Monday, 28 October 2013

Man's Tears



couldn't save you from the start,
love you so its hurts my soul

“Apa lagi kau nak?”Taufiq bertempik kuat di hadapan Addin.

“Aku tak nak apa-apa,aku just nak kau  berhenti buat semua ni.”Addin memandang sayu muka Taufiq yang sedang menyinga.

“Aku tak pernah suruh pun kau menyibuk,so get lost!”

“Sampai hati kau kan?”Addin sudah terduduk saat mendengar kata-kata Taufiq.

“Aku kisah apa dah dengan korang?Semua nya tak guna!”Taufiq semakin menggila,marahnya semakin tidak tertahan.

“Taufiq,please.Dia mama dengan papa kau.Orang yang kau cakap tak guna tu,family kau.Aku tau,kau sakit hati,but please…”Belum habis ayat Addin,Taufiq sudah memetir semula.

“Boleh pergi mampuslah dengan semua tu.Mama,papa,family,aku ada ke selama ni?Diorang dah lama lah mati!”Mencerlung matanya saat berkata-kata.
Addin tak tahu ingin buat apa lagi dengan lelaki di depannya.“Fiq,kalau diorang tak sayang kau,I’m here.I’ll stand by your side.”

“Kau?Bukan kau sama je macam diorang?Kawin dengan aku pun sebab kesian?Aku tak hadap lah dengan korang.”Taufiq mengherdik lagi.

Air mata yang sedia bertakung di tubir matanya kini mula mengalir.Fiq,kenapa kau jadi macam ni sekali?Kenapa hati kau keras sangat?Addin faham yang Taufiq sudah terlalu lama menderita.Hatinya sudah terlampau keras,semua disebabkan darah dagingnya sendiri. “Fiq,I love you.Tolonglah kau faham,berapa kali aku nak cakap,kesian tu langsung tak pernah aku fikir.Can you just trust me?”

“Kau ingat senang-senang aku nak percaya?Love konon,dah lah Addin.Aku bosan dengan korang,buat serabut hidup aku.Semua tak guna!”Usai berkata-kata,terus Taufiq berlalu dari kamar tidur mereka.
Addin masih terduduk lemah di atas kerusi.Taufiq seorang anak yang dipinggir oleh ibu bapanya dari kecil lagi.Sejak kecil,apa yang Taufiq lakukan sering dicemuh oleh mereka.Apa yang Taufiq peroleh,pasti akan dibuang termasuk lah tawaran belajar ke luar negara yang disekat oleh ibu bapanya.Lelaki itu membesar dengan kebencian daripada ibu bapanya.Walaupun ibu bapanya seorang yang kaya dan berada,Taufiq belajar di university dengan biaya nya sendiri tanpa sesen pun ditanggung ibu dan bapanya.
Addin merupakan jiran kepada Taufiq.Daripada kecil dia sudah memerhatikan kehidupan Taufiq yang sangat menyedihkan.Saban hari,dia akan mendengar pekikan dari ibu Taufiq dan pastinya badan lelaki itu akan menjadi mangsa.Atas sebab apa langsung Addin tak pernah tahu.

Mencintai suami sendiri sungguh menyakitkan.Apa lagi yang harus dia lakukan untuk membuatkan Taufiq percayakannya?Sesungguhnya dia menyayangi Taufiq sebagai seorang suami,bukan atas dasar kasihan,namun perasaannya tak pernah Taufiq hiraukan.

can you forgive me for trying again,
your silence makes me hold my breath,

“Hei,kau jangan nak kurang ajar dengan aku ye,kalau tak sebabkan aku,kau dah lama lah mati.Jangan nak sombonglah.”Mama sedang  menjerit memarahi Taufiq ketika Addin memasuki ruang tamu kondonya.

“Heh,dah tu?Nak ungkit pulak apa yang Datin dah buat selama besarkan saya?Go on lah,saya peduli apa?Saya tak pernah mintak pun.”Taufiq memandang tajam muka mamanya.

Cepat-cepat Addin berlari mendapatkan suaminya.Bimbang situasi tegang ini akan berubah lebih teruk.

“Memang lah kau tak pernah mintak,aku je yang tak sedar tak guna pun aku bela kau ni!”

“Sudah lah Datin.Saya tak tahu dah apa lagi yang Datin nak bila datang sini?Agaknya,hidup orang macam Datin ni memang tak pernah puas!”Taufiq menempelak mamanya.

Addin terkejut bila dihidangkan dengan situas begini.Tidak pernah lagi dia mendengar pergaduhan anak-beranak ini sebegini hangatnya.

“Hei,kalau tak disebabkan harta kau,tak hingin la aku jejak kaki dekat sini!Buat habis masa aku je.”

“Datin  nak apa lagi?That is my property,my money,suka hati saya lah saya nak buat apa pun.Yang nak sibuk sangat kenapa?” Addin mula rasa tidak senang dengan cara suaminya bertutur dengan mamanya.

“Kau jangan berlagak lah Taufiq,harta tu harta aku.Kau tak ada hak pun,aku tak kira,kalau kau tak serahkan juga,kau tahulah nasib kau.”

“Mama!Kenapa cakap macam tu dekat Taufiq,he is your son!”Suaranya sedikit meninggi kerana terlampau terkejut.

“Hei perempuan,kau jangan sibuk campur tangan hal aku!”Taufiq memarahi Addin.

“Huh,dia bukan anak aku!Dia ni sampah,aku tak pernah ada anak macam dia.”Terus mama berlalu dari situ meninggalkan Taufiq yang terkedu.Addin juga terkejut dengan pernyataan mertuanya.

Terus Taufiq berjalan meninggalkan Addin,dia masuk ke bilik tidur dan pintu ditutup perlahan.Sayu hati perempuannya apabila melihat Taufiq begitu.Siapa yang tidak sedih bila seorang ibu berkata begitu?

oh time has passed you by....
ooh,for so long i've tried to shield..you from the world..
ooh,you couldn't face the freedom on your own,
here i am left in silence,


Perlahan-lahan langkah diatur menuju ke bilik.Kelibat Taufiq dikesan sedang duduk di atas sofa memandang pemandangan kota.Addin duduk di sebelahnya,dia pandang muka sayu Taufiq.

“Fiq,kau okey?”

“Kau dengar kan apa yang dia cakap tadi?Aku bukan anak dia,aku ni sampah!”Dia tersenyum sinis.

“Fiq,aku rasa mama kau tak maksudkan macam tu,dia terlepas cakap.”

“Sudah lah.Dia bukan mama aku,aku bukan anak dia.Aku tak pernah ada keluarga,aku anak yatim.Kalau kau nak tinggalkan aku pun aku tak kisah.”Matanya jauh memandang awan,langsung tak sedar perubahan muka isterinya.

“Fiq,aku isteri kau.Kenapa cakap macam tu?I will never leave you.Kalau diorang tak pedulikan kau pun,aku takkan buat macam tu.”

“Ntah la.Aku dah tak tahu dah apa gunanya aku duduk dekat sini lagi bila semua orang bencikan aku.Aku ni siapa sebenarnya sampai diorang benci aku sangat?”

“Fiq….”Addin tak mampu menjawab soalan itu.Apa yang mampu dia buat hanya pandang muka Taufiq.

“See,kau sendiri tak dapat nak jawabkan?Who am i?Aku letih hidup macam ni,dari kecik dibenci,dari kecik hari-hari kena caci,kena hina….kadang-kadang aku fikir hidup aku ni kosong,baik aku mati je.Apa yang aku ada semuanya kena tarik,orang yang aku suka  pun,papa sendiri sanggup kebas.Sampai harta yang atuk tingalkan dekat aku pun diorang sanggup nak rampas.Apa guna lagi hidup aku ni?”Suara Taufiq mula serak.Entah mengapa dia ingin meluahkan apa yang dia rasa pada wanita di sebelahnya ini.

