Ehem,ehem....
Well.it is me again!
Hari ni aku nak cakap tentang satu kepelikan orang melayu sekarang....
Aku ada masuk satu cerpen 'My Love Sucks!' dekat penulisan 2 u..hurm,ramai yang komen best,tapi tak tertinggal jugak beri kritikan pedas...
Aku terimanya sebab aku tahu memang salah aku pun.Part grammar salah tu aku memang cakap terus terang,aku out.My english is not that good.
Ada jugak yang cakap aku ni budak sekolah punya penulisan,ya...aku memang budak sekolah pun masa aku tulis cerita tu!
Tapi bila orang kritik aku tulis campur-campur BM dengan BI aku macam tak boleh terima.Diorang kata bahasa aku rojak,Bi aku hancur.
The question is,bukan ke percakapan orang kita sekarang memang rojak ke?Kalau nak ikut tatabahasa yang sebenarnya,memang hancus la.Tu pergi scan novel yang ada kat pasaran sekarang ni,aku nak tengok yang mana je cakap guna formal BM?
Bukan main lagi kutuk aku sebab aku guna BI salah grammar....
Pelik la orang melayu ni,sepatutnya bahasa yang perlu diutamakan dari sudut kepentingan adalah bahasa melayu!
Ini tak,sebaliknya pulak.Bahasa Inggeris yang diagung-agungkan!Yang didewa-dewakan.
Langsung tak boleh salah sikit,terus melenting!
Owh kalau macam tu seronok lah,bahasa melayu boleh di sinkopekan,boleh di ubah,peribahasa boleh ditukar dari yang klasik kepada moden,asalnya jauh panggang dari api tukar jadi jauh pluto dari bumi,......
Sedangkan bi,jangan la sekali-kali lupa bubuh s ke,ing ke,past tense ke,present ke...
JANGAN!HARAM!kononnya lah.....
Kalau bahasa melayu boleh dilafazkan dalam pertuturan seharian dengan pelbagai kesalahan,why not bi pun macam tu kan?Play it fair la kan???
aku menulis ni bukan sebab apa,cuma menzahirkan apa yang aku rasa ....
aku tulis secara lintang pukang ayatnya,itu kerana aku pun bercakap lintang pukang.
nantilah aku ambik kelas bahasa inggeris untuk baiki grammar,aku ngaku bi aku memang la tak hebat macam sesetengah orang.....well,aku berbangga masih boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan baik.
No comments:
Post a Comment