka Hera berubah sama sekali.Kali ini gadis comel itu bangun dan berdiri betul-betul menghadap Terk.Muka mereka dipisahkan hanya beberapa inci.

“Orang macam awak ni Encik Terk,hanya gunakan alasan yang langsung tak berasas untuk lakukan keganasan terhadap orang yang lemah.Banyak lagi cara untuk dapatkan maklumat daripada orang yang tak mahu bekerjasama macam lelaki tadi.”

“Cara apa yang banyak sangat tu?”Sinis.

“Hipnosis!Sains masih boleh digunakan dalam kehidupan seharian.”

Terk tak tahu harus beriaksi bagaimana bila mendengar balasan dari Hera.Dia percaya raut wajahnya sekarang sudah berubah.Sumpah dia ingin gelak guling-guling di situ juga.Laju sahaja Terk berjalan meninggalkan Hera yang terpinga-pinga sendirian.

Setibanya Terk di biliknya,teruk dia menghamburkan gelak yang ditahannya sejak tadi.Sampai terkeluar air mata dibuatnya.Sudah berapa lama Terk tidak tergelak besar seperti ini.

Dia hampir lupa bila kali terakhir dia terasa begitu terhibur seperti ini.Hipnosis untuk dapatkan maklumat?Entah berapa tahun la pulak dia akan dapat maklumat kalau dia ikut cara Hera.

Sekarang baru Terk faham mengapa Jaguar sangat bimbangkan ‘baby sister’ nya ini.



and made me see there was something missing


Selangkah demi selangkah dia berjalan tapi kelibat Hera langsung tidak kelihatan.Selepas insiden petang tadi,Terk langsung tidak nampak batang hidung Hera.Ke mana dia?

Masih trauma dengan insiden siang tadikah?

Perutnya sudah bebunyi minta diisi tapi dia langsung tidak tahu memasak.Tujuannya untuk mencari Hera adalah untuk menyuruh gadis itu memasak sesuatu.

“Hera?” Tiada sahutan.Terk keluar daripada rumah dan ternampak Hera sedang duduk di atas rumput sambil bersandar pada sebatang pokok yang agak rendang.Matanya terpejam.Dia nampak….cantik.

Terk terkaku melihat pemandangan itu.Akhirnya dia berjalan juga ke arah Hera.

“Trauma?”

Hera yang terkejut hampir sahaja terbaring,mukanya pucat. “Tolonglah Encik Terk,saya boleh mati terkejut kalau Encik Terk buat macam ni.”

“Kenapa?Terkejut lagi dengan apa yang kau nampak?”

“Apa yang saya nampak takkan merubah hakikat yang Encik Terk telah membunuh orang.Kalau saya lapor pada polis Encik Terk mesti kena tangkap.”

“Pergi lah lapor,biar abang kau sekali melingkup dalam penjara.”Sepantas kilat Hera berdiri.

“Apa?Jangan kata kau tak tahu apa yang  abang kau buat untuk hidup selama ni?”Reaksi Hera sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya.

“Dah la.Kau tak perlu tau.”

“Kenapa?”
a
“None of your business.”

“Pergi sanalah kalau macam tu.”

 “Aku cuma tegur,yang kau duduk dekat sini malam-malam buta buat apa?”

Hera menjeling Terk.Dadanya diurut-urut. “Suka hati saya lah nak duduk dekat mana-mana pun.”

Eii budak kecik ni! “Banyak lah kau punya suka hati.Abang kau dah bagi kau dekat aku,kau tu tanggungjawab aku.”

Hera rasa macam di awang-awangan sahaja bila terdengar Terk berkata begitu.’Kau tu tanggungjawab aku.’Pipinya memerah tanpa sedar.

“Tapi takkan lah saya tak boleh duduk dekat sini?Ini bukan kawasan larangan,bawah pokok,salah ke Encik Terk?”

Terk mengeluh. “Aku tak kata salah,cuma bahaya malam-malam duduk dalam gelap.Kau kena ingat ada orang cuba nak bunuh kau.”

“Encik Terk kan ada?”

Terk terkedu.Hera memang percayakan dirinya seratus peratus untuk melindunginya?

Hera perasan air muka Terk mula berubah.Apa yang salahnya dengan ayatnya tadi?Terk terus masuk ke dalam rumah tanpa sepatah kata.Bingkas Hera bangun dan berjalan mengikuti Terk.

“Encik Terk,saya ada buat salah ke?”Hera cuba menilik muka Terk yang sedang menunduk.

Terk merenung tepat ke dalam mata Hera. “Kau tak boleh macam ni.”

“Macam mana?Saya tak faham.”

“Kau percayakan aku ke?”

Hera angguk tanpa sebarang masalah. “Saya percayakan awak.”

“Tak boleh!”Pantas Terk membidas.

“Tapi kenapa?Abang hantar saya pada awak,maksudnya abang percayakan awak,kenapa saya tak boleh percayakan awak?”

“Aku kata tak boleh,tak bolehlah.Jangan percaya pada aku!”

Hera berundur ke belakang apabila melihat Terk yang sedang baran.Mukanya jelas ketakutan.Air mata sudah mula bertakung. 

Terk mula tersedar apa yang dia sudah lakukan pada gadis ini.Argh.Sekali lagi Terk hanya berlalu meninggalkan Hera yang mula tersedu-sedu.


“Argh,apa yang aku dah buat ni?”Setelah setengah jam berlalu dan dirinya mula tenang,Terk teringat kembali apa yang telah terjadi sebentar tadi.

Tak pasal-pasal budak tu kena tengking,padahal Hera langsung tak tahu apa yang terjadi pada dirinya sehinggakan Terk menjadi seorang yang paranoid apabila seseorang terlalu mempercayainya.
Kalau abang dia tahu apa yang aku buat dekat adik dia,agak-agaknya mahu aku kena tembak kot?Fikir Terk sambil tersengih.

Tangga dituruni dengan langkah lemah,lupa sekejap perutnya yang minta diisi.Matanya melilau mencari Hera.Hera sedang duduk memeluk lutut di tepi kolam ikan.

Kepalanya dibenamkan di antara dua lutut.Entah kenapa Terk terasa sesuatu mencucuk jiwanya bila melihat keadaan Hera begitu.