Addin mula berair tubir matanya.Bahu suaminya digosok perlahan,cuba menenangkan hati Taufiq yang sedang bersedih,kasihan suaminya.Barulah dia tahu mengapa hatinya begitu keras.Addin ingatkan selama ini,Datin Habibah hanya melayan Taufiq begitu kala anginnya datang,rupa-rupanya…

“Aku tak ada keluarga.Aku tak ada sesiapa,zero.Selama ni aku tak kisah pun diorang tu nak buat apa,tapi sampai harta atuk pun diorang nak kaut,aku memang tak boleh terima.Aku ni siapa pada diorang?Aku ni siapa Addin?”Air mata Taufiq kini sudah mengalir.Addin turut menangis mendengar luahan hati suaminya.

“Fiq,kau suami aku.”Addin jawab dalam tangisnya.

“Suami?Layak ke aku jadi suami kau?Layak ke aku Addin?”

“Fiq,kenapa kau selalu buat aku macam ni?Berapa kali aku nak cakap,aku sayangkan kau,biarlah diorang tak sayang kan kau,diorang nak bencikan kau.Kau patut tanya dulu lagi,empat bulan lepas kalau nak cakap pasal layak.You are my husband Taufiq.”Addin pegang tangan Taufiq.

Muka wanita itu dipandang kosong. “Kenapa kau baik dengan aku?Bukan selama ni aku kasar dengan kau ke?”

“Taufiq,I’m your wife.Aku takkan lari even kau halau aku cause aku sayang kau.”Kepala Taufiq ditarik perlahan supaya disandarkan ke bahunya dan dia hanya menurut tanpa membantah.Air matanya mengalir tanpa segan silu di bahu insan yang bergelar isterinya.

“Dulu,bila Nani pergi dekat Datuk,aku rasa benci sangat dekat diri sendiri.Hari-hari aku tanya dekat diri sendiri,teruk sangat ke aku ni sampai girlfriend sendiri pun boleh pergi dekat Datuk.Lama-lama baru aku sedar,aku ni miskin,Datuk kaya.Aku mana boleh bagi apa yang dia mintak.”

“Tak,kau tak miskin.Kau lebih kaya dari diorang,Nani tu sebenarnya yang tak ikhlas dengan kau Fiq.”

“Aku mintak maaf kalau kau rasa terbeban bila kawin dengan aku.Kau tak ada mentua yang layan kau baik-baik.”

“Kalau aku nak rasa semua tu,aku takkan terima kau dulu Fiq.Aku takkan setuju bila mama dengan papa hantar rombongan dulu.Baik aku tolak je.Aku tau kau tak suka pun,diorang je yang pandai-pandai sebab nak deal business dengan daddy.”

“Kau tahu….”

“Dah la.Aku tak kisah dah dengan semua tu.Aku nak kau tahu,kalau ada apa-apa yang jadi,just tell me.Kita usaha sama-sama.Aku tak nak kau sorang-sorang tanggung.”

Taufiq Cuma senyap memandang langit sambil masih lagi kepalanya bersandar di bahu Addin.Aku tak tahu Addin,kenapa kau baik sangat dengan aku?Aku takut nak sayang kau,aku takut bila aku dah sayang kau,kau pun nanti tinggalkan aku.Aku tak nak dah sayang sesiapa.Aku takut….

you gave up the fight,
you left me behind,
all that's done's forgiven,
you always be mine,
i know deep inside,
all that's done's forgiven,

“Fiq,tolong aku.”Addin menjerit saat terpandangkan Taufiq yang berlari mendapatkannya.

“Addin,kau okey?”Cemas suaranya saat melihat Addin yang terikat dan tudung di kepala sudah ke mana.Sudah sehari suntuk dia mencari ke mana Addin menghilang sehinggalah satu mesej masuk mengatakan Addin sedang berada di sebuah gudang lama.Terus dia bergegas ke situ.

“Fiq,tolong,aku takut,diorang cakap nak bunuh kau.”Terus tubuh kecil itu didakap cuba menenangkan hati yang ketakutan.

“syh,you are safe now.Dah jom kita pergi.”Ikatan itu dileraikan.Mereka hampir keluar dari gudang bila satu tembakan dilepaskan di udara.Addin menjerit ketakutan.

“Owh my,so sweet.Nak pergi dah ke?Cepatnya,jom la main dulu.”Suara seorang lelaki yang tiba-tiba muncul memecahkan kesunyian gudang.

“Apa masalah kau?”Taufiq menyurukkan Addin di belakangnya.

“Masalah aku?Koranglah.Bagi aku harta kau Taufiq.”Lelaki itu makin menghampiri.Pistol dipusing-pusingkan.

“No wonder lah.Siapa yang upah kau?Datin Habibah?Datuk Hakim?Berapa dia upah kau?”Tangannya cekap memegang Addin,takut berlaku-apa yang tidak diingini.

“Wow,pandainya.So,apalagi?Bagilah,kau jangan degil,kalau tak nak perempuan tu mati.”Pistol diacu tepat ke muka Addin.

Cepat-cepat Addin dilindungi. “Ini urusan antara aku dengan diorang.Kau jangan berani nak usik dia!Kalau apa-apa jadi dekat dia,jangan kau menyesal hidup dekat atas bumi ni!”Keras amaran dari Taufiq.

Addin terasa terharu bila Taufiq sanggup melindunginya sampai begitu sekali.

“Senang je,sign surat ni.”Satu surat dikeluarkan dari poketnya lalu dihulurkan kepada Taufiq.

Surat itu dibaca.Kurang ajar,kau memang nak buat aku papa seumur hidup!Dalam jarak lima meter,Taufiq perhatikan lelaki itu.

“Addin,bila aku kata pergi,aku nak kau pergi.Jangan tunggu aku,lari jauh-jauh.Aku tak nak apa-apa jadi kat kau.Faham?”Taufiq berbisik perlahan.

Addin menggeleng-geleng tanda tidak bersetuju. “Tak nak,aku tak nak tinggalkan kau.Aku tak nak lari.”

“Kau jangan degil lah!”

“Kau nak buat apa?Takkan kau nak buat sorang-sorang?Please Fiq…”

“Aku tak kira,kau kena pergi jugak.Jangan tunggu aku.”Sejurus itu,terus surat itu dikoyakkan. “Mimpilah aku nak bagi semua harta aku dekat perempuan tu,over my death body! Addin,go now!”Tubuh Addin ditolak kuat supaya berlari meninggalkan mereka.Addin membuka juga langkah walaupun hatinya berat ingin meninggalkan Taufiq yang sedang bergelut dengan lelaki itu.

“Jahanam kau!”Mereka bergelut untuk merampas pistol sebelum ia terpelanting.Taufiq menyepak perut lelaki itu sekuat hati sebelum berlari mencapai pistol di atas lantai.Lelaki itu bangun semula dan mereka mula bergelut semula.

Addin berjaya keluar dari gudang.Dia ingin berlari ke jalan raya ketika bunyi  tembakan kedengaran.Ya Allah,Taufiq!Langkah diatur kembali ke gudang itu.Benar segala telahannya,Taufiq sudah terbaring dengan perut yang berlumuran darah.

“Taufiq!!!”Begegas dia berlari mendapatkan Taufiq.

“Hahahaha!Bodoh,sekarang mampuslah kau dekat sini.Puas hati aku.”Lelaki itu menendang kaki Taufiq yang sudah tidak bermaya.

