Semalam,jumaat-19/4/2013
Cikgu Wan,JPK koko berpindah ke sekolah lain...gila terkejut masa kawan bagitau aku benda ni...tak ada khabar angin,tak ada langsung cerita pasl ni keluar,tup-tup,dah nak pindah hari ni.
So,cikgu pun buat announcement kat assembly pagi tu,cakap kitorang belajar pagi je,lepas rehat semua kena kumpul dekat dewan besar.Sedih-sedih jugak,tapi part tak belajar tu,hehe...
Hari semalam,kebetulan,hari kena submit report bio,pagi tu pj..masa banyak terluang,tapi kerja tak siap lagi...aku,Fasihah,Zaida dan Zahida pergi naik atas,gi bilik guru nak baca ayat hafazan PAI.Nervous kot nak baca kat ustazah walaupun dah cair dah kat mulut ni.
Kitorang lalu depan bilik ustaz Lan n Ibrahim.(Ustaz lan n ustaz ibrahim ustaz kitorang taun lepas) Zaida nak tasmik dengan ustaz dulu baru nak tasmik ngan ustazah.
Masuk je bilik guru,terus pergi kat ustazah.Fasihah yang cakap kitorang nak baca ayat hafazan.Ustazah dengar je.Mula-mula Zaida yang baca,hehe,kesian,tak lepas.....n then giliran aku pulak.
Aku pun baca je lah.First try gelabah sangat,tersalah.Aku cakap la,ustazah baik semula la..Utzh angguk.Aku baca la.Alhamdullillah..lepas.Ustazah senyum!!!!Yeye..
Turn Zahida pulak,sekat 2 kali,yang Zaida ngan Farihah ni,banyak sikit slacknye...aku tunggu je la...sampai ustazah nak pelepah ngan batang bulu ayam..haha..tak pasal-pasal aku pulak yang kena sekali sebab ustazah suruh aku tasmik Fasihah dulu sebelum baca kat dia.
"Ni tok guru yang nak kena pukul dulu ni.Dia baca elok,ajar anak murid salah."
"ustazah,saya dah etulkan bacaan dia tadi.Bukan salah saya.Tadi dah ok"
Ustazah senyum je...comel!
Dan kitorang lepas keluar dari bilik guru selepas hampir 40 minit bertapa dalam tu.Malu yang pasti sebab suara ustazah kuat.Cikgu senyum-senyum je tengok kitorang kena marah.
Lepas rehat tu,semua pegi dewan.Sambutan dia memang gempak la.Bab-bab sambut menyambut ni bagai la kat sekolah aku.Cikgu Wan sangat terharu,aku boleh tengok dari air muka dia.
Bila turn cikgu wan nak berucap,dia mula-mula senyum,lepas tu bila dia bercakap,dia nangis,alalalala..kitorang yang kat bawah ni pun nak nangis jugak..sedih,terharu....dia cakap dia tak pernah rasa disambut macam tu.dia rasa sangat terharu dan dihargi.dia sayang sekolah ni,prinsip dia,dia takkan pernah mintak tuka,tapi ppd yang tukarkan dia.
sedih kot......lama-cikgu berucap,ada jugak selit-selit pesan agama..tak kisah pun,hari last dia kan?
majlis berakhir dengan kitorang berdiri tepi red carpet sambil lambai cikgu keluar dewan.Cikgu happy masa tu....tak pe,nanti jumpa lagi...
tapi yang tak puas hatinya,ade pulak jamuan,sedap pulak tu,cikgu je yang dapat makan..isy,b agi la murid sekali....:P
p/s:Kitorang sayang cikgu wan..walaupun sekejap dia kat sini,tapi dia sangat baik,dia macam dah la,a.
No comments:
Post a Comment