“Hera?”Senyap,tiada balasan.

“Hera?”Sekali lagi Terk memanggil.Pun tidak berbalas.

“Hera?”Kali ketiga barulah gadis itu mengangkat mukanya yang sudah basah lencun dengan air mata. “Kenapa kau menangis?”

Soalan Terk Hera biarkan.Kepalanya dibenamkan semula ke celah lututnya.Sumpah ketika itu Terk terasa sangat bersalah kerana meninggikan suara kepada Hera tadi.

Patutkah Terk meminta maaf?Tapi Terk tak pernah mintak maaf kepada sesiapa sebelum ini.Sudahnya Terk cuma duduk di sebelah Hera yang bahunya sudah terhingut-hingut.Tangisan gadis itu semakin kuat.

Rambutnya digenggam kasar,marah pada diri sendiri kerana tak mampu lakukan apa-apa. “Hera,kau okay ke?”

Semakin kuat tangisan Hera.Tangannya teragak-agak antara mahu menyentuh bahu Hera ataupun  tidak,tetapi perbuatannya terhenti bila mendengar suara Hera.

“Salah ke saya nak percayakan orang?Kalau saya tak percaya awak,saya nak percaya siapa lagi?”

 Tanpa sepatah kata,Hera ditarik ke dalam pelukannya.Sesungguhnya dia faham dengan apa yang Hera rasakan,terlalu faham.

“Saya tak suka hidup sorang-sorang sampai bila-bila.”

Terk pejamkan matanya,cuba mencerna kata-kata Hera.Keperitan itu hanya mereka yang pernah mengalami sahaja yang akan tahu betapa sakitnya hidup sendiri tanpa dapat mempercayai sesiapa.

Mereka berdua sangat mengerti keperitan itu….



for the ending of my first begin

and for the rare and unexpected friend




Selepas malam itu,Hera cuba menjarakkan dirinya dengan Terk.Sedaya habis dia cuba mengelak daripada berjumpa dengan Terk.

Nasib baik Terk hanya ada di rumah pada waktu malam sahaja.Hera tak tahu Terk pergi ke mana setiap hari.Tapi ada sekali tu,Hera pernah ternampak Terk balik dengan baju yang ada kesan darah.

Hera tak berani nak bertanya apa-apa sebab muka Terk seperti singa yang hendak membaham rusa.

Hari ini,Hera rancang untuk duduk sahaja di ruang tamu dah menonton DVD.Sebenarnya dia tak tahu lagi hendak buat apa di rumah ini bila ditinggalkan berseorangan.

Dulu,di rumah Jaguar pun begini juga rutin hariannya.Bangun,mandi,belajar,makan,tidur.Hera selalu merungut kepada Jaguar supaya membenarkan dirinya pergi ke sekolah macam remaja biasa,supaya dirinya mempunyai kawan untuk bersiar-siar,untuk bersembang,untuk berkongsi cerita remaja mereka…

Hidupnya hanyalah rumah Jaguar yang dikawal rapi oleh pengawal,tanpa seorang pun rakan untuk menjadi teman.

Setiap kali Hera tanya Jaguar,kenapa dia dikurung seperti seorang banduan,jawapan Jaguar mudah sahaja,Hera itu adik kepada seorang jutawan.Ramai orang akan cuba mengapa-apakan Hera demi untuk mendapatkan harta Jaguar.

Huh,harta,harta,harta!Mulanya Hera tak percaya,tapi selepas insiden malam itu,barulah Hera percayakan Jaguar.

Tapi perlu ke bagi Terk yang jaga dia?Tapikan….Terk handsome,tinggi,macam hero filem.Hehe.Tersengih-sengih sendiri Hera dibuatnya.

Tiba-tiba Hera terdengar bunyi kereta masuk.Hera bangun untuk meninggalkan ruang tamu,bimbang bertemu muka dengan Terk.

Dia baring di atas katil sementara menunggu Terk masuk ke dalam biliknya tapi tiada tanda langsung tandaTerk akan memasuki bilik setelah hampir setengah jam menunggu.

Akhirnya,Hera menjenguk Terk di luar rumah.Kepalanya terjengul di sebalik pintu,kenapa Terk tak keluar lagi dari kereta?

Hera pergi lebih dekat ke kereta tapi dia tak nampak Terk sebab cermin kereta Terk jenis cermin gelap.Hera mula risau.Cermin diketuk beberapa kali.Tiada respon.

Pintu kereta dibuka dengan takut-takut.

Sekelip mata Terk sudah berada dalam pelukannya dengan baju yang berlumuran darah.Terk pengsan!

“Encik Terk,Encik Terk!” Hera goyangkan badan Terk.

“Bangunlah Encik Terk,janganlah buat saya macam ni…”Pipi Terk ditampar perlahan.Masih tidak sedar.Hera cuba bertenang,dia mahu berfikir.

“Okay Hera,bertenang,bawa masuk Encik Terk….lepas tu?”Muka Hera memang tak payah cakap lah,pucat lesi!

Hera seret Terk keluar daripada kereta.Beratnyalah lelaki ini hanya tuhan saja yang tahu.Memang Hera terasa seperti mengheret batu!

Lelaki itu dibaringkan di atas lantai,tak mampu nak mengangkat ke atas sofa. “Fikir,fikir nak buat apa lepas ni….bukak baju Encik Terk?”

Terus memerah muka Hera. “Tak boleh!Tapi kalau tak buka,macam mana kau nak tahu Encik Terk cedera dekat mana?” Hera berperang perasaan dengan dirinya sendiri.

Terketar-ketar Hera membuka baju Terk.Memang Hera terasa seperti darah langsung tak ada dalam badan dia bila ternampak kesan tembakan betul-betul di bahagian atas dada kiri Terk.Sikit je lagi,mungkin maut akan menjemput Terk.

Peluru itu mesti dikeluarkan. “Siapa nak keluarkan?Aku!”Hera cuba mengingat semula apa yang pernah dia belajar dan lihat di tv.

Berlari Hera ke tingkat atas mencari kotak First Aid Kit.Kemudian dia ke dapur mengambil pisau dan gunting.