“Jangan sepak Taufiq,kau memang setan!”Sedaya upaya Addin cuba melindungi suaminya.Tidak sedar bahagian dadanya sedikit terdedah.

“Setan?Aku peduli apa?Lawa jugak kan kau ni?Alang-alang laki kau dah mampus,bolehlah aku rasa kau sekejap.”Kata-katanya berjaya membuatkan Addin ketakutan.A,apa yang dia nak buat?

“Ka,kau nak buat apa?”Taufiq masih mendengar perbualan mereka.Ya Allah,selamatkan Addin.Tangan Addin yang kejap memegang tangannya digenggam lemah.

“Kau rasa?”Terus tubuh Addin ditarik kasar daripada memeluk Taufiq.Addin ditolak kasar tidak jauh dari Taufiq sehingga Taufiq jelas melihat dan mendengar jeritan Addin yang ketakutan.

“Fiq,tolong aku.Fiq,tolong aku.Argh!”Addin sedaya upaya meronta-ronta bila tubuhnya ditindih kasar.Bajunya dikoyak kasar mendedahkan batang tubuhnya.Kain yang dipakai mula di cabut.Ya Allah tolong lah aku.

Taufiq yang terbaring langsung tak berdaya untuk bangun dan menolong isterinya itu.Addin,aku mintak maaf…Tangannya terkapai-kapai ingin bangun,tapi langsung tidak berdaya dek kerana sakit di perut yang mencengkam.

“Cantiknya kau ni,rugi kalau laki kau sorang je dapat rasa.Kau jangan banyak bergerak,nanti kau sakit,kalau sakit,tak seronok lah macam ni.”

“Lepaslah aku.Jangan lah buat aku macam ni.Fiq,Fiq,tolong aku!”Addin masih lagi meronta-ronta sambil menangis.

Ya Allah selamatkan Addin,aku sayang dia,aku cintakan dia Ya Allah.Tolong selamatkan isteri aku,aku tak mampu nak lindungi dia,aku tak mampu nak pertahankan dia.…… “Fiq!!” Ayat terakhir yang Taufiq dengar sebelum matanya semakin memberat dan di hanya sempat memandang wajah Addin yang tersiksa apabila dikasari begitu.Addin…..

watch the clouds drifting away,
still the sun can warm my face,

Buih-buih pantai menyapa kakinya.Lama Taufiq merenung jauh ke lautan yang biru.Dia mengeluh perlahan bila seraut wajah Addin terlayar di matanya.Apa kau buat sekarang ni Addin?
Taufiq teringat peristiwa hampir enam bulan yang lalu pabila dia sedar daripada lena.Dia sudah berada di atas sebuah katil hospital.

“Addin,mana Addin?”Dia bergegas bertanya tentang isterinya pada seorang jururawat.

“Encik,bertenang,Puan Addin sedang menjalani rawatan di biliknya.”Jawapan daripada jururawat itu tidak menenangkan hati Taufiq.

“Mana bilik dia?Show me.”Taufiq sudah turun dari katil,dicabutnya segala tiub yang melekat di tangannya.Tiba-tiba terasa sakit di perut mengingatkan dia bahawa dia baru sahaja ditembak oleh lelaki itu beberapa hari yang lalu.

“Encik tak boleh buat macam ni.Nanti akan jejaskan luka dekat perut encik.”Jururawat itu sedaya upaya menghalang Taufiq dari keluar daripada wad.

“I don’t care!Where is my wife right now?Where is Addin?”Bila melihat jururawat itu seperti terkedu bila dijerkah,Taufiq berjalan melulu mencari dari bilik-ke bilik sehingga lah dia terlihat sekujur tubuh yang terbaring di atas sebuah katil.Addin!

Dengan pantas langkah dibawa ke situ.Addin dipandang sayu,hampir menitis air matanya saat terpandangkan wajah kosong Addin.Apa yang terjadi kepadanya pada hari itu?Adakah lelaki itu telah…ah perit sungguh Taufiq rasakan untuk menyebut perkataan itu,apatah lagi Addin yang menanggungnya.

“Addin,aku datang.”Taufiq berkata sambil tangan perlahan-lahan memegang tangan isterinya.Addin kelihatan sangat terkejut.Terus tangannya disentap kuat.

“Addin,ni aku Fiq,suami kau.”Addin menggeleng-geleng laju.Tak,dia bukan suami aku,dia orang jahat!

“Kau siapa?Kau bukan suami aku,suami aku dah tak ada dia,dia dah mati.Dia kena tembak,kau nak rogol aku!Fiq aku dah tak ada,Fiq aku dah mati.Kau bunuh dia,kau pembunuh!”Jeritan Addin berjaya memakukan tangan Taufiq dari cuba menyentuh tangan isterinya.Perempuan di depannya ini bukan lagi Addin yang dulu…

“Addin….”Taufiq tidak mampu berkata-kata.Tangan yang tergantung di awangan perlahan-lahan diturunkan.

“Berambus!Berambus,aku tak nak tengok kau.”Addin memeluk lututnya di penjuru katil.Matanya menunjukkan dia seperti menghadapi perasaan yang sangat takut dikala ini.Wanita itu didekati perlahan.

“Addin,aku kat sini,aku Fiq.Aku tak mati,aku hidup lagi,see,aku tak apa-apa.I’m here,Addin aku hidup lagi.”Tangan Addin cuba digenggam lagi.Suaranya cuba memujuk Addin yang ketakutan.

“Lepas,lepas kan aku.Kau pembunuh.”Addin menumbuk-numbuk kuat bahagian dada dan perutnya tanpa kawalan dalam usaha melepaskan tangannya daripada pegangan Taufiq.Taufiq dapat rasakan,lukanya pasti terkena tumbukan dari  Addin kerana rasa pedih semakin dirasakan.

“Addin,calm down.Ok,aku lepas,aku lepaskan kau.I am sorry.”Selangkah demi selangkah Taufiq bawa kakinya mengundur ke belakang.Ya Allah,kenapa Addin jadi macam ni?
Addin semakin Taufiq tidak kenali.Dia turun dari katil dan berlari bersembunyi di sebalik pintu bilik air,badannya menggeletar,ketakutan yang teramat sangat.Perit sungguh Taufiq rasa kan kala ini.

Tiba-tiba pintu ditolak dari luar.Seorang doctor masuk bersama beberapa orang jururawat berserta ibu bapa mertuanya sekali.

“Semua orang diminta keluar sekarang.Nurse,sedia.”Doktor memberikan arahan.Tanpa berlengah bapa mertuanya mendorong dia untuk meninggalkan bilik itu.Berat hatinya untuk membiarkan Addin keseorangan di dalam bilik itu.

“Kenapa Addin jadi macam tu?”Ayat yang pertama keluar dari bibirnya selepas beberapa minit keluar dari bilik Addin.

“Fiq,daddy harap Fiq sabar.Kita tak pernah mintak Addin jadi macam tu.”Daddy cuba menenangkan hati menantunya.

“Kenapa dengan dia?Kenapa dia tak kenal saya?”Taufiq pandang muka daddy.Dari air muka mertuanya itu,sudah cukup mengkhabarkan yang pasti sesuatu terjadi,jangan lah sekali kali aku dengar yang Addin…

“Fiq,Addin sekarang ni tengah trauma.Fiq tahukan masa dekat gudang tu,lelaki tu…”Belum sempat mummy menyudahkan ayatnya,Taufiq sudah menyampuk.

“Setan tu rogol Addin ke?”Dengan pantas dia bingkas bangun.
“No,tak sempat.Polis sampai dulu.Tapi Addin tengah trauma.Sebab tu lah dia jadi macam ni,doctor kata Addin tak boleh bezakan reality dengan apa yang dia alami masa hari tu.”