Air panas dituangkan ke dalam sebuah besen.Kain dan tisu bersih di bawa ke sebelah Terk.Hera melutut sambil memegang gunting di tangannya.

Tangannya terketar-ketar untuk mencungkil peluru keuar daripada bahu Terk sebelum sesuatu menjengah fikirannya. “Hera,kau kena steril dulu peralatan,kalau tak kuman!”Dia memarahi dirinya sendiri lalu bingkas ke dapur untuk membasuh gunting dan pisau kemudian memanaskannya.

“Encik Terk,tolonglah jangan mati.Saya tak ada sesiapa dekat sini,abang jauh dari sini….”Dia berbisik sambil mencungkil peluru dengan tangan yang terketar-ketar.Darah semakin banyak keluar membuatkan Hera panik dan air matanya automatis keluar tanpa dipinta.

Kejap-kejap Hera berhenti mengelap matanya.Akhirnya peluru itu dapat juga dikeluarkan.Cepat-cepat Hera mencuci luka Terk dengan Dettol.Dia membalut luka Terk dengan kemas.

Badan Terk yang dilumuri darah dilap dengan air suam.Setelah selesai membersihkan Terk,Hera bangkit dan mengambil bantal dan selimut untuk Terk.

“Saya harap tak ada apa-apaa jadi dekat awak.Bangun esok ya?Jangan takutkan saya..”Hera baring di sebelah Terk dan terus terlelap.


Terk tersedar bila cahaya matahari terasa perit memanahi mukanya.Dia cuba bangun,tapi terasa sangat sakit pada bahagian atas badannya. “Argh!” Tanpa sedar dia mengerang kecil.

Ini semua disebabkan dia berbalas tembakan dengan salah seorang pengawal peribadi target yang mesti dia hapuskan,Tan Sri Huat Yow.Nasib baik dia sempat melaksanakan tugasnya sebelum memandu ke rumah.

Perkara terakhir Terk sedar,dia selamat sampai di garaj rumahnya.Sedar-sedar sahaja,dia sudah di sini,ruang tamu rumahnya dengan luka yang sudah kemas berbalut dan badannya sudah dibersihkan.

Terk tersenyum melihat muka comel Hera yang sedang terlena.Rambut Hera yang terjuntai diselak ke tepi.Terk dapat bayangkan  betapa cemasnya Hera malam tadi.Selama dua minggu ini Hera langsung tidak mahu berjumpa dengannya.

Terk tersenyum lagi.

‘Hera,apa kau dah buat pada aku?’

“Hera…”Bahu gadis itu digoncang. “Hera…bangun.”

Gadis itu membuka matanya perlahan-lahan.Muka mereka sangat rapat sehingga Terk dapat melihat muka Hera yang jelas terkejut,lihat sahajalah matanya yang tiba-tiba membulat.Bak ular tedung terus badannya terpacak.

“Encik Terk!!” Terus Hera meluru memeluk Terk kejap.Dia lepaskan pelukan dan menilik muka Terk dan kemudian dia peluk Terk semula.

Sumpah Terk terkejut dengan riaksi Hera yang sangat gembira.Rasa sakit dibahunya akibat dipeluk erat Hera ditahan,tidak mahu mengecilkan hati adik kecil Jaguar ini.

“Kau kenapa?”

“Encik Terk jangan buat saya macam ni lagi,saya takut.Malam tadi Encik Terk balik rumah dengan baju penuh darah.Awak pengsan,saya ingat Encik Terk dah mati,saya betul-betul takut.” Hera berkata-kata sambil menangis.Pelukan masih tidak dilepaskan.

Lambat-lambat Hera dipeluk sebagai tanda cuba memujuk.

“Kau takut aku mati ke?”

Hera mengangguk membuatkan Terk tersenyum walaupun kesakitan.



“Jag,ada berita pasal Hera tak?”

“Entah,aku tak tahu.”

Ked genggam jarinya erat,cuba bersabar dengan sikap acuh tak acuh Jaguar.

“Jaguar,aku tanya elok-elok ni.”

“Aku tak tahu.Lepas aku bagi Hera dekat Terk,aku langsung tak tahu apa-apa pasal dia.Hera lagi selamat kalau aku tak contact dia.”

“Tolonglah Jag,bagi aku jumpa Hera.”

“Apa kau boleh buat kalau aku bagi kau jumpa dia?”Jaguar mula hilang sabar dengan sikap orang kanannya ini.Jaguar tahu yang Ked memang suka kepada Hera sejak Hera kecil lagi,tapi lelaki ini bukanlah lelaki yang sesuai untuk Hera.

“Aku cuma nak jumpa dia,lepas tu aku takkan mintak apa-apa dah dekat kau Jag.”

“Masalahnya aku memang tak tahu Terk tinggal dekat mana.”

“Bodoh!Kau memang tak nak bagi aku jumpa Hera pun kan?”Ked mula hilang sabar.Meja ditolak kasar sehingga beberapa helai kertas mula jatuh.

“Kau jangan nak cabar aku Ked….”Penuh amaran.

“Kalau kau tak nak bagi tahu aku dekat mana Terk suruk Hera,aku pergi cari Hera sendiri.”

Jaguar menggelengkan kepalanya melihat kelakuan Ked yang tak ubah seperti kanak-kanak.Ked tak habis-habis mempersoalkan tindakannya menyerahkan Hera kepada Terk.

Terk walaupun seorang yang ganas dan panas baran,tapi jauh di sudut hati Jaguar,dia tahu yang Terk akan melindungi Hera dengan seluruh nyawanya kerana Hera seorang yang sangat istimewa….



 for the way you’re something that i never choose



“Encik Terk nak makan dah ke?” Hera baru sahaja selesai menyidai baju ketika dia menyapa Terk yang sedang duduk di atas sofa.

Rutin hariannya seratus peratus berubah selepas bahu Terk tercedera.

“Aku nak makan,lapar.”Sikit pun Terk tak pandang Hera bila bercakap.Mula-mula dulu Hera memang bengang dengan cara Terk,bercakap macam orang sombong.

“Tunggu kejap ye,saya nak masak dulu.”Hera berlalu ke dapur.Barang-barang dari dalam peti dikeluarkan.Macam tak percaya je dia boleh jumpa peti sejuk yang penuh dengan barang-barang di rumah Encik Terk-key.Haha.

Sedang Hera sibuk memasak,tiba-tiba Terk masuk ke dapur.Tangan kanannya Hera pakaikan anduh supaya tidak banyak bergerak.
“Iya Encik Terk-key,apa yang boleh saya bantu.” Hera bertanya selamba tanpa menyedari dia terlepas memanggil Terk Encik Terk-key.

Jujur Terk terasa terhibur dengan panggilan Hera,tapi mukanya diseriuskan.Mahu mengusik. “Apa kau panggil aku tadi?”

“Eh,saya panggil awak Encik Terk…..ops.”Hera dapat rasakan mukanya pucat sebab muka Terk pun macam beruang Grizzly.

“Kau ingat kau siapa?”

“Encik Terk-key….saya minta maaf.Saya tak sengaja.”Hera menyumpah dirinya sendiri bila perkataan itu keluar lagi dari bibirnya. “Bodoh Hera.”

Terk merapati Hera dan gadis itu menjauhinya.Kepala Hera tertunduk jadi dia tidak dapat melihat senyuman yang sedang tersungging di bibir Terk.

“You say sorry and yet what,you still call me Encik Terk-key…..Do.You.Want.To.Die?”Terk gunakan suara dalamnya untuk menakutkan Hera.Pemetik api di tepi cabinet pinggan Terk ambil dan acukan ke kepala Hera.

Sumpah Terk terasa badan Hera mengeras,kaku.Satu saat selepas itu,Hera jatuh terduduk.Terk pula yang terkejut dengan riaksi gadis ini.

“Tolonglah jangan bunuh saya.”Hera pejamkan matanya rapat-rapat sambil berbisik.

Bibirnya Terk kemam supaya tidak tergelak dengan telatah Hera.Ini baru guna pemetik api,kalau guna pistol betul,agak-agaknya terus pengsan Hera dibuatnya.

Muncung pemetik api dibawa ke pelipis Hera.Terk dekatkan bibirnya ke telinga Hera. “Aku takkan bunuh kau…”

Terhenti nafas Hera. “Sebab pemetik api mana ada peluru.Hahahaha.” 

Hera buka matanya perlahan-lahan dan sangat terkejut melihat Terk yang sedang tersandar di cabinet sambil menekan perutnya.Dia mengambil lima saat untuk menyedari apa yang sedang terjadi bila ternampak pemetik api di tangan Terk.Kurang hajar kau Terk-key!

Bingkas Hera bangun dan mengambil sebilah pisau dan menghunusnya ke arah Terk dengan muka yang kosong.

“Awak rasa hidup dan mati boleh dibuat main ke?”Keningnya disengetkan sebelah.Muka Terk pula yang tengah pucat.

Biar betul Si Hera ni?Terk telan air liurnya.Kena rasukkah? Hera semakin merapat dengan pisau masih di tangannya.

Terk bertindak dan sekelip mata Hera sudah berada dalam pelukannya dengan pisau betul-betul di leher Hera.

“Okay,okay..saya bergurau je.Encik Terk,tolong lepas kan saya.”Seram je Hera tengok bilah pisau yang tajam itu betul-betul di lehernya.Satu langkah,memang nyawanya melayang.

“Bergurau?”

“Ya,saya bergurau,sebab awak mainkan saya dengan pemetik api tadi.Saya minta maaf.Tolonglah lepaskan saya Encik Terk,pisau ni tajam.Saya takut kena leher saya.”Suara separuh merayu Hera berjaya mencairkan hati Terk.

Hera menarik nafas lega bila Terk melepaskannya. “Tolonglah jangan bergurau macam ni lagi.”

“Aku bergurau dengan cara yang selamat,bukan nya gila macam kau.Ada ke acu pisau macam tu.”

“Saya pun nak bergurau jugak.”

Terk tepuk tangannya kuat-kuat. “Wah,Hera bergurau guna pisau.Bagus cara kau bergurau,Jaguar ajar ya?Welcome to the club.”Sinis.

Hera tak tahu ingin membalas apa kerana Terk memang tahu bagaimana untuk membuatnya terkelu.

Hera teruskan memasak dengan Terk duduk di hadapannya memerhatikan setiap tingkahnya. “Umur kau berapa Hera?”

“Saya?25 tahun.”

“Tapi kenapa perangai kau macam budak tak cukup umur ha?”

Muka Hera memerah bila Terk mengkritiknya begitu. “Saya tak pernah tahu perangai orang yang cukup umur tu macam mana.Tak pernah ada orang tegur saya pasal perangai.Teruk sangat ke?”Jujur dia meminta pendapat.

Kini giliran Terk pula terkedu.  “Tak adalah teruk,tapi lebih kuranglah.Kau macam budak-budak,you’re not resemble someone of your age.”

“Entah,saya tak tahu.”

“Kau tak pernah ada kawan ke?”Terk tiba-tiba ingin tahu.

Hera gelengkan kepalanya. “Saya sekolah dekat rumah,itupun guna CD.Abang tak pernah bagi saya keluar dari rumah sejak abang ambik alih tugas  papa.Jadi,saya tak pernah ada kawan.”

Kasihan gadis ini.Jaguar pun tak patut buat Hera macam ni,tak dapat Terk bayangkan dirinya dikurung seperti Hera.

“Dulu masa saya kecik,saya pernah ada guard.Nama dia Ked,sekarang ni dia dah jadi orang penting abang.Ked baik sangat,tapi abang tak bagi saya kawan dengan Ked.Saya tak tahu kenapa,sampaikan abang pernah tumbuk Ked sebab jumpa saya.”Ringan Hera bercerita sambil tangannya cekap memotong sayur.

Terk berdecit perlahan.Memang patut pun Jaguar tak bagi Si Ked tu dekat dengan Hera. “Betul lah apa yang Jaguar buat tu.”

“Tapi kenapa?”

“Kau tak perlu tahu.”

“Kenapa?”

“You really know how to annoy someone,do you?”

“Uh huh…” Awak tu yang annoying Encik Terk-key.




but at the same time something i don’t wanna lose


“Encik Terk,macam mana perasaan orang yang bercinta?”