 Terdiam Taufiq mendengarnya.Kalaulah hari tu dia bisa kuatkan diri untuk selamatkan Addin,kalaulah dia ikut sahaja permintaan lelaki itu untuk tandatangan surat tu,kalaulah dia beralah sahaja dengan Datin Habibah tentang soal harta atuknya..kalaulah….kepalanya ditundukkan,air mata mula bergenang.

“Salah saya kan?”Matanya merenung sayu pada muka mertuanya.

“Jangan salahkan diri sendiri,mummy dengan daddy tak pernah marahkan Fiq.”

“Tapi Addin jadi macam tu pun sebab saya.”

“Fiq….”Daddy tidak mampu berkata-kata saat melihat Taufiq yang mengesat air matanya.Doktor kini sudah berada di hadapan mereka.

“Doc,wife saya,is she okay?Condition dia?”Laju Taufiq bertanya,tidak mempedulikan luka di perutnya yang mula berdarah.

i know it was destined to go wrong,

“Encik Taufiq,Encik Taufiq.”Panggilan dari Harisa mematikan lamunannya.Air mata dikesat lagi.Dia bangun dan menyapu pasir pantai yang melekat pada seluarnya.

“Kenapa Harisa? “

“Nanti pukul dua,Encik kena pergi dewan Lavender sebab ada event.”Kata setiausahanya.

“Owh ok.Thank ingatkan saya.Nanti pukul 1 panggil saya dekat bilik.Awak pergi la dulu,saya nak duduk dekat sini lagi.”

“Ok Encik Taufiq,saya pergi dulu.”
Sesudah ditinggalkan sendirian,fikirannya menerawang lagi,mengimbau peristiwa yang terjadi lewat hidupnya.

“Nampaknya Addin mengalami trauma yang sangat teruk.Dia tak boleh bezakan antara reality dengan apa yang sudah terjadi.Addin tak dapat bezakan antara awak yang hidup dan awak yang dah mati,sebab kali terakhir dia melihat awak,awak sudah mati kerana ditembak.Dia masih menganggap awak orang yang ingin merogolnya walaupun awak suami dia.”Doktor menerangkan dengan panjang lebar.

Berat berita yang disampaikan oleh doctor itu untuk Taufiq telan.

“Dia boleh sembuh kan?”Taufiq meminta kepastian.

“Boleh.Tapi mungkin dengan cara yang agak menyakitkan.”

“Maksudnya?”

“Jangan berjumpa dengan Addin buat masa yang terdekat ni sampai lah dia betul-betul sembuh.Kalau boleh,jangan tunjukkan muka awak langsung depan Addin sebab dia akan ketakutan yang teramat bila nampak awak,macam yang kita tengok tadi.”


Dan atas alasan itu dia membawa diri jauh dari Addin.Walaupun pada mulanya agak berat untuk dia melakukan begitu,demi rasa sayangnya pada wanita yang sudah banyak dia sakiti itu,dia relakan juga meninggalkan Addin.

Bapa mertuanya yang mengeshorkan agar dia ke pantai Cherating ini untuk menenangkan diri sambil menguruskan sebuah resort milik daddy.

Bukan dia tidak sayang pada Addin,malah gadis itu sudah pun bertapak dalam hatinya.Tapi dia terpaksa meninggalkan Addin yang masih dalam keadaan trauma.Pernah sekali dia mencuba untuk mendekati Addin selepas Addin keluar dari hospital,habis kesemua barang dicampakkan kepadanya.
Sedangkan Datin Habibah dan Datuk Hakim pula,tidak habis-habis menyalahkannya.Bertubi-tubi sumpah seranah dilemparkan kepadanya,mujurlah daddy dan mummy sudi membelanya.Malas Taufiq ingin membalas,Addin lebih pentingJika diikutkan rasa hatinya yang terlampau marah,mahu sahaja Taufiq ceritakan kepada pihak polis siapa dalang atas setiap yang terjadi kepadanya dan Addin.Setiap hari juga mereka akan memaksanya untuk menandatangani surat serah harta milik arwah atuknya.Taufiq benar-benar penat melayan mereka,dia dilayan benar-benar seperti sampah.
Addin,setiap hari dia tidak lepas memohon kepada Allah agar Addin diberikan kekuatan untuk melawan rasa takutnya.Setiap hari juga dia akan mengikuti perkembangan Addin melalui mummy dan daddy.Sehinggalah tiga bulan yang lalu,Taufiq mendapat tahu yang Addin sekeluarga akan berhijrah ke Amerika kerana Addin akan melanjutkan pelajarannya di peringkat Master juga dalam usaha untuk memulihkan Addin.

Taufiq hanya mampu pandang Addin secara sembunyi di KLIA apabila mereka ingin berlepas ke US.Untuk bersemuka dengan Addin,dia takut,takut yang Addin akan semakin sukar untuk sembuh.Biarlah dia sahaja yang beralah.Addin sudah pun boleh tersenyum…..

Kalau tanpa aku kau boleh sembuh,aku rela aku yang sakit dari kau yang sakit Addin…go,find your peace…tolong,jjangan lupa kan aku.

you were looking for the great escape,
to chase your demons away,

2 tahun kemudian…

“Mummy,siapa yang jemput kita?”Addin bertanya mummynya saat kaki memijak balai ketibaan KLIA.Setelah hampir dua tahun dia di perantauan,hari ini dia kembali semula bersama keluarganya memijak bumi Malaysia.

Setelah menamatkan pengajiannya,Addin kini sudah pulih sepenuhnya dari trauma yang dihidapinya lebih dari setahun yang lepas.

“Daddy ada suruh Ayah Di jemput kita.”Daddy tolong jawabkan.

“Balik mana?”

“Balik rumah kita lah Addin.”

Tidak lama kemudian,seorang lelaki yang berumur sebaya dengan Daddy tiba.Mereka berjalan menuju ke kereta dan terus pulang ke rumah mereka di Puchong Perdana.

Addin memandang pintu pagar rumah Datin Habibah yang terbuka luas ketika salah satu kereta ingin keluar dari perkarangan banglo itu.Dia ternampak gazebo yang selalu menjadi tempat Taufiq melepaskan rasa setelah puas dimaki mamanya.Ah,Taufiq…..

“Daddy,what happen to them?”Addin tunjuk banglo ‘mertuanya’.

“Daddy dah batalkan deal company kita dengan diorang.Daddy tak nak dah ada apa-apa hubungan dengan diorang.Dengar cerita,diorang hampir-hampir bankrupt,banyak sangat hutang.”

Dia Cuma mengangguk.

Addin menghempaskan badannya dia atas katil di dalam biliknya.Rindu katil ni.Lama dia merenung biliknya agak lama ditinggalkan sehinggalah tiga bingkai gambar perkahwinannya bersama Taufiq singgah di penglihatannya.Addin bangun dan pergi ke bingkai itu dan merenung sepuas-puasnya seraut wajah kacak milik Taufiq.

Mana kau sekarang Taufiq?Apa yang kau buat?Kenapa kau tak pernah cari aku?Kau betul-betul benci aku ke?

Tubir matanya mula bergenang bila mengenangkan Taufiq yang langsung tidak pernah mencarinya selama ini.Sesungguhnya,Addin memang sangat mencintai suaminya itu.Selama dia trauma,ya benar dia pernah menghalau lelaki itu jauh dari hidupnya,tetapi saat itu,percayalah,dia langsung tidak berniat begitu..mana mungkin dia menghalau satu-satunya lelaki yang dicintainya?

Kalau Taufiq tidak mahu mencarinya,biarkan dia sahaja yang mencari Taufiq!