“Mana lah aku tahu.”Tapi Terk rasa dia tahu,perasaan itu seolah-olah hadir ketika dia bersama Hera.

“Saya tak pernah bercinta.”

“Jadi?”

“Saya cuma curious.”

“Kau nak tahu sangat buat apa?”

“Sebab saya tak tahu saya akan rasa perasaan tu atau pun tak.”

“Aku rasa tak perlu kot.”

“Kenapa?”

“Sebab that feeling only make you cry when you start feel it.It weakened you,not make you stronger.”

“That is amazing.”Dalam senyap,Terk akui apa yang Hera katakana itu betul.Ianya hebat.

“So?”

“Saya Cuma nak tahu perasaan tu macam mana,tapi macam mustahil je.”

“Kenapa?”

“Nak bercinta dengan siapa?Dinding?Gila namanya.”

“Buat apa dengan dinding….”



and never wanna be without ever again 



“Terk,aku nak kau bawak Hera balik esok.Aku nak jumpa Hera.” Ringkas pesanan ringkas dari Jaguar tapi cukup membuatkan Terk berserabut sepanjang hari.

Disebabkan sms itu,Terk tak dapat melaksanakan tugasnya hari ini.Entah macam mana tembakannya tidak mengena tepat ke kepala Datuk Rizal,hanya berjaya menghantar lelaki tua itu ke ICU.

Kini hubungannya dengan Hera semakin baik.Mereka sudah boleh duduk bersama dan bergurau senda antara satu sama lain.Terk mengeluh lagi.

“Hera,abang kau nak kau balik esok.”Haha,memang jelas sungguh Hera terkejut sehingga dia tersedak air yang sedang diminumnya.

Jangankan orang boleh bunuh dia,air minum pun boleh digunakan untuk bunuh Hera kalau kena caranya.

“Uhuk,sakitnya.”Hidungnya ditekup kerana perit.Tersedak air pepsi tu.

“Kenapa kau ni clumsy sangat?”Belakang badan Hera ditepuk-tepuk perlahan sambil mengeluh.

“Betul ke Encik Terk?”

“Herm,Jaguar sms aku tadi suruh hantar kau balik esok.Kalau dia soal kau apa-apa,baik kau cakap yang baik-baik je pasal aku.Kalau kau berani buat cerita yang bukan-bukan…tahu la nasib kau.Jaguar pun tak mampu halang aku tutup mulut kau!”

Hera telan air liur. “Iyalah.Encik Terk memang baik,takkanlah saya nak buat cerita yang buruk pulak.Tak baik namanya tu.”

“Sunyilah aku lepas ni.”

“You really gonna miss me.”

“Entah-entah kau yang rindu aku separuh gila nanti.”

Siapa tahu?

Encik Terk-key ni memang baik pun pada pandangan Hera.Sepanjang sebulan setengah mereka tinggal bersama,Terk langsung sekali pun tak pernah nak cuba ambil kesempatan pada Hera.Dia jaga Hera dengan baik lagi adalah.Baju dalam Hera pun Terk tolong belikan.

Mukanya merah sendiri bila teringatkan part baju dalam tu.

“Nah.”

“Apa ni?”

“Ambik je lah.Aku langsung tak tahu pasal benda-benda perempuan ni.Kau pakai jelah apa-apa yang ada dalam tu.Kalau tak muat kau punya pasal lah.”

Muka Terk ketika itu memang kosong,langsung tak boleh diramal. Hera tilik apa barang yang ada di dalam plastic Parkson.

Terasa darah hilang terus dari muka,memang panas mukanya dibuat Terk.

Memang Hera tak boleh nak kata apa lah sebab memang Hera kekurangan baju dalam dan tuala wanita.Terk macam tahu-tahu je.

“Apasal muka kau merah?”

“Ha?Okay,saya okay.Tiba-tiba panas pulak dekat rumah ni.”

“Kau fikir benda lucah eh?”Terk dekatkan muka mereka.Lagilah Hera malu.

“Mana ada!”

“Ya ke?”

“Tak adalah!”

“Tak ada takpelah…”

Cis!



Hera disebelahnya dijeling buat sekelian kalinya.Biar betul Jaguar ni nak suruh hantar Hera balik hari ni.Dia cuma hantar sms sekali.
“Kenapa tak masuk lagi Encik Terk?”

“Kejap,aku nak call Jaguar.”Kereta Terk sudah sampai di hadapan kediaman Jaguar,tapi mereka masih berada di luar.Itu yang membuatkan Hera pelik.

“Saya datang jumpa abang sekejap je kan?”

“Aku tak tahu.Tunggu kejap,aku call Jaguar.”

“Helo Jag,kau dekat mana?”Hera nampak dahi Terk berkerut. “Wait,habis tu yang kau suruh hantar Hera hari ni tu buat apa?”

“Terk…”Hera pandang ke luar cermin sambil menepuk-nepuk bahu Terk.

“Sabarlah Hera.Apa?Kau tak pernah SMS dekat aku?Kau jangan main-main.”

“Encik Terk….”Sekali lagi Hera tepuk bahu Terk dengan kuat.

“Apa?”Sepuluh orang sedang mengelilingi kereta mereka siap bersenjata api.Terk menyumpah.

“Keluar sekarang!”



my accidental happily ever after 

the way you smile and how you comfort me with your laughter


Terk perhatikan sekelilingnya,mencari apa sahaja yang boleh dibuat senjata untuk mengeluarkan mereka.Nampaknya penculik mereka memang tahu kebolehan Terk kerana bilik yang mereka duduki sekarang ini kosong.

Sementara Hera di sebelahnya membuat muka kosong.Tak tahulah Terk perlu rasa terhibur ataupun sedih dengan muka Hera.Akhirnya,Terk tergelak kecil bila Hera terbersin.

Pada saat begini pun Hera mampu membuat dirinya tergelak.

“Kenapa gelak?Ada apa-apa ke?”

“Kau tahu tak kau ni comel?”Pipi Hera memerah.Lagilah Terk tergelak dengan riaksi Hera yang satu itu.Merah je kerjanya pipi dia.

“Dekat sini tak ada dapur untuk saya masak.Tunggulah penculik kita hantar makanan.”Perlahan Hera berbisik.

Gelak kecil Terk bertukar menjadi tawa yang bersungguh-sungguh.Faham dengan sindiran Hera.Sebelum ini jika dia mahu Hera memasak untuknya lewat malam,Terk akan puji Hera kaw-kaw sampai lah Hera bangun.

“You make me look like I’m that pathetic guy.”Terk bercakap dalam tawa. “Apa lah dosa aku kalau nak puji kau sekalipun?”
Nak tak nak Hera mesti mengaku yang dia suka mendengar Terk gelak besar begitu,seolah segala kerisauannya hilang.

“Huh,macamlah kita tak tahu dia tu macam mana?”Hera cakap dengan diri sendiri tapi masih kuat untuk pendengaran Terk.

“Apa Hera?”

“Tak,saya cakap macam mana kita nak keluar dari sini?”Hera cover.

“Jangan risau,selagi orang gila yang plan semua ni tak keluar,kita masih selamat.Aku rasa orang yang buat ni mesti orang Jaguar juga sebab dia boleh curi guna phone Jaguar untuk sms aku.”

“Tapi siapa?Bukan semua orang boleh dekat dengan abang kalau dia tak penting melainkan……Ked!”




Sejurus Hera habis berkata-kata,pintu besi terbuka dari luar dan benar sangkaan mereka,Ked masuk dengan senyuman yang sangat manis pada pandangan Hera.

“Hera….aku rindu kau Hera.”Meluru Ked memeluk Hera.Dia tersedar yang tangan Hera terikat di belakang.

“Siapa yang ikat tangan Hera?”Ked bangun dan berjalan ke arah orang yang menangkap mereka.Muka mereka ditampar seorang demi seorang.

“Bodoh,aku suruh kau layan dia elok-elok,yang kau pergi ikat tangan dia buat apa?”Ked bukakan ikatan di tangan Hera.

Ked terasa dirinya dihina dengan perbuatan Hera yang menjauhinya apabila dia ingin mendekati gadis itu. “Hera,ini aku lah Ked.Jangan takut…”

“Kenapa Ked tangkap saya dengan Terk?”

“Tak,Ked tak nak tangkap Hera,Ked cuma nak tangkap Terk je.Budak-budak bodoh ni tak pernah nak faham arahan.Ked minta maaf ya untuk malam tu,nasib baik Jaguar cepat,kalau tak mesti Ked tak dapat jumpa Hera ha….”

Pap!

Hera tampar Ked.Terk terkejut,Ked terpaku.

Satu saat,Ked keluar dari bilik itu meninggalkan Hera dan Terk bersendirian.




i must admit you were not a part of my book

but now if you open it up and take a look

you’re the beginning and the end of every chapter 



“Hahahaha…kau nampak tak muka dia tadi?Nampak tak?”Terk gelak sampai terbaring-baring.

Hera senyum kecil tetapi menitis juga air mata yang cuba ditahan.Tangannya mengesat pantas air jernih itu tidak mahu Terk melihatnya,tetapi semakin pantas dia mengesat,semakin banyak air mata yang keluar.

Terk sedar keadaan Hera lalu merapati gadis itu.Laju sahaja dia membawa Hera ke dalam pelukannya. 

“Hush,tak apa…”

“Kenapa?Kenapa semua orang buat saya macam ni?”Hera mengongoi di dalam pelukannya.

“It’s okay Hera..”

“Apa salah saya?Saya tak pernah buat salah dengan orang.Saya tak tahu apa salah saya sampai Ked buat kita macam ni.”Hera sambung lagi dalam tangisannya sehingga Terk terasa sama keperitan yang ditanggung Hera.

Pelukannya dikejapkan. 

“Saya nak mati,saya nak mati.Terk,bunuh saya,bunuh saya.Saya tak nak hidup macam ni lagi dah…”Hera meronta-ronta minta dilepaskan sambil tangannya menumbuk-numbuk dirinya sendiri. 

Terk pegang kedua-dua tangan Hera agar dia tidak boleh menyakiti dirinya sendiri. Terk terasa seperti matanya berair.Faham dengan penderitaan Hera.

“Sakit Terk,sakit sangat dekat dalam ni.Tak ada orang pernah faham apa yang saya rasa.Ini bukan kali pertama orang cuba bunuh saya,banyak kali dah.Daripada saya hidup,tapi kena kurung baik saya mati.Saya tak mampu nak tinggal sorang-sorang.Saya takut tapi tak ada orang nak temankan saya.Sakit sangat..”

“Aku tahu,aku tahu Hera.”Belakang badan Hera ditepuk-tepuk perlahan tanda memujuk.

“Abang tak pernah ada bila saya takut.Abnag selalu keluar,selalu sibuk.Abang kata dia sayang saya,tapi sebenarnya abang sayang harta dia lebih dari saya.Saya cuma ada awak Terk,tolong jangan tinggalkan saya.”

“Tak Hera,aku ada…aku ada.”

Hera anggukkan kepalanya dalam pelukan Terk.
“Wow,wow,wow….tengok drama apa yang kita ada ni?”Tiba-tiba Ked masuk dengan membawa handgun jenama Beretta.

“Kau nak apa lagi Ked?”

“Aku nak kau berdua mampus!”

Tiba-tiba Hera bangun dan berdiri betul-betul berhadapan degan Ked. “Kenapa awak rancang semua ni?”

“Sebab aku suka kau!Kalau abang kau tak halang kita dari dulu,aku takkan buat semua ni.Malam tu aku Cuma nak gertak abang kau je,aku suruh dia masuk untuk buatkan kau takut,tapi budak tu memang patut mati sebab cuba bunuh kau.Aku minta maaf Hera.”

“Jaguar buat semua tu bersebab.Dia tak gila bagi adik dia dekat orang macam kau.”Terk menyampuk.

“Kau diam!”Ked acukan pistolnya ke kepala Terk.

“Kau nak tahu Hera kenapa Jaguar buat semua tu?Sebab Ked ni biseksual!Dasar nafsu setan!”Terk hanya memburukkan lagi keadaan dengan kata-katanya bila Ked memukul kepala Terk dengan pistolnya.