Bila malam menjelma,dan setelah puas berfikir,akhirnya Addin menyuarakan juga hasratnya pada mummy dan daddy.

“Mummy,daddy,Addin ingat Addin nak cari Fiq.”Tenang dia bersuara meskipun hatinya seperti ingin pecah kala itu juga.

Mereka berdua langsung tidak menunjukkan riak terkejut. “Baguslah,memang itu pun yang patut Addin buat sejak dulu lagi.”

“Mummy dengan daddy tak marahkan Fiq kan?”Addin meminta kepastian.

“Kenapa mesti nak marah Fiq?Dia tak pernah buat salah.”Berkerut dahi mummy dan daddy.

“Er,sebab tak pernah cari Addin,tak pernah tanya pasal Addin.He ingnored me all this time.”

“Addin,daddy tak berhak nak cakap lebih-lebih,tapi satu je daddy nak Addin tahu,selama ni Fiq tak pernah buat salah dengan kita,but,we,you owed him.”Mummy mengangguk setuju.

 “We,me owed him?Daddy,mummy?”

“Pergilah cari dia.”Mummy pula menyuruh. “And you will know the answer.Mummy dengan daddy tak berhak nak cakap apa-apa.”

“Tapi,kat mana nak cari Fiq?”

Mummy dan daddy Cuma tersenyum.

ooh,for so long i've tried to shield you from the world,
ooh,you couldn't face the freedom on your own,

Taufiq sedang termenung lagi memandang laut.Badannya yang penat minta rehat tidak dia pedulikan.Sejak kebelakangan ini,dia semakin sibuk menguruskan resort ini,ditambahkan lagi dengan syarikat milik daddy yang dipantau olehnya serta perniagaan milik atuknya yang turut menuntut Taufiq untuk menguruskannya.Penat……

Selama tempoh dua tahun ini,dia banyak belajar dari masa lalunya.Kalau dahulu,pantang sahaja Datin Habibah datang menyerangnya,pasti segala kata-kata wanita itu akan dibalasnya,tetapi kini,dia sudah malas dan letih.Sejauh mungkin dia berlari demi menjauhkan diri jika Datin Habibah ataupun Datuk Hakim yang datang untuk menuntut harta.

Badannya dibaringkan di atas pepasir pantai sambil memandang langit yang cantik kebiruan.Macam mana lah Addin sekarang ni?Daddy ada memberitahunya semalam yang mereka telah pun tiba di Malaysia.

Selama tempoh dua tahun ini,dia tidak lepas mengikuti perkembangan Addin di AS melalui mertuanya.Merekalah yang banyak membantu Taufiq selama ini.Melalui mummy dan daddy jugalah,Taufiq dapat rasakan kasih sayang ibu bapa yang sebenar yang tidak pernah dia rasakan selama ini.
Dia mengeluh perahan,terlintas lagi lakaran wajah Addin di mindanya.Addin,Addin,ingat lagi ke kau dekat aku?

Aku janji Addin,kalau Allah bagi aku peluang untuk jadi suami kau buat kali kedua,aku janji aku takkan sia-sia kan kau,aku janji!Tapi,ada ke peluang tu?

Addin pandang dari jauh sekujur badan yang sedang berbaring di atas pepasir pantai itu.Taufiq ke tu?Wajar ke aku tegur dia?Ntah-ntah dia tak ingat aku dah selama ni..setelah agak lama membuat pertimbangan,akhirnya dengan debar,kaki diatur perlahan menuju ke arah Taufiq.Huh….

“Taufiq,Taufiq,Taufiq.”Taufiq bagaikan terdengar-dengar sahaja Addin memanggil namanya.Alangkah indahnya sekira iannya benar.

“Taufiq,Taufiq,Taufiq.”Setelah beberapa kali dia mendengar suara itu,bingkas dia bangun.Itu suara Addin!Dan perkara pertama yang dia lihat ialah wajah Addin yang manis bertudung di hadapannya.Taufiq diam tidak terkata,Addin……

Addin pula pada mulanya pandang muka Taufiq dengan perasaan gembira,sedih juga geram,yang bergabung menjadi satu,akhirnya semua berubah apabila terpandangkan raut Taufiq yang…entah..dia masih Taufiq yang sama seperti dahulu,badannya,matanya,hidungnya,mukanya,tetapi Addin rasakan yang Taufiq di hadapannya ini adalah Taufiq yang lain.Dia juga tidak mampu berkata-kata.Fiq…

“Ad,Addin,betul ke Addin?”Tanpa dipaksa,tubirnya matanya mula berkolam.Taufiq sekarang,mudah benar mengalirkan air matanya.

Addin angguk.Matanya juga mula berkolam.

“Fiq…….Ni aku Addin.”

Selangkah demi selangkah Taufiq mendekati Addin dan muka isterinya disentuh inginkan kepastian yang dia tidak berkhayal. “Addin,kau betul-betul depan aku.”Dia berkata pada dirinya sendiri sambil ketawa bercampur tangis.Ya Allah,aku tak mimpi,Addin betul-betul dah balik.Air mata lelakinya yang mula jatuh dikesat.

“Aku memang depan kau lah.”Addin juga menjawab dalam tawa bercampur tangis.



Terus tubuh Addin dibawa kedalam pelukannya.Tidak akan sekali-kali dia lepaskan,takkan buat selama-lamanya.

“Fiq,aku rindu kau.Kenapa kau tak pernah cari aku?”Dalam tangis Addin mengongoi di dalam peukan suaminya.

Ya Allah,Addin hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasa selama ni,hanya DIA saja yang tahu….
here i am left in silence,
you gave up the fight,
you left me behind,
all that's done's forgiven

Semasa makan malam mereka yang pertama setelah dua tahun,Addin dan Taufiq kelu lidah,tidak tahu untuk berbicara tentang apa.Mereka hanya senyap tanpa sebarang perbualan.Walhal,terlalu banyak persoalan yang bermain di benak masing-masing.

Setelah selesai makan,mereka berdua membawa langkah sekali lagi ke tepian pantai menghirup angin malam yang sangat nyaman.

Masing-masing membuang pandang ke arah lautan yang dibadai ombak.Setelah sekian lama menyepi,serentak mereka berpandangan antara satu sama lain.Tanpa bicara,hanya mata yang merenung antara satu sama lain.

“Fiq,kau nampak kurus.”

Taufiq pandang kakinya.Aku kurus sebab fikirkan kau. “Kau pun nampak kurus Addin.Tak cukup ke makanan dekat US tu?”

Tersentak sebentar dia bila Taufiq menyebut tentang US. “Jadi,kau tahulah aku dekat US selama ni?”Addin pandang tepat wajah suaminya.

Taufiq juga berbuat begitu. “Tau Addin.I know everything about you.”Pandangannya kembali tertumpu pada laut.

“Tapi,kenapa….”

“Kenapa apa?Aku tak pernah cari kau?Tak pernah jumpa kau?”Addin angguk.

“Huh…….dahlah Addin.Aku malas nak bukak cerita lama.Biarlah yang sudah tu sudah,let the past,through 
the future.”Barulah isterinya dipandang dengan penuh pengharapan.Pengharapan agar dia tidak akan ketahui apa sebenarnya terjadi selama ini.Nampaknya mummy dan daddy benar-benar menotakan janji mereka untuk tidak membocorkan rahsianya kepada Addin.

“But i still wanna know,kenapa kau bu…..”Sekali lagi belum sempat kata-katanya disudahkan,Taufiq sudah menyampuk.

Addin didorong supaya menghadapnya.Bahu isterinya dipegang dan dia merendahkan kepalanya untuk merenung mata Addin.

“Addin,aku tak nak ungkit apa-apa.Aku takkan cerita apa-apa dekat kau,so do you,jangan tanya aku apa-apa.Aku tahu aku salah selama ni,dan aku mintak maaf.Kalau kau nak benci aku pun,aku tak kisah,because I deserved it.The point is,aku nak mula balik dari awal dengan orang yang aku cinta,orang yang aku sayang,and the person is you,Addin!Tapi kalau kau tak nak,aku tak paksa,you are fee,free from me…aku takkan marah kau.”

Addin terdiam merenung mata Taufiq yang kelihatan tulus meluahkannya,adakah lelaki di depannya ini benar-benar Taufiq?

“Can you forgive me for trying again?Your silence makes me hold my breath.”Taufiq menggoncangkan sedikit bahu Addin yang terpaku.

“Fiq,aku tak mimpi kan?”Taufiq geleng.Terus tubuh tinggi lampai itu dipeluk erat.Ya Allah,terima kasih aku ucapkan padamu.Akhirnya lelaki ini kau kurniakan juga cintanya untukku.Taufiq juga membalas pelukan isterinya.

“Promise me,you will love me?”Addin mendongak.

“Forever,insyaallah.”

 ‘I’m kept waiting for your love forever untill you say that you just love me ever.’

i've been so lost since you've gone,

Bergegas Taufiq bangun dari pembaringannya dan turun dari katil bila terpandangkan Addin tiada di sebelahnya.Mana Addin?Aku mimpi ke dia balik?Ya Allah,betullah aku mimpi….mukanya diraup kasar dan dia tertunduk menahan rasa.

“Fiq,kau kenapa?”Addin menegur sejurus terlihat Taufiq yang seperti putus harapan di birai katil.

Cepat-cepat Taufiq angkat kepalanya,Addin! “Addin,kau pergi mana?”Terus bahu Addin dicengkam kuat tanpa dia sedari.

“Aku pergi buat sarapan lah.Fiq,sakit.”Addin cuba melepaskan cengkaman tangan Taufiq.

“Owh sorry.”Taufiq melepaskan tangannya.Dia mengeluh lega,syukurlah ini semua bukan mimpi.Dengan langkah longlai dia kembali duduk di birai katil.

Addin pandang pelik dengan gelagat suaminya.Kenapa dengan dia?Perlahan-lahan,dia melabuhkan duduknya di sebelah Taufiq. “Fiq,kenapa?”Tangan Taufiq digenggam dan matanya memandang tepat sisi 
muka suaminya.

Taufiq balas genggaman isterinya.Dia menggeleng lesu. “Tak ada apa-apa.”Dia tidak berniat untuk menceritakan apa yang dirasakan.

Kenapa dari dulu dia ni susah nak bagi tahu apa yang dia rasa? “Fiq,just tell me.Kenapa?” Tangannya memegang lembut pipi Taufiq supaya menghadap wajahnya.

“Aku takut.”Ringkas.

“Takutkan apa?”

Taufiq pula memandang tepat ke dalam mata isterinya seperti cuba mencari kekuatan. “Aku takut yang aku tengah mimpi sekarang ni.Masa aku bangun tadi,aku tak nampak kau,aku ingat kau dah lari tinggalkan aku.Aku takut Addin.Aku tak nak hilang kau lagi.”

Nampak seperti Taufiq benar-benar takut pada penglihatan Addin.Belakang badan suaminya diusap lembut,cuba menenangkan hati Taufiq yang gundah-gulana..

“Fiq,aku takkan lari.I’m here,infront of you.I’m sorry buat kau takut.”

Taufiq menggeleng-geleng perlahan.Nafasnya dihembus berat. “Ntahlah Addin,dua tahun ni aku selalu bayangkan kau ada depan mata aku.Aku tak tahu kenapa,tapi aku takut bila kau dah sihat nanti,kau akan jumpa orang lain,kau tinggalkan aku.Tapi,aku hari-hari juga harap yang kau akan sihat macam biasa and come back to me one find day.”

“Hey,look at me.Tengok aku sekarang Fiq.”Taufiq memandang muka isterinya yang sedang tersenyum itu.

“Muhammad Taufiq,dengar apa yang aku nak cakap ni.Selama dua tahun aku dekat US,kau ingat aku pernah lupakan kau ke?Setiap hari tahu tak masa aku trauma,mummy tunjukkan aku gambar kawin kita.Mula-mula memang aku takut,aku jerit tengok muka kau,tapi lama-lama aku mula ingat yang kau suami aku.Lepas je sihat sepenuhnya,barulah aku ingat semula apa yang sebenarnya jadi.Hari-hari Fiq aku tanya diri sendiri,kenapa kau tak pernah datang jumpa aku?Kadang-kadang aku rasa menyesal bila teringatkan yang aku sendiri pernah halau kau.Mungkin sebab tu kot kau tak nak jumpa aku.”

“Addin,kenapa cakap macam tu?Aku tahu yang kau tak sedar masa tu,bukan salah kau.Kau tak pernah halau aku.Aku yang tinggalkan kau.”

Addin pula yang menggeleng. “Fiq,aku tak pernah anggap kau tinggalkan aku.Aku yang sebenarnya tinggalkan kau.Dulu,aku pernah janji,apa-apa pun jadi,I’m always stand by your side.Tapi aku yang halau kau,aku yang buang kau sampai kau pergi.Aku ingat lagi janji aku Fiq,aku janji yang aku takkan pergi mana-mana even everyone hate you,tapi,kau tengoklah apa yang aku dah buat?”Addin menunduk,cuba menyembunyikan air matanya.

“Addin,I’m the one who should say that.I’m leaved you when you need someone in your life.I let you alone to face your fears.Aku tak ada masa kau sakit,aku tak ada masa kau perlukan suami kau.Aku yang buat kau sampai macam tu sekali Addin.So,please Addin,jangan salahkan diri sendiri…..and I know you always at by my side kalau kau sihat.Macam sekarang kan?”

“I’m sorry.”Addin renung mata suaminya dalam.

“I’m sorry too.”Taufiq juga membalas renungan Addin.Air mata isterinya diseka lembut.

“Let’s start the new life together.”

Kata-kata Addin Taufiq iyakan.

“Dah,jom kita makan.Feeling-feeling pulak pagi-pagi ni.Sejuk dah sarapan tu.”Addin cuba mengembalikan mood ceria di dalam situasi mereka.Bahu Taufiiq dia tepuk sedikit kuat.
Taufiq tersenyum malu.Bahunya digosok perlahan. “Kau pergi lah dulu,nanti aku datang.”

“Lah,kau nak pergi mana pulak?Penat je aku siapkan sarapan?”Terhenti langkah Addin di muka pintu.
Gelak kecil keluar juga dari mulut Taufiq. “Addin,aku baru bangun tidur kan?”

“So?”

“Bagi lah aku mandi dulu,nanti aku datanglah makan.”Addin gelak sendiri dengan telatahnya.

“Owh,cakap lah.Ingatkan apa lah tadi.Ok,mandi cepat,aku tunggu kat meja makan.”Addin melambai 
sebelum hilang dari penglihatan Taufiq.

Taufiq tidak tahu mengapa,bibirnya seperti tidak mahu berhenti mencoretkan senyuman.Ya Allah,inikah balasan setelah kau timpakan ujian pada aku?Alhamdulillah…………

why not me before you?Why did fate deceive me?

“Aku nak harta aku!”Jeritan Datin Habibah bergema di seluruh kawasan pejabat Taufiq.

“Harta apa nya Datin?Atuk bagi saya,bukan bagi Datin!”Nada Taufiq juga senada dengan mamanya.

“Tu bukan harta kau pun,tu harta aku,harta Hakim.Kau tu tak sedar diri,menumpang.Ntah bomoh mana kau guna supaya orang tua tu bagi semua harta dia dekat kau.”