“Kau ingat aku mintak ke?Kau yang bodoh sebab bunuh bapak aku.Lepas kau bunuh dialah aku jadi macam ni,kau tahu tak?”Sekali lagi kepala Terk dipukul dengan pistol.

Hera berlari mendapatkan Terk yang berdarah kepalanya.

“Kalau bapak kau tak usik adik aku,aku takkan kacau dia.Dasar bapak dengan anak sama je,nafsu setan!”Terk merenung bengis Ked yang kononnya gagah berdiri.Kalau bapak Ked tak liwat Fang kemudian bunuh Fang untuk tutup mulut,Terk takkan kacau langsung bapak Ked.

Mati-mati Terk percaya ayah Ked akan jaga Fang dengan baik semasa Fang bekerja menjadi pengawal peribadi ayah Ked…rupa-rupanya….mayat Fang yang dihantar balik ke rumah.Sejak dari itu,Terk menjadi sangat paranoid dengan perkataan ‘PERCAYA’.

“Jahanam!”Ked lepaskan tembakan pada kaki Terk.

Hera menjerit apabila melihat Ked menembak Terk.Terk mengerang kesakitan. “Hera,jangan Hera..”

“Sekarang Hera,kau cakap,kau nak ikut siapa?Kalau kau ikut dia….well,kau dan dia mati!”Satu lagi tembakan dilepaskan ke tangan kiri Terk.

‘Berhenti Ked,saya,sa..saya…”

‘I love you Terk.’Hera pejamkan matanya sejurus berbisik perlahan  dan menghembuskan nafas.



who’d knew that I’d be here


Hera berjalan pantas mendapatkan Ked yang sedang merajuk.Tak tahu bagaimana lagi harus dipujuk lelaki kesayangannya ini.

“Ked….janganlah merajuk.”

“Kenapa Ked tak boleh merajuk?”

“Sebab awak nampak sangat buruk kalau awak merajuk.”

“Saya tak kisah kalau saya buruk sekalipun.Bukan ada orang kisah pun.”Ked bergerak menjauhkan dirinya dari Hera.

Hera mengekor Ked.Tangannya diletakkan di atas bahu Ked lantas pipi Ked dicium.Tangannya memegang muka Ked agar memandanganya. “Ked….sorry?”

Lambat laun,Ked tersenyum juga. 

“No more sulking ey?”Ked angguk.

“Happy birthday dear…hug me?” Hera mendepangkan tangannya.

Ked membalas dengan pelukan yang erat.Bibirnya tersenyum lebar.Berpuas hati dengan pujukan Hera.Hera tak pernah mengecewakan hatinya sejak dia tahu apa erti kasih sayang yang sebenar.




so unexpectedly

undeniably happy


“Lepas ni,boleh tak kita lawat Terk-key Ked?”

“Tak boleh,nanti setiap kali lepas lawat Terk-key mesti sedih.”

“Ala,bolehlah…bolehlah..please….”Hera cuba memujuk Ked dengan muka comelnya.

“Hish,tak suka lah macam ni.”

“Please sayang….”

“Okay…”

“Jom.”Hera memimpin Ked ke belakang rumah.Memang saat itu juga Hera terasa matanya berair bila terpandang kayu yang tertulis TERK-KEY.FOREVER LOVE HERA. 

Apa yang patut kita buat untuk jadikan hari ni bermakna eh?”

“Kau ni banyak sangat tengok cerita cinta lah.”

“Tapi kita mesti ada bukti yang hari ni pernah ada dalam hidup kita.”

“Apa kata tulis dekat batu ni.”

“Tulis apa?”

“Apa-apa jelah.”

“Saya tahu…”Dia ambil pen marker permanent dan tuliskan nama Terk,tapi semestinya ditambahkan ‘key’.

Terk cubit pipi Hera kuat sebagai tanda membalas dendam.Kemudian dia merampas pen marker di tangan Hera lalu menambah tiga perkataan.

‘Forever.Love.Hera.’ Kemudian dia meninggalkan Hera yang sedang menekup mulutnya sambil tersenyum kecil.

“Kan dah kata,mesti sedih.Saya tak sukalah macam ni.I hate Terk-key,don’t you know that?”

“Ini bukan air mata sedih la,ini namanya air mata terharu…”

Satu suara bercakap di belakang mereka.

Ked memandang langit,seolah-olah tahu akan adengan seterusnya. “Apa-apa je lah.”




said with you right here, right here next to me 
girl you’re the..


“Menangis lagi?”

“I just can’t…. I don’t know why I’m feeling like this whenever i saw those word.”

“Miss him,did you?”

Hera anggukkan kepalanya.Jaguar dipeluk erat.

“Sabar dik.Abang tahu susah,tapi you must try.”Hera angguk kan kepalanya.Dia tak boleh terus macam ni,kesian Ked.

“Tau,tapi bila tengok Ked…”
“He really resemble him,I knew it Hera.”Sekali lagi Hera mengangguk.

“Ked mana?”

“Dia masuk dalam tadi,dia cakap dia lapar.Makan kot dekat dapur.” Jaguar ramas bahu adiknya sebagai tanda memberikan sokongan nya.

Sekarang Jaguar sudah cuci tangan.Segala aktiviti gelapnya sudah tiada,dia kini hanya focus kepada perniagaanya sahaja.Tiada lagi terms ‘caras’ dalam erti kata lain pembunuh upahan.

Kebebasan adiknya diberikan semula.Selama ini langsung Jaguar tidak sedar yang adiknya menderita perasaan…semuanya gara dirinya.

Hera bangun untuk menjenguk Ked di dapur.Panggilan dari Jaguar berjaya mematikan langkahnya. 

“Missing someone is not about how long it has been since you have seen them or the amount of time since you have talked,it is that very moment when you are doing something and wishing they were there with you..”


 

“Terima kasih bang.”



you’re the best thing i never knew i needed

“Makan apa Ked?”

“Kek.”
“Can I have some?”Ked suap sesudu kek ke mulut Hera.Hera tersenyum tapi tahu ke mana fikiran Hera pergi.

Dia mengeluh. “Do you miss him?”

“Nampak sangat ke Ked?”