Taufiq senyum sinis. “Saya tak payah guna bomoh lah.Atuk yang bagi dekat saya dengan rela.Sukahati atuk lah dia nak bagi dekat siapa pun kan?Yang Datin tak puas hati sangat kenapa?”

“Hei bodoh!Dia bukan atuk kau lah,jangan nak perasan sangat!”

“Dah Datin nak buat cerita apa pulak?”Meruap-ruap darah Taufiq dibuatnya setiap kali berhadapan dengan mamanya ini.

 “Kau tu bukan cucu orang tua tu,kau bukan anak aku!”

“Selama ni,memang saya ni bukan anak Datin ke?”Cukup sinis dari Taufiq.

“Kau memang bodohkan?Aku cakap kau bukan anak aku lah.Aku tak pernah ada anak,aku mandul.Kau tu anak haram Hakim ntah dengan perempaun mana ntah.Aku bela kau pun sebab nak tutup malu je aku tak boleh beranak.Atuk kau tu pun satu,harta tu harta Hakim,yang dia sibuk nak bagi kat kau pun aku tak faham.”

Kata-kata Datin Habibah kini berjaya membuatkan Taufiq tersentak.Bulat mata Taufiq pandang Datin Habibah.Be,betul ke?Peritnya kenyataan ini.

“Asal?Kenapa kau diam?Tak boleh terima hakikat?Harta atuk kau tu harta aku!”

Taufiq cuba mengawal riak mukanya agak tidak terlalu nampak riak terkejut dengan berita itu,dia tidak mahu nampak lemah sedangkan pada hakikatnya,kaki Taufiq sudah tidak mampu berdiri lagi.

“Saya tak peduli dah apa-apa sekarang ni,kalau saya bukan anak Datin sekalipun,takkan merubah apa-apa pun dalam hidup saya.Saya bukannya pernah ada mak ayah,saya bukannya pernah ada keluarga kan?Dan harta atuk pun still milik saya kan,dalam undang-undang saya masih lagi pewaris sah sepenuhnya.”Dalam bicara penuh sinis,Taufiq membidas mamanya.

“Kau memang tak guna kan?Kau kata aku tamak,tapi hakikatnya,kau tu yang tamak!Macam lah aku tak tahu,kau baik dengan bapak mertua kau pun sebab nak bolot harta dia je kan?”
Senyuman sinis terukir di bibirnya sejurus ayat itu terbit dari mulut Datin Habibah.Baik dengan daddy sebab harta?Dari mana dia dengar? “Datin,saya bukan macam Datin lah,buat semua benda sebab nak harta,nak balasan.”

“Dah la berlakonnya Taufiq,kau kata aku,tengoklah kau tu,plastic je lebih.Macam aku tak kenal je muka kau ni.Tengoklah sekarang ni,kenapa kau sanggup ambik balik bini kau tu?Bukan sebab harta ke?Padahal dulu,masa dia sakit mentah-mentah kau tinggalkan dia.”Tuduh Datin Habibah lanchang.

 “Apa masalah Datin sebenarnya ha?Datang office saya,lepas tu tuduh orang bukan-bukan,what is your problem actually?”Semakin menyirap darahnya dirasakan bila soal Addin ditimbulkan.
“Kau nak simpang pulak,mengaku je lah Taufiq,kau kutip Addin tu sebab harta je kan?”

“Find,nak sangat kan aku mengaku.Memang,memang aku ambik balik Addin sebab aku nak harta bapak dia supaya aku boleh balas dendam dekat kau,dekat laki kau yang tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku.Aku sengaja bolot semuanya supaya suatu hari nanti aku boleh beli syarikat kau yang dah bankrupt tu.Puas hati?!”Taufiq menempik kuat sehingga bergema suaranya di segenap ruang pejabat itu.

Addin di muka pintu terpaku dengan kenyataan Taufiq.Jadi,selama ni dia tak ikhlas dengan aku?Dia Cuma nak harta daddy?Tafiq tak pernah sayangkan aku?Setitik demi setitik air mata jatuh ke pipinya.

Seperti terkena renjatan eletrik Taufiq rasakan bila terpandang tubuh Addin yang kaku berdiri di muka pintu.Addin!Demi Allah,Taufiq tidak langsung berniat untuk menuturkannya begitu,dia Cuma geram dengan Datin Habibah yang tidak habis-habis mendesaknya.Belum sempat dia menahan,Addin sudah berlalu.

Riak kepuasan terpancar di raut wajah Datin Habibah bila menyedari apa sebenarnya yang terjadi.Huh,puas hati aku!

“Ini yang kau nak kan?So,apa lagi,get out from my life!”

Tanpa berlengah terus langkahnya diatur laju mengejar Addin yang mula menghilang.

“Harisa,batalkan segala appointment saya hari ni.”Kepada setiausahanya Taufiq berpesan.


everything turned out so wrong,
why did you leave me in silence,

Addin mengemas segala pakaiannya,dia mahu beredar dari pantai itu hari itu juga.Buat apa lagi dia di situ jika 
Taufiq hanya mempergunakannya.Segala pakaian dan barang-barangnya disumbat ke dalam luggage.

Luggage diseret dia atas pepasir untuk menuju ke keretanya.Air mata yang setia menuruni pipi dikesat.Buat apa lagi aku dekat sini?Kau memang tak guna Fiq,kau lah lelaki paling tak guna!Mati-mati daddy dengan mummy kena tipu dengan kau!

“Addin!”Taufiq melaung nama Addin bila melihat kelibat itu gagah menyeret luggage sambil menangis.Dia yakin,Addin telah salah faham dengan kenyataannya.Berlari dia mendapatkan Addin.

“Addin,Addin,tunggu.”Lengan Addin dicapai.

“Lepaskan aku,lepaskan tangan aku.”Addin meronta-ronta.

“Addin,dengar apa yang aku nak cakap dulu.”Taufiq masih lagi memegang erat lengan Addin.

“Nak dengar apa benda lagi Taufiq?Nak dengar kau cakap selama ni aku bodoh sebab kena tipu hidup-hidup dengan kau?”Dengan beraninya,Addin berdiri betul-betul menghadap Taufiq.

“Tak,bukan macam tu.Aku tak pernah maksudkan apa yang aku cakap tadi,I’m just said it.”Bahu Addin dipaut.

“Senangnya kau cakap kan?Dah tu,kau ingat aku nak percaya kan kau lagi ke?Cinta,sayang konon,stop your stupid act lah!”Addin cuba menepis tangan suaminya yang kuat mencengkam bahunya.Air mata yang tidak habis-habis jatuh Addin seka kasar.

“Aku tak pernah tipu yang aku sayang kan kau selama ni,bila aku cakap aku sayang kan kau,I really meant it!”Hampir terjerit Taufiq melawan bunyi angin laut.

“Bukan kau sayang duit daddy ke?”Cukup sinis Addin menyoal.Terdiam Taufiq sebentar. “Kenapa diam,betul?Patutlah dulu senang-senang je kau pergi je dulu….Aku tak sangka kau macam ni,I hate you!”Dada Taufiq ditolak kuat.Dengan linangan air mata,terus begnya diseret meninggalkan Taufiq.
Addin kesat air matanya.Bodoh,bodoh,kau memang bodoh Addin!

“Addin…Addin….Addin.”Taufiq melaung namanya.Addin sudah bertekad tidak akan kembali lagi pada 
Taufiq saat dia terdengarkan tempikan Taufiq yang berjaya meruntun hatinya.

“Addin,aku betul-betul sayangkan kau,aku cintakan kau!Kau tak pernah ke nampak semua tu?Kau tak pernah ke nak nampak apa yang aku buat untuk kau selama ni?Kau ingat aku suka ke nak tinggalkan kau dulu?Kau ingat aku suka ke bila doctor cakap kau langsung tak boleh tengok muka aku?Kau macam orang gila bila tengok muka aku ni,apa yang aku boleh buat?Kau cakap,apa yang aku boleh buat ha?”

“Aku tahu aku salah,aku yang buat kau trauma sampai macam tu sekali.Aku libatkan kau dalam semua ni.Aku sakit hati bila kau tak kenal aku,kenapa mesti kau tak kenal aku?Kenapa mesti aku kena pergi baru kau boleh sembuh?Dekat gudang tu,aku tahu aku bukan suami yang baik,aku tak dapat selamatkan kau,tapi aku rasa macam nak bunuh diri sendiri sebab kau yang sakit.”
Addin berhentikan langkahnya dan mendengar luahan yang dia tidak pernah dia dengar dari bibir Taufiq.

“Aku terpaksa pergi Addin,semuanya sebab kau.Aku sedih sangat bila daddy cakap kau nak pergi US,tapi apa aku boleh buat?Takkan lah aku nak halang kau?Dua tahun Addin,dua tahun aku ulang alik dari Malaysia ke US semata-mata sebab aku rindu kau!Dari jauh je aku berani pandang kau,padahal aku nak sangat cakap dengan kau.Bila aku tengok kau happy,aku happy jugak.Kau tak pernah tahu macam mana aku sedih……semua orang tak pernah tahu.”

Air mata Addin yang sedia berair  jatuh semakin lebat.
“Aku tak pernah dapat rasa macam mana ada mama,ada papa yang ambik berat pasal aku.Kau lah satu-satunya orang yang percayakan aku,yang nak sayang aku.Salah aku layan kau buruk masa kita mula-mula kawin,itu semua sebab aku takut!Aku takut bila aku sayang kau,kau pun tinggalkan aku macam Nani pernah buat.Apa yang aku sayang,semua nya dah tak ada.Mama,aku teringin sangat nak tahu kenapa dia tak pernah layan aku baik-baik,tapi sekarang baru aku tahu,aku bukan anak dia!”
Taufiq sudah terduduk di atas pasir dengan air mata yang berjurai.Kepalanya ditundukkan.Bicaranya disambung dalam esak.

“Addin,aku sayangkan kau,aku cintakan kau.Aku betul-betul sayang kan kau.Setiap hari aku call daddy dengan mummy sebab nak tahu pasal kau,setiap hari aku doa dekat Allah supaya kau sihat macam biasa.Aku nak kau sihat,aku nak kau boleh tengok muka aku balik,aku nak kau depan aku balik macam dulu,aku nak kau cakap kau sayang aku macam dulu!”Taufiq menjerit sekuat hatinya saat menuturkan ayat itu.

“Aku tak pernah lupakan kau.Hari-hari aku duduk tepi pantai,berangan kau duduk sekali tepi aku.Aku mintak maaf cakap macam tadi,sumpah Addin,aku tak pernah nak duit daddy,aku memang sayang kau ikhlas.Aku geram bila dia kata aku ambik kau sebab nak duit daddy.Addin,tolonglah jangan pergi,tolonglah jangan pergi Addin!”

you gave up the fight,
you left me behind,
you'll always be mine,
i know deep inside,

Taufiq luahkan segala-galanya.Dia pasrah bila terpandangkan Addin yang masih tidak berpaling.Ya Allah…..Taufiq tanpa segan,menangis di atas pepasir,hancur egonya sebagai elaki yang selama ini dia banggakan kerana seorang wanita bernama Addin.Angin pantai setia bertiup seperti mengetahui hatinya yang terlalu sedih.Addin…..

“Kau janji nak sayang aku selama-lamanya kan?”
Taufiq angkat kepalanya perlahan-lahan.Addin yang basah dengan air mata cuba juga tersenyum.

“Kau janji kan Fiq?”

Taufiq angguk.Addin melabuhkan lututnya betul-betul di hadapan suaminya.Tangannya mengapit pipi Taufiq.


“Then don’t leave me forever.”

Terus tubuh isterinya diterpa dan dipeluk erat.Dia menangis di bahu Addin. “Addin,aku sayang kau….”Taufiq mengongoi umpama budak kecil yang sudah lama ketandusan kasih sayang.

“Fiq,I’m sorry,I’m sorry Fiq,aku tak pernah tahu apa yang kau rasa,aku tak pernah nak faham apa yang kau rasa.Aku janji dengan kau,takkan tinggalkan kau,tapi sekarang aku yang pergi.”

Taufiq menggelengkan kepalanya di bahu Addin.Pelukan tidak mahu dilepaskan,bimbang ini hanyalaah mimpi yang seketika.

“Selama ni aku tak pernah tahu apa yang jadi,bila aku tanya dekat daddy,daddy tak pernah nak bagi tahu.Kenapa kau tak pernah nak share dengan aku apa yang kau rasa?I have told you Fiq,I’m your wife.Aku nak tahu semuanya,tapi kau tak habis-habis nak simpan semuanya sendiri,apa gunanya aku ni?”

“Aku…..”Taufiq tidak mampu membalas pertanyaan Addin.

“Janji dengan aku Fiq,apa-apa pun jadi lepas ni,tell me.Aku nak kau kongsi dengan aku,jangan simpan sorang-sorang.You are not strong enough to face it by yourself Fiq.”Belakang bahu suaminya digosok-gosok lembut.

Taufiq angguk.Air matanya diseka perlahan. “I’m promise,I’m promise Addin.Just,don’t ever say that you wanna leave me?”Perlahan suara Taufiq meminta,matanya memandang sayu mata Addin.

“I will.”

“Promise that you will be at my side forever?”

“Just Allah and death can part us.”Taufiq mencari sinar mata Addin. “Now smile.”Addin gosok kepala suaminya persis anak kecil.

Kasihan suaminya ini.Hatinya keras kerana tidak pernah menerima  kasih ibu,kasih ayah.Jiwanya kelam kerana takutnya akan sebuah kehilangan.Dirinya terseksa kerana menanggung segalanya sendirian…

Cinta yang sangat suci dia berikan hanya untuk wanita bernama Addin.Hanya Addin…


all that's done's forgiven……………………………

Addin rasakan ada seseorang yang mengekorinya.Tapi siapa?Kakinya melangkah laju,bimbang dirnya akan diapa-apakan.
Sesampai sahaja di rumah,dia memberitahu apa yang dia rasakan kepada daddy dan mummy.Tapi mummy langsung tidak menunjukkan riak bimbang atau risau.
“Addin punya rasa je kot,mana ada lah orang nak ikut Addin.Dah,tak payah fikir.”
Daddy pula,Cuma tersenyum.Tidak lama selepas itu,Addin lihat daddy tengah bercakap dengan seseorang di telefon.
“Dah,jangan risau.Kenapa buat macam tu?Takut dia tadi.”Daddy gelak.Tapi dengan siapa daddy cakap?
Setiap tiga atau dua hari sekali,Addin perasan yang daddy atau mummy mesti cakap dengan seseorang dekat telefon,tapi mesti sembunyi-sembunyi.
Ada sekali tu,Addin rasa dia pernah nampak seseorang yang berjalan di belakangnya dari university hinggalah dia sampai kerumahnya.Lelaki itu memakai topi menyebabkan dia tidak pernah nampak siapa pemilik badan itu.
Pelik……………………….

                                                    “pengorbanan itu  menzahirkan cinta”
                                                                          -akyelrahim-                          

26 oktober 2013
9.15 pm



No comments:

Post a Comment