“Uh huh?You make that face and say what?Nampak sangat ke Ked?Mama bergurau ya sebab saya memang tak suka dengan lawak mama.”

Hera tergelak kecil dengan telatah Ked. “Kenapa rasa macam terlampau lama masa berlalu?It feels like forever,and..”

“And I miss him so much.” Ked sambung ayat Hera.

Tangan kecilnya mengusap-usap belakang badan Hera,perbuatan yang kecil tapi cukup membuatkan Hera tersentuh.

Pipi Ked dicium.Geram dengan kemontelan Ked. “I love you Keddy Callahan.”

“I love you too mama.”

“Hera?”Mereka berdua berpaling serentak ke arah pintu dapur.



so when you were here i had no idea


“Terk?”Setitik air matanya jatuh juga.

“Iya,ni aku Hera.”

“Tapi,tapi macam,macam mana?”

“Boleh aku peluk kau?”Berlari Hera ke pelukan suaminya.Ya,Terk adalah suaminya,hanya dirinya mereka berdua sahaja yang mengetahui hakikat itu,selepas kehadiran Ked barulah Hera memberitahu Jaguar.

“Terk,saya ingatkan saya takkan jumpa awak dah…”

“Dah,jangan menangis boleh tak?”

“Tak boleh,saya,saya…”

“Hush…”

“Mama,why you are hugging him?Who is he?”Ked memerhatikan mamanya sedang memeluk seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Hera?”Terk sangat keliru ketika itu dengan panggilan yang Ked panggil pada Hera.

Hera mengangguk.Dia menggamit Ked supaya mendekati mereka berdua. “Nama dia Keddy Callahan,this is your son Terry Callahan.”

“Ked,this is him.”

“Really?Mama don’t joking right?”Hera gelengkan kepalanya.Mana mungkin dia bergurau atas sesuatu yang begitu serius.

“Are you really my mama Mr.Terk-key?”Hera tergelak dalam tangis bila melihat muka tak percaya yang Terk tunjukkan bila mendengar Ked memanggilnya Mr.Terk-key.

“Walau apa pun yang mama awak ajar pada awak,yes,I’m your father tapi saya bukan ayam belanda.”Terk melutut agar dia boleh memeluk Ked.

Terk terasa seperti sebuah mimpi yang dia mempunyai anak secomel Ked.Macam mana dia boleh tiada untuk melihat Ked membesar….



you’re the best thing i never knew i needed


“Sebelum kau tanya aku apa-apa,aku nak tanya,kenapa nama Ked Ked?”

“Sebab Ked kita jumpa.”Jawapan ringkas Hera berjaya membuatkan Tert terdiam.

“Terk,apa dah jadi selama ni?Mana awak pergi?Macam mana awak boleh ada dekat sini?”Setelah Ked tertidur,Hera menyoal Terk bertubi-tubi.

“Malam tu,lepas Ked tembak aku,dia campak aku tepi jalan.Aku yakin yang dia ingat aku dah mati,tapi aku masih hidup.Seorang doktor haiwan jumpa aku.Dia yang rawat aku sampai aku sembuh dekat klinik dia.”Terk bercerita dengan tenang.

“Tapi kenapa lepas awak dah sihat awak tak datang cari saya?”

“Hera,benda ni tak mudah macam yang kau sangka.Aku tak nak benda ni jadi lagi susah kalau aku tiba-tiba muncul depan Ked.Dia akan buat lagi teruk dari apa yang dia buat dulu.”

“Tapi kenapa ambil masa terlampau lama Terk?Lima tahun Terk saya ingat awak dah mati..”

“Aku minta maaf.Aku baru nak keluarkan diri lepas empat bulan,tapi aku ternampak dekat tv pasal Ked kena bunuh,kes dia berpanjangan.Aku tahu Jaguar yang buat.Aku tak boleh keluar macam tu je tanpa meriskokan sesiapa.Orang Ked tahu muka aku Hera.Jadi aku fikir aku perlukan masa sampai semua orang dah lupa,baru aku keluar.Tapi,aku tak tahu yang aku akan jumpa Ked…”

“Saya tak tahu saya mengandung.”

Terk faham,pasti sukar buat Hera menjalani kehidupannya sendir selama ini.

“Aku sayang kau Hera.”Terk cium dahi isterinya.Dia benar-benar rindukan Hera.Sepanjang tempoh lima tahun ini,dia hanya melihat Hera dare jauh.Terk perasan akan kehadiran Ked,tapi langsung tak menyyangka Ked adalah anaknya…

“Me too.”Hera balas pelukan suaminya.Dialah lelaki yang dirindui selama ini.Lelaki yang disangka sudah mati,rupa-rupanya masih hidup.

“I never knew I need you…never knew.”Terk berbisik perlahan.

so now it’s so clear i need you here always



Lima tahun dahulu….


“Sekarang Hera,kau cakap,kau nak ikut siapa?Kalau kau ikut dia….well,kau dan dia mati!”Satu lagi tembakan dilepaskan ke tangan kiri Terk.

‘Berhenti Ked,saya,sa..saya…”

‘I love you Terk.’Hera pejamkan matanya sejurus berbisik perlahan  dan menghembuskan nafas.

“Saya pilih Terk,sampai bila-bila pun saya akan pilih Terk.”Hera pejamkan matanya,bersedia menerima sebarang kemungkinan.

Hera terasa badannya di kendong dan dia dibawa keluar dari bilik itu meninggalkan Tekr sendirian bersama Ked.

“Lepaskan saya,Ked,janagn bunuh Terk,Ked saya merayu,jangan bunuh Terk…”

“Kau pilih Terk dari aku?”

Dengan matanya sendiri Hera melihat Ked melepaskan tembakan ke arah Terk.

“Terk!!!!!!” Dan Hera langsung tidak sedarkan diri.Sedar-sedar sahaja Jaguar sudah ada di sisinya dan mendengar berita Ked sudah mati sangat melegakan hatinya.

‘This love would never end,I promise you Encik Terk-key.Your my first and last friend that I would have.’Hera janji di dalam hatinya.



-‘Your friendship is a gift I enjoy opening everyday’-


Akyelrahim
1.20 am
7 March 2015